Do you like my blog?

Friday, October 28, 2011

kawankawan sejak sekolah in KL

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 28, 2011
semalam adalah masa berpoya-poya bersama kawan-kawan masa zaman remaja. kira nak cakap aku dah dewasa lah ni a.k.a young adult mengikut takrifan yang aku belajar dalam kelas geriatrik. ehh bukan-bukan, dalam kelas OT. jadi di dalam kumpulan suku reunion semalam tu kami ada bawak adik kecik umur 20.

ada 5 orang je kami; patutnya ada 6 sebab bercadang nak bawak encik mafia sebagai subtitute zul aizat, rakan kelas 5Sigma. tapi tau, takkan sama walaupun subtitute kan. HAHA. tapi encik mafia tak dapat datang kerana hari itu dia tengah penat berfikir :D jadi biarkan dia berehat.

pagi tu aku lambat bangun sebab malamnya tidur pukul 4 pagi.aku memang ada insomnia sejak sekolah sebab tu aku macam zomba. *zombie*. jadi mereka yang sangat awal sudah menunggu tatkala TS baru membuka pintu tak besar-besar lagi tapi kecik-kecik saja. aku dan farid merempit ke TS. setelah memparking motor dengan gagahnya kerana mengangkat-angkat motor mencari ruang tanpa bantuan lelaki jaga parking motor dan mendapat tepukan gemuruh pakcik yang sedang makan-makan di kedai mamak. *aku yang gagah!*

barisan suku reunion 5Sigma Bainunian 2007

pada mula-mula aku dan Farid takut-takut nak jumpa lagi 3 orang tu. jadi kami main nyorok-nyorok dan lari-lari di sekeliling Old Town white coffee dalam timesquare. sebelum itu kami dah habiskan masa termenung tengok roller coaster. nak masuk tapi Nana takut tinggi. jadi kami semua tak boleh main permainan yang tinggi-tinggi dan mengangkatkan kaki ke udara. kena lekatkan kaki di atas lantai setiap masa.


getik plak aku tengok gambar sendiri macam ni muahahaha





selepas makan besar yang dibiayai Ariff Zaky yang merahsiakan dia nak belanja kami; kalau awal-awal cakap nak belanja, nanti semua benda kami order! terima kasih lah Arif Zaky yang baik hati *aceceh*. walaupun perasaan bersalah menyelubungi jiwa kerana dia membayar Rm90++ untuk 4 raksasa yang memusing-musingkan 'bunting' combo makanan di Teppanyaki dengan rakusnya,  tapi perasaan gembira aku lebih dominan. jadi, selepas beberapa saat, aku dah lupa perasaan bersalah tu.

jangan tanya nape mata aku jadi sepet

lepas semua solat kami sambung lagi bergembira secara berkumpulan. nak pergi karaoke walaupun terbukti suara tak sedap. lalu kami memilih karaoke di bangunan depan TS. ape ke, aku pun tak tau. satu jam RM20 something yang dibiayai oleh aku RM10 je dan selebihnya Farid yang kaya-raya. :P (rm10 je yang aku sumbangkan weih, kesian dorang semua).
 
 


woih garangnye muka aku~

memandangkan kami belum lagi bersembang tentang masa depan a.k.a bilakah akan kahwin, kami pun doing some lepaking di Tutti Frutti Timesquare. setelah 3 bekas Tutti Frutti berjaya dipenuhkan dengan muka bangga habis, kami duduk melepak dengan lama menyebabkan worker di situ macam hangin je ngan kami. tapi dah bayar, ok je kot. ariff suka gummy bear (curik dari mangkuk ice cream aku dan farid), aiman nak curik strawberry, nana yang berkhasiat dan farid yang blurr-blurr ayam makan ice-cream ke tak tau. *apa kah?*.


arip yang memilih mashmellow..aww..

ice cream banyak isi tu yg dikecah2 arip untuk merembat gummy bear farid



ice cream nana yg berkhasiat

aiman khusyuk bercerita

gegaran kamera

bila habis solat maghrib, kami membabaikan diri masing-masing sebab ada 3 orang sangatlah busy pada hari esoknya.

seronoknya semalam. yey. lain kali keluar lagi.

#tapi semalam tak jumpa orang emas. T.T mungkin orang emas nak sambut deepavali kan.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Anum said... [Reply]

bestnya aiskrim
nak skit

Idati Malek said... [Reply]

nah amik la...hahahaha