Do you like my blog?

Sunday, September 18, 2011

Kita Harus Mula Rasa Cantik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, September 18, 2011
nania the raksasa sejak semalam asyik membebel pasal persepsi cantik orang Malaysia. ini disambung dari bebelan dia tahun lepas bila tengok orang cantik. dia cakap "aku benci laa orang cakap, asal putih je cantik, asal putih je cantik. asal hitam je takk cantik !".
nania the raksasa

gadis melayu, cantik ?


tapi bila tengok aku, dia tak membebel, jadi aku fahamlah yang dia memaksudkannya secara tak langsung dan aku akur.

berdasarkan entri nama nami dari TTGB, betullah orang Malaysia ni rasa yang putih,cerah, bibir merah, mixed, mata bulat, hidung mancung, rambut karat(punca kenapa orang suka dye rambut), kurus dan sebagainya itu cantik. manakala yang hitam, kedu, gigi berterabur, hidung kembang, ada black head white head, rambut bercabang dan sebagainya itu "kurang menarik".


from my amethyst blog
http://www.myamethyst-shea.com/
fatin liyana  http://honeykoyuki.blogspot.com/

walau macam mana pun aku tak merasakan diri aku mengejar semua yang dilabel cantik di Malaysia, kecuali menguruskan diri dan mengecilkan saiz gigi. ada negara sebalik sana yang rasa hitam, gemuk, hidung kembang dan gigi berterabur serta rambut bercabang itu hot. kita tak tahu, sampai-sampai sana semua lelaki gilakan aku, nak buat macam mana dah diorang rasa aku hot. jadi aku kena akur walaupun culture shock yaa amat kerana di Malaysia susah orang nak gila kat aku, aku je gila kat orang. contohnya aku gila kat Noh Hujan tapi Noh Hujan tak gila kat aku langsung.

akhirnya ada lah yang sudi 'gila' kat aku*mungkin terpaksa,aku yang ugut dia!!*.hehe. mohamad ridwan jugak yang baik.

okay sambung balik. seeloknya orang Malaysia bersyukur lah dengan apa yang ada, asalkan cantik di mata Ilahi. bila cantik di mata manusia ni tak semestinya janjikan syurga. kalau mata manusia kata pakai legging itu cantik dan hot, di mata Ilahi kata pakai legging itu azab dan heat.*contoh*. ehh aku bukan review pasal pakaian kan,aku cakap aspek fizikal.

di malaysia kurus itu cantik, tapi kesianlah orang yang memang ada gene gemuk dalam dirinya walaupun dia tak makan banyak, tak tidur banyak dan rajin bersenam.tapi manusia di sekeliling tak boleh berhenti buat spekulasi yang orang gemuk itu makan banyak, suka tidur dan malas bersukan semua, yang paling nyata tak cntik alaaa macam lah aku tak tau differences perempuan selalu tengok pada pesaing dia "hee...dah la gemuk". boleh jugak guna pada unwanted guys yang fall in love with the lovely vibrant lady

jadi setiap hari orang gemuk menangisi aspek fizikal tubuh dia dan orang lain terus-terus bagi pandangan yang slack bila tengok dia.

yang kurus dijulang-julang,dipuji-puji walaupun dia makan banyak, suka tidur dan malas bersukan semua. dan every time jumpa manusia memuji "awak mesti best kan boleh makan banyak tapi tak gemuk-gemuk". dan dia boleh berbangga yang metabolism dia tinggi dan dia boleh makan segunung ayam KFC setiap hari tapi berat maintain 40 kg, tapi kehidupan kita berputar seperti roda bulat mana tahu Allah nak musnahkan kadar metabolism dia sekelip mata makan nasik sesudu sehari pun berat bertambah 1 kg setiap hari.jadi hentikan mengata gemuk atau kurus kerana semua kita diciptakan oleh Allah yang satu. tak ada TUHAN lain yang menciptakan kita selain Allah kerana Allah Maha Satu yang Maha Besar.

back to the point, cantik. cantik itu banyak. tapi semua orang(perempuan) harus rasakan dirinya cantik. walaupun lelaki cakap aku tak cantik tapi mestilah yakin diri walaupun sakit menipu diri sendiri di depan cermin yang jujur walaupun tak bercakap sendiri. cukuplah seorang saja yang di hati cakap kita cantik, kita mestilah berpuas hati. dalam buruk-buruk kita(aku), masih ada yang boleh mencari nilai kecantikannya, itu yang harus kita hargai, kalau banyak yang cakap jangan bongkak.
muka letih.

dulu-dulu aku pun selalu kecil hati bila cikgu-cikgi prefer kawan-kawan aku yang manis macam gula melaka instead of aku untuk apa-apa event yang best. but then aku mula merasakan bahagianya hidup ini bila hanya orang tertentu yang tahu erti cantik yang kita sembunyikan bukannya bila aku berjalan tepi pantai atau shopping complex orang curi-curi snap gambar aku sebab aku cantik. tapi bukan salah orang tu pun. takde sape-sape salah.

kulit aku tak licin macam supermodel. tak gelap, tak cerah tapi boleh lah menjadikan aku seorang Melayu. gigi aku besar-besar tapi aku syukur barisannya nampak elok lah jugak. bibir aku tak mungil macam yang diidamkan perempuan lain, tapi senyuman aku mungkin boleh jadi penawar kerisauan sesiapa, mungkin, walaupun untuk sekejap. mata aku tak redup, bulu mata aku tak tebal, bawah mata aku gelap, pipi aku banyak taik lalat, gemuk, aku bukan kategori cun dan aku tak menawan.

tapi terus terang aku masih berpuas hati dengan tubuh yang dipinjamkan ini. kadang-kadang nak yakin diri aku jerit "aku cantikk!!!!". dari situ lah mula rasa cantik.

cantik untuk semua.

Cantik tak kami?
suka buat muka pelik-pelik,itu la encik bf saya.


saya pun mahu jadi cantik.

aku suka, cantik!











4 C.O.M.M.E.N.T.S:

shazwanazizan / wanblur said... [Reply]

amboi.. bercanda di tasik.. hehe

Idati Malek said... [Reply]

hah...tkjut aku..ingtkan kantoii tadi...haha

CaDLyNN said... [Reply]

yakin je dgn diri sendiri..insyaAllah ok...cantik tu subjektif..

A.I said... [Reply]

memang org akan nampak yang sekian2 tu cantik, so kita stat rendah diri.

tapi pedehal, kalo kita yakin kita cantik, so kita akan menten cantikkk!

persetankan kata2 org, confidence tu paling penting dlm diri. kan?

plus, cantik physical tak la cantik sgt. =)