Do you like my blog?

Thursday, October 6, 2011

hari pertama di psikiatrik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 06, 2011
semalam hari pertama hands-on dengan patient psikiatrik PPUKM. sebelum ni hanya orientation saja di situ. dan perkara yang meng'hangin'kan tasya si cousinku adalah aku jumpa FL lagi (tak habis-habis). dan aku beli nasik di tempat yang dia beli.

jadi patient semalam di diagnose sebagai chronic schizophrenia.

task kumpulan aku semalam adalah interview dan buat 2 assessment terhadap patient; guna Depression, Anxiety & Stress Scale (DASS) dan Mini-Mental State Examination(MMSE). dua form ni digunakan oleh Occupational Therapist untuk assess pesakit psikiatrik, kebiasaannya. banyak lagi, tapi kami masih baru.

kumpulan aku yang terdiri daripada aku, Aimi dan Chiong Ming. Selaku jejaka cina terakhir, dia wajib menjadi ketua. nak dekat 2 jam jugak baru dapat cari patient, dan kami bertemu Mr O.

Mr O, 23 y/o, being diagnosed with Chronic Schizophrenia was admitted to PPUKM in 27/7/2011. He'll be discharged on 5 October 2011, according to doctor.

masa dalam bilik interview, we can't help of being pucat (aku memang sedia pucat). tapi manusia yang paling ketara adalah chiong ming. the things go on smoothly (even dia lebih selesa communicate dalam bahasa cina yang terang-terang sepatah haram aku tak faham) sampai satu part kami minta dia lukis balik apa yang ada di atas borang MMSE.(gambar dua pentagon yang bertindan di 1 bucu).

dia lukis.

dia pandang.

chiong ming nak ambil balik kertas Mr O, selepas siap.

Mr O berdegil untuk lukis lagi sampai nampak perfect macam yang printed on MMSE.

kami biar.

tapi lama-lama dia nampak semakin stress. tekanan dia terhadap lukisan tu pun makin kuat.

kami bagi dia tekap, tapi masih tak sama. ada yang terkeluar sikit dia tak puas hati..dia semakin tertekan.

..dan bermula lah adegan tarik-tarik dan berebut pensel antara Chiong Ming dan Mr O. sampai aku tak boleh beza sapa patient dan sapa chiong ming lagi.

dua-dua nampak sama di mata aku. dan dua-dua cakap cina yang aku tak faham sampai ke sudah.




akhirnya heroin kami bernama Puan Rafidah datang menyelamatkan kami yang ketakutan di luar pintu. hahaha.

sekian lah cerita yang aku nak cakap.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

pika ruslan said... [Reply]

aku tegelak setelah membayangkan situasi tersebut+muke korg yg gelabah..hahah..thniah!!its a very good experience~^^

Idati Malek said... [Reply]

aku cool okey