Do you like my blog?

Thursday, August 4, 2011

Cara Makan Aku ;perlu pulak nak cakap kan?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 04, 2011
Aku ada tabiat makan yang biasa, tapi bagi sesetengah orang lain ; mungkin tak biasa langsung.

1.Kalau makan nasik,aku akan makan sikit-sikit dari tepi nasik dengan teratur. Lauk akan berada di bahagian atas. Aku tak suka kacau-kacau@gaul nasik aku. Walaupun aku makan nasik kerabu, aku tak akan gaulkan semua.aku makan satu-satu.
nasik yg tak terabur
nasik yang terabur


: kalau orang lain nak pao aku tengah makan, pastikan jangan kacau-kacau@teraburkan susunan nasik aku.(atau mee, atau char kuew tiao atau apa-apa yang aku tengah makan).

2.Aku suka bekukan air milo aku kat tempat ais dalam freezer. Nanti aku akan dapat ais-krim milo(victory!). Tapi bila makan ais tu, aku akan sedaya upaya mengeluarkan milo tu dari bekas dan terbalikkan ‘beliau’(kerana sangat menghormati & menyukai). Aku akan start makan dari belah bawah(yang aku dah terbalikkan menjadi atas). Rasa lagi sedap sebab milo dah mendap ke situ. Selalunya bila aku dah selesai makan bahagian yang sedap(pekat), bahagian atas(tak sedap) tu dah cair dan jadi air milo biasa, aku akan minum je.

3.bila aku makan ais krim(cornetto), bila ada orang nak pao sikit, pastikan tak ada kesan gigi atau air liur yang tertinggal atas ais-krim.

4.orang yang pao air aku tak boleh tinggalkan air liur pada straw. Zaman sekolah dulu lagi teruk, siapa-siapa yang nak pao air dalam botol aku, pastikan mulut dia tak menyentuh muncung botol aku.(teruk betul).pandai-pandailah nak tuang. Tapi sekarang aku dah okey.

5.bila kuku aku panjang dan aku lupa potong, aku akan makan nasik guna sudu. Aku TAK AKAN guna bare hand. Sebab aku rasa ada cacing pita yang menari-nari dalam kuku yang panjang.(walaupun aku sedar cacing pita tu besar).


entri ini menunjukkan aku orang yang sombong.(tu yang korang fikir kan???!!!tak pun aku ni kedekut tak nak bagi orang share).


.aku okey je orang nak share.ok?

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

haikalblank said... [Reply]

hahaha normal r tuh bagi perempuan...ada lagi orang yang lagi sombong dan kedekut..hehehe

ini normal lagi geng! :D

err...aku tak pernah buat eskem milo macam kau tuh. sedap ke?

Idati Malek said... [Reply]

hahahah ko try laaaa

PENCONTENG said... [Reply]

gaya pemakanan sihat. ha ha ha

Kapten Atok said... [Reply]

pembersih / pengemas