Do you like my blog?

Saturday, December 31, 2011

sayonara 2011

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 31, 2011
mengakhiri tahun 2011 ini dengan hati yang sesak dengan exam. dan menyambut tahun baru 2012 masih sesak dengan exam *pong (bunyi pengsan)*.

tahun 2011 banyak sangat mengubah aku. aku pun penat jugak diubah, tapi dah makin dewasa tak boleh pura-pura macam budak tadika. muka pun dah bulat. aku pun malu nak publish aku yang semakin membulat dengan bahagia..miahaha.

tak lama lagi encik mafia pun bulat macam aku. :D *sebelum kahwin nanti dua-dua pergi slim world*.
tak nak la masa jadi pengantin, aku gemuk. sedih aku. :P

azam tahun baru: kurangkan 6-10kg. (kalau lebih pun tak de hal)

method :
- jalan kaki pergi kelas
- makan nasik sekali sehari, lain-lain makan buah-buahan
- ikut mak pergi menoreh getah *walaupun aku tak tau menoreh, menjahanamkan boleh, tak de hal!*
- sesekali turun silat kalau tak busy
- senaman muka setiap hari dengan menampar diri sendiri
- beli baju saiz XS dan gantung kat dinding. sampai baju tu aku boleh pakai longgar
- angkat berat guna botol kicap saiz besar
- skipping macam orang gila
- tampal gambar paling gemuk yang aku pernah ada kat dinding *mesti aku malu kan?*
- tampal gambar orang gemuk yang cantik gila bila kurus
- tampal gambar aku masa kurus
- tampal gambar pakwe ku yang hensem *kalau aku gemuk sangat, nanti pakwe lari ..keh3*
- tampal gambar baju kahwin yang saiz kecik molek
- aku tak suka joging, tapi aku suka mengemas. jadi setiap pagi aku selerakkan bilik, malam-malam aku kemas. *berpeluh tuu!*
- buat apa-apa asal berpeluh *makan benda pedas tak dikira*

sekian beberapa plan aku untuk misi menguruskan badan tahun 2012. doakan aku. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

gambar yang mungkin masih kurus

mungkin laa kurus...huaaa

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Miss Eiza said... [Reply]

good luck.haha.makanlah nestle fitness :)