- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf June 2011 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, June 27, 2011

cerita kucing

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, June 27, 2011 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekarang bilik aku mempunyai kadar barang yang paling minimum aku kira. tetapi masih dalam mode tunggang terbalik.fikiran aku pun kacau.

cerita aku tentang kucing, walaupun kucing tak sebijak anjing, tapi mereka takdelah bodoh sangat. kalaupun dorang bodoh, bersesuaian lah sebab mereka tak ada akal. sedangkan kita yang ada akal ni pun orang suka cakap "alaaa..bodoh la ko ni". sedangkan masing-masing sedar Allah SWT dah kurniakan kita akal. see.

'miao, miao,miaoooo,miaooooooooo..' bunyi kucing di luar pintu bilik hostel aku. aku baru saja habis makan. pernah tak korang tengok, kucing di area hostel selalunya tahu kalau orang di bilik tertentu sedang makan. kerap terjadi, apabila aku selesai makan di dalam bilik, aku mesti dengar kucing mengiao di luar pintu aku. kerana mereka tahu aku akan keluar bilik membuang sisa makanan dan memberikannya lebihan yang boleh dimakan.

satu lagi semasa aku di kolej 5, aku sedang menjemur pakaian. seekor ibu kucing mengiao di depan pintu sebuah bilik secara extreme. aku cuma perhatikan. beberapa saat selepas itu, tuan bilik keluar dengan memegang polisterin bungkusan makanan yang tinggal sisa. betul cakap aku. tetapi ada lagi yang ditunggu kucing itu, bukan setakat sisa makanan. tuan bilik itu memang selalu menyediakan makanan kucing. aku lihat dia membawa sekotak frieskies, selalu. kucing kenal orang yang memberinya makanan. hadis mengenai pahala memberi makan kepada haiwan :
Rasullah pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud “Pada setiap makhluk yang punya perut,ada pahala.” Kata Rasullah lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi.” Baginda juga bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidak menyayangi,maka dia tidak disayangi.”(Riwayat bukhari)
kucing yang paling rapat dengan tuannya akan tahu bila tuannya sedih, bila tuannya merajuk, gembira atau susah hati. dia akan diam bila melihat tuannya menangis, dan melihat dengan pandangan sayu. selalu aku terfikir, mungkin ke di akhirat nanti aku akan berjumpa dengan kucing kesayangan aku yang dah pergi. aku tak tahu kalau kucing korang macam ni atau tak.

aku tak tahu sama ada sikap menyayangi haiwan ini satu kelebihan atau tidak. tapi yang aku pasti sikap membenci haiwan ini memang satu masalah.

Sunday, June 26, 2011

Aku ada rahsia,nak tau?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 26, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
rahsia aku adalah, aku ada banyak simpan rahsia. bila aku ada banyak menyimpan rahsia sendiri, aku rasa macam orang kaya. (dialog dari 1 drama korea, cuba teka).

(^,~)v

okey, rahsia aku adalah, AKU ADALAH GULA-GULA LOLLIPOP! kenapa?

jangan tanya aku, aku pun tak tahu. mungkin kerana di antara pilihan gula-gula kapas dan lollipop, gula-gula kapas yang comel, gebu, manis dan menggiurkan itu tidak sesuai menggambarkan aku.

jadi, SAYA GULA-GULA LOLLIPOP SEBAB GULA-GULA KAPAS TAK SESUAI MENGGAMBARKAN SAYA. (mengambil syarat penyertaan).

ini adalah cara menyertai bloglist Myhatiku yang unik. jadi marilah ramai-ramai menggembirakan majlis.


klik banner untuk join lah ye.

cermin sisi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 26, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kelajuan 25km/j yang aku bawa memang umpama siput sedut. rasanya bagai 100km/j, terlalu cepat. apakah kiranya aku patut berpatah dan berkata 'segalanya boleh diubah kalau yakin itu ada'. atau terus diam dan setuju dengan cara aku yang aku fikir boleh bikin aku sakit dan terduduk.

fikiran aku kosong, masih tak mengetahui apa yang aku kena tetapkan. segalanya mungkin pada aku. aku betulkan side mirror motor, menolak cermin mata membetulkan kedudukan. kelajuan berkurang 20km/j. semakin perlahan.


semata-mata untuk memperlahankan masa cahaya lampu motor yang mengiringi aku di belakang, hilang dari side mirror.
*kemungkinan akan merindui.

Friday, June 24, 2011

mereka di sisi dia sebelum kita : kawan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, June 24, 2011 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebelum jadi isteri orang, jadi tunangan orang. sebelum jadi tunangan orang, jadi girlfriend orang (bagi lelaki, tak ada istilah jadi isteri atau girlfriend orang. kalau ada, ia adalah kategori sakit jiwa). jadi mari membincangkan dahulu kategori girlfriend.

sebelum aku mula, aku cuma nak bagitahu, ada orang tak terima relationship boyfriend-girlfriend ni dan ada pulak yang terlebih terima. jadi aku berdiri atas pagar tak nak cakap siapa salah siapa betul, sebab aku sendiri pun banyak khilafnya. so, let things just be general.

jadi masa korang dah membibit-bibit cinta dengan bf korang tu, ada tak korang kisah pasal kawan-kawan dia. ya, kali ni topik aku berkaitan dengan kawan pakwe hangpa. tak kira lah lelaki ke perempuan ke.

kenapa aku terlalu penyibuk untuk tahu kawan pakwe hangpa eh pakwe aku, sedangkan kawan-kawan sendiri pun terbiar dengan jayanya(macam kucing pulak). kerana kawan-kawan itu datang dahulu sebelum kita, cik-cik girlfriend ni. walaupun kawan tidaklah distatuskan oleh encik pakwe hangpa untuk diajak nikah(bagi perempuan), tetapi kawan adalah kawan. DAN! lagi-lagi kalau kawan lelaki encik bf kita a.k.a best friend forever mereka, itu lagi jangan masuk campur nak bagi nasihat pada encik bf 'Jangan kawan dengan dia lagi!'. silap haribulan kau yang di bye-bye dahulu. hanya kerana dia spend lebih sikit je masa dengan kawan baik mereka, hangpa nak muncung 10 depa. lepas tu pokpek pokpek macam baru dianugerahkan mulut di mana sebelum ini hangpa semua bisu. kalau tak berkenan sangat dengan perangai BFF dorang tu, slow talk la. tapi jangan lah direct sangat "Sayang, apesal bestfriend sayang tu entah apa-apa. cuba tengok budak lelaki kelas kita semua baik je". Ya, kau sedang mencari masalah di situ, jangan nak bandingkan orang yang paling rapat dengan mereka dengan orang yang mereka tak kenal langsung atau dengan orang yang boleh buat mereka jeles.

for your information, lelaki beranggapan yang 'kalau dalam dunia ni dah ada kawan baik yang paling rapat, tak ada girlfriend pun tak apa. sebab kawan baik itu lebih berharga'. sejauh mana kebenaran? lelaki sila jawab.

Nak tegur cakap elok-elok sudah, macam 'awak, As memang merokok ke?'.(kalau yang hangpa nak bising tu pasal rokok). kalau dia tanya, cakap je lah, 'oo. saya tak berapa suka orang merokok. tapi takpelah mungkin lepas ni As berhenti kot kan?'(macam baik sangat pulak aku rasa cakap macam ni). kemungkinan pakwe hangpa akan slowtalk dengan BFF dorang. kira passing advices lah kan.

Bagi kawan-kawan perempuan, hahaha. aku pun tak lah banyak sangat nak komen. tapi dari perspektif aku, pergilah berkenal-kenalan dengan kawan-kawan dia. walaupun mungkin mula-mula hangpa rasa jeles dengan mereka sebab mereka pernah bernafas di udara yang sama dengan pakwe hangpa dulu-dulu masa kat kelas (itu pun nak jeles, tak faham aku). kebanyakan perempuan melenting kalau bf dia cakap 'kawan perempuan kite kan tak suke dengan awak, sebab awak sombong. add FB pun tak approve.blog pun private, lepas tu tak bagi kite contact dorang lagi'.

hahaha. salah siapa? salah hangpa. yang nak berpewatakan sadis sangat tu apahal.then depan pakwe tunjuk muka sedih cakap 'Nanti kita approve dorang lah' sambil muncung 1000kaki. lepas tu balik cakap kat kawan-kawan sendiri 'Ek'eleh dorang ni. sukehati aku lah pakwe aku, bukan pakwe hangpa. kalau hangpa ada pakwe pun hangpa wat camni la. aku couple ngan dia, hangpa nak sibuk tu apesal. ke hangpa pernah suka pakwe aku?'.

kalau aku di tempat kawan perempuan sekelas tadi, hancurnya hatiku. aku nak berkenalan je, salah ke aku?

cuba fikir dalam hati korang macam ni ::

adakah aku nampak seperti perempuan jahat yang menjadi girlfriend kawan korang?
atau aku nampak seperti perempuan jahat yang menjadi girlfriend kawan baik korang?
atau aku nampak seperti perempuan yang tak sepatutnya ada bersama dengan boyfriend aku sekarang?

kalau ya, berubahlah cepat-cepat. kita hidup dalam dunia ni nak buat kawan, bukannya kumpul lawan ramai-ramai lepas tu buat tunjuk perasaan dekat blog.

sekian entri khas untuk kawan-kawan pakwe hangpa.

dan kawan pakwe aku jugak. hahaha. kawan-kawan kepada pakwe kawan-kawan aku jugak.(pening).

updates : lupa lagi nak mention. kalau dia ramai sangat kawan lelaki, tak perlu lah nak berkenalan tukar fon number semua. itu cari pasal. haha. cukup tahu nama sudah, tak perlu pergi salam-salam okey.

Thursday, June 23, 2011

kenapa bilik aku ada banyak nyamuk

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, June 23, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mungkin korang-korang berkata 'apa daa nyamuk pun nak bising'.

ya lah aku nak bising nyamuk banyak sangat bilik ni. siang terang-benderang pun banyak nyamuk, malam lagilah nyamuk berpesta muda-mudi, walaupun aku rasa ada nyamuk tua bangka yang datang sekali. aku pulak bijak sangat dah hantar ubat nyamuk segala balik rumah. macam tau-tau je nyamuk sekelian ni aku tak ada protection sekarang.

terseksa nak study. hei hei sebelum mengata aku mengada-ngada tak tahan nyamuk, anak orang bandar bagai, meh sini aku cakap.

aku datang dari kampung ok. duduk kat kaki gunung nun. tak kisah nyamuk kampung.

dan nyamuk yang sedang gigit-gigit aku adalah nyamuk kuala lumpur. kan bahaya. sebab tu aku bising.

2# Terlalu awal untuk surrender

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, June 23, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tengah hening-hening sebelum subuh ni, aku terfikir perkara yang kelakar. selalunya aku tak ingin nak gelak bila tengah study pharmacology, konfem punya dahi kerut-kerut.

mungkin patut amik diazepam ke, amphitamine ke. wah macam tahu guna. sebelum itu aku mahu memberikan semangat kepada semua. walaupun sangat malu mahu tulis ini, tapi aku tahu 'kami adalah orang yang berani'.

.masih tidak mahu reveal kenapa tiba-tiba mengaku orang yang berani.

berbalik kepada perkara kelakar, aku cuma teringat Nania The Raksasa berkata "Puas hati aku tengok diorang dah buruk..hahahaha".

dan aku pun "hahahahahaha..." juga. sorang-sorang.

pukul 4.30 pagi pulak tu. sedih kan.

Wednesday, June 22, 2011

1# Terlalu awal untuk surrender

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 22, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pagi yang mencelikkan mata, aku fikir ayam berkokok damai yang lagukan muzik untuk cuping telinga.

tapi nyamuk kuala lumpur yang sedang buat tarian kipas.


banyak lagi tak ada tanda 'right' dalam list nota, yang terkini.
iya, terkini. hari ini.

Smell of Originality

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 22, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mungkin kadang-kadang aku pun ada sikit tukar jadi weng. scroll back picas when we were 17 and below, aku rasa angin-angin jeles melalui hati aku. haha. pelik kan. ia adalah cerita 4 tahun lepas. sepatutnya tak affect hidup sekarang pun.

biru ke hijau sama je bagi aku. yang penting sekarang sudah ada warna. cuba lunturkan dengan chlorox yang diakui para doktor untuk membunuh kuman tu pun, tak luntur kot. sebab warna hidup aku sekarang bukan made in china macam i-phone abah aku yang berharga 3K eh bukan 300+, di mana selepas dua hari touch screen nya sudah lalok.

apa yang aku cuba cakapkan ialah, perasaan aku adalah original.

tak boleh download dekat 4shared, apatah lagi website yang dah kena ban dengan government.

perasaan yang original

Tuesday, June 21, 2011

Lelaki yang menangis

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, June 21, 2011 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seseorang pernah berkata, lelaki kalau menangis buruk betul. tapi aku perempuan, aku rasa lega. bila tengok cermin kadang-kadang rasa curiga. mahu bukak seluar tengok* censored*. tapi tak buat sebab IC baru dapat hari tu pun masih bernombor untuk perempuan, hujung angka genap. jadi menarik nafas lega, itu dulu.

mungkin patut nasihat kawan-kawan lelaki yang beberapa ketul itu dengan ayat apabila mereka kata mahu menangis 'aku cukup tak suka bila lelaki menangis. buruk sangat aku rasa. dapat pulak kau. kau dah la memang buruk. bila kau menangis, berganda-ganda buruknya.'


suara

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, June 21, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
koff! koff! koff!...hekk...

sekarang aku menghadapi sakit tekak yang bolehlah tahan teruk. tapi 1 ketika dahulu, selepas sakit tekak yang paling teruk pernah aku alami, suara aku berubah.

dah jadi lain. perubahan itu di'detect oleh kawan aku, sempena aku menelefon beliau semasa hari jadi aku. dang! suara aku berubah. suara dulu lagi best.

jadi adakah selepas tekak aku baik, suara aku akan menjadi lebih tak best?

Monday, June 20, 2011

Gambargrafer pinjaman di taman angkat UKM

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, June 20, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam selepas kemeletupan tayar bas sebanyak dua kali, barulah sampai ke hostel. bagus betul sampai 2 kali kebabow. hahaha.

sebenarnya dari Taman Cendana, Pasir Gudang Johor, kembali ke Kuala Lumpurku Indah. berpaksikan nama Mesra Ilmu, aku dan kawan-kawan se'UKM', berkampung @ bertaman di Taman Cendana. dan aku ada keluarga angkat kali kedua selepas di Terengganu. (aku telah menduakan Ganu Kite). *forgive me for being terlalu skema menaip ayat*.

as multimedia exco, walaupun sebenarnya tidak terlalu membuat kerja (lalu menghantar emel tunjuk sebab tak datang kelas), aku penat lah jugak. kerana baru berehat beberapa hari, dah pergi program lain pulak. nevermind. lagipun berasa gembira di sana.

kinda menjadi fotografer jadian di sana. just borrowing other's DSLR kerana aku tak ada 'benda itu' (dslr laa). fotografer kita yang hebat-hebat adalah Chip, Mira Azha, Zaki, Rabb, Farah & beberapa yang lain. sebenarnya semua fotografer UKM hebat-hebat. (cubaan meng'include'kan nama aku). meminjam gambar mereka untuk diletakkan di sini ya.

(cuma meng'upload'kan gambar yg ditangkap aku menggunakan kamera pinjaman. kecuali dua gambar..kerana takut copyright hak milik orang lain, aku bakal kena saman kalau sukahati upload)
ini bukan aku tangkap







seekor kucing padang pasir. warf!


barisan fasi yang ter'cut out. ini juga bukan aku tangkap.
editing by me.

terima kasih keluarga angkat, famili-famili angkat taman cendana, SK Taman Cendana, dan semua yang turut menjayakan program. 1 komuniti, 1 hati.

Friday, June 17, 2011

Umrah 2011 Bulan Rejab

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, June 17, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Assalamualaikum WBT. salam muhibbah. aceceh aku rasa nak lempang diri sendiri laju-laju. aku ada moody sikit sebab pakai jam ketat sangat hari ni(sendiri pandai-pandai ketatkan).

"gambar semua ditangkap oleh aku sendiri. semua ayat yang aku taip adalah daripada aku, apa yang aku dengar daripada mutawif, dan jika dari internet, aku nyatakan sekali. dan ini adalah entri yang panjang".

Isnin lepas pukul 4.00 pagi aku baru sampai rumah. daripada previous entri aku yang lepas, aku cakap aku pergi umrah kan. sekarang aku dah balik. 2 minggu je umrah ni.

28hb Mei 2011 aku naik Garuda Indonesia (sejenis burung yang terbang..ok bukan. ianya syarikat penerbangan milik Indonesia) transit ke Jakarta dahulu di Soekarno-Hatta International Airport. dua jam lepas tu berangkat ke Jeddah, Saudi Arabia. perjalanan makan masa 8 jam. 3 kali makan dalam kapal terbang tak jumpa waktu malam, semua siang je. jadi anggap la aku duduk di kutub yang 6 bulan siang, 6 bulan malam. (fuiyoo!! di situ).
muka bangga naik flight.(1st time..hahaha)

transit ke Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta, Indonesia


minum jus pun nak buat muka bangga, tak faham aku.

dalam flight masa lagi sekejap nak mendarat, lubang hidung aku dah rasa habanya. wahh. inilah musim panas, aku rasa. (mungkin jugak hidung aku banyak buat dosa, sebab tu panas).

sampai terminal haji di Jeddah, tiba-tiba rindu Malaysia.(berdosa tak aku rasa macam tu). terfikir kucing kat rumah pandai ke abah bagi makan, famako yang tak study-study lagi, surat alasan tak datang kelas failure ke email delivery dia pada Dr Roslee dan mohamad ridwan yang bermuka sedih tapi nak kontrol-kontrol macho masa babai-babai aku dari luar bas. keh keh keh.

alhamdulillah .aku sampai kat Tanah Haram Mekah. aku pergi Mekah dulu baru Madinah. sembahyang jemaah kat Masjidil Haram, setiap waktu solat mesti ada sembahyang jenazah. aku join je. mutawif kami, Ustaz Adam, cakap pahala sembahyang jenazah sama besar dengan Bukit Uhud. bukit uhud tu panjangnya 8km. lebar nya aku lupa, tapi lebar la aku tengok. umrah pertama, bermiqat dalam flight.

sekarang aku letak gambar tempat-tempat yang aku pergi kat Mekah.

Masjidil Haram.
Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


sumber : Google.


Jadi, pahala solat di Masjidil Haram adalah 100 000 kali ganda dari sembahyang di tanah halal,contohnya Malaysia.
Kaabah Kiblat Umat Islam Sedunia. Menara di belakang tu;Zamzam Tower


Al-Quran disusun cantik di atas rak dalam Masjidil Haram.


muka melayu yang takkan jadi muka arab.

Air Zamzam yang kini diletakkan di dalam bekas.(tak perlu lagi nak pergi timba air kat perigi.silap-silap ada yang berenang dalam perigi air zamzam, berOlimpik plak dalam tu kan). banyak tempat diletakkan dalam Masjidil Haram. hanya untuk diminum. nak amik wuduk sila pergi tempat sepatutnya. 







semua umat Islam Mekah turun menunaikan Fardu Jumaat bersama-sama. (pertama kali aku pergi solat Jumaat,fulamakkk)


Jabal Thur
Kat sini aku turun bas je aku dengar "KOKA KOKA KOKA TRETT TRETT TRETT TETT TETT TETT YALA YALA YALA KOKA KOKA TRETT TET TET TRRRR". mesti korang tak faham kan.

tu suara orang jual tasbih kayu Koka, jual mesin jahit mini dengan buku gambar Masjidil Haram. hehe.

Di Gua Thur lah Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika dikejar oleh orang Kafir Quraisy Mekah, ketika ingin berhijrah ke Madinah (yang pada masa tu dikenali sebagai Yathrib). 2 jam lebih diperlukan untuk naik ke atas tu tau. fuhh. aku ingatkan boleh laa kan naik atas tu tengok-tengok, tangkap gambar semua. dari jauh aku nampak orang Turki besar-besar yang berusaha naik tu dah besar habuk je. tiba-tiba habuk tu bergerak. tinggi ooo.
bukit yang paling tinggi tu adalah bukit Thur.


penjaja. seperti biasa.

Jabal Rahmah
Di Jabal Rahmah ni diriwayatkan tempat pertemuan semula Nabi Adam  & Hawa setelah terpisah selama 200 tahun (200 ke? sila cek sendirilah ya.). Sebuah tugu dibina di atas tu menandai tempat pertemuan mereka.

Mengikut Ustaz Adam, orang Indonesia suka naik atas tu, dan dia pun tak tahu kenapa. ada jugak aku baca blog orang Indonesia, kalau nak cepat jodoh, cepat kahwin, boleh berdoa kat atas tu. wallahualam aku pun tak tahu.
hai encik unta. anda nampak bergaya di situ. nak naik free buleh nggak?
NGGAK? huh..dikau tidak ensem lah.

ramai orang naik ke atas. 


Jabal Nur/Gua Hirak.

Nabi Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hati baginda sehingga baginda kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebagai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua HiraMalaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata, yang ertinya :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Sumber : Wiki Bahasa Melayu

cuma menangkap gambar dalam bas. 

Muzium di Mekah
Di sini, terdapat barang-barang lama di Masjidil Haram
pintu masuk muzium

bekas Hajarul Aswad yang lama

salinan mushaf usmani(maafkan aku kalau tersilap)

telaga air zamzam dahulu.


struktur telaga air zamzam yang tak pernah kering.

cenderamata dari UKM & Syarikat Rahman Brothers(pakej yang aku piii ni) dipamerkan dalam muzium

ding dong bell ding dong bell.

nana dengan fateha, anak ustaz.



Masjid Hudaibiyah








Miqat di Jaaranah.
Rasulullah pertama kali mengambil Miqat di sini.

Masjid Tannaim/Masjid Siti Aishah
Siti Aishah pertama kali mengambil Miqat di sini.

Ladang Unta
Masa zaman Rasulullah, ada lah sorang ni datang bertemu Rasulullah, dia ni sakit misteri. dia cakap kat Rasulullah "Kalau kamu memang membawakan ajaran yang benar, bagitahu aku, apa penawar penyakitku ini".(dia cakap bahasa arab okey,aku translate kan je, ehh aku copykan aje apa yang adam cakap). Rasulullah SAW berkata "Kamu pergilah ke Ladang Unta, dan minumlah susu unta. penyakit kamu akan sembuh".

lalu orang tu pun pergi laa ladang unta.pastu sebab unta tu bau busuk sangat, dia tak jadi minum susu unta tu. dia bunuh semua unta yang ada. dengan penjaga unta pun dia bunuh. (ape ke hell nye unta & penjaganya tak berdosa kena bunuh sebab busuk). dan dia balik.(suke hati dia je).

beberapa lama lepas tu Rasulullah bertanya kat kawan-kawan orang tadi tu,"Ke mana perginya dia. sudah sembuhkah?". Jawapannya "dia sudah tidak boleh bangun lagi.ada di rumahnya".

Rasulullah pun pergi ke rumah orang tadi dan bertanya apa yang dia buat di ladang unta. orang tu pun menjawab. "Kamu ini ada ke nak suruh aku minum susu unta. unta tu busuk, tempat tu pun busuk.jadi aku bunuh semua unta dan penjaganya sekali."-lebih kurang gitu laa dia kata.

Rasulullah terkejut dengan jawapannya. Baginda menyuruh orang itu menggantikan unta yang telah dibunuhnya dengan 2x ganda, sebab dia dah bunuh penjaga-penjaga unta tu sekali. lepas tu baru boleh minum susu unta.

dan orang tu buat lah apa yang disuruh. dengan izin Allah SWT, orang tu pun sembuh. (tapi kesian unta dengan penjaga unta yang terbunuh tu).





Mudzalifah & Mina

Gambar-gambar lain di Mekah.













Madinah

Masjid Nabawi
"Sesiapa yang bersolat di masjid Nabawi ini, akan mendapat pahala 1000 kali ganda berbanding masjid lain kecuali Masjidil Haram".
bersama orang Iraq













Raudah
Raudah ni adalah musollah Rasulullah SAW dahulu. ia adalah tempat yang mustajab untuk berdoa, kerana semua doa Rasulullah di sini dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tapi tempatnya limited lah, kena pandai pergi sebab sesak sikit. biasalah tu kan.semua orang juga nak berdoa. dah dapat berdoa tu, beri ruang pada orang lain pula, jangan tamak. syukurlah dengan segala kesempatan yang diberikan.

Ladang Kurma 
"sesiapa yang memberikan kesenangan kepada penduduk Madinah, insyaAllah kan mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak".

jadi semasa kita membeli-belah tu, niatkanlah dalam hati yang kita nak membantu penduduk Madinah melalui pembelian jualan mereka.
jom minum teh arab!!!free hoyeh hoyeh.




ayam madinah

kurma yang masih biru. haha. hijau lah.

Jabal Uhud
Jabal Uhud ini berasal dari syurga. Jabal Uhud ni sangat mencintai Allah SWT. dan dia akan berada di dalam syurga kembali nanti. panjangnya 8km.

"sesiapa yang bersolat jenazah, akan memperoleh pahala sebesar bukit Uhud".


medan peperangan uhud.

mutawif kami,ustaz adam, sedang memberikan penerangan.
Peperangan Uhud berlaku pada tahun 3 hijrah. Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-SiddiqUmar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hindon iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

Lebih kurang beberapa puluh tahun yang lepas, ada banjir dekat area Madinah. masa tu tiba-tiba semua para syahadah yang terkorban semasa Perang Uhud, terapung keluar kembali. dengan darah yang masih mengalir, seperti baru sahaja mati. jadi, kebanyakan mereka dikuburkan di perkuburan Baqie, Madinah. Saidina Hamzah dikuburkan di kawasan jabal uhud, sebab badannya sudah hancur.

Medan Peperangan Khandak

Masjid Quba'
Masjid Quba' adalah masjid pertama dalam Islam. didirikan oleh Rasulullah SAW sebaik tiba di kota Madinah atas dasar taqwa kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang ertinya "sesiapa yang berwudu' dari rumahnya, dan kemudian mendirikan solat sunat di masjid Quba', dia akan memperoleh pahala 1 umrah".

Bersembahyang di sini seperti penyucian diri dari dosa. Rasulullah SAW, yang mana baginda adalah makhluk yang paling dicintai Allah SWT juga bersembahyang di sini setiap hari Sabtu. apatah lagi kita.sepatutnya hari-hari kita kena pergi sana.

Kat sini tak tangkap gambar sebab aku menggelupur kasut hilang bila keluar masjid. hehe. dan pergi beli kasut macam orang tua.

Masjid Qiblatain
Di sinilah kiblat kita umat islam, ditukar. Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblatnya ke arah Baitul Maqdis di Palestin. Selepas itu barulah turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke Masjidil Haram di Mekah. Peristiwa itu terjadi pada tahun 2 Hijrah, hari Isnin, Bulan Rejab, waktu Zohor di Masjid Bani Salamah(nama lama Masjid Qiblatain). Ketika itu Rasulullah SAW sedang solat dengan menghadapt Baitulmaqdis. Di tengah-tangah solat tiba-tiba turunlah wahyu surah Al-Baqarah ayat 144 yang ertinya :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”


sumber : wiki bahasa melayu

Bukit Magnet :
Bukit Magnet adalah penemuan baru di Madinah sekitar tahun 2005. dikhabarkan oleh mutawif kami, bukit magnet ditemui oleh penduduk kampung tempatan yang selalu datang ke situ. mereka yang drive kereta selalu rasa sangat berat untuk naik ke atas kawasan bukit magnet, tapi bila turun sangat laju, sehingga mencecah 130km/j. tak payah pasang enjin pun. bagaimanapun untuk turun yang aku cakapkan ni, bukannya macam turun bukit sebab tu laju. tapi jalannya datar sahaja. enjin dimatikan, pemandu bas perlu kawal brek sahaja takut terlebih laju. ini adalah salah satu daripada keajaiban dunia ya.

kerajaan arab saudi dah pun memanggil yang pakar mengenai hal-hal magnet ni untuk mencari di mana kawasan yang terdapat magnet tersebut. tapi tidak berjaya. mereka sendiri tidak pasti itu adalah magnet atau tidak dan di mana puncanya. tapi panggil saja bukit magnet (-.-")hehe. mengikut mutawif kami, bukit magnet ni tak ada sejarah Rasulullah di sini. kita cuma pergi untuk merasai dan melihat kebesaran Allah SWT dengan ciptaanNya yang tak kelihatan di mata.
sekitar bukit magnet

handphone aku yang gila. tiba-tiba ada dua rangkaian (Zain & Mobily, padahal aku pakai Zain). ibarat macam korang pakai Celcom. tapi kat atas fon korang tulis Celcom & Maxis. padahal fon bukan dual sim. haaaa.......


pencarian magnet


membeli ais krim bukit magnet

lagenda ais-krim bukit magnet. hehe.

Bergerak balik, sebelum meninggalkan Madinah, mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW dulu. tetamu yang baik mestilah memberitahu bila sampai, dan bagitahu juga bila nak balik.
di airport Soekarno-Hatta, Jakarta.tunggu flight transit ke KLIA.
on the way balik, cuaca cam tak berapa elok lah. awan hitam je. flight pun gegar-gegar bila langgar awan hitam ni. cuak aku.

tapi alhamdulillah selamat sampai KLIA pukul 8.30 malam macam tu lah. sampai rumah 4.00 pagi. woah.

kalau ada tambahan aku edit lah.