Do you like my blog?

Tuesday, August 23, 2011

Review HK 3 : Blog Cik Kain Batik (CKB) by Fadzlina.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, August 23, 2011
Who http://www.emocutez.com
Review HK kali ini diteruskan lagi bersama tetamu kita yang aku sengaja bantai je pilih iaitu Cik Kain Batik atau lebih gila glamour dengan namanya CKB. Bukan cik Kota Bharu Kelantan ok? Nama sebenar Nur Fadzlina Abu Talib.(macam skema je aku ni).

Panggil la pape yang korang suka tapi jangan panggil sesuatu yang berbunyi pendek atau yang sinonim dengannya. Nanti korang dibayar cash balasan nya. Kalau CKB pukul-pukul orang, dia tak reti pukul manja. Dia all-out. Kena tahan nafas masa kena pukul. Muahaha.

Intro http://www.emocutez.com
Pertama kali aku kenal cik kak ni adalah pada tahun 2009, masa masuk UKM la. Masa hari first belajar, dia demam. Kesian bangat, dalam hati aku cakap “siannya budak kecik ni. mesti rindu kat mak sampai demam-demam”. Keh keh keh.ok ok. Jangan pukul aku!

Budak ni dah banyak kali jugak tukar nama blog dia. Aku pun dah lupa, tapi sebelum blog Cik Kain Batik, dia guna nama blog Langkah Kaki. Tapi aku rasa CKB sound more commercial berbanding LK. Apa tu LK? Literasi Komputer? Hahaha. Fine, aku gurau. Jangan pukul, aku cabut gigi ko karang. Muahaha..(ooppss).

CKB memulakan karier bloggingnya pada Februari 2008! tahap opah la ni. haha!

"Mencanting dinding maya dengan kata hati. Definisi ayat bertapakkan pengalaman."

Template http://www.emocutez.com
CKB dan cik Fatihah Mustafa macam dah berpakat plak boikot aku kan. Apesal la korang berdua nak guna template putih je?

Tapi sebenarnya CKB suka template yang simple je. Hoho.kan kan?


Header http://www.emocutez.com
Sebelum-sebelum ni CKB selalu bising-bising kat aku yang dia tak reti buat header. Siap letak amaran lagi dulu lebih kurang bunyik ‘aku tak reti buat header, jadi tak perlu nak bising’. Aku sengaja tak nak tolong sebab aku tau dia tak akan mengalah punya!(aku bajet reti buat header la?)haha. hasilnya, tengok la header sekarang yang simple tapi chantek. Siap ada rama-rama lagi. Boleh la amik sekor buat eksperimen.


Shoutbox http://www.emocutez.com
Disebabkan dia tak menyorokkan shoutbox untuk main cak-cak, dia boleh la tulis title shoutbox dia ‘CKP BEBAIK, CRI PSL JGN!’. Huh. Ganaih!

Writing http://www.emocutez.com
Haaa…budak ni kalau tak tulis berbunga-bunga, bukan dia la tu. Mungkin kena rasuk sikit kot. Hehe. Nak contoh?

“Kembali semula aku ke sini. Menconteng titik demi titik di dunia maya yang menjadi pendengar lelah ku yang setia. Aku manusia biasa. Masih memerlukan gas oksigen untuk respirasi lalu menghembuskan karbon dioksida ke udara bebas. Untuk ke sekian kalinya aku masih berlumba dengan masa. Titian masa yang tak kenal erti mengalah membuat aku semakin lelah. Rapuh rapuh langkah kaki memijak gunung dugaan mengeluarkan air keringat yang hampir saja buat aku lemas. Lemas tanpa air.”

Dia ada jugak tulis cerkon(cerita kontot) yang bertajuk Maria Bukan Mak Aku yang ada 5 chapter semuanya. Aku dah baca dan terus terpikat! Sebelum tu aku tak baca pun,tapi lepas dia post final episode baru aku baca, sebab aku tak suka tertunggu-tunggu. Ditakuti aku hilang kawalan pastu cekik dia kat kelas suruh taip cepat-cepat. Haha.

Maria Bukan Mak Aku adalah entri terbaik dia. mungkin lepas ni ada lagi. kita tunggu je!

Strength http://www.emocutez.com
Bahasanya yang puitis boleh menambahkan pengetahuan untuk berbasa-basi. Kot la terjumpa A. Samad Said kat pasar malam ke kan, boleh la kita berbahasa. Hohohaha. Kebanyakan entri CKB ada nilai-nilai murni(macam subjek BM), berbanding entri-entri aku yang lebih kepada karutan 24 jam. Nilai-nilai merosakkan nilai murni adalah. (bukan merefer kepada Murni Santun future pharmacist UKM mahupun minyak masak seri murni).

Weakness http://www.emocutez.com
Ko boleh guna ‘Show 5’ untuk bahagian bloglist, jadi bila nak scroll down ke bawah tak panjang sangat. Petua blog yang aku jumpa, sidebar dengan body entry biar panjang lebih kurang. Tak da yang lebih-lebih sangat.  Contoh ko scroll ke bawah, entrinya dah takde, tapi sidebar tak habis-habis lagi. Memendekkan scroll dapat mempercepatkan duit Nuffnang bergolek.(juga tak pasti betul tak).

Sekian sahaja review dan sedikit tips aku kali ni ! tak tau la tips ni berguna atau tak,tapi boleh lah ikut kalau nak. Hoho. Jangan lupa lepak dengan CKB!






3 C.O.M.M.E.N.T.S:

CKB said... [Reply]

trimas la bebeh. aku dr dulu nk wt scroll2 tu. rmai da komplen psl tu tp aku x reti buat sbb yg kuar dye nye code j setiap kali..kehkehkeh

A.I said... [Reply]

fuyohh!

ikhlas review nih.
tmbh part weakness tu.
jap nak baca maria bukan anak mak eh? haha

hamzah ian said... [Reply]

pinjam kipas pusing2..