- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf February 2011 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, February 28, 2011

Pendek Bukan Cacat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 28, 2011 16 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

aku sedang berjalan-jalan membuang masa yang sempit di Timesquare, KL. bukan nak menceritakan betapa sempitnya masa aku dan betapa sempitnya hati aku sekarang.

berbalik kepada isu pendek. hari tu aku tengok satu couple ni tengah turun escalator. kenapa entah aku rasa bf dia tinggi semacam. disebabkan di atas escalator tak dapat mengukur jarak sebenar, jadi aku sabar lah tunggu sampai bawah baru aku tengok lagi.
ok,tak la sampai macam ni kan.

yang sebenarnya bukan lelaki tu yang tinggi sangat, tapi perempuan tu yang pendek sangat.

mungkin perempuan tu tinggi 143-145cm kot. hebat kan mata aku boleh ukur terus.

tapi itu bukan isu aku, kenapa lelaki tu nak gf pendek sangat dia punya pasal. dia punya hati, dia yang rasa cinta. tinggi macam tiang elektrik atau pendek macam batang penyapu pun tak kisah, cinta itu buta dan juga rabun warna.

bukan aku yang nak bercinta dengan perempuan tu, sebab aku normal. aku suka lelaki.


pendek dan tinggi ni sebenarnya konflik dalam hidup aku. masa aku kecik-kecik dulu, orang semua nak cakap aku si pendek yang kurus. bunyi macam kesian tapi percayalah kebanyakan perempuan remaja hari ini suka gila kalau kita cakap 'kau ni kecik je, kurus plak tu'.


tak faham?refer gambar bawah ni.
kecik macam ni(tapi tinggi dia ni 165cm tau....*tinggi tuuu)
nampak macam kecik..ceh

dah lama aku tak dengar orang cakap camtu pada aku. kalau ada yang cakap aku lempang je sambil cakap 'mak aku kata tak baik menipu, nanti masuk neraka'.

lepas tu masuk sekolah menengah, aku masih kategori tak berapa nak tinggi. aku terima hakikat lah. tiba-tiba aku balik rumah semua orang cakap aku ni tinggi gila. wah wah. tak sangka sekolah asrama boleh meninggikan manusia secara tiba-tiba. kakak aku pun lagi pendek. bangga pulak aku rasa.

konfiden sangat aku rasa yang aku dah sama tinggi dengan Hanis Zalikha. hahahahahah!!! yess!!
aku bajet dah tinggi macam ni la, tapi saja tak nak ukur tinggi dulu nak buat surprise.hihihi

bila aku jalan dekat pasar malam Chandan Desa dekat dengan tempat aku, aku rasa semua orang pendek. lelaki pun lagi pendek. apahal entah. aku pun yakin bertambah yakin! yes!!!yes!!!amin!!!!!

tapi konflik lagi bila aku jumpa Mafia Kesayangan Aku yang mengatakan aku kurang ketinggian.
dah terbalik. grrr......mana satu ni. aku tinggi ke pendek? cakap la korang semua.
kawan aku pun ramai je suka cakap aku pendek. tapi tak kurang yang cakap aku tinggi..*kembang-kembangan
pertandingan siapa paling nampak mafia.*aku lagi macho kan?hahaha

pendek tu bukan nya cacat.kan.

##err.151 cm tu ketot ke, sederhana ke atau tinggi sangat? (tu bukan ketinggian aku, faham?itu kawan aku).

Sunday, February 27, 2011

orkestra yang berbaju kurung dan berbaju melayu

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, February 27, 2011 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak rasa pelik sebab ni budak-budak sekolah aku. hehe.

tapi bila fikir-fikirkan balik, semua budak orkestra ni pakai baju kurung dengan baju melayu. sangat comel ok.
hahahah. boleh lah tengok my juniors play in Orkestra Muda Bainun(OMB). they rock walaupun berpakaian tradisional dan main lagu Maher Zain. selalu tengok yang main orkestra nusantara(caklempong and all that) je yang pakai pakaian tradisional. hihi.



i like. 

Thursday, February 24, 2011

kita juga OKU

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, February 24, 2011 18 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
terus-terang aku cakap sebelum ni aku memang tak minat nak handle kanak-kanak. ok, itu cakap tentang kanak-kanak normal. macam mana dengan yang OKU? autisme? semua tu?


tak semestinya mereka dalam gambar ini normal dengan menjadi OT. dengan tidak memiliki kad OKU, tak semestinya akal dan hati kita tak OKU. kan.

kalau aku tengok aku akan jauhkan diri. bukan aku tak suka, tapi aku takut aku akan sakitkan dorang dengan pandangan mata aku atau mungkin kalau aku tersentuh dorang. aku takut mereka sakit dengan sentuhan aku yang kasar.
dulu aku sentiasa fikir macam mana nak tolong orang macam ni. atau macam mana nak tolong warga emas yang dah tak larat berjalan, tak ada keluarga yang prihatin lagi untuk menjaga dia.

bila aku pilih Occupational Therapy(OT) untuk degree, aku tak tahu apa dia bendanya. bila aku tahu, aku terkejut. tak sangka benda yang paling menjadi persoalan aku akan terjawab.*walaupun aku masih takut-takut lagi sekarang.InsyaAllah dengan perjalanan masa selepas ini, aku akan lebih pandai menghadapinya*

tolong orang buta lintas jalan dengan tolong orang tua angkat barang masa naik bas sahaja. itu ajaran cikgu pada budak sekolah rendah dalam usaha menerapkan nilai murni. bagus. tapi takkan sampai umur 20 pun kita nak pakai ideologi macam tu? sungguh ketak'matured'an.*aku tak kata lepas umur 20 tak boleh buat macam ini*

kita orang biasa pandang OKU macam apa? macam tak ada perasaan. kasihan itu ada, tapi pendam dalam-dalam sebab dalam otak fikir macam aku dulu-dulu. bila kita sendiri tak jadi OKU, memang kita mudah suka-suka panggil orang lain OKU walaupun orang itu tak cacat sikit pun apatah cacat fizikal teruk.

soalan aku, adakah menjadi OKU itu hina?
kalau tak hina, kenapa kita nak label orang macam ini 'ee ko ni, OKU betul lah' seolah-olah kata ganti pada sesuatu yang mungkin kita guna 'ee ko ni, bod*h betul lah'.

SUMBER : islam.gov.my
Karnival Tilawah Peringkat Kebangsaan OKU Penglihatan
sumber : Halaqah.net
kan?kan?
think of it. adakah OKU itu hina? mereka juga hamba Allah yang diciptakan dari keturunan Nabi Adam dan ditiupkan roh ke dalamnya.
sama macam kita, manusia biasa. mereka mungkin tak sempurna pada mata kita, tapi adakah kita cukup sempurna? cukup, cukup sempurna sampai bisa gelar diri sendiri 'i'm perfecto'.




pernah rasa tak yang kadang-kadang kita pun boleh digelar semuanya OKU. sebab kita suka singkat akal walaupun Tuhan dah bagi akal yang cukup, suka buat benda yang salah walaupun dah nyata-nyata ditegah. kita memang KURANG UPAYA untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

bukti orang biasa yang kurang upaya:

sumber : Google


syukur memilih Occupational Therapy kerana aku berpeluang buka mata lihat lebih luas keagunganNya, dan betapa kerdilnya diri aku sisi Tuhan.
tak dilupakan, makhluk Allah yang lain pun mesti disayangi.mereka sentiasa doakan kita.*comel je.

Wednesday, February 23, 2011

adakah anda layak untuk di stalk?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, February 23, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hobi sejak akhir-akhir ini ialah stalk orang*sebenarnya dah lama suka.
terima kasih kepada Nania The Raksasa kerana transferkan hobi itu kepada aku. dengan itu di kala-kala bosan boleh lah menaip perkataan facebook.com lalu, lalu, lalu (gagap) stalk orang yang mempunyai ciri-ciri di bawah.

1. bapak perasan
2. pengacau bf/gf orang
3. players
4. si kacak, si cantik
5. orang yang di admire
6. orang yang pakai tudung tapi diam-diam freehair lalu upload gambar banyak-banyak
7. lelaki nampak baik tapi dalam FB letak gambar peluk-peluk,cium-cium dengan gf & vice versa
8. lelaki/perempuan masa kat sekolah skema/nerd/geek habis tapi recently sangat cool dengan fesyen up-to-date
9. lelaki/perempuan pendiam masa sekolah tapi sekarang dah ada bf/gf yang tak dijangka mereka boleh ada
10. orang yang tak dikenali dan bakal di remove dari friends list.

tak tahulah bermanfaat atau tidak hobi yang ini. macam tak je. 
sapa-sapa ada kategori ni, silalah tinggalkan link FB anda untuk aku stalk. sokong lah hobi aku untuk menjana masa depan yang gemilang ini.

terima kasih.

Monday, February 21, 2011

Busking yang macho tapi suasana itu tercemar kerana......

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 21, 2011 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam aku melanggar diet yang aku dah susun elok-elok supaya aku boleh achieve berat badan yang ideal dalam masa yang dah aku tetapkan. tapi aku tak nak jadi aneroxic. oh i'am the fat one now. T.T

what have i done. ia sangat annoying bila perempuan berkata 'omaigod omaigod aku dah gemuk sekarang' padahal betis dia sama besar dengan lengan aku. *kata-kata pujangga yang dipinjam dari mak kawan aku. hoho. cuba kau imagine apa punya tahap mengada perempuan tersebut. aku tenyeh baru dia tau jadi aneroxia tu dah macam rangka muzium anatomi yang sedang berlari marathon. 

berkenaan melanggar diet tapi tak disaman, aku pergi makan lepas pukul 10 malam kerana lapar habis. sombong pulak tu takmao makan nasik nak makan chicken golden blue dekat western. perut aku memang banyak rebel sejak akhir-akhir ni. dia masih tak sedar diri tuan dia dah menggemuk sebab dia mengada sangat. nak tumbuk tak boleh, gila kau, perut sendiri. sengkih perot ambo!*senak perut aku*. 

aku masuk restoran tu je, aku dengar macam bunyi orang menyanyi. aku ingat ada liveband, tercengang-cengang jugak aku carik ceruk mana pulak liveband tu menyorok. nak jugak aku tau mana dia muka yang nyanyi sedap sangat. rupa-rupanya ada orang busking. 

gila tak percaya aku, sedapnya suara dia. aku terpaku lah dengar. ada beberapa lagu lah dia nyanyi, semua lagu aku suka. nak menangis aku dengar, sedap sangat. T.T
tahniah lah abang busking.*itu bererti aku tidak menggatal pi tanya nama dia, jadi panggil saja abang busking.

lepas order makanan ni, ada sorang lelaki tua ni datang. dia tunjuk kertas sound like 'i'm a very poor person & i'm sick. my 2 daughter have kidney disease. please kindly help me. May Allah bless u". dia memang dah tua, kat leher dia ada pakai macam splint. dia termengah-mengah, berpeluh-peluh dengan tongkat lagi. dia nampak sangat memerlukan. aku memang cepat simpati dengan orang. aku pun derma lah, tak banyak tapi sekadar yang aku mampu lah sebagai seorang pelajar.

lepas tu pekerja restoran tu pi halau orang tua tu. dia duk ulang 'eh, kau keluar sekarang.keluar sekarang.KELUAR SEKARANG!!'. aku sentap gila dengar. aku nampak dia tolak-tolak lah orang tua tu keluar dari restoran sebab orang tua tu macam sungguh-sungguh. tapi oran tua tu tak boleh cakap.sebab banyak customer masa tu, tak obvious sangat lah dia buat.

dia paksa orang tua tu keluar, pastu dia duduk situ minum air depan pintu masuk sambil hisap rokok. orang tua tu merayu-rayu kat dia, dia pandang muka slack habis.orang tua tu jumpa cashier kat kaunter merayu nak mintak derma kat situ, aku rasa kena halau jugak kot. aku tengok je. andai kata dia angkat tangan pada orang tua macam tu, aku tak kan tahan lagi. biar pun aku seorang perempuan, aku akan tolong.

okey. mungkin korang nak cakap 'biasa ahhh tu semua sindiket nak kutip duit orang, bukan betul pun'. sebenarnya bagi aku, derma kita tu dermalah, kalau orang yang mintak derma tu tipu, itu hal dia dengan Allah SWT. kita dah buat tanggungjawab kita iaitu melaksanakan fitrah manusia yang suka membantu sesama sendiri kecuali orang-orang yang bongkak, takbur dan kedekut. 

kalau orang tua tu menipu, dia dah pergi lama dari situ sebab pekerja-pekerja gertak dia habis-habis. dia nampak sangat desperate. dia nampak letih. dia nampak tak bermaya. tak boleh ke pihak restoran tu bagi dia air, even air kosong untuk dia hilangkan dahaga dan baru suruh dia pergi.

jadi, kita yang sihat, hidup cukup semua ni kena lah bersyukur.

#kenapa kat kertas dia tulis bi? sebab dia bukan melayu. tapi Islam lah.

#kawan aku kata, this is the first and the last makan kat situ. oh. ok.




sayang Mark atau sayang Ridwan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 21, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
korang semua tau ni apa?


aku ada akaun FB, ada dua. 
satu main aku punya : Idati Malek.
satu lagi untuk blog : Blog Hutan Kabut

FB ni banyak connect kan aku dengan kawan-kawan, nak reunion ke, nak pergi makan ke, nak pergi toilet ke semua guna FB. even nak jemput ke majlis kahwin pun FB jugak. tensen-tensen layan FB jap fire-fire orang. emo ke nak sebar propaganda pun, FB jugak tempatnya. kalau nak exam, buat group discussion guna group FB. (nak mengata sal kuliah pun kat FB..shhhh). bosan-bosan stalk orang cantik sangat atau hodoh sangat pun kat FB. segalanya FB. celik mata bukak FB kot-kot ad

aku ada bf. ya ya, aku tau ia annoying bila aku taip aku ada bf. macam nak show-off. aku pernah baca komen lelaki yang mereka rasa annoying kalau blogger perempuan asyik taip pasal lelaki kesayangan mereka lepas tu upload gambar banyak-banyak. lagi annoying kalau berpuisi-puisi, berayat-ayat cinta semua. pada aku,  ia mungkin annoying, tapi bunga-bunga di hati perempuan lebih indah dan dapat atasi rasa annoying tu. sebab tu mereka terus je buat even ramai cakap annoying *macam tengah backing diri sendiri.

tapi setakat ni aku rasa level aku masih ok. haha.*penampor di situ

berbalik pada bf aku tadi, nama dia ridwan.*perlu ke? 

jadi sekarang ni aku tengok ramai loving couple yang berantakan di FB. aku tak tahu nak cakap apa pasai pasal ridwan takda FB. kemungkinan untuk mempunyai ramai stalker juga sangat tinggi.sikit-sikit manusia nak stalk sapa lagi cun, sapa lagi kacak, sapa lagi macho atau sapa lagi skema. sebab tu aku pernah post entri gambar FB adalah 1st impression masa sekarang. Aisha Inani pernah cakap,macam tak percaya je zaman sekarang ni ada orang tak da FB.  T.T

actually i'm kind of happy kerana bf aku takda FB. aku tak ada masalah stalker. aku takda masalah menjelesi gambar dia dengan ramai-ramai budak perempuan dan dia jugak tak ada masalah menjelesi komen-komen aku dengan kawan-kawan walaupun ianya pasal latihan silat. *errr.. ketahuilah aku sangat jeles kalau dia yang jadi aku, jadi aku kena bersyukur yang aku perempuan dan dia lelaki. aku adalah aku dan dia adalah dia.

satu hari nanti kalau dia buat FB sebab nak keep in touch dengan kawan-kawan dia*kawan-kawan perempuan* aku mungkin delete FB main aku iaitu Idati Malek. dan aku biarkan FB Blog Hutan Kabut yang beroperasi untuk promote blog aku.

mungkin banyak kenangan, banyak memori dan banyak benefit tapi aku mesti buat*sepatutnyalah.

sebab?

sebab hubungan ni lebih penting dari Facebook.
dan Mohamad Ridwan lebih penting dari Mark Zuckerberg, founder FB.

#kalau aku tak delete, aku akan jarang online. emmmmm......

Saturday, February 19, 2011

Cara-cara Meng'anjing' Manusia

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, February 19, 2011 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tak mahu cakap panjang, tapi ada manusia yang mungkin 'wishlist' nya tertera 'aku ingin jadikan manusia itu anjing' atau nama glamour sekarang 'menganjing'.(warf! warf! *bunyi anjing kacak).


1) Pilih manusia untuk dianjingkan.
  •  iya, boleh jadi kawan-kawan sendiri, boleh jadi outsider, boleh jadi saudara-mara, boleh jadi juga musuh kepada bf/gf anda. boleh jadi juga anda nak menganjing diri sendiri kerana anda sendiri tak suka diri anda.

2) Jalan lenggang-lenggok sambil point punggung yang berlenggok itu ke arah manusia yang malang tersebut sambil mulut mengata-ngata bebas 
*point ini kalau nak buat pada diri sendiri, sila buat depan cermin besar
  • kenapa tak nak point guna tangan sedangkan anda ada tangan? kerana ia macho point guna 'lenggang-lenggok'. kalau guna tangan nampak sopan sangat. lagi best kalau pakai ketat sikit (kalau konfiden perut tak buncit,boleh pakai ketat lebih), nampak lah lenggokan tersebut dengan ketara  sekali.*dung! dang! dung! dang! -mungkin macam ni lah bunyinya lenggokan tersebut.

3) Keluarkan kata-kata sarkastik di depan manusia yang malang itu
  • contoh kata-kata : ee, adalah orang tu kan tadi dalam kuliah..bla bla bla..kesian kan (buat jelingan kurang manja ke arah manusia malang yang terpilih)

4) Pastikan suara anda kuat ketika menjampi serapah
  • kalau nak menganjing orang suara mestilah kuat. tak tengok movie ke, kalau witch nak jampi serapah manusia depan dia mesti nak spell kuat-kuat. inikan pulak nak menganjing (spell manusia jadi anjing)

5) Ajak kawan-kawan buat jampi serapah anjingan
  • bukan takat kawan-kawan. anda boleh kenalpasti musuh manusia malang itu. buat group. proses anjingan pasti berjalan lebih cepat

6) setiap kali manusia malang lalu, bisik-bisik dengan orang sebelah sambil mata jeling-jeling manusia malang. gelak-gelak sikit.sumpah itu menyakitkan hati.
  • kalau sebelah korang tak ada kawan, ada warga Bangla pun boleh lah jugak. janji dapat gelakkan manusia malang.

7) buat blog.
  • lebih mudah untuk taip entri lalu linkkan ke blog manusia malang(jika ada,kalau tak, link ke FB dia).


#jangan buat macam ini, okey.sesungguhnya ia tidak berperikemanusiaan tetapi berperikeanjingan. (aku buat entri untuk ingatan).
#yang point 7 tu ok. tapi ayat mesti pada-pada, pastikan ia berbentuk pengajaran kepada semua, bukan f*ck you semata. ia tak normal untuk manusia yang berakal.*entri aku ni berpengajaran ke?




Friday, February 18, 2011

Undilah Calon Anda No 2.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, February 18, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
a friend of mine request me to advertise this.

sebagai kawan yang baik *aceceh*  aku pong mahu promotekan beliau lah!

BERSEMPENA PEPERANGAN PILIHANRAYA UKM KAMPUS KL, AKU NAK ADVERSTISE CALON.! 

UNDILAH CALON FSKB TAHUN 1/2, CALON ANDA NO 2 : 
FARAH SYAZWANI BT HAJI SALMAN.


yang belah kiri itu FARAH SYAZWANI ye rakan-rakan.
INGAT! 2 DI MINDA, 2 DI HATI, 2 DI KERTAS UNDI.
FARAH SYAZWANI BT HAJI SALMAN


UNDILAH CALON FSKB 1/2, CALON NO 2!
PASTIKAN 2.

Thursday, February 17, 2011

Tutorial 3 | Letak Hidden Shoutbox Dengan Kartun Comel

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, February 17, 2011 39 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
malam ni mengada buat tutorial. kalau dulu-dulu masa kat matriks, benci dengan tutorial. haha.

biasa lihat hidden shoutbox macam ni?

dah bosan lah :(
dulu aku antara yang terawal pakai ni, masa orang tak biasa lagi main sorok-sorok shoutbox

UNTUK LETAK HIDDEN SHOUTBOX.

1) REGISTER DULU SHOUTBOX KALAU TAK ADA. KLIK http://cbox.ws/ UNTUK REGISTER. DAPATKAN KOD SHOUTBOX FREE DARI CBOX ANDA.

2)  BUKAK DASHBOARD-->DESIGN-->PAGE ELEMENTS-->ADD GADGET
     AMBIL OPTION : HTML/JAVASCRIPT


PASTE CODE DI BAWAH DALAM RUANGAN HTML/JAVASCRIPT.





<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:600px;
width:160px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url(' MASUKKAN IMAGE URL PILIHAN ANDA UNTUK IKON SHOUTBOX DI SINI ') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 150-w) : moveGB(170-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

MASUKKAN CODE SHOUTBOX ANDA DI SINI.


<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (140-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>




3. TEKAN SAVE. 

UNTUK PILIHAN IKON SHOUTBOX, AKU DAH SEDIAKAN BEBERAPA IKON YANG...TAK TAHU LAH OK KE TAK..HAHA. GUNA LAH KALAU NAK, KALAU TAK SUKA, BUAT SENDIRI, OKEY?

::Ambil code Image URL gambar yang korang nak, paste dalam ruangan di langkah 2. yang dekat 'MASUKKAN IMAGE URL PILIHAN ANDA UNTUK IKON SHOUTBOX DI SINI;.


http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-comel2-1.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-hk-1.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-comel3.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-comel1.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-comel4.png


untuk koleksi shoutbox lain, boleh klik sini.

Tutorial 2 | Memasang html dalam entri (tanpa box)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, February 17, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ya ini cara aku nak convert script terus dan letakkan dalam entri.

gunakan converter ini saja.klik link di bawah.


- korang letak codes yang nak dipaparkan pada entri korang/tutorial korang/komen korang dalam Input box
- format tags jangan usik-usik lah okey.
- yang button lain, boleh explore sendiri (terbukti aku pemalas)
- lepas copy code/script yang korang nak, tekan convert yang kat tengah tu.
- done, dia keluar dekat Ouput box.
- copy output box,paste dalam entri korang.  :)

#pemalas nak guna manual, macam ni lah. aiyaa.

kredit to : http://www.raracandyfloss.com

boleh juga guna laman web ini.
cuma paste kod yang ingin dipaparkan dan tekan button 'encode'.

Tutorial 1 | Cara letak script dalam entri (box)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, February 17, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hai.

kenapa aku nak buat tutorial macam ini dulu? sebab dulu ada beberapa orang request tutorial pada aku.
tapi minta maaf aku tak reti nak buat tutorial. sebab aku tak reti letak script dalam entri. hahahahahahaha.

jadi mari mulakan.

1. Copy & paste sahaja code ni. (boleh guna untuk entri, sidebar, mana-mana je kot).

<textarea name="textarea" cols="20" rows="4" wrap="VIRTUAL">CODE/SCRIPT YANG INGIN DIPAPARKAN</textarea>

Hasilnya!!!!

MUDAH KAN? SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H/2011M

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, February 15, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Assalamualaikum wbt. salam maulidur rasul buat semua rakan-rakan umat islam. hari ini marilah kita mengenangkan kembali kisah perjuangan Rasulullah pada zaman dahulu. dari kecil sehingga dewasa, Baginda hidup dengan sifat-sifat terpuji Baginda ; siddiq, amanah, tabligh & fathonah

Idola terbaik yang aku pernah tahu adalah Rasulullah s.a.w, para sahabat, nabi-nabi terdahulu dan yang seangkatan dengannya; yang mempertahankan agama Allah.

Pemilihan idola kita hari ni tak sepatutnya meletakkan artis sebagai yang utama, meletakkan duit sebagai matlamat utama, menjadikan nafsu sebagai petunjuk dan sebagainya.

Hari yang mulia ini (orang melayu kalau cakap hari mulia mesti ingat hari raya je kan), marilah kita sama-sama melakukan satu anjakan perubahan ke arah yang lebih baik. lebih baik dari sebelumnya ya rakan-rakan.




aku sedang melakukan perubahan. bukan perubahan yang zahir sahaja, tetapi dalaman. doakan perubahan ini berkekalan. perubahan pembersihan hati dari sifat-sifat munafik; khianat, berdusta, mungkir janji & mengenepikan kebenaran.

dan Ya Allah ya tuhanku, jauhi ibu bapaku, keluargaku, teman-temanku, saudara-saudara seIslamku dari kehancuran dan kemaksiatan. amin.

#ampuni daku Ya Allah atas dosa-dosa lalu.

Monday, February 14, 2011

Yang Berkhidmat Untuk Masyarakat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 14, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
setelah hidup hampir 21 tahun ni barulah aku tahu aku ada masalah 'language barriers' walaupun sesama orang melayu. terutama dengan bahasa kelantan, terengganu dan utara yang pekat. bahasa jawa lagi lah zero.  (T.T)


jadi apabila Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) UKM nak dijalankan di Dungun,Terengganu, hati aku bukan takat gelabah biawak, tapi dah gelabah dinosaur. macam nak pengsan bila aku tak serumah dengan orang yang boleh bantu aku translate bahasa. tapi akhirnya berjaya tukar setelah aku menitiskan air mata darah serta menampakkan ketakutan yang melampau. okey itu hiperbola.

Nani a.k.a Pati Ikan Bilis telah dilantik menjadi translator tak bertauliah. ditakdirkan kami bertemu insan pemurah dan keluarga yang baik hati sebagai keluarga angkat kami iaitu keluarga Puan Dasimah di Kg Paya, Dungun. jadi cucu angkat kepada Puan Dasimah a.k.a Mak Tok, ada 4 orang iaitu Nani Si Raksasa, Intang Si Pencabut Cadar, Umai Yang Suka Bilik Air dan aku Raksasa Kedua.

selain Umai, kami bertiga memang suka makan. aku tak tahu nak gambarkan macam mana tapi aku selesa kat rumah Mak Tok. tak ada istilah tak selesa, segan teramat, rasa terasing atau apa-apa yang negatif. setiap hari kami makan sedap-sedap, makanan yang penuh kasih sayang yang dimasak sendiri.
tiada istilah merengek kelaparan oleh raksasa-raksasa kecuali kalau tak balik rumah Mak Tok untuk makan. yang lain-lain bolehlah dianggap kami boleh mati kekenyangan kalau dibiarkan lebih lama di situ .

program selama 6 hari itu banyak memberi pengalaman baru untuk aku dan teman-teman. terlalu banyak sampai tak boleh nak list semua.

makan laksa dengan nasi dagang di pagi hari, makan sata goreng dan ternampak sekumpulan babi kecik yang berbelang-berbelang bergerak secara berkumpulan dari jarak dekat.



Permulaan perjalanan yang memakan dan meminum dan meminum petang 7 jam. 
pagi bertolakan (ayat apakah ini???)
 Majlis Perasmian OPKIM 15 di Dungun, Terengganu.
Salam perkenalan *Bunga Tanjung oleh pesilat Gayong UKM


sebab aku rasa gambar ni menggelikan, jadi aku cencoredkan mata.
 Aktiviti di SMK Tengku Intan Zaharah.
sesi koyakkan kertas dengan ganaih sekali.

Faciyanglemahlembut*wekkkwekkkwekk

aku rasa budak 4 orang ni adalah pengawas yang paling bajet dalam batch ni. ok aku gurau ja...haha
 Booth Klinikal
orang sibuk jaga booth, aku sibuk mengkucar-kacirkan booth orang lain.


 Senamrobik yang seksi. aww....

bajet seksi la aku tu nak senamrobik macam ayam patah pinggang.*ayam ada pinggang ke?

Jalan-jalan di Pantai.


makhluk gelap di tepi pantai

gambar 




Pertandingan Futsal 
budak ni comel macam marshmellow warna kuning. *geram sampai nak gigit-gigit





dua setan ditangkap bermain futsal lalu di kick keluar lalu menyakat kanak-kanak di luar *bape banyak lalu

setan menari gembira.kanak-kanak menangis sudah.

Rumah Tok yang BEST!!!!!! nak pergi lagi.

Pertandingan Pakaian Beragam(jangan tanya kenapa ada yang berkepala 2)


 A Farewell

1 bilik yang kecoh. dihuni oleh raksasa kuat makan yang suka mencabut sarung bantal, intang yang suka mencabut cadar dan umai yang mencintai bilik air.

sesi bergambar bersama famili angkat.

saja gatai tangan camwhoring


ini pula sesi poyokan diri

baby just say good bye......woaaa  T.T
ada banyak lagi aktiviti yang tak ada gambar, aku pun cota gambar orang. keh keh keh.

I LOVE THIS MEMORIES

Sunday, February 13, 2011

Aku, Dia & Vintage Photo Contest

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, February 13, 2011 14 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku excited nak join contest yang satu ni.

tapi dalam hati rasa 'omaigod apa dia vintage nih? bebel bebel bebel'. ambil masa lama jugak aku fikir macam mana nak buat. berdebar-debar.

*malu nak tunjuk hasil kerja aku yang hodoh pada encik Kamal. err,...hehehe.

klik banner untuk ke contest.
mula-mula sekali, saya nak cakap pada Encik Kamal, saya mintak maaf. saya suka-suka nak join contest ni tapi sebenarnya saya buta editing.  >.<"

jadi gambar yang dijadikan mangsa.








lalu ditransformkan menjadi vintage pada fahaman saya >.<



lalala...hodoh hodoh hodoh....


poyo je jadi fotografer .


kalau gambar pengantin ala-ala vintage style apa....hahahaha...

haih....biasa je kan vintage aku...huaaaa......   T.T

takpa2, seronok support contest member >.<

nak tag


nak join, klik banner yaww.....kekeke