Do you like my blog?

Monday, June 27, 2011

cerita kucing

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, June 27, 2011
sekarang bilik aku mempunyai kadar barang yang paling minimum aku kira. tetapi masih dalam mode tunggang terbalik.fikiran aku pun kacau.

cerita aku tentang kucing, walaupun kucing tak sebijak anjing, tapi mereka takdelah bodoh sangat. kalaupun dorang bodoh, bersesuaian lah sebab mereka tak ada akal. sedangkan kita yang ada akal ni pun orang suka cakap "alaaa..bodoh la ko ni". sedangkan masing-masing sedar Allah SWT dah kurniakan kita akal. see.

'miao, miao,miaoooo,miaooooooooo..' bunyi kucing di luar pintu bilik hostel aku. aku baru saja habis makan. pernah tak korang tengok, kucing di area hostel selalunya tahu kalau orang di bilik tertentu sedang makan. kerap terjadi, apabila aku selesai makan di dalam bilik, aku mesti dengar kucing mengiao di luar pintu aku. kerana mereka tahu aku akan keluar bilik membuang sisa makanan dan memberikannya lebihan yang boleh dimakan.

satu lagi semasa aku di kolej 5, aku sedang menjemur pakaian. seekor ibu kucing mengiao di depan pintu sebuah bilik secara extreme. aku cuma perhatikan. beberapa saat selepas itu, tuan bilik keluar dengan memegang polisterin bungkusan makanan yang tinggal sisa. betul cakap aku. tetapi ada lagi yang ditunggu kucing itu, bukan setakat sisa makanan. tuan bilik itu memang selalu menyediakan makanan kucing. aku lihat dia membawa sekotak frieskies, selalu. kucing kenal orang yang memberinya makanan. hadis mengenai pahala memberi makan kepada haiwan :
Rasullah pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud “Pada setiap makhluk yang punya perut,ada pahala.” Kata Rasullah lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi.” Baginda juga bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidak menyayangi,maka dia tidak disayangi.”(Riwayat bukhari)
kucing yang paling rapat dengan tuannya akan tahu bila tuannya sedih, bila tuannya merajuk, gembira atau susah hati. dia akan diam bila melihat tuannya menangis, dan melihat dengan pandangan sayu. selalu aku terfikir, mungkin ke di akhirat nanti aku akan berjumpa dengan kucing kesayangan aku yang dah pergi. aku tak tahu kalau kucing korang macam ni atau tak.

aku tak tahu sama ada sikap menyayangi haiwan ini satu kelebihan atau tidak. tapi yang aku pasti sikap membenci haiwan ini memang satu masalah.

11 C.O.M.M.E.N.T.S:

Anum said... [Reply]

saya memang suka kucing

Nur Syafiqah Md Takiyudin said... [Reply]

Teringin nak ada kucing, and rapat dgn kucing. Tpi takut, sebb dulu penah kena cakar dgn kucing kat muka. Fobia. :S

Idati Malek said... [Reply]

hahahah..takde kot..pilih la kucing manja2

Hans said... [Reply]

hohoh
aku benci lipas
xapa tak?
ku suka ikan
kucing okay la
comel

Lirik Lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

rasa nak menangis bc entri ni, wpon aku x minat sgt dgn binatang ni. tp xdela smpai thp bnci. btw, nice entry.

Idati Malek said... [Reply]

hg ni suma entri nice...

Roza Ami Nanomiya said... [Reply]

ada rumah sendirik nak pelihara kucing lah

CKB said... [Reply]

yea, smpai skrg bila sedih suka ckp ngn kucing. biarpun hanya sepi dan tenungan sayu yg dia beri, tp sekurang2nya dia ada di sisi di saat kita resah. ;)

Cik Aish said... [Reply]

terharu jap baca...
first : aish mmg syg sgt kucing2 aish, and bila aish sedih, dia akan sedih gak..duduk je tepi aish..bila aish balik keje, dia akan lari dapatkan aish..

2nd : aish penah lalui bila aish takde duit langsung nak beli mknn dorang. n aish korbankan duit banje yg sepatutnya aish guna utk diri aish, beli mknn dorang.. kucing byk..mmg kos tggi.huhu..

3rd : mak aish pernah cakap..bila kt pergi rumah orang yang baru meninggal, cuba kt tgk keadaan keliling rumah tu, bintang peliharaan mesti tgh bersedih bila tuan dia mati.

kucing ni binatang kesayangan rasulullah..harap2 takde la antra kita yang berlaku zalim kat dia..

myhatiku said... [Reply]

if the cats read dis,mesti terharu kan kucing2 sekalian..hee:)

Jojoe said... [Reply]

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄