- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf datin bumi atiqah dalam kenangan | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, November 2, 2011

datin bumi atiqah dalam kenangan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 02, 2011
di kesempatan ini saya mahu mendedikasi ucapan entri birthday yang ke 21 buat ex-rumet aku masa zaman hingusan di matrix penang.*ini bukan entri kesedihan di atas kematian*.

di bilik A1.4.13 di mana kita sama-sama menghayati pemandangan kuda, kambing dan lembu berlari-lari girang pada waktu pagi dan petang. tak urang itik dan ayam turut sama ketawa. di bilik tu jugak aku asyik cerita pasal mohamad ridwan non-stop dan kau tetap menjadi pendengar setia walaupun kau tak kenal ridwan tu siapa sebenarnya. aku sibuk cari frame gambar nak letak gambar ridwan dan tiap kali kau pergi kedai nampak frame gambar, kau mesti ingat aku. terima kasih atas ingatan itu.

tiap kali kita baru cucuk duit, kita mesti pergi kesis(kedai runcit glemer KMPP) beli cornetto atau apa-apa yang mahal. malam-malam kau suka ajak aku jalan-jalan. kau memang suka jalan. aku pun suka. tapi aku segan sebab aku rasa tiap kali berselisih dengan orang lain, aku rasa comot dan gemuk. tapi kau gembira je. mungkin sebab kau pun comot macam aku.

aku pernah kunci kau luar pintu sebab tak perasan bila kau keluar waktu malam. bila kau ketuk-ketuk aku takut nak bukak sebab aku ingat hantu ju-on atau hantu ruby masa zaman sekolah dulu dah datang. aku rasa sangat haunted masa tu. selepas setengah jam macam nak pecah pintu tu kena ketuk baru aku percaya kau bukan hantu. muka kau merah gila masa aku bukak pintu tu. HAHAHA.

kadang-kadang aku tunjuk kau sapa budak aku selalu stalk masa nak masuk kuliah dan kau pun pilih budak kuliah aku jugak untuk di stalk. bukan sorang, tapi dua. haha malas aku nak ingat balik sapa dua orang tu.biarlah jadi kenangan.

makanan kegemaran kau kat kafe adalah nasi putih, ayam goreng dan kuah gulai. lepas tu beli teh ais. kau dengan syer tak suka makan begedil. syer suka makan char kue teow ayam. bila kita order tak sedap pun, rasa macam ayam goreng hangit.. char kue teow udang lagi best lah.

tiap-tiap malam kau dengan syer kena tadah telinga sebab aku buat karaoke dalam bilik. sekarang aku dah takde habit nyanyi macam tu lagi. sumpah aku malu gila bila ingat apa aku buat.muahaha.

banyak lagi yang aku tak taip.

haha.

kepada noratiqah shaharin @ Datin Bumi Atiqah.
by the way, selamat hari jadi yang ke 21. semoga hidup dengan bahagia dan sihat belaka. jangan sakit-sakit. nak kahwin cakap kat aku awal sikit boleh lah aku datang tolong-tolong. *mungkin la.






0 C.O.M.M.E.N.T.S: