- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Is it a crime to be ugly? | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, August 13, 2011

Is it a crime to be ugly?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 13, 2011

“Sebenarnya orang cantik dalam dunia ni sikit ja. Kalau hangpa amik 10 orang kawan hangpa, 12 dari depa tak cantik. Campur hangpa sekali, jadi 13 la”, bak kata Matluthfi dalam v-log “Bukan Semua Cantik Subjektif”.


Objektif? Contoh lah…

Tandakan bagi yang betul.

Soalan : Cantik adalah......
a.bergaya, mantap 
b.Senyum ada lesung pipit
c.Gemok gedempol
d. Kurus meleding
e.Tinggi macam model
f. Ketot macam goblin
g.Pakai tudung macam hana tajima
h.Pakai legging
i.Banyak taik lalat
j.  Kepala nonagon
k. Harta berkaton-katon

c.      
d.   Taktau mana yang betul. i kot…lalala~

Continue……

Tak mungkin polis tiba-tiba nak tangkap ‘kita-kita’ yang hodoh ni secara tiba-tiba masa kita tengah jalan-jalan kat Pavillion window shopping, sebab nak beli tak mampu. Lepas tu keluar berita “Seorang lagi rakyat hodoh ditangkap. Syabas polis Malaysia !!”.

Tu semua mustahil.

Tapi kenapa masyarakat kita nak layan orang ‘tak berapa cantik’ ni macam penjenayah je? Ini tak adil !! (orang tak berapa cantik dah marah).

Situasi:

Si cantik pergi beli baju raya.
Si cantik : Emmm…baju macam ni tak berapa ok sangat la..kan?
Salesgirl : Eh..ok je. Alaa..cik kan cantik, pakai apa pun mesti cantik.

Si hodoh pergi beli baju raya.
Si Hodoh                                              : Weih, cantik gila baju ni. pakai raya mesti best ni kan?
Kawan Si Hodoh yang sama hodoh : Ha’ah..aku ingat aku pun nak yang lebih kurang ni jugak la.cantik gakk..
Salesgirl                                                : (omaigod, macam bungkus nangka..buat rugi je beli baju cantik, mahal2)
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si cantik pindah sekolah baru.
Cikgu      : Kelas,hari ni kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu..
Si Cantik : salam. Nama saya Cantik Gojes. Nama samaran ‘comey’.
Kelas bising-bising..ramai tanya soalan..soalan paling banyak “Dah ada boyfriend belum?”.

Si hodoh pindah sekolah baru.
Cikgu       : Kelas,hari ni kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu..
Si Hodoh : Salam, hai semua. Nama saya Belladonna. Nama samaran Gollum.
Kelas senyap sunyi..bosann..tiba-tiba ada soalan , “Datang dari planet mana?”.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Si Cantik nak masuk pertandingan nyanyi.
Kawan-kawan : Ko pergi lah try, bagus kan ko ni. pakej betullah. Muka cantik, suara pun sedap(padahal tak dengar lagi).

Si Hodoh nak masuk pertandingan nyanyi.
Kawan-kawan : ko nak try? Ramai kot orang masuk. Macam tipis je harapan nak menang (..orang yang masuk semua cantik lahhh!!!ko jangan memalukan diri)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik Bersenam
Kawan-kawan : waa…ko ni pandai jaga badan kan. Elok je kurus. Dah la kurus, cantik pulak.

Si Hodoh Bersenam
Kawan-kawan : eh,ko bersenam? (ko kurus pun tak de beza tak payah la buang masa).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik Ada Boyfriend
Kawan-kawan : wahh…boyfriend ko sama padan dengan ko la..bertuah korang.

Si Hodoh Ada Boyfriend
Kawan-kawan : hensem boyfriend ko ..(macam mana mamat hensem macam ni sangkut ngan ko. bertuah ko. Malangnya mamat tu..rabun kot)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Si Cantik pergi Dinner Night
Kawan-kawan : ehh, cantik lah baju ko..mekap ko pun sesuai. Pro betul ko mekap. Nanti tangkap gambar sama-sama tau.

Si Hodoh pergi Dinner Night
Kawan-kawan : err…lambat ko datang…(mekap nak tutup hodoh ke?)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Okey, kawan-kawan yang aku nak maksudkan kat sini adalah orang di sekelilingnya. Aku tak cakap semua kawan jahat. Cuma aku tak tahu nak bubuh nama apa. Nak taip ‘Orang di sekelilingnya’ macam panjang sangat.

Orang yang tak berapa cantik ni pun ada perasaan jugak. Bukannya dia mintak dilahirkan tak cantik. Tapi itu semua dugaan untuk dia. Bagi orang tak cantik ni, dugaan dia adalah supaya banyak bersabar. Bagi orang cantik pulak, dugaan dia lagi besar. Nak elak kena stalk atau tergoda orang tak sengaja, nak tolak pinangan orang dengan baik(ingat senang ke?), tak boleh jalan selalu sangat(kena culik kang susah) dan macam-macam lagi. Ingat senang ke jadi cantik ni? tiap masa pergi mana pun orang tengok. Walaupun YA, aku bersetuju, sedikit sebanyak CANTIK ni amat membantu.especially nak cari kerja.


Tapi seharusnya kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kita tubuh yang sempurna. Biar tak cantik di mata manusia, tapi cantik di mata Allah di akhirat nanti. Sekian. 

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

sleeping_maniac90 said... [Reply]

hohohoho..
mnusia skang mmg pndg rupe je kot..
terutamnya kalo ad laki encem kwn ngn pmpuan hodoh.. konpem y pmpuan tu kne kutuk kaw2 punye..

unieMARKS :) said... [Reply]

canti terletak pada hati sbnrnya

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

setuju!!!

Onitsuka_hana said... [Reply]

biar ja lah orang nak kata pa pun kan..