- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf sungguh bukan aku. | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, April 22, 2011

sungguh bukan aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 22, 2011
aku tau bila update macam ni, dianggap virus blogger. bak kata blogger-blogger yang suka labelan; newbie updates, blog diari, blog sampah. menjadi kesalahan pulak bila blogger tu nak update berita harian dirinya ; berapa kali aku tertinggal sembahyang subuh, aku bersin 10 kali hari ni, cikgu marah aku, aku berak 6 ketul sebab terlebih makan belacan, mouse aku terjatuh ke lantai dan apa-apa yang seangkatan dengannya. tak tau pulak jadi kesalahan bila ditaip macam ini.

maaf gilaa sebab aku tak pandai menyusun ayat jadi perempuan melayu terakhir. harap je muka skema.

malam tadi aku tidur dekat rumah kawan aku.disebabkan cara tidur aku menggelupur macam ayam kena sembelih, aku sedar-sedar aku ada kat atas lantai tengah menggigil-gigil. aku dah selsema. masuk tengahari aku rasa tak sedap badan. dalam kepala asyik ingat ada satu lagi soalan assignment tak siap lagi. mungkin jugak salah aku sebab asyik tak ada mood nak buat assignment.aku hampir burn out tau. kerana?

:::::
sebelum 21 mac, aku dan kelas aku pergi previsit untuk projek subjek XX ni ke johor. dijanjikan nanti sampai sana adalah benda important yang kami kena buat. end up, pergi duduk je atas bas.pergi pagi balik petang. tak buat apa-apa. kesalahan siapa? tak tau la. mungkin tayar bas kot yang salah sebab berputar secara membulat.

dan ada masalah di situ. sekarang setel sudah.

21 Mac 2011, aku pergi first placement aku dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB) selama 2 minggu. hari-hari aku drive pergi Ipoh dari Gopeng. kalau jalan tak guna serabut, akan makan masa sampai 40 minit.padahal 20 minit je dah sampai. aku penat. sila lah cakap aku mengada, aku tak kisah. setiap hari balik, tak sempat buat apa-apa, aku dah tertidur. malam study untuk tengok patient, tidur balik. kelam-kabut dengan case study sebab ini first time, nasib baik OT kat HRPB banyak bantu kami. penat gila tau tak.

1 April 2011, pagi tu balik ke KL. hari itu last day untuk buat pendaftaran awal kursus 3rd year. aku ingat nak online dekat kolej sebab rumah aku tak ada internet. ada pergi CC untuk setelkan case study, tapi masa itu tak ada list untuk daftar kursus. aku rasa tak ada siapa lagi yang dah daftar jadi aku biarkan dulu. kawan-kawan aku pun sama. petang itu kena bergerak ke johor untuk perlaksanaan program XX hari tu. aku sampai KL pukul 11.30 pagi.

mesej-mesej yang aku dapat :

1. budak 2nd year OT kena naik bas pergi johor pukul 10 pagi. pukul 3.00 untuk 3rd year. (received : 6.20am 1/4/2011)

2. siapa tak bayar yuran lagi tak boleh daftar kursus awal.(received : 10.30am 1/4/2011)

aku sampai kolej, terus on lappy. hutang pelajar : RM300++.

gopoh-gapah pergi pejabat bendahari bayar. tiba-tiba ada orang cari pasal.

petang tu terpaksa naik bas pukul 3 ke johor. nasib baik cukup tempat. sampai johor, ada pulak masalah. yang paling aku bermasalah adalah orang yang tak ada langsung perkataan 'menjaga personal hygiene' dalam kepala otak dia. lepas tu 'kedekut'. penat woi kat sana.

di shortkan kan, habis XX, kami ada study week terus. ya, terus. subjek XX dah cut study week aku 3 hari ok.

exam kedua aku, PATHOLOGY SYSTEM, aku demam tak boleh bangun langsung sehari sebelumnya. sebab aku demam terkena hujan on the way ke kolej 1, untuk exam pertama. tak tau apa jadi dengan exam aku.

hantar permohonan penginapan semester 3, kena ambil balik sebab cakap tak ada surat subjek disertakan.

::bersambung dari yang pagi tadi aku cakap tak sedap badan.

aku balik buat assignment. beberapa kawan aku mintak tolong print assignment dorang. janji nak hantar pukul 3, tapi hujan lebat.aku risau hujan tak berhenti jadi aku redah. selsema makin teruk.

sampai jabatan, tiba-tiba akak ofis cakap aku tak bayar denda RM15 sebab lewat daftar kursus. kalau tak bagi resit, nanti result aku kena tahan. setahu aku, aku daftar serentak dengan orang lain. aku rasa aku daftar lebih awal). nak resit yang di fotostat. again, aku meredah perjalanan ke fakulti untuk bayar. hujan lebat, masa tu jugak lori, kereta yang macam tahee nak merempit men'splash'kan air pada aku yang naik motor kecik haluih tu.

sampai fakulti, naik tingkat 5, pejabat bendahari tutup. OH GREAT! badan makin panas. aku dah pening. aku redah masuk ofis kat tingkat 5 sebab aku tak boleh tahan lagi. selipar jamban tak selipar jamban yang aku pakai, tak peduli dah. seluar aku lencun teruk. aku cuma ada baju hujan. seluar hujan tak ada. orang ofis suruh turun tingkat 1 bayar. nasib baik abang pejabat bendahari baik hari ni.

yeah again aku nak jatuh tangga. terima kasih atas : lantai berair, kasut yang licin dan kepala yang pening. aku bagi mesej ke kawan aku, memandangkan hujan dah ala-ala berhenti, aku nak pergi ambilkan assignment dorang sekali kat Kolej 1. bukan dekat. tambah-tambah dalam hujan dengan naik motor. rasa cam 27 kali ganda jauh.

nak lintas jalan ke kedai fotostat tiba-tiba kepala aku pening. aku tarik nafas dalam-dalam, nasib baik ok. lepas fotostat, aku ride ke Kolej 1. dan on the way juga, dengan bangganya sebuah lori meng'hon aku masa nak melintas. kereta banyak masa tu tak putus-putus. dia pulak hon-hon sebab dia rasa aku si lembap nak melintas jalan. tahap kesabaran aku dah sampai dahi, aku bukak wiser helmet aku toleh belakang, aku jerit "WOI KAU TAK RETI SABAR KE??". aku rasa lelaki yang ada kat kaki lima tu macam terkejut je dengar aku maki driver tak guna tu. dalam hati aku, sekali lagi dia hon, aku turun motor, aku sepuk je driver lori tu. kalau dia rasa dia hebat sebab dia lelaki dan bawak lori besar, aku boleh jadi lebih hebat bila bawak motor dalam keadaan gila macam ni. mau berkecai kepala driver tu aku hempuk-hempuk.

aku terus pergi kolej 1, ambil assignment. nasib baik jugak aku tak tercium bontot kereta persona warna merah kat depan pusat darah negara. aku dah la pening. dia tiba-tiba berhenti tak bagi signal. aku sempat mengucap sebelum tarik break. nak meletup jantung aku terkejut.

pendekkan cerita, aku ambil assignment dan terus hantar dan balik kolej 5.

dan di sini aku, baru habis mengunyah paracetamol berbekalkan air yang sikit. GREAT. kolej 5 tak ada air, aku baru kena hujan. tak boleh basuh kepala.

dan badan aku makin panas. exam hari selasa ni, dan ada lebih kurang 20 chapter untuk di revise yang bernama NEUROPSIKOLOGI.

lama-lama aku yang psiko.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

mira z said... [Reply]

nko pown kne ea yg 300++ tuh
ngarut r bendahari nh.ak dah lame dendam!!