Do you like my blog?

Wednesday, April 27, 2011

fear factor ku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 27, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kebelakangan pening. habis exam pun weng. sebab ada orang request edit video guna power point. aku cengang-cengang bila dapat tahu itu pun kawan yang cakap. aduh pening. agaknya macam mana lah jadi, kalau video aku guna power point.

macam presentation kuliah?

ya..mungkin. mungkin benar itu.

oh ya.baru tadi aku melakukan salah satu Rancangan Fear Factor yang dijayakan oleh aku sendiri. beberapa aktiviti yang mampu menggagalkan aku, salah-satunya adalah :

turun tangga tanpa tengok tangga tersebut.

tapi aku berjaya. kerana mengangkat buku sampai tinggi paras hidung. jadi tak nampak tangga.



dan ya, aku masih hidup.

Monday, April 25, 2011

sebuah entri kurang ajar you, ok tak, aku tipu

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, April 25, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
'Teruslah berada di carta hati kita..' from song entitled 'Carta Hati' by NajwaLatif. *suddenly i'm pro-AnwarHadi. *giggles dengan mengada sekali. (do not understand me?, just type there 'inianwarhadi.com')

really inspired by him. i said inspired, not falling for. most people misunderstood what I type no matter what kind of entries I published before. (and the unknowns spam with 'komen yang tidak membina langsung lalu aku berasakan mereka cumalah attention seeker yang kurang kasih sayang sesiapa. mahupun kucing tidak mahu menyayangi mereka. sungguh kasihan. jadi aku meng'approve' komen mereka dengan sedikit rasa kasih sayang supaya mereka berasa masih ada kehidupan untuk mereka') - tiba-tiba I type in BAHASA.

really feels like being insulted actually. (suddenly being emotional because of this nicotinic, dangerous , kind of ignorant subject). no matter what I do, i'm suck in English. only I know that. actually many knows that. when I talk, it sounds like 'akk akq kerk rukkukk kukk sehishossskreeee rrrr grrrr'. got that? you don't even 'understank', ain't right?

that's why I'm into encik Anwar Hadi now. yeay! help me, help me.

eh..macam kiut pulak aku rasa.

Sunday, April 24, 2011

selamat menjadi raksasa tua

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 24, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
stok panadol dah berlarian pergi. sejak akhir-akhir ni aku selalu demam. ya mungkin orang tak tahu aku alergik dengan musim hujan. stok muka nampak macam kaki pukul, tapi antibodi aku up sikit dari orang kena HIV. up banyak kot. mana-mana lah. pilihlah mana suka. nampaknya kena pergi mendapatkan stok panadol lagi esok. ammeltz yoko yoko aku pun dah running out.

nampak sangat aku dah macam orang tua sekarang kan? aku sudah menghampiri angka 21 untuk dicatat di petak umur. terkamjat otak baru ingat aku tak study habis lagi. kerana sepanjang hari dihabiskan dengan berbaring-baringan. effect dari 'bermain' hujan di atas kuda biru putih aku. tahniah lah antibodi kerana tidak mempunyai daya mempertahankan 'cinta hati' anda. sekarang aku sudah macam ini, jangan jadi escapist dengan maaf. aku panas.

dan beribu lemon atau lebih 1Malaysia lagi, beribu pisang tahniah kepada raksasa yang paling mengada di atas muka bumi ini yang bernama rosnani ibrahim @cinan nan @ Gua Rasa Dah Matang @ Nania de Raksasa.

kerana mencapai keganjilan angka umur 21. tahniah peningkatan umur di kala IC baru sudah berada dalam tangan. di mana kau sangat bangga dengan IC tersebut. syabas, mak cik tua. keh keh keh.

untuk mengelakkan rasa tua yang melampau, marilah meletakkan gambar pada umur 19 tahun. (yang kiri itu adalah raksasa tua, yang kanan itu adalah aku) - rasa nak sepuk je tengok gambar ni.

Friday, April 22, 2011

sungguh bukan aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 22, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tau bila update macam ni, dianggap virus blogger. bak kata blogger-blogger yang suka labelan; newbie updates, blog diari, blog sampah. menjadi kesalahan pulak bila blogger tu nak update berita harian dirinya ; berapa kali aku tertinggal sembahyang subuh, aku bersin 10 kali hari ni, cikgu marah aku, aku berak 6 ketul sebab terlebih makan belacan, mouse aku terjatuh ke lantai dan apa-apa yang seangkatan dengannya. tak tau pulak jadi kesalahan bila ditaip macam ini.

maaf gilaa sebab aku tak pandai menyusun ayat jadi perempuan melayu terakhir. harap je muka skema.

malam tadi aku tidur dekat rumah kawan aku.disebabkan cara tidur aku menggelupur macam ayam kena sembelih, aku sedar-sedar aku ada kat atas lantai tengah menggigil-gigil. aku dah selsema. masuk tengahari aku rasa tak sedap badan. dalam kepala asyik ingat ada satu lagi soalan assignment tak siap lagi. mungkin jugak salah aku sebab asyik tak ada mood nak buat assignment.aku hampir burn out tau. kerana?

:::::
sebelum 21 mac, aku dan kelas aku pergi previsit untuk projek subjek XX ni ke johor. dijanjikan nanti sampai sana adalah benda important yang kami kena buat. end up, pergi duduk je atas bas.pergi pagi balik petang. tak buat apa-apa. kesalahan siapa? tak tau la. mungkin tayar bas kot yang salah sebab berputar secara membulat.

dan ada masalah di situ. sekarang setel sudah.

21 Mac 2011, aku pergi first placement aku dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB) selama 2 minggu. hari-hari aku drive pergi Ipoh dari Gopeng. kalau jalan tak guna serabut, akan makan masa sampai 40 minit.padahal 20 minit je dah sampai. aku penat. sila lah cakap aku mengada, aku tak kisah. setiap hari balik, tak sempat buat apa-apa, aku dah tertidur. malam study untuk tengok patient, tidur balik. kelam-kabut dengan case study sebab ini first time, nasib baik OT kat HRPB banyak bantu kami. penat gila tau tak.

1 April 2011, pagi tu balik ke KL. hari itu last day untuk buat pendaftaran awal kursus 3rd year. aku ingat nak online dekat kolej sebab rumah aku tak ada internet. ada pergi CC untuk setelkan case study, tapi masa itu tak ada list untuk daftar kursus. aku rasa tak ada siapa lagi yang dah daftar jadi aku biarkan dulu. kawan-kawan aku pun sama. petang itu kena bergerak ke johor untuk perlaksanaan program XX hari tu. aku sampai KL pukul 11.30 pagi.

mesej-mesej yang aku dapat :

1. budak 2nd year OT kena naik bas pergi johor pukul 10 pagi. pukul 3.00 untuk 3rd year. (received : 6.20am 1/4/2011)

2. siapa tak bayar yuran lagi tak boleh daftar kursus awal.(received : 10.30am 1/4/2011)

aku sampai kolej, terus on lappy. hutang pelajar : RM300++.

gopoh-gapah pergi pejabat bendahari bayar. tiba-tiba ada orang cari pasal.

petang tu terpaksa naik bas pukul 3 ke johor. nasib baik cukup tempat. sampai johor, ada pulak masalah. yang paling aku bermasalah adalah orang yang tak ada langsung perkataan 'menjaga personal hygiene' dalam kepala otak dia. lepas tu 'kedekut'. penat woi kat sana.

di shortkan kan, habis XX, kami ada study week terus. ya, terus. subjek XX dah cut study week aku 3 hari ok.

exam kedua aku, PATHOLOGY SYSTEM, aku demam tak boleh bangun langsung sehari sebelumnya. sebab aku demam terkena hujan on the way ke kolej 1, untuk exam pertama. tak tau apa jadi dengan exam aku.

hantar permohonan penginapan semester 3, kena ambil balik sebab cakap tak ada surat subjek disertakan.

::bersambung dari yang pagi tadi aku cakap tak sedap badan.

aku balik buat assignment. beberapa kawan aku mintak tolong print assignment dorang. janji nak hantar pukul 3, tapi hujan lebat.aku risau hujan tak berhenti jadi aku redah. selsema makin teruk.

sampai jabatan, tiba-tiba akak ofis cakap aku tak bayar denda RM15 sebab lewat daftar kursus. kalau tak bagi resit, nanti result aku kena tahan. setahu aku, aku daftar serentak dengan orang lain. aku rasa aku daftar lebih awal). nak resit yang di fotostat. again, aku meredah perjalanan ke fakulti untuk bayar. hujan lebat, masa tu jugak lori, kereta yang macam tahee nak merempit men'splash'kan air pada aku yang naik motor kecik haluih tu.

sampai fakulti, naik tingkat 5, pejabat bendahari tutup. OH GREAT! badan makin panas. aku dah pening. aku redah masuk ofis kat tingkat 5 sebab aku tak boleh tahan lagi. selipar jamban tak selipar jamban yang aku pakai, tak peduli dah. seluar aku lencun teruk. aku cuma ada baju hujan. seluar hujan tak ada. orang ofis suruh turun tingkat 1 bayar. nasib baik abang pejabat bendahari baik hari ni.

yeah again aku nak jatuh tangga. terima kasih atas : lantai berair, kasut yang licin dan kepala yang pening. aku bagi mesej ke kawan aku, memandangkan hujan dah ala-ala berhenti, aku nak pergi ambilkan assignment dorang sekali kat Kolej 1. bukan dekat. tambah-tambah dalam hujan dengan naik motor. rasa cam 27 kali ganda jauh.

nak lintas jalan ke kedai fotostat tiba-tiba kepala aku pening. aku tarik nafas dalam-dalam, nasib baik ok. lepas fotostat, aku ride ke Kolej 1. dan on the way juga, dengan bangganya sebuah lori meng'hon aku masa nak melintas. kereta banyak masa tu tak putus-putus. dia pulak hon-hon sebab dia rasa aku si lembap nak melintas jalan. tahap kesabaran aku dah sampai dahi, aku bukak wiser helmet aku toleh belakang, aku jerit "WOI KAU TAK RETI SABAR KE??". aku rasa lelaki yang ada kat kaki lima tu macam terkejut je dengar aku maki driver tak guna tu. dalam hati aku, sekali lagi dia hon, aku turun motor, aku sepuk je driver lori tu. kalau dia rasa dia hebat sebab dia lelaki dan bawak lori besar, aku boleh jadi lebih hebat bila bawak motor dalam keadaan gila macam ni. mau berkecai kepala driver tu aku hempuk-hempuk.

aku terus pergi kolej 1, ambil assignment. nasib baik jugak aku tak tercium bontot kereta persona warna merah kat depan pusat darah negara. aku dah la pening. dia tiba-tiba berhenti tak bagi signal. aku sempat mengucap sebelum tarik break. nak meletup jantung aku terkejut.

pendekkan cerita, aku ambil assignment dan terus hantar dan balik kolej 5.

dan di sini aku, baru habis mengunyah paracetamol berbekalkan air yang sikit. GREAT. kolej 5 tak ada air, aku baru kena hujan. tak boleh basuh kepala.

dan badan aku makin panas. exam hari selasa ni, dan ada lebih kurang 20 chapter untuk di revise yang bernama NEUROPSIKOLOGI.

lama-lama aku yang psiko.

Thursday, April 21, 2011

Pengiraan Waktu Ke Belakang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, April 21, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
3 years, 10 months, 2 weeks & 1 days ago, I did a miracle. That day the sun shines brighter more than I've ever know. The moon smiles broader.









A miracle that coloured each of my day now :) thanks.
You complete me. <3.




Yes, I fall in love. from that 3 years, 10 months, 2 weeks & 1 day ago.


Oke.boleh muntah sekarang. haha >.< 

Tuesday, April 19, 2011

tidak sedarkan diri dan tak sedar diri adalah dua perkara yang berlainan.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 19, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kebelakangan dan kedepanan , semua orang sangat yakin yang aku sedang sakit mental.

untuk memenuhi impian semua orang, makanya aku boleh lah mula berlakon yang aku memang sakit mental. jadi semua manusia boleh senyum lebar-lebar - - l  e  b a  r r r.. semua sangka aku betul sakit, padahal aku sangat gifted untuk benda yang satu ini. he he. (ketawalah anda tanpa sebab)..

oh,oh ya. ada benda yang aku nak bagitahu. melintas dalam jejantas otak aku sejak hari tu sebenarnya.

kadang-kadang kita tak sedar atau lebih tepat sekali, kita tak sedar diri yang kita tak mungkin memiliki sesuatu yang di luar jangkauan. (baca : aku, Idati).

contohnya :

bila aku pergi dinner. tak kira dinner apa-apa saja, walaupun sekadar dinner kelas yang suka-suka. mungkin kah aku akan dapat title 'prom queen', 'best dress award' atau 'the most vogue person on the floor'?

kalau masuk sukan sekolah, mungkin kah aku akan jadi atlet terbaik wanita?

kalau aku di universiti, kolej atau sebagainya, mungkin kah aku akan date the hottest guy in that particular place?

kalau aku masuk apa-apa pertandingan, mungkin kah setiap tempat pertama akan disandang oleh aku?

lihat. semua tu mustahil bagi aku kan? ha ha. akhirnya aku menyedarkan diri.

lalu aku bergerak terus dengan menyandang sebuah title yang berbunyi 'oi..aku sakit mental tahap ke 9'.

bila aku pergi dinner, aku cuma jadi pemerhati dan pengkritik baju.  kadang-kadang jadi fotografer ciput-ciputan. kalau sukan, jadi tukang sorak dari tepi sambil curi-curi pandang orang yang mungkin disukai (walaupun orang yang disukai mendapat tempat yang begitu corot sekali dalam pertandingan itu). jangan harap aku nak jadi atlet. the hottest guy in UKM? oh. aku tak kenal. tak kenal makan tak cinta (harap anda terima jawapan aku). aku tak berbakat dalam apa-apa, jadi aku nak menang pertandingan? ha ha. mengirimlah salam kepada angin lalu. bye.

Monday, April 18, 2011

Kisah klasik HK : tidur bukan benda yang bosan rupanya

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, April 18, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tahun 1998 :

Idati Malek berumur 8 tahun.

Hari ahad, di rumah Gopeng, Perak.

Idati  :  Makkk~~~~~..........
Mak  : zZzZZzzzzzzzzzZZzz....(tidur)..
Idati  : abah!!!........
abah  : ZzzzZZzzzZZzzzz....(tidur)..
Idati  : abah...mak..bangun la...cakap nak pergi jalan-jalan zoo...
mak & abah : ZzZZzzZZzz (teruskan tidur).....
Idati : (dalam hati) bosan betul jadi orang dewasa. asyik tidur je. hari ahad pun nak tidur. hari ahad patut jalan-jalan.

Tahun 2011 :

Idati Malek berumur 21 tahun.

Hari Ahad, di hostel UKM, KL.

Idati : yey, Ahad! boleh tidur!!!!!! dah 2 hari asyik stay up buat assignment, test la jadah semua..tak ada makna aku nak jalan-jalan.dah la duit cam siput sedut sekarang..fuhh..penat.ZzzzZzzzzZZZzzzZZZ (tidur..)..

kesimpulannya, orang dewasa memang tak akan melepaskan peluang untuk tidur.(masalahnya aku dah dewasa ke ?..huahua)

oh surga tido,
meeting yang bosan tahap karma
oi ponatnyo ekau buat preparation kendurii...
nak membuang pun mengantuk gilos,
lecture yang 'seronok'.
desperate.
tido mati,.
terlebih desperate untuk tido.

Friday, April 15, 2011

apakah kau sebenarnya? gambargrafer atau gayagrafer? atau gedikgrafer..

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 15, 2011 15 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang di kala kawan-kawan satu course aku sibuk meng'huhahuha'kan diri mengkaji subjek ortopedik & surgeri, aku pun meng'huhahuha'kan diri mengkaji kamera yang tak overpriced. suka betul aku dengan 'overprice' ni kan? overprice camera aku referkan kepada encik DSLR.

gedik pakai dslr walaupun tak reti. aku rasa nak penampar je.
mak aku panggil kamera teropong yang berat besar gedabak. (membuktikan yang mak aku tak mempunyai hati langsung dengan overprice camera ni). hahaha. mari gelak. ya, keluarga aku mungkin, atau memang, tak ada hati sangat untuk dslr.

terutama sebab harga. gadai laptop aku untuk dslr? meh sini aku tumbuk sapa pi gadai laptop sayang intan payung aku ni.

dulu ada jugak impian dengan dslr sebab lepas pegang dslr kolej masa event, rasa lah kualiti gambar tu best. tapi sekarang tak ada kepentingan. aku pulak bukannya ada duit sangat. duit ptptn aku, buat makan, isi minyak, beli buku, beli barang-barang sikit..dah habis. tak ada makna nak beli dslr. mau aku aneroxia tak beli makan semata-mata nak melabelkan diri photographer.

hmm. aku salute dengan real photographer yang ambil gambar dengan cantik sekali. aku kagum. but for people who doesn't have talent in photography, tapi cuma nak bergaya SAHAJA dengan memegang your dslr, here is words for you.
"They are not photographer, they just have an overpriced camera".
sorry tapi aku tidak lagi mampu berpura-pura dengan manusia pegang dslr HANYA untuk buat orang rasa dia sangat bergaya. ia buat aku mahu muntah laju-laju dan lagi dan lagi. you're just bunch of eyesores. (dah keluar dah ayat ni balik).

apa? aku dengki? hahaha. ha'ah aku dengki. aku kan tak ada duit banyak.

aku nak Lomo camera.

nak DIANA. lomo lomo lomo.

oleh kamera 2.0 MP
oleh kamera 2.0 MP


oleh kamera 2.0 MP

kalau budak-budak grafik, fotografer dan sebagainya yang angkut dslr ke hulu ke hilir, aku terima. aku salute lagi!!!

hidup yang busy adalah impian setiap manusia yang sakit mental.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 15, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang aku jenis manusia tak ada sense. sense of humor tak ada. pergi mana tak tau. ada idea tentang entri, tapi taip separuh jalan, rasa putus asa.

give me back my  life! ! !


aku tak dilahirkan untuk menjadi workaholic. aku dilahirkan menjadi manusia gembiraholic, sukasukaholic, beranganholic dan tak lupa, tidurholic.

that's what i made of. mungkin lah.

untuk melarikan diri dari ke'busy'an yang melampau, mari kita buat tak tahu saja. supaya encik Busy itu putus asa mengorat diriku yang sememangnya tak berminat dengan beliau.

ouh mad. give my life back!

ini adalah sebuah overpriced camera yang aku pun tak tahu kenapa aku letak kat entri ni.

Sunday, April 10, 2011

aku tak tanam pokok duit tepi rumah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 10, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
siapa student/ex student yang dapat bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). kalau ya,jawab je dalam hati. sebab sekarang aku bukan nak isukan PTPTN. aku cuma nak cakap aku pun dapat PTPTN.

memandangkan aku duduk dalam kampus perubatan, most of the students dapat biasiswa JPA. jadi aku rasa kewangan bukan satu bentuk 'ancaman hidup' bagi mereka(khas untuk mereka yang tidak boros). kalau dapat JPA tapi boros nak mati pun tak guna kan. student yang bukan dalam kampus macam aku tapi dapat PTPTN mungkin tak berapa nak rasa.(sebab aku tengok dorang every sem tukar handphone baru).

jadi aku, sebagai salah seorang penyandang (penyandang ke?) PTPTN, satu sem RM3500. tolak-tolak semua yuran tinggal RM 1900 untuk sem ini. jadi aku buat lah bajet macam mana nak belanja duit ni supaya boleh guna masa semester 3 ni sebab aku nak repeat 1 paper dan juga ambil 1 subjek yang berasaskan kemasyarakatan ni. (aku repeat paper yang orang gentar nak repeat. teka lah..gila tak segan silu mengaku aku akan repeat 1 paper).
ingat aku ada pokok duit macam ni ke? nak je petik. setiap hari fikir 'bila laaa nak musim duit ni?'..kata ganti bagi dialog 'bila laa nak musim durian ni..'
panjang pulak bebel aku. yang aku nak cakapkan kat sini, lepas semua yuran dah cut off jadi RM 1900 aku pun letak la bajet seminggu berapa nak guna. sem ni dan sem lepas aku tak beli dah softlan, jam tangan banyak-banyak yang aku suka kumpul dan juga komik. tau tak pengorbanan aku(bajet pergi berperang kat Palestin). kalau balik rumah baru mintak abah aku belikan Milo 3 in 1, sekarang ni aku beli coffee cap ayam yang boleh didapati sebanyak 30 satchets untuk RM4.00. broadband aku pun dah cakap kat abah aku tak payah bayar walaupun wifi K5 ni selalu 'hidup segan, mati tak mau' sejak akhir-akhir ni *sebelum ni elok laju*. isi minyak motor pun tak full dah sekarang (minyak naik harga ke?dulu aku isi RM4, full dah). celaka semua nak boikot aku yang kesusahan ni. aku dah lama tak beli t-shirt baru, walaupun t-shirt bundle.*tak pernah pun lagi beli t-shirt bundle sebenarnya.huahua*
aiii...bile la dapat beli lagi.hmmm.....
dalam pada duit aku tinggal-tinggal bajet untuk makan dan bersukaria sikit-sikit(buat makan benda mahal sikit. alah tak la mahal sangat, mahal sikit je.lebih RM3 dari biasa)*hidup aku ni makan je, patut la 'full of love'* tiba-tiba aku cek dekat laman web universiti bahagian hutang pelajar baru-baru ini:

RM 362.40 belum dibayar.

OMG. dalam akaun ada lagi cukup makan tak sampai sem 3 pun agaknya. dengan hati sayu, aku pun bayar la, mak aku ada bagi RM400 untuk sampai sem 3.lepas tu baki kena masuk akaun.

dan actual money yang aku punyai masa itu hanyalah RM37.60, yang exactly telah pun hadam dalam perut aku menjadi lemak-lemak tepu dan bahan buangan.  nak masuk akaun apa nya. akaun mimpi boleh lah.

khas untuk management bahagian bendahari mana-mana tempat belajar, kalau nak suruh students bayar yuran macam ni, masukkan semua awal-awal boleh tak. aku sebagai student PTPTN yang kesempitan di dalam kampus perubatan, selalu bajet duit, walaupun untuk bersuka-ria walaupun sekejap.(come on jangan cakap kami tak perlu enjoy, kami orang muda okay!). kalau dah last minit masuk, bukan ke hell namanya?

Thursday, April 7, 2011

kategori perempuan : skema, petak.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, April 07, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
karakter :
tak langgar peraturan, tak suka berfoya-foya, cakap satu tone atau sentiasa serius, tak ada humor, selalunya pandai sebab asyik study 24 jam. kalau rasa excited pun, muka masih di tahap reaksi yang sama; tak ada perasaan.

cinta :
selalu bercinta dengan lelaki skema jugak tetapi jangan terkejut kerana mereka mengimpikan lelaki yang hot.  jangan terkejut kalau mereka suka beli majalah 'Mempelam' dan diam-diam kumpul poster artis lelaki pose dalam kolam renang pakai boxer. (erh?)

kewangan :
kewangan stabil. berbelanja ikut keperluan, kebanyakan tak suka pinjamkan duit pada orang. kalau pinjam jugak, kena pulangkan cepat-cepat.

fesyen :
fesyen 1 hala sahaja tapi bila ada event, tak disangka beli baju sangat vogue. tapi masih ada masih iaitu se'vogue mana pun, skema masih ketara. iaitu dari segi pergaulan dan cakap.

contoh muke skema ikut Google :

x guna Google muke aku pun dye cakap skema gak ea?
helo, aku tak simpan poster lelaki pose dalam kolam renang. lelaki pose tepi sungai ade laaa...eh..oopps.bukan..takda takda. hahaha.

Tuesday, April 5, 2011

mana lebih berbaloi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 05, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
masa awal-awal tahun 2 ni hidup aku penuh kesedihan. kehilangan, tak boleh adapt, masalah bertimpa-timpa.  aku ingat hidup aku dah di penghujung. semuanya dah tak ada warna.  aku tak tahu pun untuk apa aku tersenyum, hidup macam patung. ikut arahan, patuh.

dapat pulak duduk kolej tun syed nasir 5 (K5), terasing dengan kawan-kawan. internet tak berapa dapat. nak makan pun takut. roommate pulak selalu tak ada. nak gerak mana-mana pun sakit. mohon duduk k1, tapi bila aku cakap dengan orang ofis, lagi buat aku sakit hati sangat-sangat. dah, tak payahlah aku susah-susah nak jadi pengemis kat situ. aku ada harga diri okey.

jadi aku cuba belajar duduk kat k5. seronok ape. bilik air tak payah share ramai-ramai. nak pergi kelas pun dekat. nak keluar jalan-jalan pun senang. aku nak pi mana, aku bawak je motor aku, susah apa kan. hahaha. wifi pun ada. laju plak tu. ape lagi aku nak? complete kan hidup aku kat sini?..nak makan pun banyak choice, antara aku rajin dengan tak je.

see.

kalau kat k1, aku kena naik bus, kalau naik motor aku banyak makan minyak. toilet kena share ramai-ramai. nak makan choice cuma kat kafe je. nak keluar jauh sikit kena amik cab pergi monorel. balik lewat sangat tak boleh. apa-apa aktiviti k1, diwajibkan hadir. nak pi kelas kena awal-awal. wifi pun selalu beron. asyik-asyik tengok muka yang sama.

tapi semua kawan-kawan nak duduk k1. hmm. tu je masalah nya sekarang, aku nak dekat dengan kawan-kawan. kalau ada ape-ape hal senang la..tapi susah-susah je aku kumpul merit tu kan. hmm.

Journey to be Occupational Therapist 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 05, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dua minggu tempoh untuk berfikir dalam-dalam dan memaafkan. balik-balik sini itu manusia bagi berita kaf-lam-ya-nga. mula-mula rasa down, tapi bila fikir kan aku dah pergi praktikal sambil melarikan diri dari penjara kuala lumpur *sambil terbang,petik buah durian orang*, kenapa nak gaduh-gaduh lagi.aku surrender sudah. lupakan terus sengketa kerana aku takut jadi kanser dalam hati.

sudahsudah la ayat bungabunga taik ayam.

jadi for the previous two weeks, aku pergi praktikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.(mentang-mentang sekolah bainun, hospital pun nak bainun jugak kan).  seminggu dalam ortopedik, seminggu dekat Burn. malu aku rasa sebab banyak yang aku tak tahu. hari first rasa nak menangis sebab banyak benda yang buat aku diam padahal aku tahu. aku pun tak tau kenapa aku stuck.

and the next days aku semakin seronok kat HRPB. walaupun aku rasa setiap hari 'dibancuh' jadi nescafe, tapi aku tak kisah. sekurang-kurangnya aku belajar jadi orang. belajar jumpa patient, cakap dengan patient, senyum dengan ikhlas dan tak lupa, 'membahan' orang lain (mangsa utama azwan & encik Awal yang awal).hihihi.

banyak knowledge secara tak langsung yang aku dapat, kalau nak listkan pun, aku rasa tak dapat sekadar nak list dengan menaip dalam entri ni. terharu aku karang menangis sampai pitam. every therapist layan kami dengan baik, tapi takkan lah kau nak expect aku dilayan macam tuan puteri. no no no! tapi lebih baik dari cara orang pejabat bendahari layan aku. lebih baik dari cara orang ofis kolej layan aku bila aku buat permohonan. aku rasa macam kucing kurap merayu makanan.

dan kat situ, aku dilayan sebagai orang.

masuk Burn dan Ortho, macam-macam cerita malang orang lain yang aku dapat tahu. terbakar sana-sini, hilang pekerjaan, hilang karier, hilang keluarga dan hampir hilang nyawa. sekarang ni aku ada fobia sikit nak dekat-dekat dengan api. nak petik suis pun aku cam takut-takut. tu baru aku yang tengok, kalau orang yang terbakar tu sendiri, lagi lah trauma. bak kata encik Ummar, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

masa case study presentation, aku tak tahu kenapa aku stuck. macam Dyslexia plak masa tu. aku tak boleh baca apa aku tulis. aku konfius. T.T. sampai malam aku asyik fikir pasal tu. padahal malam tu dah berusaha rehearsal diri sendiri. berembun pergi kedai fotostat  pada pukul 10.30 malam sebab therapist nak hard copy. tau la embun kampung macam mana. menggigil-gigil bawak motor pergi pekan Gopeng.

banyak dugaan. tapi alhamdulillah, aku seronok di situ. insyaAllah kalau ada placement lagi, nak pergi situ.*dalam hati berdebar-debar*.

ni angel fish aku, nama dia jericho.sebenarnya ada 2, nama masing2 wan & jeri. tapi bila wan mati, tinggal la jericho ni je. tapi beliau pun dah mati semalam. T.T

aktiviti weekend: pergi zoo

peace yaw.

babi bertaburan. memang babi betul. aku maksudkan ini adalah babi yang sebenar.

nun jauh di sana binatang peliharaan impian ku : Aslan yang terkena aneroxia (singa)

selak-selak tirai.

dalam kandang burung (kandang ke?)



pemusnah pokok hiasan.

bersama encik ummar & encik izad.

farewell puan fizah

bunga-bunga department OT

sesi tangkap gambar dan membahan

encik  rodi & encik bani

bersama encik awal yang awal

wonderpet. (i wonder kenapa itu azwan jadi tinggi dalam gambar ni?)

OT

sesi menuntut ilmu



Selamat tinggal.