- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf July 2011 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, July 28, 2011

5 Perkara Tentang Lelaki & Perempuan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 28, 2011 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Perempuan

1.      1. Gedik tak tentu arah
(e.g gelak kuat-kuat untuk menarik perhatian lelaki, buat-buat manja dengan kawan bila ada lelaki berdekatan, melembutkan suara dengan lelaki, bercerita tentang dirinya kuat-kuat bila ada lelaki hot berdekatan).

2.      2. Mengata tak ingat akhirat (semua topik boleh).

3.      3. Sanggup putus kawan demi lelaki (kawan baik selama 6 tahun boleh putus sebab suka pada lelaki sama, tapi tak kenal pun lagi)


4.    4.  Rasa bangga diri bila berjaya dapatkan sesuatu yang hak orang lain (berjaya tackle pakwe musuh ketat, VICTORY! )

5.     5. Terlalu memilih bila berkawan (tak nak kawan dengan orang yang dianggap ‘loser’)


Lelaki

1.      1. Ego yang melampau (Menolak semua idea orang terutama perempuan sebab rasa perempuan tak boleh buat kerja dengan baik)

2.      2. Pervert (asyik cakap pasal……..tettt..)


3.      3. Terlalu metroseksual(asyik shopping, asyik fikir style dia je)

4.      4. Mengata mengalahkan makcik-makcik (cair taik telinga dengar dia mengata)


5.     5. Menghina perempuan tak cantik(perempuan hodoh, selamat jalan).


Kalau anda ada karakter macam ni, anda bukannya sakit jiwa.
 Anda menjengkelkan. Pasti.

Gerbang Perkahwinan Rakan-rakan 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 28, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tanpa menyedari diri yang semakin tua(masih pura-pura muda), akan ramai kawan-kawan yang akan berkahwin. Jadi mula-mula aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawanku yang paling awal membuka lembaran baru di alam perkahwinan.

Pertama sekali untuk kawan sekolah rendah aku, yang sama-sama bersekolah, dalam 1 kelas. Dari tadika, lepas tu darjah 1 sampai darjah 6 di Sk Sungai Itek. Ya, sebuah sekolah luar Bandar yang dulunya cuma terdiri daripada 2 blok utama, 1 kantin, 1 bilik KH, surau dan padang. Perkara yang basic saja pada sekolah aku. Sekolah aku bukan macam sekolah kat bandaraya KL yang aku tengok setiap kali aku nak ke kelas. Masa tu adalah zaman paling innocent yang aku rasa. Jangan kecil hati bila aku cakap budak-budak sekarang dah tak nampak innocent. Bukan semua, tapi kebanyakan. Susah nak jumpa yang lurus bendul dan comel.

Kawan yang mula-mula sekali melangkah ke alam perkahwinan adalah Tuyet, tapi malang sekali tak dapat menghadiri. Aku masih berada di UKM untuk short sem. Ucapan tahniah saja buat kawan yang seorang ni. walaupun kita tak adalah saling kenal sangat, tapi kita 7 tahun dalam kelas yang sama. Jadi, secara ringkasnya, kita adalah kawan. Semoga berbahgia sehingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki berkeluarga & dikurniakan kesihatan yang baik.

Ini kawan sejak kecil pula, aku kira dari umur 4 atau 5 tahun. Namanya Fatin Afira, nama ‘manja’ , Yuya. Tahniah buat Yuya dan pasangannya yang selamat diijabkabul pada 8 Julai 2011 yang lepas. Kami kawan-kawan yang masih belum berkerjaya ni tak dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kecuali sebuah persahabatan yang kita ada sejak dulu lagi.(cewah). Semoga berbahgia sehingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki berkeluarga & dikurniakan kesihatan yang baik.(copy ayat sebelum ini).

Jadi, selamat pengantin baru lah! Siapa-siapa nak kakwin tu, informlah aku. Hihi.okie dokie?!
aku tunggu bila makcik ni nak kawin!
selamat pengantin baru!!!
lepas ni turn sape plak? hihihi..

Tuesday, July 26, 2011

Impian & Hakikat Kita Tak Selalunya Parallel

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, July 26, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Kita reti pasang impian dalam hidup ni. masalahnya bila nak mengabulkan impian sendiri, kita jadi tak tentu arah. macam zaman sekolah rendah dulu cikgu suruh buat karangan tajuk impianku. masa tu aku mungkin tulis aku nak jadi doktor, dapat rumah banglo dengan swimming pool paling cantik, ada sports car warna merah, kahwin dengan doktor yang kacak, bawak mak bapak tinggal sekali dan hidup bahagia sampai mati. How cliché.

Cuba ko bagi tau kat aku macam mana aku nak mengabulkan impian aku dalam karangan ni?yang pertama tu pun aku tak tahu, sebab aku memang tak jadi doktor. Dan yang paling mustahil pulak, mana nak cekau doktor kacak? Technician kacak ade la.. (shh shhh… ^,~)
doktor kacak.

Jadi melompat ke tajuk utama. toink!

Rumah Impian
Ini, aku masih nak ada banglo dengan swimming pool dan landskap yang cantik. Lepas tu ada maid yang berbelas-belas (macam cerita komik pulak). Bilik aku pulak memang bercitarasa cara aku la.*citarasa yang keliru*.
Rumah Hakikat
Belum ada rumah sendiri lagi


Kereta Impian
Kereta sport warna kuning, atau mini cooper s. paling koman satria neo.
Kereta Hakikat
Belum mampu beli… T.T aku ada motor je. *skuter impian yang kurus*.


Kerja Impian
Aku ni suka tukar cita-cita. Aku keliru dari dulu lagi. Bakat aku masih tak dapat dikenalpasti. Malang sekali semasa ceramah motivasi SPM dulu, aku masih tak dapat identify diri aku menyamai bakat yang mana. tapi kelemahan aku, adalah pengiraan. The real extremely unforgiving problem is, aku tak tahu kelebihan aku. Tak boleh bagak nak cakap ‘I’m gonna show you what I made of’.
Kerja Hakikat
Future occupational therapist…? Koff!koff!*batuk komik.


Lelaki impian
Hee hee.maluu aiii…*gedik gedik*. Ni the most top secret aku. Sebenarnya dari aku sekolah menengah, aku suka kalau lelaki cakap slang utara. Hahaha. *pang di situ* tak tahu kenapa, mungkin aku rasa bila cakap utara ni, bunyi dia macam cheerful sikit. *macam Matluthfi* Kalau gurau kasar pun, dengar macam kelakar je.  *tengok cerita Cun!, terpikat dengan Remy Ishak cakap utara*.Ada gak fikir future soulmate aku mungkin orang-orang utara, tapi kalau pekat sangat slang dia, aku tak faham pun tak jadi gak kan. Orang taiping pun boleh lah…(gurau gurau).lepas tu aku suka ikut kawan-kawan. Kawan suka lelaki ala-ala bad boy, aku pun nak jugak. Hakikatnya aku rasa nak lempang je bad boy, pasal poyo. Lagi best kalau lelaki tu pandai breakdance, main gitar ngan drum ke. Tak kisah suara dia sedap ke tak sebab aku(dulu) bajet aku boleh tolong nyanyi untuk dia.*hujan lebat,petir sabung-menyabung,kucing lari bertaburan*

Aku suka orang tinggi-tinggi.(tak kira lelaki ke perempuan). Lelaki tinggi nampak macho..kan? perempuan tinggi plak nampak elegan dan cun. *kalau Korean girl’s group, aku suka ahlinya yang tinggi,yang renek-renek ni aku tak nampak*. Contoh Suzy Miss A, Eunjung T-Ara & Uee  Afterschool. 

tapi hakikatnya aku pun tak berapa tinggi,nak demand pulak. Aku tak suka lelaki cerah-cerah, ingat aku nak cari model fair & lovely ke apa? Lelaki yang pandai belajar lepas tu kerja dalam air-cond gaji riban-riban memang satu kelebihan *disukai mak mentua & rakan sekerja perempuan kaki penggoda*, tapi aku lagi suka lelaki yang kerja sesuai dengan kudrat dia. Jadi mekanik, technician, arkitek.maksud aku, kerja-kerja lasak. Tak de la tapak tangan dia lagi lembut dari aku.*alasann* Bila berpeluh-peluh sebab rajin kerja tu lagi nampak macho habis..woohoo. *pang*.

Lelaki Hakikat
Hahaha…aku dapat lelaki yang negerinya paling selatan dalam semenanjung Malaysia ni. tapi tak apa. Aku suka sangat-sangat. Bukan bad boy, tapi kadang-kadang aku rasa nak rendam dia dalam air reverse osmosis *kejam*.dan ciri-ciri yang selebihnya memang ada pada dia. Kecuali breakdance dan main drum.*break the dance & drum boleh kot*  Senang cerita aku tak pernah menyesal sebab dia yang fill in bahagian lelaki impian aku. Walaupun tak semua benda dia ‘tick’.

dream heart.


Sekian trimaseh.

Thursday, July 21, 2011

ini hiperbola

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 21, 2011 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tengok cerita melayu ke cerita bangsa apa yang jenis tacing-tacing tu buat aku fikir. Media massa ni hiperbola. Tak kira lah tentang cinta ke keluarga ke semua sama pembohong. Macam manalah dorang semua boleh ada masa untuk membohong sana-sini. Yang tengok lagilah kena tipu hidup-hidup. Memang betullah karier mereka pelakon, sesuai nama tu. Sandiwara. 

Rasa nak cerita ala-ala islamik, semua bertudung bagi perempuan. Baca hadis tak nak kalah, ala-ala macam ustaz suruh bacakan hadis beserta terjemahan waktu kelas agama kat sekolah. Haha.  Yang hebatnya, hafal tu setiap butir perkataan. Bagus tu. Realiti wallahu’alam. Kadang-kadang kita tak nak reveal aib orang, tapi ada orang suka reveal aib sendiri. Contoh macam tengok melodi masing-masing mengaku ‘saya clubbing tapi saya tak buat benda-benda yang dilarang’ kata seorang artis wanita. Dah nama pun clubbing, sure-sure kau bukak segala aurat, baju sendat. Tu pun benda dilarang. Ada plak kau nak pergi clubbing pakai telekung berpurdah. Pandai kau buat aku rasa kelakar kan. Tapi orang semua ambil mudah je perkara ni.

ehhh ape aku merepek ni? ampunampunn.

ehh ini bukan citer melayu.

berfikir

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 21, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
belum masanya lagi untuk v-log. walaupun semua sakan v-logging, tapi aku segan. aku cantik, tapi orang lain lagi cantik. aku kurus, tapi orang lain lagi kurus.

jadi paham-paham je lah ye.

mana tau lepas ni aku v-log dengan buat cover songs macam NajwaLatif ke kan. haruuu dunia.

hahahahahahahahahaha......korang nak lagu ape?

Monday, July 18, 2011

Sejarah indie dalam hidup aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 18, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Sebelum aku mula, aku ingin memberitahu aku ni tak tahu sangat pasal indie, underground and so on. Pegang gitar pun aku tak tahu. Angan-angan boleh lah. Jadi apa yang aku sampaikan adalah apa yang aku fikirkan saja ok. Hyperindie sekalian janganlah marah jika aku macam poseur yang bercerita knowledgenya yang memang betul-betul tak betul.

Korang perasan tak ataupun aku ni sememangnya bongok sebab sekarang baru nak cakap, maksud aku taip.dulu-dulu masa tahun 2007, kan cerita KAMI keluar. 1st time aku tengok iklan cerita tu aku dah dapat rasa dia bakal bawa perubahan.(di samping kawan yang merengek nak tengok cerita tu). Bukan lah perubahan untuk semua, tapi aku kira macam satu impak yang besar jugak lah untuk anak-anak muda. Dulu-dulu kau rasa Digi, celcom ataupun universiti nak ke adakan gig terbuka? Tak de kan? Sebut underground bukan faham sangat pun kan. Ada jugak yang cakap lepas cerita KAMI barulah orang sibuk-sibuk nak sanjung indie bands, sanjung  Hujan. What the heck jugaklah, walaupun aku ada sedikit setuju.ya,Malaysia  indie band dengan Hujan memang dua nama yang sinonim . Tapi aku menyukai hujan sejak 2006, bukan 2007. Masa tu hujan baru je lagi, cuma aku tak tahu muka, sekadar tahu lagu je lah. Suka boleh datang in sudden, and suddenly disappear because we got our ears on something better, maksud aku muzik. Kemungkinan jugak kita bertahan lama menyukai band/artis itu disebabkan pakej mukanya kacak/cantik/jambu. Tu satu factor jugak bagi aku menyukai lagu.(rupa-rupanya aku orang yang macam ni).

Tiba-tiba aku teringat kawan aku yang peminat indie band ni masa dekat matrix dulu. She always Bluetooth lagu-lagu indie dengan peminat indie tegar yang lain(kecuali aku, aku tak mempunyai hp boleh Bluetooth masa tu, kepala lutut boleh la). Then kumpulan kami yang mendengar muzik indie ni tertarik dengan 1 lagu ni.(aku nak rahsia). Suara penyanyi nya sedap, aku imagine penyanyi nya masih muda, cool & stylish, ada rupa dan sudah tentu, gila-gila. Sejauh mana yang akhirnya aku tahu, aku kenal juga muka penyanyinya. Secara tak sengaja,by stalking on myspace(masa ni zaman myspace lagi). Berbalik kepada kawan aku tadi, dia pergi ke gig dan menonton indie band yang menyanyikan lagu yang kami adore tadi. She didn’t talk about it after the gig, di mana aku sangat pasti dia semestinya akan memberitahu aku. (aku tak pergi gig, tak pernah pun pergi).tapi itu tak berlaku. Sampailah aku buka myspace kawan-kawan yang dia pergi bersama, I saw their pictures together with ‘the band’s vocalist’. He’s totally out of question, I guess. Hmmm. Ini bukan aku cakap, orang yang cakap. Semenjak itu aku dengar lagu tanpa memikirkan mukanya lagi. Hei aku tak berhenti minat lagu mereka ok!. Ini lah salah satu good point dalam indie band, they don’t judge a band by their looks. (well I guess itu dulu-dulu).  

Hari ni aku masih lagi minat dengan indie band. Tapi lama-lama aku menyedari yang aku semakin tua dan memalukan diri sendiri jika masih mahu pergi ke gig. What am I saying. K lah ciao.

Thursday, July 14, 2011

cuti semester yang berharga

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 14, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
cuti-cuti ni aku seorang yang pemalas. aku tak kerja. sebab pada pendapat aku, bila dah cuti, cuti jelah. kenapa nak kerja. inilah masa menarik nafas tenang tanpa gelabah biawak nak buat assignment study untuk exam semua. selepas habis belajar, mesti akan bekerja terus-menerus sampailah mati nanti. dah tak ada cuti sem untuk orang kerja. kan? kan? jadi betullah idea aku kan? hargailah cuti sem anda sebelum anda mati kering sebab kerja tanpa henti selepas graduate nanti.

hehe. jangan ikut aku. kalau anda lebih rajin, tak salah pergi kerja. part time ke.

mak aku cakap zaman sekarang ni budak-budak dah senang.(perli aku yang pemalas). tak payah nak kerja teruk-teruk lagi macam orang dulu (e.g bersawah, menoreh getah, berkebun,menebas). setuju sikit, tak setuju banyak. budak-budak zaman sekarang juga mencabar. sebab belajar tu lagi dahsyat dari kerja. semua cikgu dengan mak bapak nak anak periksa dapat straight A. nak dapat straight A tu kendur jugak lah saraf kepala ni sampai lebam baca buku, buat latihan.

lepas habis study tinggi-tinggi, kerja tak semestinya ada menunggu lagi. kena bersaing lagi dengan student lain yang baru lepas grad. belajar macam aku ni pun rasa nak mati dah, belum jadi doctor lagi.engineer ke. mana ada benda mudah. kadang-kadang kita buat benda yang kita suka selalu susah. pakar motivasi ada cakap 'jangan nak samakan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak kita. cabaran dorang lain, keperluan dorang lain. takkan kita nak suruh dia tulis surat pada kawan-kawan masa kawan dia yang lain boleh sms, facebook, blog semua. semuanya dah tak sama. dulu-dulu 50 sen tu banyak sangat, sekarang rm50 sekejap je dah habis.'. how i wish my mother listen to this, kerana asyik cakap 'kami dulu-dulu tak perlu semua tu. seronok je, boleh je hidup'.. (oh aku begitu jahat).

jadi 'kerja' aku di rumah ialah menjadi kerani untuk Prime Silver Metrology Enterprise. tak ada gaji, makan tanggung, duit belanja boleh mintak bila-bila, penginapan dan pengangkutan disediakan. kenapa?

sebab aku kerja dengan abah aku.

dan memetik-metik gitar dengan sesuka hati sebab tak reti main langsung. maafkan akulah gitar.

Tuesday, July 12, 2011

isteri kedua

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, July 12, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Beberapa hari lepas aku bermimpi perkara yang buat aku pening kepala. Kerana di dalam kepala asyik memikirkan bilakah diri ini akan kurus, maka aku bermimpi aku telah menjadi kurus dan cantik.(hiperbola).

Sebelum cuti juga telah memberitahu encik mafia yang aku mempunyai abang angkat yang sangat kacak. Saja gatal nak tengok kot lah mafia tahu cemburu. Mungkin juga berjaya tetapi aku lupa satu perkara iaitu aku lupa nak bagitahu yang abang angkat aku adalah dr sheikh muszaphar shukor.(ini perkara yang benar). 

Kemungkinan encik mafia masih tersalah faham. (TT.TT”)

Jadi di dalam mimpi dr sheikh muszaphar telah melamar aku menjadi isteri kedua beliau, di samping dr halina yang tersenyum manis*merestui lah kot.

 Kerana terharu tahap melampau dan merasai diri begitu cantik dan bertuah, maka aku terima lamaran tersebut. Mak dan abah aku pulak sibuk bekerja. Walaupun wedding kami tak meriah macam 1st wedding dr sheikh muszaphar, tapi aku kira grand lah jugak. Aku tengok meriah persiapannya. Masa tu aku dapat bersembang dengan dr. aku pun ingatkan dia masa 1st time kami berjumpa; minggu orientasi UKM. Dia kata entah apa-apa je yang budak UKM tanya masa sesi soal jawab(memang pun!). aku berasa malu untuk itu. Aku mengingatkan dia yang dia dah ambil kami semua jadi adik angkat. Miahaha! Dia gelak. Aku gembira. Tak sangka aku berpeluang bersembang tak formal dengan dia.*alahhh lagipun bakal suami kan!!* Ketika CST Production(production pun taknak kalah: akibat terlalu banyak tonton wedding video yang hebat-hebat sebelum tidur, jadi telah berangan mendapatkan khidmat mereka) tengah sibuk setup barang-barang dia nak buat wedding video kami, aku tiba-tiba teringat encik mafia. Aku teringat kenangan-kenangan kami yang indah *puke*. Aku sedih. Kenapa pulak aku kena jadi bini nombor 2 dr sheikh muszaphar sedangkan aku ada boyfriend yang sangat kah-chak (mata bergenang). Aku susah hati, aku menangis(baru menyedari yang telah mengkhianati cinta*aceceh ayat*). Jadi aku telah menangkap seorang dayang(istana?) untuk bertukar tempat dengan aku. 

Yang peliknya dayang tu nak pulak kan. Nampak sangat dia pun ada hati dengan dr. hahaha! Jadi setelah melarikan diri, aku gembira. *ending yang aneh*.

Tak lama, aku bertukar mimpi lain pulak. Rasanya aku pergi berlawan dengan ultraman kot.
Payah aku rasa. Nanti dulu, nanti dulu!









adakah aku raksasa…? (TT.TT”)

google.