Do you like my blog?

Sunday, April 10, 2011

aku tak tanam pokok duit tepi rumah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 10, 2011
siapa student/ex student yang dapat bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). kalau ya,jawab je dalam hati. sebab sekarang aku bukan nak isukan PTPTN. aku cuma nak cakap aku pun dapat PTPTN.

memandangkan aku duduk dalam kampus perubatan, most of the students dapat biasiswa JPA. jadi aku rasa kewangan bukan satu bentuk 'ancaman hidup' bagi mereka(khas untuk mereka yang tidak boros). kalau dapat JPA tapi boros nak mati pun tak guna kan. student yang bukan dalam kampus macam aku tapi dapat PTPTN mungkin tak berapa nak rasa.(sebab aku tengok dorang every sem tukar handphone baru).

jadi aku, sebagai salah seorang penyandang (penyandang ke?) PTPTN, satu sem RM3500. tolak-tolak semua yuran tinggal RM 1900 untuk sem ini. jadi aku buat lah bajet macam mana nak belanja duit ni supaya boleh guna masa semester 3 ni sebab aku nak repeat 1 paper dan juga ambil 1 subjek yang berasaskan kemasyarakatan ni. (aku repeat paper yang orang gentar nak repeat. teka lah..gila tak segan silu mengaku aku akan repeat 1 paper).
ingat aku ada pokok duit macam ni ke? nak je petik. setiap hari fikir 'bila laaa nak musim duit ni?'..kata ganti bagi dialog 'bila laa nak musim durian ni..'
panjang pulak bebel aku. yang aku nak cakapkan kat sini, lepas semua yuran dah cut off jadi RM 1900 aku pun letak la bajet seminggu berapa nak guna. sem ni dan sem lepas aku tak beli dah softlan, jam tangan banyak-banyak yang aku suka kumpul dan juga komik. tau tak pengorbanan aku(bajet pergi berperang kat Palestin). kalau balik rumah baru mintak abah aku belikan Milo 3 in 1, sekarang ni aku beli coffee cap ayam yang boleh didapati sebanyak 30 satchets untuk RM4.00. broadband aku pun dah cakap kat abah aku tak payah bayar walaupun wifi K5 ni selalu 'hidup segan, mati tak mau' sejak akhir-akhir ni *sebelum ni elok laju*. isi minyak motor pun tak full dah sekarang (minyak naik harga ke?dulu aku isi RM4, full dah). celaka semua nak boikot aku yang kesusahan ni. aku dah lama tak beli t-shirt baru, walaupun t-shirt bundle.*tak pernah pun lagi beli t-shirt bundle sebenarnya.huahua*
aiii...bile la dapat beli lagi.hmmm.....
dalam pada duit aku tinggal-tinggal bajet untuk makan dan bersukaria sikit-sikit(buat makan benda mahal sikit. alah tak la mahal sangat, mahal sikit je.lebih RM3 dari biasa)*hidup aku ni makan je, patut la 'full of love'* tiba-tiba aku cek dekat laman web universiti bahagian hutang pelajar baru-baru ini:

RM 362.40 belum dibayar.

OMG. dalam akaun ada lagi cukup makan tak sampai sem 3 pun agaknya. dengan hati sayu, aku pun bayar la, mak aku ada bagi RM400 untuk sampai sem 3.lepas tu baki kena masuk akaun.

dan actual money yang aku punyai masa itu hanyalah RM37.60, yang exactly telah pun hadam dalam perut aku menjadi lemak-lemak tepu dan bahan buangan.  nak masuk akaun apa nya. akaun mimpi boleh lah.

khas untuk management bahagian bendahari mana-mana tempat belajar, kalau nak suruh students bayar yuran macam ni, masukkan semua awal-awal boleh tak. aku sebagai student PTPTN yang kesempitan di dalam kampus perubatan, selalu bajet duit, walaupun untuk bersuka-ria walaupun sekejap.(come on jangan cakap kami tak perlu enjoy, kami orang muda okay!). kalau dah last minit masuk, bukan ke hell namanya?

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

CKB said... [Reply]

wadahelll
=.='

AISHA INANI said... [Reply]

oi, isu duit tak penah nak cukup laa.
tp hebat la hang, salute aku.
pamdai berjimat ehh. hmm hmm!

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

ptptn, hutang yg tgh tgu kita tnpa kta sdar. T___T xde income lg, xtw pape lg, sdar2 dh ade hutang tgh tgu kita byr je.huhu

BLADE EDGE said... [Reply]

Assalamualaikum...

saya yg dah lama grad pun belum bayar balik PTPTN ni walau sesen..keje susah looo....huhuhu

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Ajeyy Rawk said... [Reply]

salam.. haihh .. macam mana laa nasib saya yg bakal masuk U 3-4 tahun lg ni.. huhuhu .. bnyak nyer komek akak .. meh pinjam satu .. hehe :)

p/s : check my latest entry :) :

5 Sebab Kenape matapelajaran sejarah membosankan !

Gempar !! Pocong melompat di KB Mall !

Segmen Ben Ashaari Gegar Lagi !