Do you like my blog?

Saturday, March 19, 2011

aku dalam dunia blog

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 19, 2011 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini aku macam rasa recover lah selepas rasa kecewa yang melampau-lampau sebelum ini. aku bukan putus cinta okey, percintaan kami masih sehangat biasa*nak muntah kan?.haha.

actually aku almost give-up on the blog, bukan Hutan Kabut ni, tapi blog yang lagi satu tu.kemungkinan juga penyakit give-up terjangkit pada Hutan Kabut yang disayangi. walaupun Arif dah nasihatkan aku supaya tak lagi post entri pasal benda-benda macam ni, tapi aku tak tahu cara lain nak explain selain dari dekat blog aku. aku tahu yang mereka berkenaan baca blog aku, sebab tu mereka boleh twist blog aku dalam helaian kertas layang tanpa nama tempoh hari. okey aku tak kisah sangat. memang bahasa aku kasar.

recently, ramai yang tegur kenapa muka aku macam susah hati. semua tanya aku sakit ke, ada masalah ke. FYI, aku memang suka kerutkan muka, tambah lagi kalau silau. aku rabun silau banyak. dan masalah, aku sebenarnya serabut dengan keadaan sekeliling. aku tak dapat nak rehat betul-betul. masalah datang mencurah-curah.

sebenarnya setiap kertas yang aku dapat walaupun dari orang yang berlainan, aku dah tahu tulisan siapa. aku dah minta maaf pada seorang sebab aku tak sedar pun yang aku dah buat dia rasa tak suka aku. aku admit tu. jadi selama ni, aku seorang yang selfish rupanya. terima kasih sebab sedarkan aku, sebelum aku kehilangan lebih ramai kawan yang concern pada perubahan diri aku.

pasal blog yang bahasa kasar tu, aku tahu antara mereka ramai yang lembut-lembut, tak biasa dengan bahasa yang kasar. tapi inilah aku dalam dunia blog. semenjak aku jadi blogging, aku banyak belajar macam mana untuk defend diri aku dari jadi mangsa deraan mental orang lain. jadi bila aku rebellious, itu adalah satu defend   mechanism aku terhadap desakan yang menyusahkan hidup aku. lain orang lain cara. rebel aku tak dapat ubah, rebel aku bukan setakat merengek-rengek manja. bukan setakat menangis hentak-hentak kaki. paling tak boleh blah kalau ada orang yang sibuk nak komen orang lain, tapi tak nak orang lain komen diri dia. memang jadi lauk la aku hentam.*ini contoh sahaja*.

kalau korang nak fahami apa makna blog ni bagi aku, cuba korang sendiri blogging dan baca entri dari blog-blog yang lantang alphabet kritikannya, bukan setakat melaung di tepi koridor tingkat atas memanggil kawan yang berjalan-jalan di tingkat bawah.
contoh :
http://sarkasis.blogspot.com/
http://lensarosak.blogspot.com/
http://terfaktab.blogspot.com/
http://cursingmalay.blogspot.com/
http://keretamayat.blogspot.com/

dan banyak lagi yang lain.

aku boleh berfikir, bagi nasihat, kadangkala membaca hadis yang aku tak pernah jumpa lagi, banyak yang dari blog. aku suka membaca. kalau dulu buku library, sekarang aku ada blog.

betapa pentingnya blog bagi aku, mereka yang tak suka tu takkan pernah tahu. blog aku penuh prinsip & idea aku.

untuk pertama kalinya aku ingin merasakan childish dengan mengatakan 'kalau rasa tak suka blog aku, tekan 'X' kat penjuru atas kanan tu'. no heart feeling.

i'm rebellious.

Friday, March 18, 2011

aku sedang menjambukan diri sekarang, jangan duriankan aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 18, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hai semua*nada ceria habis dengan senyuman di muka sambil menjaga keamanan dunia.

lately aku sibuk menjaga keamanan dunia sampai terabai hutan yang paling aku manjakan dalam dunia ni iaitu Hutan Kabut. dan pemberitahuan aku akan cuba sedaya upaya dengan gigih untuk menaip ayat sejambu mungkin. hiahiahia. nantikan lah dengan termuntah-muntah.

sarkasis, sila sarkastik kan aku okay. aku tengah jadi jambu yang comel gila sekarang ni.

aku yang menjaga keamanan dunia menentang Nania The Raksasa.

Monday, March 14, 2011

recently me

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, March 14, 2011 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
recently entri aku banyak emosional dan rebel. aku tak bermaksud, aku mintak maaf. tak kurang yang aku mensarkastik orang lain.

hari ini aku buat benda yang aku dah lama tak buat bila rasa kecewa*macam budak-budak update entri*.
dengar lagu guna earphone dengan volume paling kuat, makan sambil tulis diari.

bila lah rasa macam ni akan hilang.setiap hari bangun pun masalah ni tak setel bila ada si kepala batu yang spell orang lain jadi sempit hati.

silalah mati cepat si kepala batu punya perangai. aku terseksa.


Sunday, March 13, 2011

i was like patah hati

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, March 13, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
few days back i was like the happiest monster on the earth. hearing a friend of mine telling his love epic that end in disaster, i feel doomed. later then i'm hoping to see my beloved mafia, then it turns out nothing will happen. an empty weekend.

my heart is aching. mood aku tak mahu memahami. i'm sorry. i feel bad about this.

Saturday, March 12, 2011

bunch of eye sores

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 12, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak akhir-akhir ini mereka ibarat bunch of eye sores yang bergerak serentak. makin menjadi-jadi. jeling tak nak kalah. come on, ini duniawi belah sini. seberapa ramai yang back up anda,walau setinggi-tinggi mana pun jawatan dunia ni, kita tetap manusia biasa. aku tak tau kalau mereka ada magic hilangkan diri macam monafendi dulu yang kata 'walaupun saya akan digantung, saya tak akan mati'. pastu takutkan orang bila dia ghaib-ghaibkan diri,

haha. sekarang aku tahu. bunch of eye sores itu rupa-rupanya jelmaan monafendi. keh keh keh.

tolonglah berubah. si flirta con un mazzo di piaghe occhio. disgusting.

Tuesday, March 8, 2011

Let Us Fight Against Animal Abuse

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, March 08, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
okay tajuk je english loklak tapi aku nak taip dalam bahasa ibunda aku, bahasa melayu. karang aku taip panjang-panjang dalam english, typo pulak. maklumlah muet aku bukan band 6. orang buat dinner guna bahasa inggeris, tema bahasa inggeris pun aku cengang-cengang tak faham. tambah sikit ala-ala latino, dush! tak faham sampai ke sudah. stop the ridiculous talk*tau apa maksud ayat ni? aku taip ja*.


jadi tajuk di sini ialah tentang penderaan terhadap haiwan. kat negara kita ni kalau hangpa semua tak tau orang duk dera-dera binatang sana sini. kalaupun kena tangkap sebab dera binatang cuma kena denda lebih kurang rm200 atau penjara 6 bulan.(atau mungkin dua-dua sekali). dah 58 tahun dah. sama je. baru-baru ni sorang manusia ni dah terbunuh kucing sebab dia depressed. lepas dia admit dia bersalah, dia lepas bebas. apa kata kita bunuh je dia bila kita depressed.

*ok iklan jap.
aku ada soalan untuk korang : antara taik kucing dengan taik orang umur 20 tahun mana lagi busuk?

a. kucing
b. orang umur 20>

jawapan di akhir entri

*okey sambungan entri ...


binatang tu pun ciptaan Ilahi, berzikir tiap waktu pada Ilahi. kita manusia pun tak mampu zikir tiap masa pada Tuhan Yang Maha Esa. ada korang berzikir masa tengah berebut-rebut naik bas? masa tengah fikir assignment paling susah nak buat dalam dunia? masa tengah fikir dinner nak melawa macam mana, kot lah dapat BEST DRESS AWARD ke? masa dating? ada?ada?

kalau ada bagus. yang lain tu terserah kat hangpa nak fikir macam mana. otak masing-masing tumbuh dekat kepala, bukan dekat punggung. bukan dekat tapak kaki.

orang melayu kita kalau cakap anjing dengan babi (maaflah aku nak cakap direct malas nak bubuh bintang-bintang), mesti ingat haram je. memang lah haram,dalam agama pun cakap haram. tapi ada agama kata 'maka kamu seksalah binatang yang berlabel haram itu kerana ia haram'. haktuih tak ada. itu peraturan mentaliti manusia keji sahaja. bila agama kata 'Jauhilah zina' amboi kalut-kalut bukan lagi dekati zina tapi berzina terus. astaghfirullahhalazim.manusia memang suka buat benda vice-versa kan.

aku suka haiwan-haiwan.(tapi serangga aku tak gemar sangat nak bela).babi tu sebab dia haram,kotor dan berbau, jadi aku tak berhasrat nak bela. 

fine, aku orang melayu. antaranya aku suka anjing. tapi aku tak pernah bela pun sebab mak aku kata 'susah nak jaga, nanti kesian dia terbiar. biarlah orang cina yang bela'. aku duduk perkampungan melayu. masa aku kecik-kecik dulu, aku tengok anak anjing comel-comel dalam kampung aku, aku suka sangat. lepas tu aku tengok anak-anak muda lelaki kampung aku baling anak-anak anjing dan mak dia dengan batu-bata buat rumah tu. aku hanya 7 tahun masa tu. aku tengok je anjing tu kesakitan dengan muka aku yang marah.
kesian dia.

aku tak boleh buat apa. aku cuma report kat mak aku. 

dulu ada anjing datang rumah aku. famili aku bagi la makan. baik je anjing tu, tak kacau pun orang. lama lepas tu hilang, aku tak tau la tapi harap-harap selamat. dalam beberapa tahun lepas, kat belakang rumah  aku ada anak anjing sesat. masa tu aku tak ada kat rumah pun, kakak aku je ada. dia pun suka binatang-binatang ni jadi dia biar lah makan kat situ. dalam kampung aku ada sorang ni kalau ikut bahasa rawa disebut 'simpik kalang' atau sempit hati. pantang nampak benda bernyawa selain manusia,nak tembak. 
bayangkan macam ni muka dia.

makanya, anak anjing itu terkorban di tangan manusia itu pada suatu hari.masa tu kakak aku tak sedar.menangis-nangis kat dalam rumah sebab keperimanusiaan yang hilang tu. apa dosa anak anjing tu. lagipun kat belakang rumah aku, bukan rumah dia. ada apa hal?

dulu masa virus JE merebak, ala virus yang babi bawak tu, semua pakat bunuh babi. gali lubang besar-besar, susun babi keliling lubang tu,pastu tembak semua dari jauh. kalau cakap ni ada orang gelak, tapi cuba fikir kalau aku ambik hangpa semua susun tepi lubang tu. tembak sorang-sorang kat kepala. bedebush jatuh dalam lubang, kambus. selamat. suka tak? suka tak?

tak pun hang ni seekor lembu(umpama sahaja). maka aku nak buat hang jadi daging burger buat jual kat pasar malam. hang nampak tak mesin pengisar tu? aku tak mau bagi bius ke,sembelih ke apa, hang pi terjun dalam mesin pengisar tu,jangan banyak songeh, hang tu memang takdir nak mampus tau tak. suka tak? suka tak?

kalau tak suka dengan penganiayaan terhadap haiwan, maka katakanlah semua, 'Let Us Fight Against Animal Abuse'.

ini adalah surat untuk perdana menteri yang aku copy dari Facebook.

Dear Mr Prime Minister,

Greetings and Salutation and Peace unto you.

We ask but a few minutes of your valuable time to read this note ~ a cry from your people, pleading justice for the defendless animals being abuse in our country. 

We are sure you are aware of the countless animal abuses cases that has been surfacing online and also in the media recently. Is this what our people had become? Violent cowards, who prey on defendless animals and children? 

We do not wish to bored you with the details, as your numerous aids as well the Department of Veternarian Services ( DVS )and all the NGOs can fill you in on the current outcry on the injustice inflicted on these poor souls.

We are at our wits end for DVS has not prosecuted a single case brought to them in the last 4 years!! And even if the abusers are caught they are fined a mere RM200 or 6 months' jail for the hedious act. A panelty that has not changed for the last 58 year!.

An individual on FB managed to collect over RM30k donation in the hope to find the scum who abused the little poodle. Donations poured in from all over the world. And media coverage was also seen in a few foreign TVs. Alas, these monies were returned as our local law enforces said they are ready and capable to take over the case. Sadly, it has been swept under the carpet again. Is this what we want to be known as to the whole world?? Carpet sweepers?

Now, a kitten murderer has found herself an assemblyman to help her with her criminal act. Is this what we want our children to learn? ie. you can kill animals anytime you feel stressed, then apologize and you're off the hook! These childred will grown up to be our future leaders? Your nation is not happy with how these issued are being handled and want justice served for those who cannot speak for themselves.

We write today, peacefully, to ask you for your support and to materialize the long awaited change in animal protection. We ask, for you to meet with the NGOs ie. SPCA, etc, to discuss and implement change, such as :

1) the panelty to be heavier.
2) set up animal police department (like those we watch on animal planet).

We speak for all Malaysians; Malays, Chinese, Indians, & others ~ we are one in this request - 1Malaysia ~ peaceful, loving people. I have not seen all the races agree on anything else as they agree on this. 

Please hear our cries, do not sweep us under the carpet.


sedangkan mat salleh begitu sayang haiwan,takkan kita orang Islam ni jadi lagi keji dari binatang. fikir, fikir ye.


*jawapan pada soalan tadi.

kalau anda jawab a.
- tengok umur hang berapa pastu pergi cium taik hang sendiri kalau hang dah besar. hang bayang taik hang sepah merata.

kalau anda jawab b.
- hang bayang taik hang sepah merata, hang yang buat saja-saja*bagi jamban tak nak guna*. kita tangkap kucing yang berak merata, apakata kita tangkap pulak orang yang berak merata ni. ada akal tapi perap dalam peti ais kat rumah.
*
sekadar selingan

wangian dari syurga

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, March 08, 2011 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, masa pakai baju karat-karat kena getah pokok yang ada getah, rambut malas nak sikat, main lumba basikal dengan budak lelaki sampai masuk sungai, panjat pokok beramai-ramai, lawan pemadam yang beli seposen dapat lima, main cari cari hantu konon berani, polis sentri, tuju kasut dan sebagainya, korang ingat aku tak reti dengar muzik ke?

tak ada lah aku nak nyanyi dangdut amelina semedang*okay tipu sikit aku nyanyi gak memori daun pisang sebab kakak aku gila dangdut*.

tau Raihan? kumpulan nasyid tu.kalau tak tahu memang masalah besar lah. dulu aku minat gila kat Raihan.erghh rasa macam nak pengsan dengar lagu-lagu Raihan. rasa nak melompat. nak menangis, semua ada. seronok sangat dengar lagu Raihan. nyanyi dengan suara sumbang-sumbang sampai kena marah pun tak apa janji dapat nyanyi lagu Raihan.masa tu hit lagu Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan etc.

bila tanya minat kumpulan nasyid apa, berkobar-kobar kembang-kembang hidung jawab 'RAIHAN!!!!'. pergi bukak majalah tengok apa maksud Raihan rupa-rupanya wangian dari syurga*senyum lebar-lebar*. berbunga-bunga dalam hati dengar nama Raihan.fanatik habis.dalam komik KAWAN, ada review dari Ustaz Nazri, vokalis kumpulan Raihan tu, aku rasa aku baca lebih 100 kali. seronok sangat. tengok gambar kumpulan Raihan setiap hari.

sampailah satu masa aku terlupa aku terlalu minat dengan Raihan. dah leka dengan dunia, dah kenal Good Charlotte, kenal Green Day, My Chemical Romance, Ziana Zain semua sampailah sekarang Maher Zain.

sekarang dengar lagu Raihan, baru teringat perasaan nak pengsan dulu-dulu sebab suka sangat.*malu dan rindu*.

#aku tak pergi pun konsert Ustaz Nazri hari tu..*menyesal*.



Sunday, March 6, 2011

red and white dinner review

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, March 06, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Semalam adalah dinner kolej aku yang bertemakan merah putih. this year aku bukan lagi gambargrafer macam tahun lepas*dengan muka tercengang-cengang pegang DSLR kolej, tapi serius seronok pegang kamera sebab semua orang akan senyum dekat ko.(walaupun not exactly ditujukan untuk ko)*. boleh tengok lah hasil zaman kejahilan terhadap DSLR punya kerja + editing caca marba di


sebenarnya tak layak pun jadi gambargrafer. sekadar nak mengada-ngada*well aku memang mengada-ngada*. jadi semalam along,acu,ateh,atam,apek dan semua peringkat nama sudah jadi 'Merahnya Mak Ngah'. aku tak berpeluang nak snap picas banyak sebab aku duduk meja nombor 100. belakang sanaaaa...kalau hangpa nak tau aku duk mana la.haha.

the best part in the dinner are:
semua orang cantik, tempat tertutup, makanan sedap, bas tak delay.

the not so best part in the dinner are:
surau kecik(well i guess this can't be help), sound system kat belakang tak ada, makanan SERIOUSLY TAK CUKUP*ok aku tahu ramai yang complain ini*, waiter tak polite langsung*untuk meja aku*, bau perfume yang menjulang-julang di depan muka di sana-sini.

tak nak komen pasal persembahan, multimedia, anugerah-anugerah yang diwujudkan pada malam itu kerana aku tak nampak. aku duduk belakang. mengasingkan diri dari duniawi mekap 3 inci dengan dress-dress atau kot-kot kesan daki penjajah*poyo ayat ni*.. actually aku tak nampak, jadi aku buat lah hal sendiri. hahaha!

ada snap few picas for the post. 
Cik Kain Batik yang paling vogue di meja kami*yang lain-lain?jangan tanya*

Farah yang tekun membaca menu.

ini dua biji gelas kosong.

macam ancient picas yang diwarnakan.

faz tak best sedang buat muka tak best

dia je lah jadi model.

makcik jadian.

aku The Makcik Jadian dan Faz the Makcik Dewan Makan
aku The Slenges dan Nania The Raksasa

dalam beberapa minggu lagi, aku dan coursemate aku akan pergi praktikal 2 minggu di bahagian Orthopedics. jadi sebagai persediaan menghadapi sedikit cabaran untuk menempuhi karier sebagai Occupational Therapist di masa akan datang*insyaAllah 2 tahun lagi*, ini yang kami buat.

ini static splint untuk fracture at 1st metacarpal. suprisingly Mr Soh said our(pika n me) splint is a good splint. :) 5bintang-bintang untuk diriku dan Pika The Pikatak.

selepas itu ada buat dynamic splint. tapi aku tak ada picas. lagipun Mr Soh tak komen 'goodsplint' jadi malulah nak upload di sini.haha (^,~)

ni pulak muka sejak akhir-akhir ini dalam kuliah bersama Nania The Raksasa.

spek tu Isma punya ok.

sekian ceritera hari ini semua.



Thursday, March 3, 2011

Jom Main Dengan Kawan Satu Group

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, March 03, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
yeah bebeh-bebeh sekalian, hari ni gua nak ajar satu game baik punya. kat sekolah tak ajar game ni, mahal ni.

bukan nak ajak korang main Dunia Kafe, Villa Bandar, Perang Mapiau dan Hidup Sorority. ahh bosan semua tu bosan. mari mari, kita main benda lain.  >.<

game ni digunakan untuk merapatkan hubungan sesuatu komuniti kecil*ayat skema habis*, meng'hapPENING'kan sesuatu group FB, menimbulkan syak wasangka, menggelikan hati sesama sendiri, mencari perang 3 tahun, mendatangkan cemburu yang meluap-luap keluar dari hidung, dan sebagainya.

ia dipanggil, 'meh aku nak pakai profile picture ko kerana aku rasa gambar aku terlalu hot, maka aku ramai stalker, bukan sebab aku loser'.*bapak panjang gila nama game ni.

cara-caranya. add FB seberapa ramai insan yang mempunyai persamaan dari segi apa-apa yang korang nak macam 1 kelas masa tadika ke, 1 kelas masa form berapa-berapa, persamaan mempunyai muka yang petak atau nonagon ke, atau Group Kami Penah Kapel Dengan Azani Yang Macam Hot Tapi Tak Macho Pun*ahli ada 58, wow bayangkan berapa ramai bekas makwe dia ada*. anda buat group menggunakan nama yang anda suka.
#azani-kun aku gurau je,hiahiahia.*kun tu apa?

lepas tu sesama sendiri dalam group tu, korang tukar profile picture korang. cabut lah undi nak bagi adil kan. lepas tu letak status 'Awww..aku dah ayu sekarang..taik lalat di muka ku yang tumbuh dalam satu klik me'ayu'kan lagi muka ku yang bulat ini'.

atau mungkin boleh letak 'Nama saya arif. walaupun saya nampak macam macho, tapi act saya suka menari poco-poco' sambil ambil gambar ahli group tu yang 'konon-konon' macho.

as i said before, game ni boleh datangkan perang 3 tahun. selamat berperang dengan game yang bernama (refer yang kat atas, tak larat nak taip.)

senarai mereka yang telah mencuba dan merasakan ianya HEBAT!!*cakap dengan semangat macam warga MLM (kalau anda pernah attend previu MLM)

______________________________________________________________
______________________________________________________________


______________________________________________________________
 yang jadi kartun tiba-tiba ...
______________________________________________________________
 yang salu ayat ganaih ganaih tiba-tiba taip 'hihi kite pun dah tukar >.<'. eh?
ganaih merujuk pada gambar ni.haha

______________________________________________________________
 azani seorang perempuan?
______________________________________________________________


 sesi cari pasal :
ni FB aku  T.T
______________________________________________________________

______________________________________________________________
 sesi mendengkikan orang lain :
______________________________________________________________
 cetusan skandal sentiasa ada. :P

yang melarikan diri ke NZ pun ada. T.T
______________________________________________________________
 macho gile amirah!
______________________________________________________________

______________________________________________________________
 yang bertukar dengan prof pica dengan vampire pun ada.
ini pica aku bebeh

tak kurang yang terkejut :
______________________________________________________________

ini pun pica aku bebeh

terMACHOest among the all :

______________________________________________________________



GAME INI DITAMATKAN KERANA :





 game ni diilhamkan oleh Nania The Raksasa.