- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf January 2011 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, January 31, 2011

Contest Saya mau Template Profesional!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 31, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
*ini adalah sticky post. scroll down untuk latest entri.

sekarang aku nak join contest template profesional oleh AIZ. menurut Aiz, untuk join ni, kita tak perlu bunuh sapa-sapa.okey.

jadi jangan lah berbunuhan.

biar aku cerita sikit pasal Aiz nih. dulu blog dia Aiz Batu Campur, aku memang follow setiap entri dia sebab aku rasa sangat seronok. tapi lepas tu dia tutup blog tu dan beberapa lama lepas tu dia came out dengan blog baru iaitu Aiz Story. jadi aku cepat-cepat follow.. haha aku rasa aku 1st follow kot(bangga).

Aiz ni seorang template designer jugak. aku dah tengok template-template yang dia designkan, memang cool habis(bagi yang request template cool..) memang profesional lah. 

Design Blog Impian
aku suka template yang ada 2 column je sebab kalo ada 3 column, aku rasa serabut. apatah lagi 4 column. senak je perut aku tengok.aku jenis tak suka nak tepek gambar aku kat header, sebab aku rasa malu laa...hahahaha...selama ni header aku letak gambar anime, gambar robot comel-comel ngan gambar monster. oh ye, yang lepas ada la aku letak gambar aku, tapi versi yang dah di'superimpose' dari pelakon korea. 
ni ah header yang ada muka superimpose tersebut

sekarang ni header aku tak ada.hari tu aku dah design beberapa header, konon-konon nak rotate lah header tu. tapi aku gatai pi scan lappy, dia pi clean suma design aku. jadi aku malas nak design baru sebab aku rasa macam tak ada bakat je. aku pun tak bubuh header.dan seperti yang korang tengok, aku tulis tu. 'header ditelan virus'.

aku suka design ala-ala vintage.

Kenapa nak join?
haha. aku nak template yang Aiz designkan sebab aku rasa sangat cool okay yang dia designkan. *malu nak cakap.hehehe. aku asyik guna template premade je lepas tu pandai-pandai lah edit. macam sekarang, kosong je kan. header tetap kosong, tak ada.lepas tu aku tak tau kenapa loading blog aku lambat.aku konfius..wawawa...bantulah hutan kabut.....




jom lah kita ramai-ramai join contest Aiz ni okay.

jom buat duit sama-sama

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 31, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak bila dan entah bila dan juga entah kenapa aku menjadi mata duitan. aku fikir cuma duit,duit dan duit. duit boleh buat aku senang. kalau duit sikit pun hati tak tenteram kan kan kan kan?

sejak JPA men'disqualified kan aku menerima biasiswa sejak dari awal lagi (mungkin atas sebab ketidakglemeran nama course aku atau mungkin jugak pointer aku terlalu 'hebat'), aku hidup merangkak-rangkak dengan duit PTPTN di mana sesetengah students yang dapat JPA guna duit tersebut untuk holiday di tempat-tempat percutian di seluruh negara mahupun menggalakkan ekonomi negara berkembang pesat di pusat membeli-belah yang ada sale. bagus lah menyokong sektor pelancongan negara, tapi ingatlah ada orang yang lebih memerlukan. duit yang ada tu simpanlah untuk masa depan. memang lah kerajaan bagi free tak payah pulang macam duit PTPTN. (mode gram sikit). kalau nampak kami (students PTPTN) ikat perut, jangan simpati lah.

kami rasa ikat perut masa jadi students ni sangat style okay! (walaupun berat tak turun, tegar betul lemak-lemak trans ni ea).

okeylah aku nak tidur ni, esok aku nak naik penyu kat terengganu.semoga adalah banyak penyu berkeliaran, aku dah lama nak jumpa mereka. nasihat Puan Siti : Jangan Mandi Laut. Nanti Hanyut, Buat Malu je.

jadi aku tak mau buat malu, aku mau naik penyu saja. selamat bertemu nanti Encik dan Puan Penyu. saya lah Idati Malek. eh lupa, siapa kesempitan duit@ingin tambah pendapatan@mata duitan@memang dah banyak duit tapi tamak nak duit lagi boleh lah klik gambar Logo 1Malaysia itu(bukti aku rakyat Malaysia, bukan Uganda atau bangladesh). kalau tak suka boleh klik gambar awek cun.(bukan aku la)


pinjam sat na FL.
syarat pi baca sendiri. malas nak terang. kekeke

Nak menang iPad atau iPhone?senang gila lah!!!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 31, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
korang cuma perlu sertai game #MiloFuzeJamPack.jangan main sambil lewa je, main betul-betul tau. kalau dah menang boleh bagi aku pinjam hadiah tersebut okay! jangan kedekut, aku dah bagi tahu korang ni haaa......ingat!!!!!!

klik Heliza di bawah untuk bermain game bersama Heliza eh bersama Milo.


Friday, January 28, 2011

kenapa susah perempuan nak terima lelaki jadi kawan biasa selepas cinta putus di tengah jalan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, January 28, 2011 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tengah jalan apa tu? jalan raya? jalan mati?

ke jalan tar? jalan TAR ke?

okey. silly jokes sajalah. marilah menuju ke point yang benar seperti menggunakan sistem GPS yang canggih.

perempuan ni otak dia ada banyak kategori. atau lebih senang cakap banyak songeh. aku pun perempuan aku tau la. nanti aku cakap aku kategori mana tu pun kalau aku nak la. alala korang peduli apa aku nak cakap ke tak kan. *sumpah ayat macam kaf lam ya nga.

1) tak boleh terima jadi kawan biasa sebab dah benci.
- katakan lah break sebab si lelaki tu penyangak besar-besaran, dah tipu duit awek banyak-banyak untuk berjoli katak bersama perempuan lain. tak pun suka pukul-pukul macam lah dah sah jadi suami isteri. waddefakulti betul lelaki bergelar 'boyafren' yang suka pukul-pukul gf sendiri nih. nak main pukul-pukul pi lah masuk silat ke,wrestling ke.muay thai pun ok apa (feveret aku nih!!) bukan takat pukul, kunci terus tak bagi gerak langsung pun boleh. takde hal! 

tapi banyak kes terjadi sebab sakit hati mengenangkan janji manis yang ditabur bak pertandingan merebut gula-gula. tabur gula-gula dan berebutlah semua! selamat ber'kencing manis'.

lelaki dalam gambar ni selalu di wrestling oleh perempuan dalam gambar ni.percaya tak?
 2) cinta lelaki yang pernah singgah di hatinya sentiasa mekar walau berpuluh tahun lamanya.
gila skema tapi berbunga-bunga cinta betul ayat di atas. yahh yahh inilah susah nya hati perempuan. mulut kata 'mampus kau la nak buat apa' tapi dalam hati 'oh aku masih menyintainya' hahaha haktuih haktuih. geli aku dengar eh taip. sebenarnya suci betul lah hati perempuan lagi-lagi yang baru mula pandai menanam cinta di hati. lain  la perempuan yang dah menanam berpuluh-puluh kali cinta di hati, boleh jadi ratus-ratus. itu bukan tanam lagi dah tapi gatal gila tak ingat. kasi lempang ja 2,3 puluh das baru dia tau cinta tu ada makna ke tak ada.
ini kes gila bayang. tak dapat awek lama, tengok rangka seakan-akan awek lama pun tak de hal...

zaman sekarang ni lagi la ada FB semua nak add, semua nak stalk. aku sendiri mengaku aku pun turut serta dalam stalk orang tapi stalk siapa, rahsia.hahaha. si ex-gf ni mesti selalu stak fb ex-bf kot lah dah dapat awek lagi cun ke tak kan. kalau awek dia dapat tu lagi cun, dia sure sakit hati. sentap je rasa! kalau tak cun, dia macam legaa la jugak kan dan dalam hati fikir 'macam ni ada can la aku nak dapat balik' dan diam-diam tak remove pun ex-bf.  kalau ex-bf dah kahwin pun takdenye dia nak cakap 'selagi dia tak kawin, selagi tu peluang i ada' tapi sebenarnya 'selagi dia tak mampus, selagi tu peluang i ada'. aku taip macam ada pengalaman je..ooopppss lalalala..taktau-taktau. 
aku pernah fall in love dengan setan jadian rupanya. keh keh.

3) kalau keluar sama-sama sebagai kawan biasa pun, nanti akan teringat memori lama.
ini normal lah, dapat pulak ter'keluar' dekat tempat masa first date dulu-dulu. tiba-tiba :

perempuan :  u ingat tak kat sini dulu kita..ehh.......*blushing.
lelaki          : ha'ah. i ingat masa tu ada couple mat salleh ni mintak kita tolong ambil gambar dorang.kan.
perempuan : em.....*angguk-angguk manja dan senyum-senyum cair taik ayam.
lelaki          : lepas tu dia volunteer nak tangkap gambar kita pulak. itulah gambar pertama kita berdua. itu lah            
                    jugak gambar first date kita kan.
perempuan : i tak sangka u ingat lagi kan...hee.
lelaki          : mesti lah i ingat...u cinta pertama i...*mimik muka sedih....
perempuan : i..er...i rasa....

tiba-tiba lahh.......tett tett tett kringg krannggg tingtong* bunyi telefon yang kuno berdering dua tiga das. lelaki menjawab 'ye sayang,abang keluar dengan member ni. karang kita dinner sama ea, bye love you'.
*si perempuan sedih, terluka. si lelaki sudah ada pengganti dirinya.(bunyi angin berhembus melalui otak yang kosong kecewa).
kenangan ambil hadiah fire blanket bersama-sama lalu mengimpikan di rumah mereka di masa hadapan nanti ada fire blanket yang serupa *ayat macam ?...tett

4) si lelaki suka tayang gf baru dan cakap buruk.
lebih kurang sama macam point 2. sikit-sikit macam nak show off  'ni ahh awek gua yang baru. lagi cun dan lagi hot dari lu yang macam apam penyek. sikit-sikit nak jeles, sikit-sikit nak merajuk. penat gua tau..'.lepas tu jaja cerita si perempuan ni dulu masa couple dengan dia macam-macam dah buat. nak cakap betapa kejinya perempuan ni sebenarnya. *padahal masa couple dengan dia, maksudnya dia pun sama. membuka pekung di dada.

5) rasa loser
perempuan yang hot-hot nih rasa loser habis kalau lelaki tiba-tiba nak break dan mintak jadi kawan biasa je semata-mata sebab dah jatuh hati ngan perempuan yang biasa saja. tak hot pun. 

cinta terlarang neyh!!!!!!
6) cinta terputus bukan kerana kehendak mereka.
cinta putus sebab maut. memang lah tak dapat jadi kawan dah. berdoa saja moga dipertemukan di dunia sana. ada jugak putus sebab lain, mungkin sebab keluarga atau perbezaan taraf hidup. yang kes macam ni aku tak tahu nak huraikan. mintak-mintak aku tak alamilah.

semoga bertemu jodoh yang lebih baik hendaknya untuk mereka.






ehh?korang tanya aku ke? haha. aku punya alasan pakai yang point nombor 1. terima kasih.

Tuesday, January 25, 2011

its lame

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, January 25, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i'd rather take it personally than take it officially to the whole. it would be like a doom, as in the label in this blog, that is 'talk shit'.

i prefer to to face 'em, but it turns out into lame confusing pathetic conclusion.

no heart feelings, as i am heartless.



tengok saja muka aku, jangan dekat. aku muay thai baru tau.

Monday, January 24, 2011

Details Penyertaan Segmen Gegar Blog Ben Ashaari

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 24, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Senaraikan :
    • Nama blog        : Hutan Kabut
    • Nama blogger    : Idati Malek
    • Jika bekerja      : Future Occupational Therapist
    • Jika Pelajar U    : UKM Kampus KL
    • Entri terakhir    : ?

saya tak dapat nak race sampai esok.kelas berderet-deret. huk huk  T.T

GEGAR BLOG : Soalan BONUS ( 1 ) TOPUP RM30

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 24, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Soalan berdasarkan pada blog penaja : FASIHAH SUPIAN
  1. Soalan pertama .. Apakah warna asal blog penaja soalan bonus ( 1 ) ini ? Letakkan gambar print screen gambar template asal sekali ..
    WARNA HIJAU!!!

  2. Apakah pendapat anda mengenai warna baru blog penaja ?
    Cantik bila mempunyai combination biru & hijau turqoise. damai mata memandang. tak striking, dan ceria.loading pun cepat.sebab bawah 100.0 kb. hehehe....sempat plak cek kan.

    • Berikan kelemahan yang ada dalam blog beliau
      - warna background dengan warna font untuk post title tu macam tak sesuai.nampak tenggelam
      - bloggers list tu mungkin boleh buat 'show 5' tu untuk pendekkan lagi scroll blog.(ye kot).

    • Cadangan untuk mencantikkan lagi blog beliau
      -tambah Google search yang untuk blog punya. macam Ben Ashaari buat.nanti senang kot orang nak search apa-apa yang cik Fasihah dah post dalam blog.
      -

  3. Berapa ekor kumbangkah yang terdapat didalam blog beliau ?
    ada 11 ekor kesemuanya.!!

    sekian.

Nasib Baik Muka Aku Skema

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 24, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
blogger hutan kabut semalam ketakutan. bukan sebab apa, aku pun tak tahu. encik mafia tergelak-gelak bila aku cerita.

semalam aku, Makhluk Asing Bereben dan Pati Ikan Bilis konon-konon mahu beli preparation nak pergi opkim, jadi mahu tudung yang lebih fleksibel dan senang. ikut kan nak tudung yang terus melekat kat kepala secara auto jadi tak payah susah-susah nak belitkan beliau.

dipendekkan cerita malam tu Nani dengan Faz nak tidur bilik aku pulak, jadi aku dengan Faz pun remp-it lah skuter aku pi balik kolej deme.(tibe-tibe cakap perak kan.). selalunya aku lalu ikut jalan depan Hospital Pusrawi tu tapi malam semalam gatal-gatal nak lalu dekat tasik titiwangsa jadi kena lalu sampai monorel Chow Kit.

dan sampai bulatan pahang, aku tengok cam sesak.apahal kan.ingatkan jam, traffic light ke.so buat slenges sudah. alih-alih aku nampak lampu biru berkelip-kelipan, yang pada mulanya aku sangka orang angkat kabadi Thaipusam tak habis lagi.

rupanya roadblock polis depan Hotel Grand Seasons.demm demm!

aku berdebar-debar.aku cuak. dalam fikiran tengah kacau. (padahal tak buat salah pun). aku risau polis tu ingat aku bawak minah indon mana kat belakang aku ni sebab dia tak bawak IC.haha.

malu nak mengaku, tapi inilah roadblock pertama yang polis minta tengok lesen dalam hidup aku. selama ni aku bawak kereta polis tengok roadtax je.

agak nya polis tu dah sense aku muka pucat cam kena albino,dia nak tengok lesen dengan IC aku. haha. dah la IC kanak-kanak aku tak tukar lagi. aku letak semua kad tu dalam satu bekas yang compile tu.jadi, kat situ ada semualah!

termasuk lesen P encik Mafia yang memakai gigi palsu. (hahaha!). sebenarnya aku yang mengada mintak.kan dah tak guna lagi.Lesen P aku pulak ada kat aku, sebab aku masih guna. oopps.malu lah.hehe.

Jadi lesen L aku je ada kat encik Mafia, sebab aku tak rasa aku nak amik lesen bawak lori atau bawak bas nanti.haha.kan kan??

encik polis tengok muka aku, lepas tu dia pelik apasal ada lesen lelaki mana entah dalam License Holder aku. aku terketar-ketar lah jawab 'errkk...itu kawan saya punya'. entah-entah lesen budak henry gurney mana dia fikir aku tengah simpankan ni. haha. ok gurau je sayang. (hoh gedik di situ.)

polis mintak aku punya roadtax, aku cakap kat bawah seat la. polis tu cakap 'ok, betul kan? boleh jalan', dengan senyuman tak miang.

aku buat konklusi yang aku sedang bermuka skema yang tak cun. sebab tu dia rasa meaningless nak tahan. padahal ada je perempuan-perempuan cun dan tak skema yang ditahan di situ ramai-ramai.

kalau orang cun, mesti susah kan.sikit-sikit kena tahan pasal orang nak ngorat. benda cepat pun boleh jadi lambat.
hahahaha.

apa-apa hal jadi lah cam gua, muka skema dan tak cun pun gua tetap rasa selamat.pasal tak de orang nak kacau gua.polis pun tak sampai hati nak tahan gua padahal gua gila kejam kat sekolah.
yang skema habis tu gua masa zaman sekolah. jangan gelak, gua lastik sekor-sekor.

ni ahh gua sekarang. skema? tak da hal.
tak cun? tak da hal.
tak reti mekap? separuh tak da hal.
kalau aku pandai mekap tak yah la aku bazir duit andaman untuk kawin kan.


tu dia kedekut tahap gaban ahh.

gua skema, gua tak cun, gua okey.! gua tak da hal.

(apahal aku guna 'gua-gua',ingat ini entri gua batu kapur ke.)--->aku rasa ni Hiro yang pengaruh aku.hahaha..gurau...

kalau gua cantik macam dia, gua takut.
sumber : FL



Saturday, January 22, 2011

semakin banyak pulak label talk shit aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, January 22, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak sekian lama aku mencuba untuk menjadi matang.cuba meninggalkan semua yang aku tak perlukan.


apa dia yang aku tak perlukan?

konsert lompat-lompat di gigs. walaupun aku tak pernah pergi tapi sumpah aku pernah kagum. biasalah zaman remaja memang benda macam ni seronok untuk layan.kalau hati kental siapa bilang tak mungkin goyah.kita cuma umat biasa, orang awam yang diberikan nafsu dalam diri.

kita bukan nabi. kita cuma umat akhir zaman, satu umat yang setahu aku selalu rasa tak puas dan pengumpulan segala jenis masalah akhlak.

umat kita boleh diibaratkan macam 'sekiranya hari ini Ali dihadiahkan dengan satu lombong emas yang besar, esoknya jangan terkejut kalau dia masih lagi keluar mencari lombong emas yang lain'. - nama sekadar main petik, jangan terasa.

memang tak puas. tak pernah.masalah akhlak? aku tak mau cerita. boleh Google 'awek melayu boleh','awek melayu 3GP hebat gila' dan lelaki melayu gay.guna google images, baru kau boleh bukak mata luas-luas kalau agak-agak mata sepet.-sekali lagi aku pakai petik saja.

mana aku tahu benda ni? kaki surfing internet tolong jangan tipu aku tak pernah terbaca atau terdengar atau terGoogle atau memang sengaja Google pasal ni.

berbalik pada topik matang, aku telah cuba untuk meninggalkan habit blaming others for the pathetic unsolved  problems. sebab itu adalah perbuatan paling tak matang dalam menjadi seorang dewasa. kalau kita keep on blaming others untuk masalah remeh, bila lagi otak kita nak berfungsi sebagai manusia biasa.

setahu aku otak manusia tumbuh di kepala.untuk kanak-kanak yang pura-pura dewasa, berkaliber dan segak gila macho tak ingat, tapi selalu salahkan orang tak tentu hala untuk masalah yang dia timbulkan, pergi lah jumpa doktor.

kot-kot otak korang tumbuh kat punggung ke kan. masalah tu.

Friday, January 21, 2011

Andainya Aku Seorang Sailormoon...

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, January 21, 2011 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
terimalah puisi jiwang yang dikaryarut (karyakarut) oleh aku di masa kepalaran. (ayat menyatakan kelaparan level mengada-ngada).

andainya aku seorang sailormoon,
akan ku petik bulan buatmu sayang kerana aku tinggal di sana.

andai aku seorang sailormoon,
akan ku nyanyi lagu sailormoon ku buat mu,
disertai lirik yang ku fotostat buatmu dalam versi bahasa melayu.

andai aku adalah sailormoon,
aku kan jadi penyelamat di kala kesetanan menghantuimu.

andai aku memang sailormoon,
aku kan hadiahi mu dengan uniform Tuxedo Bertopeng & Pahlawan Sukikaki,
supaya dirimu menjadi kacak gila lahh!
sejibik macam dalam cerita sailormoon.
tuxedo bertopeng

dan saat ini,
ketahuilah kau sedang bernasib baik 
kerana aku bukan sailormoon.
aku cuma Idati Earth.

nama aku Idati & aku tinggal di bumi.
selamat berkenalan, Encik Ridwan.





Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 20, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
header Ben Ashaari
actually aku dah lama tak join segmen Ben Ashaari yang banyak memberikan inspirasi kepada aku.

Jadi, setelah sekian lama,inilah dia.

JOM GEGAR BLOG. KLIK SINI!

kalau anda nak approach aku..

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 20, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
25  25  25. tak ada pulak kan nak buat '100 perkara rawak tentang aku'. 1000 ke?

kalau betul-betul ada, sumpah,
sumpah aku tak kan buat. berapa kali entri agaknya baru siap. aku sumpah orang yang tag aku tu dapat Carpel Tunnel Syndrom. gila kejam. tak ah. gurau. gurau je.

kan aku dah kata aku gurau je.(cako kang) cakar dalam bahasa perak - cako


malam ini tanpa di tag oleh sesiapa, sudilah kiranya aku menceritakan sedikit perkara (tengah persuade diri sendiri) yang aku patut bagitahu orang supaya orang berjaga-jaga bila mendekati aku. agak-agak dalam entri '25 Random Facts About Me' tu mesti ramai kan yang tulis lebih kurang macam ni.

(tak ada kaitan dengan manusia yang bukan  bernama blogger. kalo ada tu nasib baiklah)

1 - kite garang tau
2 - tapi kite penyayang
3 - kite tak comel
4 - suka sangat fesyen..hee.
5 - sayang sangat dekat my bushukk...muah. i love you, B.
6 - suke qaler pink. i am pinky girl
7 - kite suke giler lahhh dengan blog itu ini blablabla dan selamanya forever lah.....

ATAU

1 - aku ni senget
2 - ada loklak sikit
3 - hobi aku tidur
4 - aku suka makan
5 - bila la nak sampai nombor 25 ni.
25 - hah dah sampai.

ATAU

1 - ete blogger baru..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
2 - ete tak taw law nak isi apew...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
3 - oklah, ete dah ade boyfie..na mao kacaw kite taw. boyfie kite pun na mao kacaw, ete popok kang.
4 - blaw blaw blaw...ete ase ann ete tak taw nak cakap pew.
5 - ete cuke mamam kat kepci.
25 - yey. ete dah sampai no 25. daa......

*ete = kite

ATAU

1 - gua seorang lelaki
2 - gua tak de awek
3 - gua bukan loser
4 - sapa2 nak ada pakwe macho carilah gua
5 - ciao.

jadi perkara rawak yang korang kena harap maklum tentang aku ialah

1 - aku selalu lupa pulangkan barang yang aku pinjam. aku tak buat harta okey barang orang tapi aku lupa. selalu aku bawak barang tu merata-rata sebab nak pulangkan tapi bila balik bilik baru aku ingat tak bagi lagi. ko tau lupa tu apa?

a. Tengah dewan exam, dapat satu soalan lalu excited lompat-lompat dalam hati sebab hafal dah jawapan dia completely. tapi sampai 1 part terlupa keyword.

itu LUPA.


b. Perbualan di antara Hana yang berumur 98 tahun di sebuah hospital dan Idati yang berumur 20 tahun membuat lawatan suka-suka.

hana  : eh busuk ahh. busuk sangat!
idati  : apa dia nek?
hana : ko berak ye? baik ko cakap. pantang nenek moyang aku berak bersepah-sepah (sambil cuba mencekik idati)

nurse lari-lari datang sebab idati separuh mati sudah.

nurse : mintak maaf. dia memang selalu macam ni. dia yang berak, dia marah kat orang........nek, saya tukar pampers ye.

itu NYANYUK.
aku cuba cari gambar hana untuk dituakan, tapi tak ade plak yang sesuai.
promotion. LAWATILAH BLOG FAZ. (gadis, nenek dan anime yang dipromotkan di gambar atas ini).

2 - serius dulu aku rasa aku tak kan gemuk. aku tak kan gemuk. aku tak kan gemuk. kau tengok apa jadi? itulah bukti mak aku sayang aku. setiap masa suruh makan. beli vitamin berbotol-botol takut aku end up menjadi aneroxia. beli susu apa dia tah nak bagi aku cukup vitamin sebab aku dulu-dulu mengada tahap nak bagi penampar. time makan je nak orang suap lepas tu memilih pulak.

mintak-mintak anak aku bukan macam aku. kalau tak aku taji je abes cerita. har har har.

3 - masa kecik dulu aku sungguh-sungguh cakap kat mak aku 'nanti Dati dah besar, Dati nak jumpa Ning Baizura. Nak salam dengan dia' sambil bayangan dalam kepala aku dapat imej :

Ning Baizura bukak pintu rumah dia, lepas tu senyum kat aku yang ketuk pintu. rasa macam kawan. masa tu aku dah besar, aku pakai baju warna krim macam jubah tapi freehair(ape kes?). hujan lebat masa tu tapi baju aku kering, suami aku pulak tengah parking kereta. aku bawak pau panas dalam plastik. Ning Baizura gembira aku datang. aku pun seronok.

itu imejan otak aku masa umur 9 tahun dan ke bawah. normal ke tak impian macam ni?

Ning Baizura berkenaan.
sebenarnya aku rasa ini pengaruh kak yong aku yang suka lekat-lekat gambar artis dekat almari dia masa tu. jadi mungkin aku yang tak begitu lurus ni terikut-ikut. moral of the story, bagilah pengaruh yang baik pada kanak-kanak terutama nya yang lurus bendul sebab nanti sampai bila pun dia tak akan padam impian melangit dia.

aku dah padam masa umur 12.

ceh kira nak cakap aku bukan kategori lurus bendul la.

4 - masa kecik dulu maksud aku masa sekolah rendah, mak dan akak(s) aku suka gelakkan aku orang asli. padahal kakak aku nombor 2 tu aku tau dia jarang tengok cermin. sebab dia susah nak admit yang keorangaslian dia lebih nyata dari aku. *aku orang Melayu okay.

pada suatu malam Abah aku masuk dalam bilik nak ambil barang. tiba-tiba dengan muka cuak berpeluh-peluh keluar dari bilik cepat-cepat, lalu cakap kat mak aku 'cuba tengok apa dalam bilik tu'.

mak aku pun pergi tengok.

lalu terdengar suara mak aku 'anyah, pasanglah lampu'.

Rupa-rupanya kakak aku yang berambut panjang seperti pontianak sedang menyikat rambut di dalam kegelapan. *menggerbang gila.

5 - umur 6 tahun dekat Tabika Kemas dulu kami kena pakai uniform warna merah petak-petak. aku cuma mewarisi uniform kakak(s) aku je. jadi cikgu dah buat rule 'siapa-siapa yang tak boleh nak pakai uniform atas sebab-sebab tertentu seperti basah, koyak dan sebagainya yang munasarawak, boleh pakai baju lain.

pada suatu pagi di tadika semasa beratur 'tangan angkat tangan jatuh' yang paling tak bergaya, kawan aku sampai. *lewat lah maksudnya, baru lepas hujan.

dia pakai dress yang kain jeans punya. *cantik. semua orang tengok.

aku teringat yang baju raya yang lepas aku ada dress jeans tapi lagi lawa dari tu. aku bercita-cita nak pakai nanti. balik rumah aku bukak almari tengok baju tu. lepas tu aku cakap mak aku yang esok aku nak pakai.

idati                : Mak, esok nak pakai baju ni pergi tadika.(sambil tayang baju berkenaan)
Puan Noribah : kenapa?
idati                : alah boleh la.
Puan Noribah : tak kan nak pakai baju lawa pergi tadika. tunggu la masa hari yang nak keluar atau special ke                         baru pakai. nanti cikgu marah kalau pakai baju lawa-lawa.
idati                : ............

aku tertunggu-tunggu peluang untuk membasahkan semua uniform aku tapi selalunya semua cepat kering. aku tunggu jugak bila masa istimewa untuk aku pakai baju cantik tu.
end up nya aku cuma pernah pakai beberapa kali je sebab sedar-sedar baju tu dah singkat. dan tak berjaya bawak ke tadika.
macam ni lah lebih kurang dress aku tu,

6 - umur 10 tahun, menjelang hari raya hobi aku ialah memasang kaset raya dari AVON lalu menyanyi kuat-kuat bersama lagu yang berKUMANdang. sambil mak dan akak(s) aku sedang membakar kuih raya aku nyanyi bagi menggamatkan suasana lalu dijentik laju-laju sebab membuat pencemaran bunyi.

niat suci aku disalaherti.

7 - cinta baby monyet aku bermula masa umur tak tahu lah aku pun tak ingat. tapi cinta baby monyet aku berlangsung selama beberapa hari sahaja kerana orang yang disukai itu sebenarnya terlalu tua untuk aku.

aku suka dan cinta habis hero cerita melayu lama, cerita Pancar Delima.
*dialog 'siang menjadi ular, malam menjadi manusia'.

cool habis masa dia jadi ular tu.

hero filem Melayu aku sekarang dan selamanya.

8 - aku fobia dengan keropok mimi selama bertahun-tahun. sampai masuk sekolah menengah kot.

satu masa di tahun 1997, aku sedang makan keropok mimi. di depan aku ada air Milo. sebagai seorang kanak-kanak yang menyebut 'saya nak jadi saintis cikgu' bila cikgu tanya cita-cita nanti nak jadi apa, aku nak tahu apakah rasa keropok mimi berkuahkan air milo.

waddefakulti tak sedap. nak termuntah.
sekarang ni ade keropok mimi versi crack punya apetah nama dia, cici kot. *sukehati je.

9 - kawan aku sering berkata yang aku suka lelaki tinggi sahaja. tapi sebenarnya tak pun kerana aku pernah ada boyafren yang dipanggil kawannya 'katik'.

maknanya?

pendek la bhai.


10 - selalu kena blame suka warna pink sebab aku pakai laptop, henfon, mouse, selipar dan sweater warna pink. blog ni pun ala-ala pink jugak.

tak macho la aku ni kan. padahal aku rasa aku lagi macho daripada beberapa lelaki. har har harimau rawrr rawwrr...

sebenarnya aku suka warna hijau.

bukti kemachoan:
mendengar khusyuk kuliah yang disampaikan dengan macho sekali.

tengah tidur dalam kuliah dengan macho sekali.

sekian 10 perkara karut korang patut faham aku.

jangan approach aku kalau takut dengan fakta di atas, okey? jangan ragu-ragu lagi, jauhkan diri.
aku mungkin jadi kanibal.




Tuesday, January 18, 2011

hasil usaha rakan sepetak kertas

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, January 18, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
cuma nak ulas gambar(s) je.


ni aku tak tahu remaja duduk dalam gua mana. haha. 
dari kiri : faz tak best, aku tugu negara afrika , adik faz yang mempunyai kakak yang garang iaitu faz, dan pika yang mempunyai unspecific expression. konklusinya beliau sedang jiwa kacau.

simply said, aku macam nak nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Siam, macam Ustaz Che' pernah nyanyi kat kelas aku dulu.

sumpah aku paling suka gambar ni. roti ni sedap. credit to pikatak kerana memilih roti itu lalu men'snap' gambar Nani, Ratu Senyum Cucuk Botox ketika sedang struggling menggigits roti kereh (keras) tersebut.

editing picas credit to Makhluk Asing Bereben, Fadzlina Yang Gilaa Tak Best. klep klep klep klepek (bunyi tepukan gemuruh yang mendebarkan).

gambar di atas di'snap' sewaktu berpoya-poya atau berpoyo-poyo selama 2 jam 30 minit di Yat Pendek dan Petak Masa, Mudbank.
(Low Yat & Timesquare, Kuala Lumpur).

sekarang ni dah ada 3 blog. itu bukti aku kuat merapu.

Friday, January 14, 2011

contohi 'i' bukan aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, January 14, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
'hai nama aku idati. hobi aku ialah mencari hobi baru' - status FB aku semalam.(sah sah tak tahu nak update apa).

sejak akhir-akhir ni aku dah makin beron. semalam aku ada post puisi cacat aku dekat .pelangi photopoetry. aku. ahh buat apa aku mention blog tu blog private. hanya ada 4 readers. tak open sebab bukan semua orang boleh terima hakikat bila kita fire guna ayat pedas.

anda lihat, kadang-kadang otak kita boleh jadi sempit sebab lemak dah naik. rasa nak ambil kertas pasir untuk hilangkan. tapi untuk membukak suture di kepala ini semua bukan semudah kau nak menjahanamkan keyboard laptop kau sendiri.

untuk tatapan dan motivasi anda(motivasi lah sangat) sila lah baca puisi tak tahu lah ciplak ke tidak tapi waktu ia terlintas aku terus taip.

Contohi 'i'

jangan marah bila otak beron
jangan kacau kalau otak luka

jangan takut untuk suarakan pendapat dari hati kamu
jadilah berani

sekurang-kurangnya lebih berani daripada titik di atas alphabet 'i' yang menjerit-jerit minta dibesarkan supaya satu dunia tahu tanpa dia siapalah huruf 'i'.

'i' yang memulai nama idati.




okey lah itu sahaja yang aku nak tulis. aku nak balik rumah jadi tak akan online sampai ahad. aku homesick. dan jugak sick of people yang mula jadi weirdo dan freak sejak akhir-akhir ni.


#jangan sampai aku kena extend sudah. stress punya pasal.

Thursday, January 13, 2011

entri ini sarkastik. tapi lebih baik dari di pelangi photopoetry aku,

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 13, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
helo semua yang membaca hutan kabut, aku harap korang tak tersesat dalam hutan ni. bawak kompas tau.

tak banyak nak updates, lagi pun semalam dah updates kan. aku harap korang berpuas hati dengan result contest. ada jugak yang terus unfollow aku bila aku umum result contest. tak kisah lah. tapi apa-apa pun almost blog yang join aku dah follow. tak suka hutan kabut?

apa boleh buat, aku tak paksa korang suka. tak kan aku nak bagi korang satu sorang hadiah supaya korang follow blog gila ni.

minggu lepas dan minggu ini adalah minggu yang tough dan menyakitkan sebenarnya. jiwa aku terseksa, aku rasa marah, geram. dalam masa yang sama aku banyak responsibilities lain yang aku tak boleh nak lepas tangan.

tak mungkin aku nak jadi seorang yang tak bertanggungjawab. sekiranya aku diberi tanggungjawab, walau sebanyak mana aku membebel (seperti mana aku membebel pasal syafiq yang tak nak reply mesej atau aku membebel pasal kerja-kerja wartawan), aku tetap akan buat kerja tu jugak.walaupun orang lain tak nampak hasil kerja aku, biarlah aku dengan Allah Subhanahuwataa'la yang tahu.

imbuhan yang aku harapkan bukan merit atau nama atau apa-apa yang boleh julang aku secara tiba-tiba. aku cuma perlukan kepuasan dalam hati aku bila aku lakukan sesuatu dan jugak senyuman orang lain sambil cakap 'dah ok dah ni' pada hasil kerja aku. aku dah boleh senyum puas hati.

brek kesabaran dalam hati aku masih berfungsi. tapi aku harap orang lain tahu yang brek jugak boleh rosak. aku bukan robot, jadi aku lebih lemah.

tapi aku punya otak yang tumbuh di kepala, bukan dekat tempat lain.
dalam hati aku sekarang jangan ada yang suka nak bercakap pasal rule budak sekolah dengan aku. aku dah muak menghadap cikgu dengan warden masa sekolah dulu.

cakap lah. aku tahu korang nak cakap aku pelajar bermasalah.

Updates : Keputusan Contest Gambar Paling Chill (finally!!!)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 13, 2011 15 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Assalamualaikum semua dan selamat malam lah. Seperti yang aku janjikan, korang semua akan dapat tahu keputusan CONTEST GAMBAR PALING CHILL yang dah berlangsung selama...err...tah la aku pun tak ingat. hahaha. (sebenarnya aku buat contest ni suka-suka hati je sebab kawan aku FAZ buat CONTEST JEJARI KREATIF). tadi kitorang baru pergi beli hadiah sama-sama di atas kerajaan langit.
aku dah jemu tengok banner ni..

jadi malam ni kami deal nak umumkan result. ini result contest jejari kreatif.

aku pun ada join sebenarnya dan terbaik ahh, aku kalah. (i know that).

disebabkan aku tak ah kaya benor aku bagi ni haa hadiahnya. nak beli i-phone tunggu anak-anak aku kerja dulu pastu korang mintak la kat diorang. hak hak.

the hadiah lah bebeh! earphone biasa-biasa saja.
sampai juling mata aku tengok gambar korang semua. semua nak chill je kan. gambar aku pun kalah dengan korang semua. mula la aku rasa nak bagi bunga taik ayam je sebagai hadiah (kes dengki laa ni).

jadi setelah difinalizekan oleh juri-juri ini, kami memilih anda sebagai pemenang :

Pati Ikan Bilis, ECOt CitCOt, piKATAk dan Hutan Kabut
kami tak mengamalkan sistem dengki-mendengki, rasuah atau guna kuasa. tiada undian FB dibuat kerana ia tak adil. siapa ramai kawan tekan like, dia boleh menang. padahal orang yang tekan like bukannya tengok semua gambar baru like yang dia rasa cantik. *ish ish. jadi marilah menggunakan cara manual iaitu gunakan dua biji mata masing-masing dan hati kata mana yang chill lahh bebeh!!!.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


jadi pemenang di tempat pertama :

Gambar Cili-cili
Encik Kamal Kom dengan blog nya : Kom & The Typewriter

reasons : terlalu banyak gambar chill yang gaya dengan lompat-lompat jadi aku memecahkan kepala memiih lompatan yang terbaik di antara lompatan. jadi inilah dia. - hutan kabut

di tempat kedua :

hip hop yoo..anda???
Encik Hamihemo dengan blog nya : Hamihemo

reasons : cantik lah gambar ni, sempoi, hepi, tak tipikal - Pati Ikan Bilis

dan top 20 yang lain sila ambil ini sebagai penghargaan, tak apa kan? (kalau lah aku kaya raya)....


untuk 215 peserta lagi sudilah kiranya terima award ini sebagai tanda penghargaan !
award macam kanak-kanak.

another 18 picas are :

kami adek beradek sangat chill, anda??
Achue Jerr
Nota : antara gambar terawal yang menambat hati aku.

hooreyy.
Aishah
Nota : Kawan-kawan aku rasa ini sangat chill kerana mereka suka main air.

* coolest kids in town:)Aliya Jaafar
Nota : ini sangat COOL okay. aku suka. innocent lagi muka kanak-kanak. wah wah.
*melompat lebih tggi.. anda bagaimana??*Annis Suzana
Nota : Sangat seronok gambar ni. Tinggi pulak yang lelaki tu lompat.*kagum.
Kami always happening!! YEAH!!!!Ilya Nur Fateen
Nota : ini kelakar. serius kelakar! semua orang lompat excited gila tiba-tiba ada sorang tercengang tengok orang lain buat apa dengan muka heartless...*hahaha aku gelak guling-guling
BAWAKU TERBANG TINGGI-TINGGI !Cik Ieyra
Nota : ini sangat innocent dan indah. sopan tapi chill.
Nota : pada permulaan ini adalah pemenang. tapi kerana kamal dan hamihemo muncul......aish..maafkan hutan kabut. *tapi suka gambar ni sebab nampak sangat hepi..!!!!!! kira ini nombor 3 lah, tapi tak da hadiah.

Kami MERIAH ;D anda?
Tikosh
nota : lompatan lain yang hebat dan chill.
"achannntheeekkkkkkkkkkkk...."
Ujee
Nota : yang ini pulak sangat gembira dapat syampu kepala ramai-ramai. yang sorang kat bawah tu tercengang je..
welc0me to UNIVERSAL STUDIOS JAPANZ@im
Nota : Ini cool lah.
kami tak happening sebab pale otak kami masuk air..KARATZ
Nota : gambar ni memang masuk air dan muka sangat real macam kena dera.
Nota : antara peserta terawal contest ini. hebat la pakai baju kurung pun lompat sangat stylo.

menggedix itu kami...hahahahaNANA
Nota : mula-mula tengok biasa je, tapi gambar budak kecik tu sangat kelakar. yang kat atas *orang lain lompat dia pun nak, tapi tak sempat...*hahahaha

"Katakan Ya pada Yakult!"Atok 
Nota : mula-mula tak baca caption dia. lepas tengok lama-lama semua juri gelak terguling-guling....*tiba-tiba teringat iklan Yakult.
Syakirah Samat
Nota : gambar ni cantik !
Dah Sejuk, Kami Bungkuslah !!Hasrul Hassan
Nota : ini PALING UNIK. sebab encik Hasrul siap buat reasearch lagi pasal perkataan chill..sila lihat blog beliau untuk membaca ulasan beliau mengenai chill.
Yesterday's Mood, Today's Spirit
Izyanti
Nota : Ini sangat riang gembira *mula-mula takut tengok gambar ni.*kenapa tah aku
kalau anda rasa anda happening, percayalah kami lebih happening!Mohd Fitri
Nota : lelaki yang paling kanan sekali itu menarik.. *erk maksud aku, gaya dia menarik..hahaha *kelakar, macam ultraman.

Terima kasih kepada semua yang join. Hutan Kabut amat menghargai anda semua. kepada yang tidak berjaya, sila jangan serang aku. serang lah shopping mall dengan membawa duit yang banyak *jadi anda boleh beli hadiah sendiri. haha okay?!! anda semua adalah pemenang di hati aku.

kepada johan dan tempat kedua, sila lah hantar emel ke blueberry_dandelion@yahoo.com

sertakan nama, nombor telefon, alamat nak pos earphone hadiah ini.:)   have a nice day semua!

#aku duk type entri ni dari pukul 9 tadi tau.haish.