- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf isteri kedua | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, July 12, 2011

isteri kedua

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, July 12, 2011
Beberapa hari lepas aku bermimpi perkara yang buat aku pening kepala. Kerana di dalam kepala asyik memikirkan bilakah diri ini akan kurus, maka aku bermimpi aku telah menjadi kurus dan cantik.(hiperbola).

Sebelum cuti juga telah memberitahu encik mafia yang aku mempunyai abang angkat yang sangat kacak. Saja gatal nak tengok kot lah mafia tahu cemburu. Mungkin juga berjaya tetapi aku lupa satu perkara iaitu aku lupa nak bagitahu yang abang angkat aku adalah dr sheikh muszaphar shukor.(ini perkara yang benar). 

Kemungkinan encik mafia masih tersalah faham. (TT.TT”)

Jadi di dalam mimpi dr sheikh muszaphar telah melamar aku menjadi isteri kedua beliau, di samping dr halina yang tersenyum manis*merestui lah kot.

 Kerana terharu tahap melampau dan merasai diri begitu cantik dan bertuah, maka aku terima lamaran tersebut. Mak dan abah aku pulak sibuk bekerja. Walaupun wedding kami tak meriah macam 1st wedding dr sheikh muszaphar, tapi aku kira grand lah jugak. Aku tengok meriah persiapannya. Masa tu aku dapat bersembang dengan dr. aku pun ingatkan dia masa 1st time kami berjumpa; minggu orientasi UKM. Dia kata entah apa-apa je yang budak UKM tanya masa sesi soal jawab(memang pun!). aku berasa malu untuk itu. Aku mengingatkan dia yang dia dah ambil kami semua jadi adik angkat. Miahaha! Dia gelak. Aku gembira. Tak sangka aku berpeluang bersembang tak formal dengan dia.*alahhh lagipun bakal suami kan!!* Ketika CST Production(production pun taknak kalah: akibat terlalu banyak tonton wedding video yang hebat-hebat sebelum tidur, jadi telah berangan mendapatkan khidmat mereka) tengah sibuk setup barang-barang dia nak buat wedding video kami, aku tiba-tiba teringat encik mafia. Aku teringat kenangan-kenangan kami yang indah *puke*. Aku sedih. Kenapa pulak aku kena jadi bini nombor 2 dr sheikh muszaphar sedangkan aku ada boyfriend yang sangat kah-chak (mata bergenang). Aku susah hati, aku menangis(baru menyedari yang telah mengkhianati cinta*aceceh ayat*). Jadi aku telah menangkap seorang dayang(istana?) untuk bertukar tempat dengan aku. 

Yang peliknya dayang tu nak pulak kan. Nampak sangat dia pun ada hati dengan dr. hahaha! Jadi setelah melarikan diri, aku gembira. *ending yang aneh*.

Tak lama, aku bertukar mimpi lain pulak. Rasanya aku pergi berlawan dengan ultraman kot.
Payah aku rasa. Nanti dulu, nanti dulu!









adakah aku raksasa…? (TT.TT”)

google.



4 C.O.M.M.E.N.T.S:

CKB said... [Reply]

woi! merepek tahap gaban!

Kapten Atok said... [Reply]

dalam mimpi pon ko blh setia. tahniah2

mira z said... [Reply]

haha.kemaruk nak kawen ke??

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

mimpi pon harus kelihatan hebat dan bgaya.haha..