Do you like my blog?

Tuesday, March 8, 2011

wangian dari syurga

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, March 08, 2011
dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, masa pakai baju karat-karat kena getah pokok yang ada getah, rambut malas nak sikat, main lumba basikal dengan budak lelaki sampai masuk sungai, panjat pokok beramai-ramai, lawan pemadam yang beli seposen dapat lima, main cari cari hantu konon berani, polis sentri, tuju kasut dan sebagainya, korang ingat aku tak reti dengar muzik ke?

tak ada lah aku nak nyanyi dangdut amelina semedang*okay tipu sikit aku nyanyi gak memori daun pisang sebab kakak aku gila dangdut*.

tau Raihan? kumpulan nasyid tu.kalau tak tahu memang masalah besar lah. dulu aku minat gila kat Raihan.erghh rasa macam nak pengsan dengar lagu-lagu Raihan. rasa nak melompat. nak menangis, semua ada. seronok sangat dengar lagu Raihan. nyanyi dengan suara sumbang-sumbang sampai kena marah pun tak apa janji dapat nyanyi lagu Raihan.masa tu hit lagu Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan etc.

bila tanya minat kumpulan nasyid apa, berkobar-kobar kembang-kembang hidung jawab 'RAIHAN!!!!'. pergi bukak majalah tengok apa maksud Raihan rupa-rupanya wangian dari syurga*senyum lebar-lebar*. berbunga-bunga dalam hati dengar nama Raihan.fanatik habis.dalam komik KAWAN, ada review dari Ustaz Nazri, vokalis kumpulan Raihan tu, aku rasa aku baca lebih 100 kali. seronok sangat. tengok gambar kumpulan Raihan setiap hari.

sampailah satu masa aku terlupa aku terlalu minat dengan Raihan. dah leka dengan dunia, dah kenal Good Charlotte, kenal Green Day, My Chemical Romance, Ziana Zain semua sampailah sekarang Maher Zain.

sekarang dengar lagu Raihan, baru teringat perasaan nak pengsan dulu-dulu sebab suka sangat.*malu dan rindu*.

#aku tak pergi pun konsert Ustaz Nazri hari tu..*menyesal*.



7 C.O.M.M.E.N.T.S:

EmanTheHalia said... [Reply]

hurm dulu nasyid selalu kuor radio bese2. tapi skrang kuor kalau time lepas or sebelum azan huhu

pika ruslan said... [Reply]

tym dorg bt tuu..duet tgh xde..mmg ade sdikit rse rugi ahh~TT_TT

kamarukom said... [Reply]

manusia...cepat lupe...name pun insan kan...jgn lupe sy ye idati keekekeke

pika ruslan said... [Reply]

EmanTheHalia:btol2..tp kan,ce dgr hotfm kol 7-8 mlm..ade tazkirah+lgu2 nsyid gakk..besh gakk aa..kdg2 klua gak laa lgu2 nsyid lame2 nehh...hehe~;)

idAti mALek said... [Reply]

EmanTheHalia :
haah betul tuu..jahat kan

idAti mALek said... [Reply]

pika ruslan :
skrg pun xda duit T.T

idAti mALek said... [Reply]

kamarukom:
tak lupe T.T

:)