Do you like my blog?

Monday, October 31, 2011

aku bukan kuda walaupun aku lahir tahun kuda

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, October 31, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku makin konfius dengan tatacara hidup yang sempurna.

dengan etika sebagai manusia yang normal, sememangnya pandai menaip kata. walhal aku sikit pun tak rasa normal lagi dengan perasaan jitu sebagai rebel dalaman.

tempoh masa aku yang lepas aku fikir masak masak. inilah dia inilah dia.

dan sekarang hati nurani bertempik lagi dengan gagahnya, kau memang loser idati.



"sebab kau tak mampu ikut apa kau nak.kau rebel rebel dan bebal tapi habuk pun tak dapat. kau jadi hamba sistem. hamba....pada sistem yang orang sibuk berlumba seperti jaguh. kalau terlalu sibuk berlumba kenapa tak ternak kuda lumba. kita manusia".


marilah sayang.kita jadi hamba sistem ini.

Friday, October 28, 2011

Aku sedang mencari rumah sewa sekitar hospital seremban atau berdekatan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 28, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku perlukan bilik/rumah sewa untuk aku dan seorang kawan aku menyewa selama sebulan dari tarikh                        

21 NOVEMBER 2011.

sesiapa yang boleh membantu boleh hubungi nombor kawan aku.

DAH DAPAT.TQ!

harga yang termampu dibayar - rm 150 dan ke bawah/sebulan.

kemudahan yang kami harap ada berdekatan :
-kedai makan
-kedai runcit

dan paling penting Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

bantulah kami Occupational Therapists yang akan berpraktikal selama sebulan di HTJ. semoga jasa baik anda dibalas oleh-Nya.


masa yang dibunuh untuk perkara yang salah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 28, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku rasa kita selalu salah faham, salah langkah. awal hakikatnya kita tahu kita akan salah langkah, tapi kaki kita tetap menuju ke situ untuk tahu apa consequences daripada jalan yang kita ambil. bukan takat lepas terhantuk baru terngadah. tapi lepas terhantuk, terngadah, kena gelak, malu dan menangis seorang diri di bawah selimut waktu malam.

kita cepat percaya apa orang kata masa kita muda-muda ni. orang tua kiri kanan atas bawah dah cakap jangan jangan jangan pun kita rasa itu satu penipuan kan. semua nak cuba. orang letak batu sungai dalam skaf tudung nak bagi nampak macam ada sanggul pun kita nak tiru sebab rasa cool habis. cool lah sangat. lebih baik lah doa ada tumor membengkak di atas parietal lobe. semulajadi. dan tunggu mati.

hari ni aku membunuh masa lagi. kenapa aku suka jadi pembunuh.

kawankawan sejak sekolah in KL

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 28, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam adalah masa berpoya-poya bersama kawan-kawan masa zaman remaja. kira nak cakap aku dah dewasa lah ni a.k.a young adult mengikut takrifan yang aku belajar dalam kelas geriatrik. ehh bukan-bukan, dalam kelas OT. jadi di dalam kumpulan suku reunion semalam tu kami ada bawak adik kecik umur 20.

ada 5 orang je kami; patutnya ada 6 sebab bercadang nak bawak encik mafia sebagai subtitute zul aizat, rakan kelas 5Sigma. tapi tau, takkan sama walaupun subtitute kan. HAHA. tapi encik mafia tak dapat datang kerana hari itu dia tengah penat berfikir :D jadi biarkan dia berehat.

pagi tu aku lambat bangun sebab malamnya tidur pukul 4 pagi.aku memang ada insomnia sejak sekolah sebab tu aku macam zomba. *zombie*. jadi mereka yang sangat awal sudah menunggu tatkala TS baru membuka pintu tak besar-besar lagi tapi kecik-kecik saja. aku dan farid merempit ke TS. setelah memparking motor dengan gagahnya kerana mengangkat-angkat motor mencari ruang tanpa bantuan lelaki jaga parking motor dan mendapat tepukan gemuruh pakcik yang sedang makan-makan di kedai mamak. *aku yang gagah!*

barisan suku reunion 5Sigma Bainunian 2007

pada mula-mula aku dan Farid takut-takut nak jumpa lagi 3 orang tu. jadi kami main nyorok-nyorok dan lari-lari di sekeliling Old Town white coffee dalam timesquare. sebelum itu kami dah habiskan masa termenung tengok roller coaster. nak masuk tapi Nana takut tinggi. jadi kami semua tak boleh main permainan yang tinggi-tinggi dan mengangkatkan kaki ke udara. kena lekatkan kaki di atas lantai setiap masa.


getik plak aku tengok gambar sendiri macam ni muahahaha





selepas makan besar yang dibiayai Ariff Zaky yang merahsiakan dia nak belanja kami; kalau awal-awal cakap nak belanja, nanti semua benda kami order! terima kasih lah Arif Zaky yang baik hati *aceceh*. walaupun perasaan bersalah menyelubungi jiwa kerana dia membayar Rm90++ untuk 4 raksasa yang memusing-musingkan 'bunting' combo makanan di Teppanyaki dengan rakusnya,  tapi perasaan gembira aku lebih dominan. jadi, selepas beberapa saat, aku dah lupa perasaan bersalah tu.

jangan tanya nape mata aku jadi sepet

lepas semua solat kami sambung lagi bergembira secara berkumpulan. nak pergi karaoke walaupun terbukti suara tak sedap. lalu kami memilih karaoke di bangunan depan TS. ape ke, aku pun tak tau. satu jam RM20 something yang dibiayai oleh aku RM10 je dan selebihnya Farid yang kaya-raya. :P (rm10 je yang aku sumbangkan weih, kesian dorang semua).
 
 


woih garangnye muka aku~

memandangkan kami belum lagi bersembang tentang masa depan a.k.a bilakah akan kahwin, kami pun doing some lepaking di Tutti Frutti Timesquare. setelah 3 bekas Tutti Frutti berjaya dipenuhkan dengan muka bangga habis, kami duduk melepak dengan lama menyebabkan worker di situ macam hangin je ngan kami. tapi dah bayar, ok je kot. ariff suka gummy bear (curik dari mangkuk ice cream aku dan farid), aiman nak curik strawberry, nana yang berkhasiat dan farid yang blurr-blurr ayam makan ice-cream ke tak tau. *apa kah?*.


arip yang memilih mashmellow..aww..

ice cream banyak isi tu yg dikecah2 arip untuk merembat gummy bear farid



ice cream nana yg berkhasiat

aiman khusyuk bercerita

gegaran kamera

bila habis solat maghrib, kami membabaikan diri masing-masing sebab ada 3 orang sangatlah busy pada hari esoknya.

seronoknya semalam. yey. lain kali keluar lagi.

#tapi semalam tak jumpa orang emas. T.T mungkin orang emas nak sambut deepavali kan.

Thursday, October 27, 2011

aku tak tahu Muammar Gaddafi itu betul atau salah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 27, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
lebih kurang 3 bulan sebelum ini, aku berada di tempat Gaddafi berada; di Madinah Al-Munawarah. pada masa mak, makcik dan kakak aku sedang sibuk ketakutan sebab takut berlaku rusuhan di kawasan itu, hati aku masih tenang. namun masih menyuruh semuanya pergi dengan cepat kalau masih ragu-ragu.

entahlah. aku bukan lah mengikut sangat perkembangan Gaddafi. soal politik aku akui aku memang out. bukan aku tak berminat, tapi aku lambat. kenapa sebelum ini di televisyen asyik siarkan kekejaman Gaddafi? kenapa bila dah tiada orangnya baru kita bukak mata? bukan aku nak kata Gaddafi betul.

lagi yang aku tak tahu nak persoalkan di mana kebenarannya ; Gaddafi Adalah Yahudi.

mari sini aku cerita; kita orang Melayu memang takkan sama dengan orang Arab.mereka berdarah panas, sebab tu berani mati demi mempertahankan Islam, mempertahankan agama, melawan kapitalis barat yang mencekik menghisap darah dan kehidupan kita umat-umat Islam. Umat Islam di sebelah sana sangat agresif berbanding kita di sini.

macam aku cakap tadi, aku tak tau nak cakap siapa betul siapa salah. Tapi Gaddafi adalah salah seorang pemimpin yang berani melawan barat dengan kata-katanya sama macam Saddam Hussein dulu. orang Barat memang akan aim orang Islam yang mempunyai perwatakan membahayakan mereka atau lebih tepat satu ancaman besar bagi mereka. dan mereka mula mencipta propaganda sendiri yang akhirnya ; kita sendiri yang membenci umat kita walaupun sesama Islam.

dan bila yang berani itu dibunuh, barat menarik nafas lega. satu lagi ancaman tumbang.
dan ketika kita disiarkan dengan kematian Gaddafi, nun di Palestin kekejaman masih berterusan. kita cuma kisah bila orang buat kempen, bila kita tengok risalah. yang selebihnya, wallahualam.

#sekian, ini bukan entri aku mengatakan Gaddafi itu betul atau salah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Lagi tentang Muammar Gaddafi

Tuesday, October 25, 2011

My Happiest Moment

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 25, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i can't really show other people what's on my mind; what am I thinking about the happiest moment in my life. there are bunch of happiness everywhere and then. i'm not a good writer either.

little did I know; i would end like thousands of happiness. so when a question pop up saying ; what's your happiest moment? I can't tell. I desperately looking in the past, and peeking into the future. I'm speechless.

what past is past. so why don't I just try to write about the happiest moment I wish to have in future instead of past moment. to have picture in future; impossible in naked eyes, real possible in minds. so here is my picture and my dream on it.

happy photography -my niece & nephew
I'm 21, not married yet. kids, they are naturally photogenic. we don't have to ask them to give hottest pose , they just act naturally - you got it!  This picture resembles my future happiest moment.

Photography not only transported you back in time;
it can make you peek the upcoming days.

my happiest moment dream - to get married, have a family, and seeing my kids grown up to be better persons than me. I wish to love all people in my family full-heartedly without division. the reason I put my niece and nephew picture is in wishing to have cheerful and bright kids like them.

and seeing them grow up and be a better person, that will be good enough. That'll be my becoming happiest moment. In order to capture the happiest moment of my life, the best camera is I need most.



suddenly I'm throwing back into the past.

if I have this 12 years ago, I would captured the top secret happiest moment of mine that is, having Yayai by my side.
Because at that time, I feel Yayai is the only one who loves me the most.

That's Yayai. My beloved cat. and it's already gone.

Still remain in the capture of my memories.


*actually i don't write much in English. this time i'm trying.

Quick Checklist : Do You Have Bipolar Disorder? (Bilingual)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 25, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Bipolar DisorderA condition in which people go back and forth between periods of a very good or irritable mood and depression. The "mood swings" between mania and depression can be very quick.


Tick ( / ) if you have had the following symptom(s) for 3 days or more :


1. Feeling very happy or easily angry for no apparent reason
2. Believe that you are better than anyone else in everything you do.
3. Not needing to sleep much
4. Easily distracted
5. Doing more activities more than usual
6. Spending a lot of money
7. Increased sexual interest
8. Feel like meeting people more than you usually would
9. Talking excessively


If you have 2 or more of the above symptoms, you may be suffering from Bipolar Disorder.


Please seek help from doctor urgently this condition is treatable.
______________________________________________________________


In Bahasa :


Bipolar DisorderSatu keadaan di mana orang mempunyai tempoh mood yang berubah dengan cepat ; berkeadaan baik berubah ke marah dan juga kemurungan"Perubahan mood" antara manic dan kemurungan akan berlaku dengan cepat.

Tandakan (/) jika anda mempunyai gejala berikut selama 3hari atau lebih:

1. Berasa amat gembira atau mudah marah tanpa alasan yang jelas
2. Percaya bahawa anda adalah lebih baik daripada orang lain dalam semua yang anda lakukan.
3. Tidak perlu tidur banyak
4. mudah terganggu
5. Membuat lebih banyak aktiviti lebih daripada biasa
6. Menghabiskan banyak wang
7. kehendak seksual meningkat
8. berasa seperti banyak berjumpa orang lain lebih daripada biasa
9. bercakap yang berlebihan

Jika anda mempunyai 2 atau lebih daripada gejala-gejala di atas, anda mungkin mengalami Bipolar Disorder.

Sila dapatkan bantuan daripada doktor dengan segera keadaan ini adalah boleh dirawat.

sumber: pamplet PPUKM 

aku mintak maaf

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 25, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
to all fellow readers, tak kira silent atau noisy readers.

sekiranya entri aku yang terdahulu banyak mengajar rebellious yang tak tentu hala, perkara yang bukan-bukan. dan kemungkinan ada entri aku yang menyebelahi orang yang salah dan menyalahkan orang yang betul. tak kurang mencari gaduh.

harap maafkan aku lah.

bila aku scroll balik, aku rasa bersalah.

adakah anda blogger yang bertanggungjawab?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 25, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
blog sekarang satu medium penyampaian idea, berita and so on. jadi bila kau rasa blog kau macam sampah dan tak famous langsung; jangan kisah sangat. lagipun orang lain tak bayar kau dengan duit kan, mereka cuma bayar dengan masa; nak tunggu blog kau loading macam siput babi yang degil.

maksudnya kena kisah jugak lah. masa tak boleh undur kecuali jam kau rosak; jarum dia longgar jadi boleh patah balik belakang. kemungkinan kau kena rotan dua puluh das kalau kau bagi ini sebagai alasan lambat datang prep petang masa zaman sekolah dulu. bila dah berbirat baru tau apa erti penyesalan terhadap alasan tak relevan.

intro yang panjang takkan mencambahkan kreativiti pembaca, tapi mencambahkan kemalasan dan kemarahan.

tanggungjawab kau pikul makin berat bila kau blogwalking dan lihat blog kau dalam bloglist orang lain yang ber'title "Yang aku suka", "yang hebat" atau lain-lain.

rasa tak apa aku fikir?

.dunia kau dalam blog sudah dikongsi dan kau wajib tidak menaip perkara yang bukan-bukan dan ajar bukan-bukan. dosa semua kau tanggung.

kan? kbaibai.

Monday, October 24, 2011

patut kah aku?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, October 24, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
patut ke aku gembira sebab PNGK aku naik?


walaupun PNGS nye turun?



warghhhhh...aku dah gila.

Saturday, October 22, 2011

at time being

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, October 22, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
at this crucial time to think,








aku rasa semua mengelak.


#grr..

sedang bercinta dalam bilik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, October 22, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku sedang bercinta dengan diri sendiri. *tiba-tiba cathatonic.

minggu ni semua orang balik, cuti seminggu. tapi aku tak boleh cuti lagi. aku ada banyak design untuk di fikir,posting untuk dirisaukan dan jugak chapter untuk di lawan err di study. *nak jugak aku tengok apa berlaku kat Batu Caves masa deepavali kan.

last week kami telah berjanji akan ada kelas isnin ni tapi wtfishmonger kelas telah di cancelkan kerana ada penduduk bumi mahu balik awal. yess aku faham. terpulanglah. lagipun aku memang akan balik lambat lah*lagi nak tunggu kanak-kanak 5 Sigma(ex 5S actually) reunion kat tempat kanak-kanak hingusan KL hangout.*teka kat mana*. arif yang menangis tak bagi aku balik dulu. *konon*.

jadi aku berhoyeah-hoyeah dalam bilik sengsorang macam tak betul. tak kisah sangatlah memang aku selalu buat pun kan. mesej sesapa pun tak nak reply termasuk encik mafia. sadis betul hidup aku.

ingat nak joging kat tasik titiwangsa sorang-sorang petang ni kan. tapi macam bosan je pergi sorang-sorang. nanti ada hot guys ingat aku lonely, volunteer pulak nak temankan. HAHA.

kbaibai.

#ouh ya ni collection baru aku dalam handphone.












Friday, October 21, 2011

Jom Kira Umur Kucing !

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 21, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sapa yang rajin bela kucing kat rumah atau curik-curik bela kat hostel tu boleh lah bersama-sama mengira umur kucing korang di sini.

ni perangai cm anak kucing



  Umur orang | umur kucing

(tahun)                 (tahun)

115
224
328
432
536
640
744
848
952
1056
1160
1264
1368
1472
1576
1680
1784
1888
19
20
92
96


sumber