Do you like my blog?

Saturday, August 13, 2011

Nota Cinta Untuk Cikgu

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 13, 2011

Semalam aku tengok cerita Jepun tajuk Full Attention Please. Cerita tentang seorang gadis rockers, tiba-tiba nak jadi pramugari semata-mata sebab lelaki yang dia suka nak tengok dia kerja yang beruniform. Contohnya macam pramugari. Cerita dah lama, tahun 2006 punya.ulangan ke berapa entah aku tengok. Aku bajet ramai dah tengok kan, ok aku stop promote cerita ni.

Point aku adalah, cikgu pramugari dalam cerita ni remind aku dengan seorang cikgu kat Bainun.(walaupun tak berapa nak sama).

Cikgu yang selalu berpakaian kemas, sekali pandang orang mistaken as Lawyer berjaya. Yang masa aku berumur 12 tahun setengah dalam tingkatan satu, dia tegur aku kenapa suka kerutkan dahi. Adakah aku mempunyai masalah se’kronik masalah kegawatan ekonomi Malaysia tahun 1997? , padahal masa tu aku sangatlah homesick kerana pertama kali tidur sorang-sorang. Cikgu yang tegur aku kenapa aku tutup buku dan tersengih-sengih masa dia suruh tulis note penting, aku tengah berangan masa tu. Cikgu tu jugak cop aku pengedar mercun kat kelas, dan yang merampas walkman aku masa prep malam tahun 2006.  Lepas tu mak aku asyik cerita benda yang sama bertahun-tahun sampai sekarang, yang aku tipu kawan aku pinjam walkman sebab tu aku tak bawak balik rumah masa cuti. Kerana cikgu tu jugak, aku terpaksa menangis hampir melutut kat kaki senior sebab kantoikan siapa bawak henfon kat hostel. Bercucuran air mata darah aku dengan Adi(dormmate) mintak maaf sampai tak terkata senior kami. Dia jugak yang menyebabkan parti gila yang kami rancang dekat dorm tak jadi. Aku ada point untuk anti dia, tapi aku tak.

kerana cikgu tu lah aku akan berusaha tulis karangan bersungguh-sungguh. Setiap kali dia tugaskan buat karangan, aku akan buat itu yang paling bersungguh-sungguh. Sebab setiap kali dia pulangkan buku karangan kami, dia akan panggil nama satu per satu sambil bagi ulasan tentang karangan yang kami buat. Aku tak nak dia cakap benda yang tak best tentang karangan aku. satu-satunya waktu aku boleh dengar dia puji aku adalah waktu aku dah siapkan karangan. Aku rasa gembira bila dia puji hasil kerja yang aku buat untuk dia baca. Kalau korang ada kat tempat aku, korang akan nampak riak muka dia yang lebih lembut bila memuji orang. That is the best side of her, yang paling aku suka. Jadi, dalam pada dia mentragikkan kehidupan aku di Bainun, aku nak jugak kelembutan di muka dia ditujukan untuk aku. Aku taknak graduate dari sekolah dengan memori cikgu feveret aku yang selalu bermuka tak puas hati dengan aku.

Untuk itu, aku berusaha mengarang, walaupun kadang-kadang end up dengan hasil yang menyedihkan. Senyap-senyap aku ronyokkan, dan tulis semula. 1000 words pun tak kisah, tangan aku ok.
 Masa-masa lain tak mungkin dia tiba-tiba nak puji aku comel, dan aku tahu dia tak ada sebab untuk itu. Terus-terang aku takut nak bercakap dengan dia. Aku tau dia tak akan marah orang tak tentu pasal, sebab sebelum-sebelum ni pun dia marah aku atas reasonable reasons. Tapi tengok dia je, aku dah rasa tak tentu arah.

Walaumacam mana pun dia cuma ajar aku selama 3 tahun. Dan tempoh 3 tahun tu jugak kami dah selalu kena brainwash dengan beliau, tapi masa itu adalah masa aku paling menghargai ‘berkat dari cikgu’. 

Sekarang? Jangan cakap. Kalau brainwash 10kali pun tak jadi apa. Paling teruk pun termenung kejap, post status FB, pastu jadi balik macam setan.



Jadi kepada cikgu tersebut, aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kehidupan aku di Bainun nostalgic dan tragic. Dia adalah sebahagian daripada memori zaman sekolah aku. I’m so glad I met her.







Kepada : Cikgu Marina
Sincerely, Nurul Idati.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

NaNa said... [Reply]

die jgk cikgu yg berjaya buat aku menangis dlm kelas...