- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Ramadhan-ramadhan Kita | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan-ramadhan Kita

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 04, 2011
Dah berapa Ramadhan ye sejak Ramadhan yang terakhir kat sekolah. Hah. Aku rindu sangat. Dulu masa berbuka kat sekolah, pukul 6.15ptg dah turun amik makanan dengan cop tempat.lepas tu balik aspuri balik, tengok tv. Agak-agak dah nak azan baru pergi DM(dewan makan) balik.juadah macam-macam ada. Sedap pulak tu.

Tempat yang selalu cop, mesti port baik punya, bawah kipas la. Haha. Banyak sangat dosa, tu yang panas tu. Lagi best kalau tempat tu boleh usha-usha orang yang kita admire. Huahua.*bagi kawan-kawan aku la…aku pun ada gak kadang-kadang*.

Masa form 1 sampai form 4,tarawikh buat sampai 20. Tapi form 3 & form 5 boleh buat 8. Masa form 5 pulak, tarawikh semua dah 8. Sebab lepas tu semua wajib turun prep tak kira form. Sebelum tu bulan Ramadhan je tak ada prep malam. Tapi tak pela, sebab aku suka kelas aku masa form 5, so aku tak kisah sangat pergi prep. Rindu pulak kat 5S.(5Serabai).haha. cerita aku ni mungkin bosan bagi korang, tapi ni adalah memori yang berharga bagi aku.

Aku jenis yang suka mengenang memori dulu. Kadang-kadang aku fikir, kalau aku tak masuk sekolah Bainun, aku berpewatakan macam mana pulak ye. Sebab masa sekolah rendah(tak duduk hostel), aku nakal gila. Habis sekolah je merayau. Sekolah agama pun ponteng memanjang.memang akhlak tak terpuji langsung. Merayau sampai demam memang hobi aku.

Bila dah masuk hostel, nak pulak kan aku ponteng selalu. Aku kehadiran kelas penuh,tapi prep ada la tak datang. Tapi kebanyakan sebab tak sihat.masa sekolah menengah aku dah skema sikit. Tapi aku selalu tertangkap. Kadang-kadang perkara tu baru pertama kali aku buat, dah kena pulak tangkap ngan warden. Contoh main mercun. Aku tak buat pun, aku tengok je. Dah kena cop pengedar mercun. Adoii.mercun tu aku beli nak bawak balik rumah. Tak pe lah, aku ampunkan lah sesapa yang berkenaan. Lagipun mungkin muka aku stok budak nakal.kan.haha.

Tapi ape je yang aku buat ye? Yang paling jahat….emm…bawak walkman pergi prep, balik kampung pakai selipar, lambat 2  minit kat assembly, panjat siling kelas nak tengok-tengok,tidur masa prep,pakai tudung kerrawang,pakai sandal pergi prep petang,join jamuan kelas yang diharamkan…hmm…mana ada aku buat jahat sangat…hahaha..dating pun takde tau! Aku rasa aku baik sebenarnya*masuk lif, tekan sendiri*.
Ok lah. Daaa..

 *tak ada gambar. hati aku tengah hancur tiba-tiba. T.T

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

cucu umie said... [Reply]

biaselah time dok asrama biaselah bt bnda2 mcm gitu..lagi2 ayie budak asrama semua lelaki..haha lagi ahsatu kepala..

AISHA INANI said... [Reply]

wey aku pon kalo igt time sekolah rasa nak patah balik masa.
petang2 nih wajib fly nak pi baazar.
padahal makanan dah melambak dah hostel sediakan.
nak gak buat jahat.


RINDUUUU!

emy'n said... [Reply]

macam2 knangan kt asrama kan.. hehe.. bawak henfon g sekolah x? :P

Yana Farinha said... [Reply]

hye. nice blog.. dah folo awk. jom singgah blog kita. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com