Do you like my blog?

Friday, June 24, 2011

mereka di sisi dia sebelum kita : kawan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, June 24, 2011
sebelum jadi isteri orang, jadi tunangan orang. sebelum jadi tunangan orang, jadi girlfriend orang (bagi lelaki, tak ada istilah jadi isteri atau girlfriend orang. kalau ada, ia adalah kategori sakit jiwa). jadi mari membincangkan dahulu kategori girlfriend.

sebelum aku mula, aku cuma nak bagitahu, ada orang tak terima relationship boyfriend-girlfriend ni dan ada pulak yang terlebih terima. jadi aku berdiri atas pagar tak nak cakap siapa salah siapa betul, sebab aku sendiri pun banyak khilafnya. so, let things just be general.

jadi masa korang dah membibit-bibit cinta dengan bf korang tu, ada tak korang kisah pasal kawan-kawan dia. ya, kali ni topik aku berkaitan dengan kawan pakwe hangpa. tak kira lah lelaki ke perempuan ke.

kenapa aku terlalu penyibuk untuk tahu kawan pakwe hangpa eh pakwe aku, sedangkan kawan-kawan sendiri pun terbiar dengan jayanya(macam kucing pulak). kerana kawan-kawan itu datang dahulu sebelum kita, cik-cik girlfriend ni. walaupun kawan tidaklah distatuskan oleh encik pakwe hangpa untuk diajak nikah(bagi perempuan), tetapi kawan adalah kawan. DAN! lagi-lagi kalau kawan lelaki encik bf kita a.k.a best friend forever mereka, itu lagi jangan masuk campur nak bagi nasihat pada encik bf 'Jangan kawan dengan dia lagi!'. silap haribulan kau yang di bye-bye dahulu. hanya kerana dia spend lebih sikit je masa dengan kawan baik mereka, hangpa nak muncung 10 depa. lepas tu pokpek pokpek macam baru dianugerahkan mulut di mana sebelum ini hangpa semua bisu. kalau tak berkenan sangat dengan perangai BFF dorang tu, slow talk la. tapi jangan lah direct sangat "Sayang, apesal bestfriend sayang tu entah apa-apa. cuba tengok budak lelaki kelas kita semua baik je". Ya, kau sedang mencari masalah di situ, jangan nak bandingkan orang yang paling rapat dengan mereka dengan orang yang mereka tak kenal langsung atau dengan orang yang boleh buat mereka jeles.

for your information, lelaki beranggapan yang 'kalau dalam dunia ni dah ada kawan baik yang paling rapat, tak ada girlfriend pun tak apa. sebab kawan baik itu lebih berharga'. sejauh mana kebenaran? lelaki sila jawab.

Nak tegur cakap elok-elok sudah, macam 'awak, As memang merokok ke?'.(kalau yang hangpa nak bising tu pasal rokok). kalau dia tanya, cakap je lah, 'oo. saya tak berapa suka orang merokok. tapi takpelah mungkin lepas ni As berhenti kot kan?'(macam baik sangat pulak aku rasa cakap macam ni). kemungkinan pakwe hangpa akan slowtalk dengan BFF dorang. kira passing advices lah kan.

Bagi kawan-kawan perempuan, hahaha. aku pun tak lah banyak sangat nak komen. tapi dari perspektif aku, pergilah berkenal-kenalan dengan kawan-kawan dia. walaupun mungkin mula-mula hangpa rasa jeles dengan mereka sebab mereka pernah bernafas di udara yang sama dengan pakwe hangpa dulu-dulu masa kat kelas (itu pun nak jeles, tak faham aku). kebanyakan perempuan melenting kalau bf dia cakap 'kawan perempuan kite kan tak suke dengan awak, sebab awak sombong. add FB pun tak approve.blog pun private, lepas tu tak bagi kite contact dorang lagi'.

hahaha. salah siapa? salah hangpa. yang nak berpewatakan sadis sangat tu apahal.then depan pakwe tunjuk muka sedih cakap 'Nanti kita approve dorang lah' sambil muncung 1000kaki. lepas tu balik cakap kat kawan-kawan sendiri 'Ek'eleh dorang ni. sukehati aku lah pakwe aku, bukan pakwe hangpa. kalau hangpa ada pakwe pun hangpa wat camni la. aku couple ngan dia, hangpa nak sibuk tu apesal. ke hangpa pernah suka pakwe aku?'.

kalau aku di tempat kawan perempuan sekelas tadi, hancurnya hatiku. aku nak berkenalan je, salah ke aku?

cuba fikir dalam hati korang macam ni ::

adakah aku nampak seperti perempuan jahat yang menjadi girlfriend kawan korang?
atau aku nampak seperti perempuan jahat yang menjadi girlfriend kawan baik korang?
atau aku nampak seperti perempuan yang tak sepatutnya ada bersama dengan boyfriend aku sekarang?

kalau ya, berubahlah cepat-cepat. kita hidup dalam dunia ni nak buat kawan, bukannya kumpul lawan ramai-ramai lepas tu buat tunjuk perasaan dekat blog.

sekian entri khas untuk kawan-kawan pakwe hangpa.

dan kawan pakwe aku jugak. hahaha. kawan-kawan kepada pakwe kawan-kawan aku jugak.(pening).

updates : lupa lagi nak mention. kalau dia ramai sangat kawan lelaki, tak perlu lah nak berkenalan tukar fon number semua. itu cari pasal. haha. cukup tahu nama sudah, tak perlu pergi salam-salam okey.

7 C.O.M.M.E.N.T.S:

hasrul hassan said... [Reply]

Salam.
sebenarnya prinsip (kalau boleh dikatakan begitu) kenali kawan-kawannya hanya sesuai dilakukan untuk lelaki. Tak boleh diadaptasi buat perempuan. Kerana apa? Sebabnya bila si perempuan ada ramai kawan lelaki, ia akan menimbulkan fitnah yang mudah, berlainan pula dengan lelaki.

Apabila si perempuan sudah ada teman istimewa, dia akan terbatas utk hanya mengenali perempuan sahaja, berbanding lelaki. Kalau kita tgk pun, lelaki akan ada ramai kawan dalam dua2 jantina, tetapi si perempuan bila dia dah kawin, dia akan lebih ramai kawan perempuan dari lelaki.

sekadar pendapat dari penilaian <a href="http://www.hasrulhassan.com>BANGKU KOSONG</a>

Idati Malek said... [Reply]

thanks encik hasrul hassan.

ekceli this entri is to encourage a girl to get knowing her bf's friend, atau lebih tepat kawan2 perempuan.jgn suruh bf dorang buang kwn demi utk jaga hati gf yg jeles x tntu hala.hehe.that's wht i'm trying to tell.

n yg psl kawan2 lelaki, it's about their bestfren.we do not tell our bf who shud they be friend with n who don't..that's all.

btw thx for yr opinion,

Muhd Fadil said... [Reply]

bila bercinta, tak semestinya hidup kita pasangan boleh kontrol sepenuhnya.
nak berkawan, boleh.. tapi pepandai cari kawan. bercinta pasangan tak boleh kontrol hidup kita 100%.

# senyum selalu.

Idati Malek said... [Reply]

@muhd fadil

yes that's really true.

^.^

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

haha.. nice entry ah dati.

Idati Malek said... [Reply]

datin :best ke?hahahah

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

best la jugak dari entri aku. wakakaka~