Do you like my blog?

Tuesday, April 5, 2011

mana lebih berbaloi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 05, 2011
masa awal-awal tahun 2 ni hidup aku penuh kesedihan. kehilangan, tak boleh adapt, masalah bertimpa-timpa.  aku ingat hidup aku dah di penghujung. semuanya dah tak ada warna.  aku tak tahu pun untuk apa aku tersenyum, hidup macam patung. ikut arahan, patuh.

dapat pulak duduk kolej tun syed nasir 5 (K5), terasing dengan kawan-kawan. internet tak berapa dapat. nak makan pun takut. roommate pulak selalu tak ada. nak gerak mana-mana pun sakit. mohon duduk k1, tapi bila aku cakap dengan orang ofis, lagi buat aku sakit hati sangat-sangat. dah, tak payahlah aku susah-susah nak jadi pengemis kat situ. aku ada harga diri okey.

jadi aku cuba belajar duduk kat k5. seronok ape. bilik air tak payah share ramai-ramai. nak pergi kelas pun dekat. nak keluar jalan-jalan pun senang. aku nak pi mana, aku bawak je motor aku, susah apa kan. hahaha. wifi pun ada. laju plak tu. ape lagi aku nak? complete kan hidup aku kat sini?..nak makan pun banyak choice, antara aku rajin dengan tak je.

see.

kalau kat k1, aku kena naik bus, kalau naik motor aku banyak makan minyak. toilet kena share ramai-ramai. nak makan choice cuma kat kafe je. nak keluar jauh sikit kena amik cab pergi monorel. balik lewat sangat tak boleh. apa-apa aktiviti k1, diwajibkan hadir. nak pi kelas kena awal-awal. wifi pun selalu beron. asyik-asyik tengok muka yang sama.

tapi semua kawan-kawan nak duduk k1. hmm. tu je masalah nya sekarang, aku nak dekat dengan kawan-kawan. kalau ada ape-ape hal senang la..tapi susah-susah je aku kumpul merit tu kan. hmm.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

saya bukan tomato said... [Reply]

dilema~ dok ngan kawan2 la senang.. :)