Do you like my blog?

Tuesday, March 8, 2011

Let Us Fight Against Animal Abuse

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, March 08, 2011
okay tajuk je english loklak tapi aku nak taip dalam bahasa ibunda aku, bahasa melayu. karang aku taip panjang-panjang dalam english, typo pulak. maklumlah muet aku bukan band 6. orang buat dinner guna bahasa inggeris, tema bahasa inggeris pun aku cengang-cengang tak faham. tambah sikit ala-ala latino, dush! tak faham sampai ke sudah. stop the ridiculous talk*tau apa maksud ayat ni? aku taip ja*.


jadi tajuk di sini ialah tentang penderaan terhadap haiwan. kat negara kita ni kalau hangpa semua tak tau orang duk dera-dera binatang sana sini. kalaupun kena tangkap sebab dera binatang cuma kena denda lebih kurang rm200 atau penjara 6 bulan.(atau mungkin dua-dua sekali). dah 58 tahun dah. sama je. baru-baru ni sorang manusia ni dah terbunuh kucing sebab dia depressed. lepas dia admit dia bersalah, dia lepas bebas. apa kata kita bunuh je dia bila kita depressed.

*ok iklan jap.
aku ada soalan untuk korang : antara taik kucing dengan taik orang umur 20 tahun mana lagi busuk?

a. kucing
b. orang umur 20>

jawapan di akhir entri

*okey sambungan entri ...


binatang tu pun ciptaan Ilahi, berzikir tiap waktu pada Ilahi. kita manusia pun tak mampu zikir tiap masa pada Tuhan Yang Maha Esa. ada korang berzikir masa tengah berebut-rebut naik bas? masa tengah fikir assignment paling susah nak buat dalam dunia? masa tengah fikir dinner nak melawa macam mana, kot lah dapat BEST DRESS AWARD ke? masa dating? ada?ada?

kalau ada bagus. yang lain tu terserah kat hangpa nak fikir macam mana. otak masing-masing tumbuh dekat kepala, bukan dekat punggung. bukan dekat tapak kaki.

orang melayu kita kalau cakap anjing dengan babi (maaflah aku nak cakap direct malas nak bubuh bintang-bintang), mesti ingat haram je. memang lah haram,dalam agama pun cakap haram. tapi ada agama kata 'maka kamu seksalah binatang yang berlabel haram itu kerana ia haram'. haktuih tak ada. itu peraturan mentaliti manusia keji sahaja. bila agama kata 'Jauhilah zina' amboi kalut-kalut bukan lagi dekati zina tapi berzina terus. astaghfirullahhalazim.manusia memang suka buat benda vice-versa kan.

aku suka haiwan-haiwan.(tapi serangga aku tak gemar sangat nak bela).babi tu sebab dia haram,kotor dan berbau, jadi aku tak berhasrat nak bela. 

fine, aku orang melayu. antaranya aku suka anjing. tapi aku tak pernah bela pun sebab mak aku kata 'susah nak jaga, nanti kesian dia terbiar. biarlah orang cina yang bela'. aku duduk perkampungan melayu. masa aku kecik-kecik dulu, aku tengok anak anjing comel-comel dalam kampung aku, aku suka sangat. lepas tu aku tengok anak-anak muda lelaki kampung aku baling anak-anak anjing dan mak dia dengan batu-bata buat rumah tu. aku hanya 7 tahun masa tu. aku tengok je anjing tu kesakitan dengan muka aku yang marah.
kesian dia.

aku tak boleh buat apa. aku cuma report kat mak aku. 

dulu ada anjing datang rumah aku. famili aku bagi la makan. baik je anjing tu, tak kacau pun orang. lama lepas tu hilang, aku tak tau la tapi harap-harap selamat. dalam beberapa tahun lepas, kat belakang rumah  aku ada anak anjing sesat. masa tu aku tak ada kat rumah pun, kakak aku je ada. dia pun suka binatang-binatang ni jadi dia biar lah makan kat situ. dalam kampung aku ada sorang ni kalau ikut bahasa rawa disebut 'simpik kalang' atau sempit hati. pantang nampak benda bernyawa selain manusia,nak tembak. 
bayangkan macam ni muka dia.

makanya, anak anjing itu terkorban di tangan manusia itu pada suatu hari.masa tu kakak aku tak sedar.menangis-nangis kat dalam rumah sebab keperimanusiaan yang hilang tu. apa dosa anak anjing tu. lagipun kat belakang rumah aku, bukan rumah dia. ada apa hal?

dulu masa virus JE merebak, ala virus yang babi bawak tu, semua pakat bunuh babi. gali lubang besar-besar, susun babi keliling lubang tu,pastu tembak semua dari jauh. kalau cakap ni ada orang gelak, tapi cuba fikir kalau aku ambik hangpa semua susun tepi lubang tu. tembak sorang-sorang kat kepala. bedebush jatuh dalam lubang, kambus. selamat. suka tak? suka tak?

tak pun hang ni seekor lembu(umpama sahaja). maka aku nak buat hang jadi daging burger buat jual kat pasar malam. hang nampak tak mesin pengisar tu? aku tak mau bagi bius ke,sembelih ke apa, hang pi terjun dalam mesin pengisar tu,jangan banyak songeh, hang tu memang takdir nak mampus tau tak. suka tak? suka tak?

kalau tak suka dengan penganiayaan terhadap haiwan, maka katakanlah semua, 'Let Us Fight Against Animal Abuse'.

ini adalah surat untuk perdana menteri yang aku copy dari Facebook.

Dear Mr Prime Minister,

Greetings and Salutation and Peace unto you.

We ask but a few minutes of your valuable time to read this note ~ a cry from your people, pleading justice for the defendless animals being abuse in our country. 

We are sure you are aware of the countless animal abuses cases that has been surfacing online and also in the media recently. Is this what our people had become? Violent cowards, who prey on defendless animals and children? 

We do not wish to bored you with the details, as your numerous aids as well the Department of Veternarian Services ( DVS )and all the NGOs can fill you in on the current outcry on the injustice inflicted on these poor souls.

We are at our wits end for DVS has not prosecuted a single case brought to them in the last 4 years!! And even if the abusers are caught they are fined a mere RM200 or 6 months' jail for the hedious act. A panelty that has not changed for the last 58 year!.

An individual on FB managed to collect over RM30k donation in the hope to find the scum who abused the little poodle. Donations poured in from all over the world. And media coverage was also seen in a few foreign TVs. Alas, these monies were returned as our local law enforces said they are ready and capable to take over the case. Sadly, it has been swept under the carpet again. Is this what we want to be known as to the whole world?? Carpet sweepers?

Now, a kitten murderer has found herself an assemblyman to help her with her criminal act. Is this what we want our children to learn? ie. you can kill animals anytime you feel stressed, then apologize and you're off the hook! These childred will grown up to be our future leaders? Your nation is not happy with how these issued are being handled and want justice served for those who cannot speak for themselves.

We write today, peacefully, to ask you for your support and to materialize the long awaited change in animal protection. We ask, for you to meet with the NGOs ie. SPCA, etc, to discuss and implement change, such as :

1) the panelty to be heavier.
2) set up animal police department (like those we watch on animal planet).

We speak for all Malaysians; Malays, Chinese, Indians, & others ~ we are one in this request - 1Malaysia ~ peaceful, loving people. I have not seen all the races agree on anything else as they agree on this. 

Please hear our cries, do not sweep us under the carpet.


sedangkan mat salleh begitu sayang haiwan,takkan kita orang Islam ni jadi lagi keji dari binatang. fikir, fikir ye.


*jawapan pada soalan tadi.

kalau anda jawab a.
- tengok umur hang berapa pastu pergi cium taik hang sendiri kalau hang dah besar. hang bayang taik hang sepah merata.

kalau anda jawab b.
- hang bayang taik hang sepah merata, hang yang buat saja-saja*bagi jamban tak nak guna*. kita tangkap kucing yang berak merata, apakata kita tangkap pulak orang yang berak merata ni. ada akal tapi perap dalam peti ais kat rumah.
*
sekadar selingan

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

CKB said... [Reply]

ahahaha.. entri peludah kata. haha. sayangilah haiwan!

idAti mALek said... [Reply]

penghaktuih kata.

sekian.haha.

Kuronofu91 said... [Reply]

geram tgk org dera haiwan...dah tgk byk...sampai tahap bunuh pun ada!! ggGGRRRRR~~~~~~~