Do you like my blog?

Friday, May 27, 2011

Assalamualaikum

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, May 27, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post


within 24-48 hours, aku akan berangkat ke Kota Mekah. insyaAllah.

with my beloved family. okey semua. Assalamualaikum.


Monday, May 16, 2011

Good Day For Picnic ^.^

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 16, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tempoh hari, sebelum berasa ketakutan yang teramat disebabkan inferior melampau terhadap acid-splasher a.k.a sore-loser (selepas tamat dinner malam 1k bintang, juga), kami student OT 2nd year ada pergi piknik dekat Taman Tasik Titiwangsa, KL. which is, depan kolej kediaman kami sahaja.

the games for that day are; frisbee or 'frustbee', tuju selipar, aeiou stop. dan of course, gaining more fat in our adipose tissue.
can you see,adipose tissue. more deposit in me. kerana makan tanpa henti.
the frisbee game. kerana tidak mampu menangkap piring terbang tersebut. then  i call it FRUSTbee. can be RISKbee. kerana piring mampu melayang dan menghantuk gigi kapak kita yang berharga.

masa membaham. aum. aum. warf!

mirah is struggling . can see by her face (-.-")

the excited one with sandwiches..who me?

our lecturer Encik Wafi and his cute lil daughter, Afia. 

ratu buih.sanggup 'berbunuhan' demi buih..percayalah.

aku rasa ini sweet.


Misteri Kelibat Hitam

senpai.

masa untuk lat tali lat.

we do have great time together ^.^

and yess,happy birthday Jeri which turning 21 today.
.Add caption.

happy teacher's day to all my teachers.(Tabika Sg Itek, SK Sg Itek, SMK Raja Permaisuri Bainun, Penang Matriculation College, UKM).

Fast 5 watching day.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 16, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bagi aku update tentang perkara personal hari ni.

semalam pergi watching movies at GSC Timesquare. tiket mahal nya nak mampus semalam. tapi hari-hari biasa tak boleh pergi dengan Encik Mafia. kena tunggu weekends atau public holiday. tiket kat ipoh hari biasa pun RM9 aku dah bebel-bebel mahal. kedekut tahap dewa kan.
mafia yang gembira.

jadi movie yang encik mafia nak tengok ialah Fast & Furious 5. nama pun encik mafia takkan nak pergi tengok cerita doraemon pulak. (padahal sebelum ni pergi tengok cerita Rio). movie hall kami kat MAX. yang besar punya tu. on the way ke seat aku, aku rasa aku da pijak kaki 5 orang. hehe. dan aku rasa encik mafia dah pijak lebih. tapi semua orang tu tak kisah kakinya dipijak. sebab leka memadu asmara dengan manusia berlainan jantina di sebelahnya. haha.

.berebut pop corn dalam movie. T.T

and we go back(sebelum itu siap salah-salah jalan nak balik). makan malam di Kg Baru dan membelikan makan bungkus untuk raksasa-raksasa peliharaan di bilik h205+2.

oh ya, dekat bread history Timesquare ada promotion beli 3 percuma 1. jadi encik mafia mengambil roti yang mahal untuk percuma. bijaknya mafia tersebut.

Saturday, May 14, 2011

Rahsia Handphone Korang Tak Kira Mahal ke Cikai

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, May 14, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Sekarang aku tahu semua orang berkemampuan untuk memiliki handphone. tak kira orang tua , orang tua tak mengaku tua, orang muda mengaku kanak-kanak, atau kanak-kanak bajet dah matang, semua nak ada handphone. bahkan bukan 1 handphone, kadang-kadang sampai 3. memang dah tahap mengalahkan tokey balak, busy kemain, kejap handphone tu dering, kejap lagi handphone tu pulak terketar-ketar (sebab buat silent mode).orang ada banyak handphone ni ada banyak tujuan. antaranya, sebab banyak sangat kekasih. kekasih cerah, kekasih coklat & kekasih gelap. jadi kena ada 3.

untuk aku pulak ada 2 handphone. asalnya tujuan nak buat macam kat atas, ada berbagai warna kekasih, tapi tak dapat cari untuk isi tempat kosong. gurau.

Kegunaan Handphone anda :



1 - Nombor Kecemasan
Semua rakyat Malaysia ingat rasa cemas je tekan 999. memang lah! tapi ada lagi satu nombor iaitu 112. Nombor ni boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Lagi menarik, nombor ni boleh didail  walaupun keypad anda dikunci (keypad lock).

2 - Kereta Terkunci
Anda terkunci kereta, dan kunci berada dalam kereta tersebut. Pelik, tapi tak mustahil. Dan kunci pendua berada jauh di rumah. Jangan risau kerana inilah masa untuk menunjukkan ketereran handphone anda (bagi kereta yang menggunakan sistem penggera/alarm sahaja)

Cara-caranya :
1 - Telefon orang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
2 - Pegang telefon anda kira-kira 30cm (1 kaki) dari kereta yang terkunci.
3 - Minta orang yang berada di rumah menekan button ON/buka pada kunci pendua. Kunci pendua mestilah didekatkan dengan telefonnya. (kira macam kita guna wave untuk send signal kereta ni. tak tahu aku nak explain, fizik aku teruk).

*boleh dilakukan walaupun jarak beratus-ratus kilometer. semudah 3 langkah kan.

3 - Kuasa Bateri Tersembunyi
Setahu aku handphone jenis Nokia didatangkan dengan simpanan kuasa bateri tambahan. Bayangkan anda cemas dan perlu buat panggilan, masa tu jugak bateri nak running out. mau tak menangis air mata darah. Cari public phone, tapi semua dah kena vandalisme. Desperate sangat dah ni! Don't worry cause we have the solution (style Matluthfi90 cakap dalam v-log Lampu Penyumpah).

Untuk mengaktifkan bateri simpanan, tekan *3370#. bateri yang diaktifkan, akan naik sampai 50%. kuasa bateri tambahan akan di cas semula apabila anda mengecas.

4 - Handphone kena curi
Sebelum handphone anda dicuri, anda buatlah langkah ini dulu. Tekan *#06#, dan 15 nombor siri handphone anda akan keluar. Catit, dan simpan dengan selamat. Waktu aku kerja kat kedai phone selama sehari tu, aku ada tolong catit kan nombor ni, yang aku panggil Imei No. Nombor ni unik untuk setiap handphone.

Jadi, apabila hanphone anda dicuri, serahkan Imei No. ini kepada pusat servis telefon bimbit anda. Mereka akan mengunci sistem dalam handphone anda. Jadi tak boleh guna. Tukar sim card pun takkan dapat guna. Cara ini mungkin tak akan mengembalikan handphone anda, tapi sekurang-kurangnya anda puas hati. Si pencuri mencuri dengan sia-sia. Nak guna tak boleh, nak jual pun tak boleh. sebab dah kena block.  Puas hati kan?

pencuri telefon yang disyaki.

Thursday, May 12, 2011

pilihan si gemuk yang introvert

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 12, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selesai menonton Dream High & Gaduh. tapi masih belum tamat special episod. rasa-rasa mahu keluar, gara-gara jejaka hangit simbah-simbah asid yang ternyata attention seeker itu punya kerja, aku menggemuk di dalam bilih H20tujuh. tak sanggup nak ambil mesin penimbang. kemungkinan bacaan amat menyayat hati dan sanubari.hingus aku pun sudah kering,tak mampu dikesat. menangis sebab gemuk memang penat. dan tak bermakna.

mungkin aku jugak akan mula menyimbah asid pada perempuan-perempuan kurus. beware.

heho. gelak ku dengan hodoh. jom kita bakar semua baju yang kecik-kecik untuk perempuan kurus. hehehe. satu langkah ke arah pemakaian busana muslimah tu.

idea no 2 aku lagi boleh diterima. gula mahal sekarang, asid pun mahal lah kan. kita mesti berjimat.

Wednesday, May 11, 2011

mimpi yang berakhir terlalu cepat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 11, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
akhir-akhir ini (ayat feveret yang tipikal), aku dengan hibanya rasa tertipu. sampai nak blogwalking pun rasa macam menipu diri sendiri.

kadang-kadang dapat komen saya suka blog awak, style awak tulis.saya follow awak tau. lalu aku pun berbunga-bunga. kemudian menekan link tuan blog yang memuji aku itu.

dengan bunga-bunga di hati, di perut, di kaki, di lubang hidung semua aku membaca semua entri nya. setiap patah perkataan. tak tinggal. setiap ayat header, footer, apa-apa side limb yang ada.

dengan harapan dapat puji balik apa-apa yang bagus. lalu pergi ke shoutbox untuk menyatakan sesuatu yang ikhlas, tiba-tiba terbaca thanks, thanks taw, follow u back dekat shoutbox beliau, oleh orang lain.

.menekan link blog-blog mereka.

dan di shoutbox setiap mereka pasti ada komen : saya suka blog awak, style awak tulis.saya follow awak tau.


baru sedar. rupanya aku bermimpi. macam mana blog yang selekeh ni boleh jadi pujaan ramai melalui penulisan. internet jadi free untuk rakyat 'meleisia' pun tak tentu hutan ni jadi kunjungan ramai macam shopping complex yang ternyata sangat kompleks, dekat bandar. hutan tak bagus ada shopping 'kompleks'.complicated.

Friday, May 6, 2011

Akhirnya penantian daun kering yang berguguran disapu oleh pakcik cleaner

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, May 06, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
video yang aku miss untuk upload kerana konon-konon copyright bukan hak milik aku. ya ya ya.


Untitled from afiq on Vimeo.


ini dari previous entri. enjoy. (boleh ke?)

Thursday, May 5, 2011

koleksi shoutbox sesuka hati aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 05, 2011 23 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku suka lomo, jadi aku buat shoutbox lomo. boleh lah guna kalau berkenan.kalau rasa hodoh jangan guna.hahah. dan ada beberapa yang aku pernah buat.


http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-PINK2.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-PINK.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-KUNING.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-KALERFUL.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-ITAM-PUTIH.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/LOMO-BIRU-KARTUN-1.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/lomo.png
http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/cute2.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/Untitled-1-1.png

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/pUnxUnwanted/sb-hafez2.png
ini hafez.buat shoutbox ni masa tolong beliau edit blog.  i think tis pic is kinda cool.

untuk tutorial hidden shoutbox sebelum ini, boleh klik sini sini sini!!!!!

Wednesday, May 4, 2011

kan sudah berjanji

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 04, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kan masa yang lepas sudah berjanji sendiri untuk menjadi baik. tetapi melanggar lagi vow walau dah maki diri sendiri cukup-cukup tempoh bulan. pening mencarik-carik isi kepala yang hampir kosong. aku rasa nak kuntau diri sendiri bagi paralyse sementara.

tak, tak, salah. aku nak kuntau jiwa yang jahat ni supaya paralyse secara permanent. dan berikan senyuman. yang sinarkan hari baru buat khalayak kawan. entah lah.

tengok muka jahat ni. memang tepat pun keputusan mak aku. bukak semester baru, doakan aku jadi lagi baik. boleh?

just be prepared

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 04, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
nasib baik aku bukan budak law, aku cuma blogger. aku tanya, tergagap-gagap nak jawab. apa kau cuak manusia. aku pun manusia. aku harap hidup kau ceria lah lepas memusnahkan aku. kerana sedang plan sesuatu yang bikin kau panas lepas-lepas ni.

dan mungkin juga harap kau musnah. be prepared, enemy!

Tuesday, May 3, 2011

7 perkara tipikal dalam blog yang aku tak suka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, May 03, 2011 13 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mintak maaf lah aku tak dapat lagi menipu diri sendiri dengan membubuh background stripe warna pastel, dengan shoutbox kartun comel makan lollipop, dan header yang cute. (mungkin aku sorang-sorang yang perasan macam ni).

tapi aku membiarkan kartun yang macam sweet tu di sidebar dengan mesej 'Enjoy Sweet Day' dengan harapan aku dapat memupuk sedikit jiwa gedik-gedik buat bekalan di masa depan. mana tahu suami di masa depan complain aku terlalu tidak gedik langsung.mau menangis masa tu nak rujuk kamus apa makna gedik. tak sempat nak bukak kamus, dah datang ramai awek-awek tersedia gedik terjoget-joget nak tackle encik suami aku nanti.

tak boleh tu.

untuk tidak menipu diri sendiri lagi, aku membubuhlah background warna feveret aku iaitu hitam. sebenarnya aku suka semua warna. tapi aku tak lah obses sangat sampai kena bawak sepanduk tulis 'Aku Suka Semua Warna!!'.

terus terang aku nak cakap, aku macam pelik dengan style blogging sekarang. hmm. aku tak kisah pun tapi aku rasa macam IT'S A MUST dengan benda-benda macam ni. aku pening.

1. wishlist
aku tak tahu apa fungsi wishlist. yang aku tahu ada list barang-barang yang dihajati beserta kotak di tepi yang ada tanda Right atau dibiarkan kosong. ya mungkin orang yang letak wishlist mempunyai ibu bapa yang pakar IT. jadi meletakkan wishlist, supaya parents boleh lihat apa yang mereka mahu sempena hari jadi. tapi kalau dalam list tulis 'Boyfriend yang menyayangi', agak-agak macam mana parents nak hadiahkan. kalau itulah satu-satunya yang tinggal box yang tak ada tanda Right. mungkin upah mana-mana lelaki Bangla untuk menyayangi. mak bapak aku tak baca blog aku, sebab tu tiada guna wishlist di blog aku.

2. link yang ada garis-garis atau kupu-kupu terbang bila dihalakan cursor
kalau link kecik aku tak kisah. tapi kalau mouse hala ke header, muncul corak-corak yang berulang, aku pening. aku pangkah terus blog tu. tapi aku suka link pelangi (sebab aku pakai).

3. read more
terus-terang aku adalah makhluk Tuhan yang tak suka tekan button 'Read More'. kecuali kalau aku curious gila dengan entri tersebut. aku tahu Read More bagus untuk kesihatan blog, tapi aku malas. kalau internet lembap tahap karma, ingat aku ada masa nak read more.

4. tulisan terbang ikut cursor
ni aku rasa pening lah. kadang-kadang aku nak baca entri, aku terbaca sekali tulisan terbang tu.

5. ayat pembuka berbaur warning
bukak-bukak blog ada ayat macam 'ini blog aku, rule aku.kalau kau tak suka kau boleh pergi jahanam.aku tak suka orang macam kau kat sini. jangan datang sini lagi. aku harap kau faham'.

tengok, belum apa-apa dah buat orang fikir 'budak ni mesti bajet ramai nak stalk blog dia'.

6. notification mengejut di awal blog
kalau mula-mula bukak tu, adalah box-box yang keluar dengan bunyi notify yang mengejutkan. dah la banyak pulak. rimas perut.

7. disable right click.
aku tak kisah. tapi bila ayat yang keluar bila kita right click berbunyik macam "Oi bangkai, jangan right click lah!", "Ko nak copy apa kat blog aku sakai?", "I hate you copycats!".

aku mempunyai kebiasaan me'refresh page dan open new tab. yang mana aku suka right click. jadi adakah aku bangkai sakai yang cuba menjadi copycat? sapa sakai sekarang.


benda-benda macam lagu kat blog aku tak kisah pun. tulisan short form kalau dah teruk sangat, aku pangkah je, dah tak boleh nak baca kan. haha. sekian, aku memang kejam.

Monday, May 2, 2011

Malam Seribu Bintang : Retrodisional

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, May 02, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
30 April 2011 - Dinner Program Occupational Therapy UKM 2010/2011. bagi meraikan 4th year(Batch ke-4) kami yang akan graduate tak lama lagi.

aiceh..aku rasa macam skema pulak tulis macam ni. hihi.

Kami, 2nd year of OT UKM 2010/2011 diamanatkan untuk menjadi organizer for this dinner.  Jadi, kami telah pilih Hotel Dynasty which is in Kuala Lumpur. (dekat je dengan tempat kami).

well, this is a promo. last year pun kami buat di Hotel Dynasty. and we love the food very much. ada jugak tanya-tanya orang lain, semua pun cakap Hotel Dynasty has awesome,great taste food. (rrrr.......). tanpa melengahkan masa, membuang masa memilih hotel  mana yang boleh menjadi pujaan hati, kami seNonagon suara pun memilih Hotel Dynasty lagi. exco-exco melompat happy kerana semua pun suka makan. 

harapan kami semua orang dapat makan dengan kenyang. berbaloi dengan bayaran RM60. dapat layanan yang baik dari pihak hotel. dan happy. enjoy di bawah organisasi kami.

dan kami berjaya itu. sepatutnya aku exco multimedia menghadap lappy sahaja tidak boleh pandang-pandang atau jeling-jeling sayang orang makan sedap-sedap. tapi aku gembira kerana aku dapat makan. sampai tak larat berjalan mendapatkan lappy untuk meneruskan 'pekerjaan'. aku rasa waiter senyum tengok student 2nd year makan tanpa henti. makanan asyik topup, jadi pinggan kami pun turut topup. mungkin berat jugak sudah topup 5kg. mati lah. mari berlari macam hamster di atas roda dalam sangkar nanti.

jadi, kali ini, aku Tertanggungjawab menjadi exco multimedia(like I said before). kerana muka aku tidak qualified menjadi subprogram yang lain kot. atau majlis tertinggi. cuba imagine aku jadi pengarah, woohoooo, hancurlah program tersebut dengan bahagianya. haha.

by the way, masa dinner, aku tak banyak chances untuk take pictures. kerana perlu mengawal laptop aku di bahagian multimedia.(di samping makan dengan jayanya). jadi cuma ada beberapa keping gambar (haha macam lah gambar-gambar yang ditangkap aku are so to die for untuk dilihat). 

by the way, thanks to all lecturers yang hadir bersama keluarga mereka, semua students, semua chef yang masak sedap-sedap, waiters and waitress yang sangat baik-baik dan sopan-sopan melayan kami semua yang banyak makan. last but not least, kawan-kawan yang bersabar menjayakan program ini. terima kasih semua.

ini adalah hasil rompakan gambar di FB kawan-kawan tanpa idjin. *izin*. ada jugak kamera aku yang sudah ketinggalan zaman turut beraksi.

hasil kamera cabuk milik aku :P

wah wah Faz. aku rasa dah boleh join geng-geng Maria Elena , Shea Rasol semua tuu...huhu..

pucat kan. kan. *mengada* dengan eye bag nya, mata panda...hahahahaha

kaki yang retro. ke?

model suzuki step 125 yang tak dibayar.

the pikatak.

life's grey sometimes. baru cool bebeh.
dan hasil rompakan facebook ?

hasil kerja EXCO TTK : Nania The Raksasa, Fadzlina  dan Looi. ada idea dari kawan-kawan juga. khas untuk perasmian kami yang bertemakan Retrodisional ( PESONA RETRO & TRADISIONAL)
OUR PROM QUEEN YANG MEMAKAI BAJU TRADISIONAL NYA..KAK WINNIE YANG CANTIK!!!
aku lah pencopet Tiara prom queen. huahuahua....merahnya aku....!!!
aku lah superheroin kaler merah yang tidak memakai seluar dalam di luar..!!!kerana aku mempunyai manners.undilah aku sebagai calon superheroin paling menutup aurat...hahahaha!!!
semua orang gembira dengan kehadiran superhero merahnya makngah!
aku sedang membuat onar pada muka sendiri. (-.-")
makngah merah yang pening.
Gambar PROM KING iaitu Chiong Ming & Faz. (sedondon tuuu!!!)


ini adalah hasil kerja multimedia, dengan kerjasama semua OT/2.


video
ini adalah video organisasi yang biasa. aku edit guna wondershare. menggunakan lagu fireflies dari Owl City.


video
ini pulak ucapan khas untuk students OT 4th year yang akan graduate pada tahun ini. 
videografer : Nani & aku.
lagu : Kissing you & Ku Bukan Aku.
simple video, tapi meaningful. (yeke?)

ada lagi satu video. khas untuk persembahan kami. kerana OT/2 tak berkesempatan nak membuat persediaan untuk persembahan, jadi kami buat video khas. mungkin videografer berjaya fikir kami punya video caca marba (memang pun)..haha. tapi kami gembira dengannya. lagi gembira bila kawan-kawan kami appreciate nya.

Idea oleh : Fadzlina
Videografer : nania the raksasa & aku
para pelakon berjaya : OT/2 UKM

sedihnya tak boleh upload. entah lah aku ni buta IT, apa masalah pun aku tak tahu. hahahaha.nak tengok video tu boleh jumpa aku. (aceceh rasa macam pengetua pulak "saya nak kamu jumpa saya di bilik pengetua lepas rehat nanti!")

yess.i'm glad we did it!