Do you like my blog?

Saturday, May 14, 2011

Rahsia Handphone Korang Tak Kira Mahal ke Cikai

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, May 14, 2011
Sekarang aku tahu semua orang berkemampuan untuk memiliki handphone. tak kira orang tua , orang tua tak mengaku tua, orang muda mengaku kanak-kanak, atau kanak-kanak bajet dah matang, semua nak ada handphone. bahkan bukan 1 handphone, kadang-kadang sampai 3. memang dah tahap mengalahkan tokey balak, busy kemain, kejap handphone tu dering, kejap lagi handphone tu pulak terketar-ketar (sebab buat silent mode).orang ada banyak handphone ni ada banyak tujuan. antaranya, sebab banyak sangat kekasih. kekasih cerah, kekasih coklat & kekasih gelap. jadi kena ada 3.

untuk aku pulak ada 2 handphone. asalnya tujuan nak buat macam kat atas, ada berbagai warna kekasih, tapi tak dapat cari untuk isi tempat kosong. gurau.

Kegunaan Handphone anda :



1 - Nombor Kecemasan
Semua rakyat Malaysia ingat rasa cemas je tekan 999. memang lah! tapi ada lagi satu nombor iaitu 112. Nombor ni boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Lagi menarik, nombor ni boleh didail  walaupun keypad anda dikunci (keypad lock).

2 - Kereta Terkunci
Anda terkunci kereta, dan kunci berada dalam kereta tersebut. Pelik, tapi tak mustahil. Dan kunci pendua berada jauh di rumah. Jangan risau kerana inilah masa untuk menunjukkan ketereran handphone anda (bagi kereta yang menggunakan sistem penggera/alarm sahaja)

Cara-caranya :
1 - Telefon orang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
2 - Pegang telefon anda kira-kira 30cm (1 kaki) dari kereta yang terkunci.
3 - Minta orang yang berada di rumah menekan button ON/buka pada kunci pendua. Kunci pendua mestilah didekatkan dengan telefonnya. (kira macam kita guna wave untuk send signal kereta ni. tak tahu aku nak explain, fizik aku teruk).

*boleh dilakukan walaupun jarak beratus-ratus kilometer. semudah 3 langkah kan.

3 - Kuasa Bateri Tersembunyi
Setahu aku handphone jenis Nokia didatangkan dengan simpanan kuasa bateri tambahan. Bayangkan anda cemas dan perlu buat panggilan, masa tu jugak bateri nak running out. mau tak menangis air mata darah. Cari public phone, tapi semua dah kena vandalisme. Desperate sangat dah ni! Don't worry cause we have the solution (style Matluthfi90 cakap dalam v-log Lampu Penyumpah).

Untuk mengaktifkan bateri simpanan, tekan *3370#. bateri yang diaktifkan, akan naik sampai 50%. kuasa bateri tambahan akan di cas semula apabila anda mengecas.

4 - Handphone kena curi
Sebelum handphone anda dicuri, anda buatlah langkah ini dulu. Tekan *#06#, dan 15 nombor siri handphone anda akan keluar. Catit, dan simpan dengan selamat. Waktu aku kerja kat kedai phone selama sehari tu, aku ada tolong catit kan nombor ni, yang aku panggil Imei No. Nombor ni unik untuk setiap handphone.

Jadi, apabila hanphone anda dicuri, serahkan Imei No. ini kepada pusat servis telefon bimbit anda. Mereka akan mengunci sistem dalam handphone anda. Jadi tak boleh guna. Tukar sim card pun takkan dapat guna. Cara ini mungkin tak akan mengembalikan handphone anda, tapi sekurang-kurangnya anda puas hati. Si pencuri mencuri dengan sia-sia. Nak guna tak boleh, nak jual pun tak boleh. sebab dah kena block.  Puas hati kan?

pencuri telefon yang disyaki.

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

Aimi dan Pakcik Hashim said... [Reply]

ada yg aku tak tau ni
kena note simpan baik2

Nzyrahun said... [Reply]

haha comel je kucing tu hehehe

Miza Yusof said... [Reply]

wow ! i like this. terima kasih berkongsi. bertambah ilmu pasal handphone :)

Idati Malek said... [Reply]

ur welcome. haha...may u all benefit em well.

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

bagus gler2, entri kli ni.