Do you like my blog?

Tuesday, May 3, 2011

7 perkara tipikal dalam blog yang aku tak suka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, May 03, 2011
mintak maaf lah aku tak dapat lagi menipu diri sendiri dengan membubuh background stripe warna pastel, dengan shoutbox kartun comel makan lollipop, dan header yang cute. (mungkin aku sorang-sorang yang perasan macam ni).

tapi aku membiarkan kartun yang macam sweet tu di sidebar dengan mesej 'Enjoy Sweet Day' dengan harapan aku dapat memupuk sedikit jiwa gedik-gedik buat bekalan di masa depan. mana tahu suami di masa depan complain aku terlalu tidak gedik langsung.mau menangis masa tu nak rujuk kamus apa makna gedik. tak sempat nak bukak kamus, dah datang ramai awek-awek tersedia gedik terjoget-joget nak tackle encik suami aku nanti.

tak boleh tu.

untuk tidak menipu diri sendiri lagi, aku membubuhlah background warna feveret aku iaitu hitam. sebenarnya aku suka semua warna. tapi aku tak lah obses sangat sampai kena bawak sepanduk tulis 'Aku Suka Semua Warna!!'.

terus terang aku nak cakap, aku macam pelik dengan style blogging sekarang. hmm. aku tak kisah pun tapi aku rasa macam IT'S A MUST dengan benda-benda macam ni. aku pening.

1. wishlist
aku tak tahu apa fungsi wishlist. yang aku tahu ada list barang-barang yang dihajati beserta kotak di tepi yang ada tanda Right atau dibiarkan kosong. ya mungkin orang yang letak wishlist mempunyai ibu bapa yang pakar IT. jadi meletakkan wishlist, supaya parents boleh lihat apa yang mereka mahu sempena hari jadi. tapi kalau dalam list tulis 'Boyfriend yang menyayangi', agak-agak macam mana parents nak hadiahkan. kalau itulah satu-satunya yang tinggal box yang tak ada tanda Right. mungkin upah mana-mana lelaki Bangla untuk menyayangi. mak bapak aku tak baca blog aku, sebab tu tiada guna wishlist di blog aku.

2. link yang ada garis-garis atau kupu-kupu terbang bila dihalakan cursor
kalau link kecik aku tak kisah. tapi kalau mouse hala ke header, muncul corak-corak yang berulang, aku pening. aku pangkah terus blog tu. tapi aku suka link pelangi (sebab aku pakai).

3. read more
terus-terang aku adalah makhluk Tuhan yang tak suka tekan button 'Read More'. kecuali kalau aku curious gila dengan entri tersebut. aku tahu Read More bagus untuk kesihatan blog, tapi aku malas. kalau internet lembap tahap karma, ingat aku ada masa nak read more.

4. tulisan terbang ikut cursor
ni aku rasa pening lah. kadang-kadang aku nak baca entri, aku terbaca sekali tulisan terbang tu.

5. ayat pembuka berbaur warning
bukak-bukak blog ada ayat macam 'ini blog aku, rule aku.kalau kau tak suka kau boleh pergi jahanam.aku tak suka orang macam kau kat sini. jangan datang sini lagi. aku harap kau faham'.

tengok, belum apa-apa dah buat orang fikir 'budak ni mesti bajet ramai nak stalk blog dia'.

6. notification mengejut di awal blog
kalau mula-mula bukak tu, adalah box-box yang keluar dengan bunyi notify yang mengejutkan. dah la banyak pulak. rimas perut.

7. disable right click.
aku tak kisah. tapi bila ayat yang keluar bila kita right click berbunyik macam "Oi bangkai, jangan right click lah!", "Ko nak copy apa kat blog aku sakai?", "I hate you copycats!".

aku mempunyai kebiasaan me'refresh page dan open new tab. yang mana aku suka right click. jadi adakah aku bangkai sakai yang cuba menjadi copycat? sapa sakai sekarang.


benda-benda macam lagu kat blog aku tak kisah pun. tulisan short form kalau dah teruk sangat, aku pangkah je, dah tak boleh nak baca kan. haha. sekian, aku memang kejam.

13 C.O.M.M.E.N.T.S:

wan_cikgumuzik said... [Reply]

banyaknya yg awk x sukaaa... tahniah kerana menjadi bloger yg perihatin tentang benda2 yg mengganggu penjelajahan kita ke alam blog.. jom try gi blog cikgu tgk.. ada komplen tak?? hehehhe..

review from: sahabat bloger...

from : http://wancikgumuzik.blogspot.com

LULu BeLLe (QiEyrA) said... [Reply]

kak,,nk tye ley???cmner nk create yg kt tulisan home tu???sy ni x pndai lagi nk create blog....

salwaabubakar said... [Reply]

suka sgt entri ni.
semua benda2 tu semak. serabut. dan menyukarkan blogwalking.

nur dhiya' aida said... [Reply]

biar simple . senang orang nk bace , xsakit hati juga :)

cik AngguR said... [Reply]

tak suka jugak pa yg d list kn tu rimas lerr.....semak rasa

arabella said... [Reply]

setujuuuu =)

Indah Mulya said... [Reply]

nk tergelak sbb leh bygkan nada ko ckp mnda ni..tp btol jugak pe yg ko tulis tuh..tp semuanya pd blogger tu sndr kot..cm aku taruk wishlist tu,sbb tu target ak utk dapatkan brg tu sndr..xde maknanya nak suh org bg, usaha sndr br kencang beb! nway, hak masing2 =]

Nurhafizah p i j a said... [Reply]

yeah btol !

budingyun said... [Reply]

haha..sabor jer la..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply]

wah...ape yg awk x suka tue kina pun tak suka. blh jadi geng nie.

lagi satu kan..kina paling x suka kalau ada iklan terapung. x kira la belah kanan atau kiri. x semua PC saiz besar. kecian blogger mcm kina nie. dah susah nak baca blOg org yg ada mcm tue.

huhuhuhu...

Idati Malek said... [Reply]

kinakoyu:
thanks sebab point out bnda tu.dah x letak iklan terapung dah.sebab tak penah gune notebook utk blogging, sbb tu xtahu akan jadi kecik..sori2...heheheheh....

dan semua yang komen, thanks for yr opinion k.!

MIRAtheCLEO said... [Reply]

the best lah entry nie .. hehehe YOU ROCK !!!!

wo jiao hana said... [Reply]

hakhakhak... sempoi.. ak stuju.. straight to da point tros... hak3...