- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Sejarah indie dalam hidup aku | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, July 18, 2011

Sejarah indie dalam hidup aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 18, 2011
Sebelum aku mula, aku ingin memberitahu aku ni tak tahu sangat pasal indie, underground and so on. Pegang gitar pun aku tak tahu. Angan-angan boleh lah. Jadi apa yang aku sampaikan adalah apa yang aku fikirkan saja ok. Hyperindie sekalian janganlah marah jika aku macam poseur yang bercerita knowledgenya yang memang betul-betul tak betul.

Korang perasan tak ataupun aku ni sememangnya bongok sebab sekarang baru nak cakap, maksud aku taip.dulu-dulu masa tahun 2007, kan cerita KAMI keluar. 1st time aku tengok iklan cerita tu aku dah dapat rasa dia bakal bawa perubahan.(di samping kawan yang merengek nak tengok cerita tu). Bukan lah perubahan untuk semua, tapi aku kira macam satu impak yang besar jugak lah untuk anak-anak muda. Dulu-dulu kau rasa Digi, celcom ataupun universiti nak ke adakan gig terbuka? Tak de kan? Sebut underground bukan faham sangat pun kan. Ada jugak yang cakap lepas cerita KAMI barulah orang sibuk-sibuk nak sanjung indie bands, sanjung  Hujan. What the heck jugaklah, walaupun aku ada sedikit setuju.ya,Malaysia  indie band dengan Hujan memang dua nama yang sinonim . Tapi aku menyukai hujan sejak 2006, bukan 2007. Masa tu hujan baru je lagi, cuma aku tak tahu muka, sekadar tahu lagu je lah. Suka boleh datang in sudden, and suddenly disappear because we got our ears on something better, maksud aku muzik. Kemungkinan jugak kita bertahan lama menyukai band/artis itu disebabkan pakej mukanya kacak/cantik/jambu. Tu satu factor jugak bagi aku menyukai lagu.(rupa-rupanya aku orang yang macam ni).

Tiba-tiba aku teringat kawan aku yang peminat indie band ni masa dekat matrix dulu. She always Bluetooth lagu-lagu indie dengan peminat indie tegar yang lain(kecuali aku, aku tak mempunyai hp boleh Bluetooth masa tu, kepala lutut boleh la). Then kumpulan kami yang mendengar muzik indie ni tertarik dengan 1 lagu ni.(aku nak rahsia). Suara penyanyi nya sedap, aku imagine penyanyi nya masih muda, cool & stylish, ada rupa dan sudah tentu, gila-gila. Sejauh mana yang akhirnya aku tahu, aku kenal juga muka penyanyinya. Secara tak sengaja,by stalking on myspace(masa ni zaman myspace lagi). Berbalik kepada kawan aku tadi, dia pergi ke gig dan menonton indie band yang menyanyikan lagu yang kami adore tadi. She didn’t talk about it after the gig, di mana aku sangat pasti dia semestinya akan memberitahu aku. (aku tak pergi gig, tak pernah pun pergi).tapi itu tak berlaku. Sampailah aku buka myspace kawan-kawan yang dia pergi bersama, I saw their pictures together with ‘the band’s vocalist’. He’s totally out of question, I guess. Hmmm. Ini bukan aku cakap, orang yang cakap. Semenjak itu aku dengar lagu tanpa memikirkan mukanya lagi. Hei aku tak berhenti minat lagu mereka ok!. Ini lah salah satu good point dalam indie band, they don’t judge a band by their looks. (well I guess itu dulu-dulu).  

Hari ni aku masih lagi minat dengan indie band. Tapi lama-lama aku menyedari yang aku semakin tua dan memalukan diri sendiri jika masih mahu pergi ke gig. What am I saying. K lah ciao.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA INANI said... [Reply]

lagu indie best!
meaning sampai rentak ke laut tapi layan.


tapi, dah tua2 sikit nih segan gak ah nak ngaku layan indie.

tapi indie skg tak macam dulu.
indie skg gila popularity gak.

aku prefer most indie yang seryes indie.
popularity tak heran, lagu jek jual. itu terbaik kan?

NSMA :| said... [Reply]

okay setuju. tapi before KAMI mula, saya dah start layan indie sebab dengar XFM. tapi sekarang diorang pun dah masuk mainstream. dah lain sikit la.

tu la. tau lagu je. rupanya tatau. tapi kalau saya la, saya minat lagu. tak minat orang. btw, lagu apa yg dirahsiakan tu? hehehe.