Do you like my blog?

Thursday, July 14, 2011

cuti semester yang berharga

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 14, 2011
cuti-cuti ni aku seorang yang pemalas. aku tak kerja. sebab pada pendapat aku, bila dah cuti, cuti jelah. kenapa nak kerja. inilah masa menarik nafas tenang tanpa gelabah biawak nak buat assignment study untuk exam semua. selepas habis belajar, mesti akan bekerja terus-menerus sampailah mati nanti. dah tak ada cuti sem untuk orang kerja. kan? kan? jadi betullah idea aku kan? hargailah cuti sem anda sebelum anda mati kering sebab kerja tanpa henti selepas graduate nanti.

hehe. jangan ikut aku. kalau anda lebih rajin, tak salah pergi kerja. part time ke.

mak aku cakap zaman sekarang ni budak-budak dah senang.(perli aku yang pemalas). tak payah nak kerja teruk-teruk lagi macam orang dulu (e.g bersawah, menoreh getah, berkebun,menebas). setuju sikit, tak setuju banyak. budak-budak zaman sekarang juga mencabar. sebab belajar tu lagi dahsyat dari kerja. semua cikgu dengan mak bapak nak anak periksa dapat straight A. nak dapat straight A tu kendur jugak lah saraf kepala ni sampai lebam baca buku, buat latihan.

lepas habis study tinggi-tinggi, kerja tak semestinya ada menunggu lagi. kena bersaing lagi dengan student lain yang baru lepas grad. belajar macam aku ni pun rasa nak mati dah, belum jadi doctor lagi.engineer ke. mana ada benda mudah. kadang-kadang kita buat benda yang kita suka selalu susah. pakar motivasi ada cakap 'jangan nak samakan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak kita. cabaran dorang lain, keperluan dorang lain. takkan kita nak suruh dia tulis surat pada kawan-kawan masa kawan dia yang lain boleh sms, facebook, blog semua. semuanya dah tak sama. dulu-dulu 50 sen tu banyak sangat, sekarang rm50 sekejap je dah habis.'. how i wish my mother listen to this, kerana asyik cakap 'kami dulu-dulu tak perlu semua tu. seronok je, boleh je hidup'.. (oh aku begitu jahat).

jadi 'kerja' aku di rumah ialah menjadi kerani untuk Prime Silver Metrology Enterprise. tak ada gaji, makan tanggung, duit belanja boleh mintak bila-bila, penginapan dan pengangkutan disediakan. kenapa?

sebab aku kerja dengan abah aku.

dan memetik-metik gitar dengan sesuka hati sebab tak reti main langsung. maafkan akulah gitar.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

bUDaK nAKaL@pHiQUe said... [Reply]

kesian sama itu gitar..ngeh~

Kapten Atok said... [Reply]

zaman dulu dan skang memang x sama
kemudahan yg ada menampakkan kita maju

tp kualiti kita sebagai manusia (aku x masukkan agama) amatlah kurang banding org dulu2