Do you like my blog?

Tuesday, August 23, 2011

Review HK 3 : Blog Cik Kain Batik (CKB) by Fadzlina.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, August 23, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Who http://www.emocutez.com
Review HK kali ini diteruskan lagi bersama tetamu kita yang aku sengaja bantai je pilih iaitu Cik Kain Batik atau lebih gila glamour dengan namanya CKB. Bukan cik Kota Bharu Kelantan ok? Nama sebenar Nur Fadzlina Abu Talib.(macam skema je aku ni).

Panggil la pape yang korang suka tapi jangan panggil sesuatu yang berbunyi pendek atau yang sinonim dengannya. Nanti korang dibayar cash balasan nya. Kalau CKB pukul-pukul orang, dia tak reti pukul manja. Dia all-out. Kena tahan nafas masa kena pukul. Muahaha.

Intro http://www.emocutez.com
Pertama kali aku kenal cik kak ni adalah pada tahun 2009, masa masuk UKM la. Masa hari first belajar, dia demam. Kesian bangat, dalam hati aku cakap “siannya budak kecik ni. mesti rindu kat mak sampai demam-demam”. Keh keh keh.ok ok. Jangan pukul aku!

Budak ni dah banyak kali jugak tukar nama blog dia. Aku pun dah lupa, tapi sebelum blog Cik Kain Batik, dia guna nama blog Langkah Kaki. Tapi aku rasa CKB sound more commercial berbanding LK. Apa tu LK? Literasi Komputer? Hahaha. Fine, aku gurau. Jangan pukul, aku cabut gigi ko karang. Muahaha..(ooppss).

CKB memulakan karier bloggingnya pada Februari 2008! tahap opah la ni. haha!

"Mencanting dinding maya dengan kata hati. Definisi ayat bertapakkan pengalaman."

Template http://www.emocutez.com
CKB dan cik Fatihah Mustafa macam dah berpakat plak boikot aku kan. Apesal la korang berdua nak guna template putih je?

Tapi sebenarnya CKB suka template yang simple je. Hoho.kan kan?


Header http://www.emocutez.com
Sebelum-sebelum ni CKB selalu bising-bising kat aku yang dia tak reti buat header. Siap letak amaran lagi dulu lebih kurang bunyik ‘aku tak reti buat header, jadi tak perlu nak bising’. Aku sengaja tak nak tolong sebab aku tau dia tak akan mengalah punya!(aku bajet reti buat header la?)haha. hasilnya, tengok la header sekarang yang simple tapi chantek. Siap ada rama-rama lagi. Boleh la amik sekor buat eksperimen.


Shoutbox http://www.emocutez.com
Disebabkan dia tak menyorokkan shoutbox untuk main cak-cak, dia boleh la tulis title shoutbox dia ‘CKP BEBAIK, CRI PSL JGN!’. Huh. Ganaih!

Writing http://www.emocutez.com
Haaa…budak ni kalau tak tulis berbunga-bunga, bukan dia la tu. Mungkin kena rasuk sikit kot. Hehe. Nak contoh?

“Kembali semula aku ke sini. Menconteng titik demi titik di dunia maya yang menjadi pendengar lelah ku yang setia. Aku manusia biasa. Masih memerlukan gas oksigen untuk respirasi lalu menghembuskan karbon dioksida ke udara bebas. Untuk ke sekian kalinya aku masih berlumba dengan masa. Titian masa yang tak kenal erti mengalah membuat aku semakin lelah. Rapuh rapuh langkah kaki memijak gunung dugaan mengeluarkan air keringat yang hampir saja buat aku lemas. Lemas tanpa air.”

Dia ada jugak tulis cerkon(cerita kontot) yang bertajuk Maria Bukan Mak Aku yang ada 5 chapter semuanya. Aku dah baca dan terus terpikat! Sebelum tu aku tak baca pun,tapi lepas dia post final episode baru aku baca, sebab aku tak suka tertunggu-tunggu. Ditakuti aku hilang kawalan pastu cekik dia kat kelas suruh taip cepat-cepat. Haha.

Maria Bukan Mak Aku adalah entri terbaik dia. mungkin lepas ni ada lagi. kita tunggu je!

Strength http://www.emocutez.com
Bahasanya yang puitis boleh menambahkan pengetahuan untuk berbasa-basi. Kot la terjumpa A. Samad Said kat pasar malam ke kan, boleh la kita berbahasa. Hohohaha. Kebanyakan entri CKB ada nilai-nilai murni(macam subjek BM), berbanding entri-entri aku yang lebih kepada karutan 24 jam. Nilai-nilai merosakkan nilai murni adalah. (bukan merefer kepada Murni Santun future pharmacist UKM mahupun minyak masak seri murni).

Weakness http://www.emocutez.com
Ko boleh guna ‘Show 5’ untuk bahagian bloglist, jadi bila nak scroll down ke bawah tak panjang sangat. Petua blog yang aku jumpa, sidebar dengan body entry biar panjang lebih kurang. Tak da yang lebih-lebih sangat.  Contoh ko scroll ke bawah, entrinya dah takde, tapi sidebar tak habis-habis lagi. Memendekkan scroll dapat mempercepatkan duit Nuffnang bergolek.(juga tak pasti betul tak).

Sekian sahaja review dan sedikit tips aku kali ni ! tak tau la tips ni berguna atau tak,tapi boleh lah ikut kalau nak. Hoho. Jangan lupa lepak dengan CKB!






Review HK 2 : Blog Cerita Tentang Aku by Fatihah Mustafa

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, August 23, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Pada hari ini, telaga, telaga, telaga, (well, well, well) aku akan bercerita tentang blogger yang tak asing lagi. Bukan tak asing dalam TV, radio, MP3 sekalipun, tapi tak asing dalam bloglist aku. (pi tengok keh **lekas). Mungkin juga tak asing dalam bloglist hangpa, mikeme semue dan korang. Ohh lupe, andaaa…..

Who
Review HK kali ke 2 yang diperbaharui ini dimulakan dengan cik akak blogger kita yang lahir bulan Januari 1990. Beliau,baginda,..atau lebih sesuai lagi, makcik ni…,namanya Fatihah Mustafa. Anak nombor berapa tah dalam keluarga aku tak ingat. Dengan ketinggian 178cm tolak berapa puluh cm tah, blogger ni memulakan karier blogger suka-sukinya tahun lepas, 2010. Blog yang ber’URL http://mymedium-tiha.blogspot.com ini diberikan mandat untuk bernama ‘Cerita Tentang Aku’.


Intro.
Kata makcik ni ‘Orang yang tak kenal aku akan kata aku sombong, maka kenallah aku melalui blog ini. Sebab persepsi korang akan berubah 180 darjah. Aku pasti.’.

tapi aku berubah 360 darjah, camane ni?

Itu yang dia tulis dalam blog dia. Aku rasa sebab dulu masa mula-mula kenal dia(kami satu sekolah, satu kelas, satu Malaysia), aku pun rasa budak ni macam skema je. Baik ‘semacam’ je. Kemungkinan kalau aku tak kenal dia, dan hanya kenal melalui blog, aku akan terus mempercayai yang budak ni lain ‘macam’.haha. 
bila dah kenal dia, rupa-rupanya lebih kurang spesis aku. (ada spesis lain ke yang baca blog aku ni?).

Template
Mungkin dia cuba menyatakan hatinya yang suci, jadi dia memilih warna putih bersih tak de taik cicak barang seketul pun untuk menjadi template. Bagus.(wei!!aku punya hitam. Macam mana ni??!!)                           

Tak crowded. Cuma iklan nuffnang tu kalau boleh letak atas-atas sikit supaya senang nampak, flow money lagi cepat (orang kata, aku tak tau). FB like untuk blog pun dah letak atas sekali, bagus! baru orang perasan. Hoho. Kadang-kadang orang blogwalking ni suke kat header je, dia nak like malas nak scroll. Haha.(idea apa ni..)

Header
Makcik ni memilih header yang terdiri daripada alphabet saja. Mungkin dia tak nak pembaca dia fokus pada header sahaja & terus like. Dia nak semua orang baca entri dia baru like. Bagus!

Shoutbox
SB makcik ni tak disorok di mana-mana pun, ada je kat sidebar dia. Jadi, kita tak boleh nak main cak-cak. Sedih aii..

Writing
Haha…ini lah masa yang aku tunggu. Makcik ni dulu masa SPM dia best student untuk BM sekolah kami. Jadi aku expect dia mesti nak tulis ayat-ayat cam buku prosa tradisional tu sikit-sikit kan.haha.(arakian terjadilah sahabat….) tapi TIBA-TIBA, dia membuat kemunculan dengan begitu sempoi dengan baris-baris ayat yang sketchy dan kelakar. Her words attract me most. Walaupun entri dia tak letak gambar ke apa, tapi ayat-ayat dia telah selamatkan semuanya!

Makcik ni pun ada jugak tulis cerita menarik tentang Guinea Pig kesayangan dia.

Strength
Like I said earlier, her words in the entries caught my attention.

Weakness
Susunan sidebar berterabur lebih kurang aku. Ok sket dari aku kot.haha. (mengata orang, aku pun sama…).
Sekian review untuk cik fatihah Mustafa.


Thursday, August 18, 2011

Unpredictable Tears

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 18, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Ada mat rempit sangat yakin yang dia boleh ‘dapat’ awek hot yang jaga kedai bundle berhampiran. Which is awek tersebut memang semulajadi akan melayan. Kalau mat rempit tersebut tak ayat pun, awek tersebut 
akan melompat ke tempat pembonceng, untuk ‘gol’ bersama dalam eksiden. That is predictable.

Apa yang unpredictable?

Kerana ni blog aku, jadi tentulah aku nak cerita tentang aku.

Perasaan aku mengikut hari. Ataupun bulan. Sekejap blur, innocent(bapak perasan), rebel, emotional, hyperactive and entah-apa-kejadah. (bulan Jun & Ogos tahun lepas, aku banyak emotional).Let’s say aku baca satu cerpen cinta maha jiwang tahap karat besi jambatan yang tak berjaya dicuri matpet. Aku baca je. Sad ending. Cerita end up hero & heroin sama-sama sadaqAllah al’azim.tutup cerita. Aku kaku, tak nangis. Mata tak berair sikit pun. Siap post stats kat FB ‘bodo punya cerpen buang masa aku 30 minit nak baca, 
last-last dua-dua gol’.

Tiba-tiba masa mandi guna rain shower (bukan merujuk kepada bilik mandi milik Rain pelakon korea),di mana aku sorang-sorang je, tak de orang, sunyi sepi…. aku nak nangis sebab aku ingat citer tu. Apekah 
kecacatan yang sedang berlaku dalam kepala aku. Air mata bercucuran seperti cucur badak.

Pada masa lapang lain aku baca pulak cerpen yang ada unsur-unsur rebellious, sarcastic, independent dan jugak cinta. Lebih kepada membebaskan diri daripada jadi hamba manusia yang pura-pura percaya ‘Dia yang berani bercinta adalah yang paling banyak menderita’ . 

sacrifice? Boleh. Tapi jangan sampai commit suicide semata-mata pakwe kau terlupa topup masa kau mintak kat dia. Bunuh diri untuk Reload Maxis RM10?..itu antara perkara yang terencat dalam sejarah peradaban manusia.

Jadi, untuk cerita macam ni apa patut aku buat? Being impressed atau being motivated bukan? Tapi yang aku lakukan adalah menangis bersungai-sungai semasa membacanya.



Welcome to unintended behaviour.

Saturday, August 13, 2011

Is it a crime to be ugly?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 13, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

“Sebenarnya orang cantik dalam dunia ni sikit ja. Kalau hangpa amik 10 orang kawan hangpa, 12 dari depa tak cantik. Campur hangpa sekali, jadi 13 la”, bak kata Matluthfi dalam v-log “Bukan Semua Cantik Subjektif”.


Objektif? Contoh lah…

Tandakan bagi yang betul.

Soalan : Cantik adalah......
a.bergaya, mantap 
b.Senyum ada lesung pipit
c.Gemok gedempol
d. Kurus meleding
e.Tinggi macam model
f. Ketot macam goblin
g.Pakai tudung macam hana tajima
h.Pakai legging
i.Banyak taik lalat
j.  Kepala nonagon
k. Harta berkaton-katon

c.      
d.   Taktau mana yang betul. i kot…lalala~

Continue……

Tak mungkin polis tiba-tiba nak tangkap ‘kita-kita’ yang hodoh ni secara tiba-tiba masa kita tengah jalan-jalan kat Pavillion window shopping, sebab nak beli tak mampu. Lepas tu keluar berita “Seorang lagi rakyat hodoh ditangkap. Syabas polis Malaysia !!”.

Tu semua mustahil.

Tapi kenapa masyarakat kita nak layan orang ‘tak berapa cantik’ ni macam penjenayah je? Ini tak adil !! (orang tak berapa cantik dah marah).

Situasi:

Si cantik pergi beli baju raya.
Si cantik : Emmm…baju macam ni tak berapa ok sangat la..kan?
Salesgirl : Eh..ok je. Alaa..cik kan cantik, pakai apa pun mesti cantik.

Si hodoh pergi beli baju raya.
Si Hodoh                                              : Weih, cantik gila baju ni. pakai raya mesti best ni kan?
Kawan Si Hodoh yang sama hodoh : Ha’ah..aku ingat aku pun nak yang lebih kurang ni jugak la.cantik gakk..
Salesgirl                                                : (omaigod, macam bungkus nangka..buat rugi je beli baju cantik, mahal2)
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si cantik pindah sekolah baru.
Cikgu      : Kelas,hari ni kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu..
Si Cantik : salam. Nama saya Cantik Gojes. Nama samaran ‘comey’.
Kelas bising-bising..ramai tanya soalan..soalan paling banyak “Dah ada boyfriend belum?”.

Si hodoh pindah sekolah baru.
Cikgu       : Kelas,hari ni kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu..
Si Hodoh : Salam, hai semua. Nama saya Belladonna. Nama samaran Gollum.
Kelas senyap sunyi..bosann..tiba-tiba ada soalan , “Datang dari planet mana?”.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Si Cantik nak masuk pertandingan nyanyi.
Kawan-kawan : Ko pergi lah try, bagus kan ko ni. pakej betullah. Muka cantik, suara pun sedap(padahal tak dengar lagi).

Si Hodoh nak masuk pertandingan nyanyi.
Kawan-kawan : ko nak try? Ramai kot orang masuk. Macam tipis je harapan nak menang (..orang yang masuk semua cantik lahhh!!!ko jangan memalukan diri)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik Bersenam
Kawan-kawan : waa…ko ni pandai jaga badan kan. Elok je kurus. Dah la kurus, cantik pulak.

Si Hodoh Bersenam
Kawan-kawan : eh,ko bersenam? (ko kurus pun tak de beza tak payah la buang masa).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik Ada Boyfriend
Kawan-kawan : wahh…boyfriend ko sama padan dengan ko la..bertuah korang.

Si Hodoh Ada Boyfriend
Kawan-kawan : hensem boyfriend ko ..(macam mana mamat hensem macam ni sangkut ngan ko. bertuah ko. Malangnya mamat tu..rabun kot)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik pergi Dinner Night
Kawan-kawan : ehh, cantik lah baju ko..mekap ko pun sesuai. Pro betul ko mekap. Nanti tangkap gambar sama-sama tau.

Si Hodoh pergi Dinner Night
Kawan-kawan : err…lambat ko datang…(mekap nak tutup hodoh ke?)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Okey, kawan-kawan yang aku nak maksudkan kat sini adalah orang di sekelilingnya. Aku tak cakap semua kawan jahat. Cuma aku tak tahu nak bubuh nama apa. Nak taip ‘Orang di sekelilingnya’ macam panjang sangat.

Orang yang tak berapa cantik ni pun ada perasaan jugak. Bukannya dia mintak dilahirkan tak cantik. Tapi itu semua dugaan untuk dia. Bagi orang tak cantik ni, dugaan dia adalah supaya banyak bersabar. Bagi orang cantik pulak, dugaan dia lagi besar. Nak elak kena stalk atau tergoda orang tak sengaja, nak tolak pinangan orang dengan baik(ingat senang ke?), tak boleh jalan selalu sangat(kena culik kang susah) dan macam-macam lagi. Ingat senang ke jadi cantik ni? tiap masa pergi mana pun orang tengok. Walaupun YA, aku bersetuju, sedikit sebanyak CANTIK ni amat membantu.especially nak cari kerja.


Tapi seharusnya kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kita tubuh yang sempurna. Biar tak cantik di mata manusia, tapi cantik di mata Allah di akhirat nanti. Sekian. 

Nota Cinta Untuk Cikgu

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 13, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Semalam aku tengok cerita Jepun tajuk Full Attention Please. Cerita tentang seorang gadis rockers, tiba-tiba nak jadi pramugari semata-mata sebab lelaki yang dia suka nak tengok dia kerja yang beruniform. Contohnya macam pramugari. Cerita dah lama, tahun 2006 punya.ulangan ke berapa entah aku tengok. Aku bajet ramai dah tengok kan, ok aku stop promote cerita ni.

Point aku adalah, cikgu pramugari dalam cerita ni remind aku dengan seorang cikgu kat Bainun.(walaupun tak berapa nak sama).

Cikgu yang selalu berpakaian kemas, sekali pandang orang mistaken as Lawyer berjaya. Yang masa aku berumur 12 tahun setengah dalam tingkatan satu, dia tegur aku kenapa suka kerutkan dahi. Adakah aku mempunyai masalah se’kronik masalah kegawatan ekonomi Malaysia tahun 1997? , padahal masa tu aku sangatlah homesick kerana pertama kali tidur sorang-sorang. Cikgu yang tegur aku kenapa aku tutup buku dan tersengih-sengih masa dia suruh tulis note penting, aku tengah berangan masa tu. Cikgu tu jugak cop aku pengedar mercun kat kelas, dan yang merampas walkman aku masa prep malam tahun 2006.  Lepas tu mak aku asyik cerita benda yang sama bertahun-tahun sampai sekarang, yang aku tipu kawan aku pinjam walkman sebab tu aku tak bawak balik rumah masa cuti. Kerana cikgu tu jugak, aku terpaksa menangis hampir melutut kat kaki senior sebab kantoikan siapa bawak henfon kat hostel. Bercucuran air mata darah aku dengan Adi(dormmate) mintak maaf sampai tak terkata senior kami. Dia jugak yang menyebabkan parti gila yang kami rancang dekat dorm tak jadi. Aku ada point untuk anti dia, tapi aku tak.

kerana cikgu tu lah aku akan berusaha tulis karangan bersungguh-sungguh. Setiap kali dia tugaskan buat karangan, aku akan buat itu yang paling bersungguh-sungguh. Sebab setiap kali dia pulangkan buku karangan kami, dia akan panggil nama satu per satu sambil bagi ulasan tentang karangan yang kami buat. Aku tak nak dia cakap benda yang tak best tentang karangan aku. satu-satunya waktu aku boleh dengar dia puji aku adalah waktu aku dah siapkan karangan. Aku rasa gembira bila dia puji hasil kerja yang aku buat untuk dia baca. Kalau korang ada kat tempat aku, korang akan nampak riak muka dia yang lebih lembut bila memuji orang. That is the best side of her, yang paling aku suka. Jadi, dalam pada dia mentragikkan kehidupan aku di Bainun, aku nak jugak kelembutan di muka dia ditujukan untuk aku. Aku taknak graduate dari sekolah dengan memori cikgu feveret aku yang selalu bermuka tak puas hati dengan aku.

Untuk itu, aku berusaha mengarang, walaupun kadang-kadang end up dengan hasil yang menyedihkan. Senyap-senyap aku ronyokkan, dan tulis semula. 1000 words pun tak kisah, tangan aku ok.
 Masa-masa lain tak mungkin dia tiba-tiba nak puji aku comel, dan aku tahu dia tak ada sebab untuk itu. Terus-terang aku takut nak bercakap dengan dia. Aku tau dia tak akan marah orang tak tentu pasal, sebab sebelum-sebelum ni pun dia marah aku atas reasonable reasons. Tapi tengok dia je, aku dah rasa tak tentu arah.

Walaumacam mana pun dia cuma ajar aku selama 3 tahun. Dan tempoh 3 tahun tu jugak kami dah selalu kena brainwash dengan beliau, tapi masa itu adalah masa aku paling menghargai ‘berkat dari cikgu’. 

Sekarang? Jangan cakap. Kalau brainwash 10kali pun tak jadi apa. Paling teruk pun termenung kejap, post status FB, pastu jadi balik macam setan.



Jadi kepada cikgu tersebut, aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kehidupan aku di Bainun nostalgic dan tragic. Dia adalah sebahagian daripada memori zaman sekolah aku. I’m so glad I met her.







Kepada : Cikgu Marina
Sincerely, Nurul Idati.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan-ramadhan Kita

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 04, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Dah berapa Ramadhan ye sejak Ramadhan yang terakhir kat sekolah. Hah. Aku rindu sangat. Dulu masa berbuka kat sekolah, pukul 6.15ptg dah turun amik makanan dengan cop tempat.lepas tu balik aspuri balik, tengok tv. Agak-agak dah nak azan baru pergi DM(dewan makan) balik.juadah macam-macam ada. Sedap pulak tu.

Tempat yang selalu cop, mesti port baik punya, bawah kipas la. Haha. Banyak sangat dosa, tu yang panas tu. Lagi best kalau tempat tu boleh usha-usha orang yang kita admire. Huahua.*bagi kawan-kawan aku la…aku pun ada gak kadang-kadang*.

Masa form 1 sampai form 4,tarawikh buat sampai 20. Tapi form 3 & form 5 boleh buat 8. Masa form 5 pulak, tarawikh semua dah 8. Sebab lepas tu semua wajib turun prep tak kira form. Sebelum tu bulan Ramadhan je tak ada prep malam. Tapi tak pela, sebab aku suka kelas aku masa form 5, so aku tak kisah sangat pergi prep. Rindu pulak kat 5S.(5Serabai).haha. cerita aku ni mungkin bosan bagi korang, tapi ni adalah memori yang berharga bagi aku.

Aku jenis yang suka mengenang memori dulu. Kadang-kadang aku fikir, kalau aku tak masuk sekolah Bainun, aku berpewatakan macam mana pulak ye. Sebab masa sekolah rendah(tak duduk hostel), aku nakal gila. Habis sekolah je merayau. Sekolah agama pun ponteng memanjang.memang akhlak tak terpuji langsung. Merayau sampai demam memang hobi aku.

Bila dah masuk hostel, nak pulak kan aku ponteng selalu. Aku kehadiran kelas penuh,tapi prep ada la tak datang. Tapi kebanyakan sebab tak sihat.masa sekolah menengah aku dah skema sikit. Tapi aku selalu tertangkap. Kadang-kadang perkara tu baru pertama kali aku buat, dah kena pulak tangkap ngan warden. Contoh main mercun. Aku tak buat pun, aku tengok je. Dah kena cop pengedar mercun. Adoii.mercun tu aku beli nak bawak balik rumah. Tak pe lah, aku ampunkan lah sesapa yang berkenaan. Lagipun mungkin muka aku stok budak nakal.kan.haha.

Tapi ape je yang aku buat ye? Yang paling jahat….emm…bawak walkman pergi prep, balik kampung pakai selipar, lambat 2  minit kat assembly, panjat siling kelas nak tengok-tengok,tidur masa prep,pakai tudung kerrawang,pakai sandal pergi prep petang,join jamuan kelas yang diharamkan…hmm…mana ada aku buat jahat sangat…hahaha..dating pun takde tau! Aku rasa aku baik sebenarnya*masuk lif, tekan sendiri*.
Ok lah. Daaa..

 *tak ada gambar. hati aku tengah hancur tiba-tiba. T.T

Cara Makan Aku ;perlu pulak nak cakap kan?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 04, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku ada tabiat makan yang biasa, tapi bagi sesetengah orang lain ; mungkin tak biasa langsung.

1.Kalau makan nasik,aku akan makan sikit-sikit dari tepi nasik dengan teratur. Lauk akan berada di bahagian atas. Aku tak suka kacau-kacau@gaul nasik aku. Walaupun aku makan nasik kerabu, aku tak akan gaulkan semua.aku makan satu-satu.
nasik yg tak terabur
nasik yang terabur


: kalau orang lain nak pao aku tengah makan, pastikan jangan kacau-kacau@teraburkan susunan nasik aku.(atau mee, atau char kuew tiao atau apa-apa yang aku tengah makan).

2.Aku suka bekukan air milo aku kat tempat ais dalam freezer. Nanti aku akan dapat ais-krim milo(victory!). Tapi bila makan ais tu, aku akan sedaya upaya mengeluarkan milo tu dari bekas dan terbalikkan ‘beliau’(kerana sangat menghormati & menyukai). Aku akan start makan dari belah bawah(yang aku dah terbalikkan menjadi atas). Rasa lagi sedap sebab milo dah mendap ke situ. Selalunya bila aku dah selesai makan bahagian yang sedap(pekat), bahagian atas(tak sedap) tu dah cair dan jadi air milo biasa, aku akan minum je.

3.bila aku makan ais krim(cornetto), bila ada orang nak pao sikit, pastikan tak ada kesan gigi atau air liur yang tertinggal atas ais-krim.

4.orang yang pao air aku tak boleh tinggalkan air liur pada straw. Zaman sekolah dulu lagi teruk, siapa-siapa yang nak pao air dalam botol aku, pastikan mulut dia tak menyentuh muncung botol aku.(teruk betul).pandai-pandailah nak tuang. Tapi sekarang aku dah okey.

5.bila kuku aku panjang dan aku lupa potong, aku akan makan nasik guna sudu. Aku TAK AKAN guna bare hand. Sebab aku rasa ada cacing pita yang menari-nari dalam kuku yang panjang.(walaupun aku sedar cacing pita tu besar).


entri ini menunjukkan aku orang yang sombong.(tu yang korang fikir kan???!!!tak pun aku ni kedekut tak nak bagi orang share).


.aku okey je orang nak share.ok?