Do you like my blog?

Tuesday, July 26, 2011

Impian & Hakikat Kita Tak Selalunya Parallel

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, July 26, 2011
Kita reti pasang impian dalam hidup ni. masalahnya bila nak mengabulkan impian sendiri, kita jadi tak tentu arah. macam zaman sekolah rendah dulu cikgu suruh buat karangan tajuk impianku. masa tu aku mungkin tulis aku nak jadi doktor, dapat rumah banglo dengan swimming pool paling cantik, ada sports car warna merah, kahwin dengan doktor yang kacak, bawak mak bapak tinggal sekali dan hidup bahagia sampai mati. How cliché.

Cuba ko bagi tau kat aku macam mana aku nak mengabulkan impian aku dalam karangan ni?yang pertama tu pun aku tak tahu, sebab aku memang tak jadi doktor. Dan yang paling mustahil pulak, mana nak cekau doktor kacak? Technician kacak ade la.. (shh shhh… ^,~)
doktor kacak.

Jadi melompat ke tajuk utama. toink!

Rumah Impian
Ini, aku masih nak ada banglo dengan swimming pool dan landskap yang cantik. Lepas tu ada maid yang berbelas-belas (macam cerita komik pulak). Bilik aku pulak memang bercitarasa cara aku la.*citarasa yang keliru*.
Rumah Hakikat
Belum ada rumah sendiri lagi


Kereta Impian
Kereta sport warna kuning, atau mini cooper s. paling koman satria neo.
Kereta Hakikat
Belum mampu beli… T.T aku ada motor je. *skuter impian yang kurus*.


Kerja Impian
Aku ni suka tukar cita-cita. Aku keliru dari dulu lagi. Bakat aku masih tak dapat dikenalpasti. Malang sekali semasa ceramah motivasi SPM dulu, aku masih tak dapat identify diri aku menyamai bakat yang mana. tapi kelemahan aku, adalah pengiraan. The real extremely unforgiving problem is, aku tak tahu kelebihan aku. Tak boleh bagak nak cakap ‘I’m gonna show you what I made of’.
Kerja Hakikat
Future occupational therapist…? Koff!koff!*batuk komik.


Lelaki impian
Hee hee.maluu aiii…*gedik gedik*. Ni the most top secret aku. Sebenarnya dari aku sekolah menengah, aku suka kalau lelaki cakap slang utara. Hahaha. *pang di situ* tak tahu kenapa, mungkin aku rasa bila cakap utara ni, bunyi dia macam cheerful sikit. *macam Matluthfi* Kalau gurau kasar pun, dengar macam kelakar je.  *tengok cerita Cun!, terpikat dengan Remy Ishak cakap utara*.Ada gak fikir future soulmate aku mungkin orang-orang utara, tapi kalau pekat sangat slang dia, aku tak faham pun tak jadi gak kan. Orang taiping pun boleh lah…(gurau gurau).lepas tu aku suka ikut kawan-kawan. Kawan suka lelaki ala-ala bad boy, aku pun nak jugak. Hakikatnya aku rasa nak lempang je bad boy, pasal poyo. Lagi best kalau lelaki tu pandai breakdance, main gitar ngan drum ke. Tak kisah suara dia sedap ke tak sebab aku(dulu) bajet aku boleh tolong nyanyi untuk dia.*hujan lebat,petir sabung-menyabung,kucing lari bertaburan*

Aku suka orang tinggi-tinggi.(tak kira lelaki ke perempuan). Lelaki tinggi nampak macho..kan? perempuan tinggi plak nampak elegan dan cun. *kalau Korean girl’s group, aku suka ahlinya yang tinggi,yang renek-renek ni aku tak nampak*. Contoh Suzy Miss A, Eunjung T-Ara & Uee  Afterschool. 

tapi hakikatnya aku pun tak berapa tinggi,nak demand pulak. Aku tak suka lelaki cerah-cerah, ingat aku nak cari model fair & lovely ke apa? Lelaki yang pandai belajar lepas tu kerja dalam air-cond gaji riban-riban memang satu kelebihan *disukai mak mentua & rakan sekerja perempuan kaki penggoda*, tapi aku lagi suka lelaki yang kerja sesuai dengan kudrat dia. Jadi mekanik, technician, arkitek.maksud aku, kerja-kerja lasak. Tak de la tapak tangan dia lagi lembut dari aku.*alasann* Bila berpeluh-peluh sebab rajin kerja tu lagi nampak macho habis..woohoo. *pang*.

Lelaki Hakikat
Hahaha…aku dapat lelaki yang negerinya paling selatan dalam semenanjung Malaysia ni. tapi tak apa. Aku suka sangat-sangat. Bukan bad boy, tapi kadang-kadang aku rasa nak rendam dia dalam air reverse osmosis *kejam*.dan ciri-ciri yang selebihnya memang ada pada dia. Kecuali breakdance dan main drum.*break the dance & drum boleh kot*  Senang cerita aku tak pernah menyesal sebab dia yang fill in bahagian lelaki impian aku. Walaupun tak semua benda dia ‘tick’.

dream heart.


Sekian trimaseh.

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

haikalblank said... [Reply]

HAHAHAAH akhirnya yang panjang, part LELAKI...keh3...:D

Idati Malek said... [Reply]

hah...biasa lah kannn!!!!!

iLa VaNiLLa said... [Reply]

lelaki impian ko yg paling panjg.. HAHA

Idati Malek said... [Reply]

ila:
standard la tu kan!