Do you like my blog?

Thursday, October 27, 2011

aku tak tahu Muammar Gaddafi itu betul atau salah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 27, 2011
lebih kurang 3 bulan sebelum ini, aku berada di tempat Gaddafi berada; di Madinah Al-Munawarah. pada masa mak, makcik dan kakak aku sedang sibuk ketakutan sebab takut berlaku rusuhan di kawasan itu, hati aku masih tenang. namun masih menyuruh semuanya pergi dengan cepat kalau masih ragu-ragu.

entahlah. aku bukan lah mengikut sangat perkembangan Gaddafi. soal politik aku akui aku memang out. bukan aku tak berminat, tapi aku lambat. kenapa sebelum ini di televisyen asyik siarkan kekejaman Gaddafi? kenapa bila dah tiada orangnya baru kita bukak mata? bukan aku nak kata Gaddafi betul.

lagi yang aku tak tahu nak persoalkan di mana kebenarannya ; Gaddafi Adalah Yahudi.

mari sini aku cerita; kita orang Melayu memang takkan sama dengan orang Arab.mereka berdarah panas, sebab tu berani mati demi mempertahankan Islam, mempertahankan agama, melawan kapitalis barat yang mencekik menghisap darah dan kehidupan kita umat-umat Islam. Umat Islam di sebelah sana sangat agresif berbanding kita di sini.

macam aku cakap tadi, aku tak tau nak cakap siapa betul siapa salah. Tapi Gaddafi adalah salah seorang pemimpin yang berani melawan barat dengan kata-katanya sama macam Saddam Hussein dulu. orang Barat memang akan aim orang Islam yang mempunyai perwatakan membahayakan mereka atau lebih tepat satu ancaman besar bagi mereka. dan mereka mula mencipta propaganda sendiri yang akhirnya ; kita sendiri yang membenci umat kita walaupun sesama Islam.

dan bila yang berani itu dibunuh, barat menarik nafas lega. satu lagi ancaman tumbang.
dan ketika kita disiarkan dengan kematian Gaddafi, nun di Palestin kekejaman masih berterusan. kita cuma kisah bila orang buat kempen, bila kita tengok risalah. yang selebihnya, wallahualam.

#sekian, ini bukan entri aku mengatakan Gaddafi itu betul atau salah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Lagi tentang Muammar Gaddafi

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

Anum said... [Reply]

hanya allah maha mengetahui segalanya

Yana Houry said... [Reply]

yup, saya setuju..Allah yang maha mengetahui semuanya, namun mengikut lognya ini semua adalah konspirasi barat...

CKB said... [Reply]

byk sgt org fanatik. itu je masalahnye

Idati Malek said... [Reply]

haha..stuju dgn smua