Do you like my blog?

Tuesday, April 5, 2011

Journey to be Occupational Therapist 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 05, 2011
dua minggu tempoh untuk berfikir dalam-dalam dan memaafkan. balik-balik sini itu manusia bagi berita kaf-lam-ya-nga. mula-mula rasa down, tapi bila fikir kan aku dah pergi praktikal sambil melarikan diri dari penjara kuala lumpur *sambil terbang,petik buah durian orang*, kenapa nak gaduh-gaduh lagi.aku surrender sudah. lupakan terus sengketa kerana aku takut jadi kanser dalam hati.

sudahsudah la ayat bungabunga taik ayam.

jadi for the previous two weeks, aku pergi praktikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.(mentang-mentang sekolah bainun, hospital pun nak bainun jugak kan).  seminggu dalam ortopedik, seminggu dekat Burn. malu aku rasa sebab banyak yang aku tak tahu. hari first rasa nak menangis sebab banyak benda yang buat aku diam padahal aku tahu. aku pun tak tau kenapa aku stuck.

and the next days aku semakin seronok kat HRPB. walaupun aku rasa setiap hari 'dibancuh' jadi nescafe, tapi aku tak kisah. sekurang-kurangnya aku belajar jadi orang. belajar jumpa patient, cakap dengan patient, senyum dengan ikhlas dan tak lupa, 'membahan' orang lain (mangsa utama azwan & encik Awal yang awal).hihihi.

banyak knowledge secara tak langsung yang aku dapat, kalau nak listkan pun, aku rasa tak dapat sekadar nak list dengan menaip dalam entri ni. terharu aku karang menangis sampai pitam. every therapist layan kami dengan baik, tapi takkan lah kau nak expect aku dilayan macam tuan puteri. no no no! tapi lebih baik dari cara orang pejabat bendahari layan aku. lebih baik dari cara orang ofis kolej layan aku bila aku buat permohonan. aku rasa macam kucing kurap merayu makanan.

dan kat situ, aku dilayan sebagai orang.

masuk Burn dan Ortho, macam-macam cerita malang orang lain yang aku dapat tahu. terbakar sana-sini, hilang pekerjaan, hilang karier, hilang keluarga dan hampir hilang nyawa. sekarang ni aku ada fobia sikit nak dekat-dekat dengan api. nak petik suis pun aku cam takut-takut. tu baru aku yang tengok, kalau orang yang terbakar tu sendiri, lagi lah trauma. bak kata encik Ummar, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

masa case study presentation, aku tak tahu kenapa aku stuck. macam Dyslexia plak masa tu. aku tak boleh baca apa aku tulis. aku konfius. T.T. sampai malam aku asyik fikir pasal tu. padahal malam tu dah berusaha rehearsal diri sendiri. berembun pergi kedai fotostat  pada pukul 10.30 malam sebab therapist nak hard copy. tau la embun kampung macam mana. menggigil-gigil bawak motor pergi pekan Gopeng.

banyak dugaan. tapi alhamdulillah, aku seronok di situ. insyaAllah kalau ada placement lagi, nak pergi situ.*dalam hati berdebar-debar*.

ni angel fish aku, nama dia jericho.sebenarnya ada 2, nama masing2 wan & jeri. tapi bila wan mati, tinggal la jericho ni je. tapi beliau pun dah mati semalam. T.T

aktiviti weekend: pergi zoo

peace yaw.

babi bertaburan. memang babi betul. aku maksudkan ini adalah babi yang sebenar.

nun jauh di sana binatang peliharaan impian ku : Aslan yang terkena aneroxia (singa)

selak-selak tirai.

dalam kandang burung (kandang ke?)



pemusnah pokok hiasan.

bersama encik ummar & encik izad.

farewell puan fizah

bunga-bunga department OT

sesi tangkap gambar dan membahan

encik  rodi & encik bani

bersama encik awal yang awal

wonderpet. (i wonder kenapa itu azwan jadi tinggi dalam gambar ni?)

OT

sesi menuntut ilmu



Selamat tinggal.

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA INANI said... [Reply]

mcm best jekk!
nak jugak prkatikal. hahaha

weh zoo mana? negara?
tak ajak pon. sob sob sob!

AISHA INANI said... [Reply]

mcm best jekk!
nak jugak prkatikal. hahaha

weh zoo mana? negara?
tak ajak pon. sob sob sob!

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

eh..dati da hapdet.wee~

syairahmohdanuar said... [Reply]

gudluck practikal!! :)