- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf September 2011 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, September 28, 2011

cheapest things for the soul

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, September 28, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kawan-kawan dalam kelas aku sibuk cerita tentang hutang pelajar dalam laman web UKM. kami masing-masing ada hutang. ada rm100, ada rm200, ada yang sampai rm300. bagi kami melihat not RM10 pun sudah cukup sakit untuk dibayar, apa lagi ratus-ratus.

bukan aku tak mensyukuri nikmat diberi dan apa yang aku berhak dapat dan setakat mana rezeki aku. tapi hari-hari yang kami lalui agak perit. yeah, money do talks kan. tambah-tambah bila dalam kampus macam ni, i mean, mostly people around us got scholarship and we didn't. mungkin ada dosa kami di masa lampau lalu dibayar cash dengan tak dapat JPA atau Allah memang nak bagi kami kesusahan sebelum kesenangan nanti. itu cuma assumption aku sendiri, dan aku rasa ia agak berasas. aku pernah baca cuma idiots sahaja yang cakap 'money talks', jadi sekarang akulah si idiots itu.*refer ayat atas*.

we heard people around talking bout having new branded outfits for this new semester. but we can only buy one half-branded things that we needed most for the whole sem. when we go buy things, we choose the cheapest brand from the rack.

last 2 years when others wearing specially-buy-dress or specially-buy-outfits for dinner, we just can afford wearing the clothes from last Hari Raya or borrowing friend's clothes to make us look a lil bit differ that day. just that.



we choose the cheapest things to buy from the cheapest stores ; shoes, beg, books, foods, soaps, toothpaste, pens.etc.

sekarang nak kena amik vaksin pun rasa sakit nak bayar. aku risau duit sem ini pun tak bertahan lama.

terluka. :'(

Monday, September 26, 2011

Penyertaan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia KTSN kini dibuka.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 26, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Assalamualaikum.

semua warga KTSN UKM Kampus KL !! yang ingin meningkatkan tahap ketahanan badan/ menyambung dunia persilatan/ mencuba sesuatu yang baru dari sebelum ini/ berminat / cuba-cuba saja/ curious sangat pasal silat melayu/ rasa takut sebab tak dapat defend diri dan orang tersayang? / nak mencari ilmu lebih? tak kira tahun berapa pun.

boleh datang ke booth kami, booth PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA, KTSN UKM KKL pada malam MPPK pada 26-27 September di DSG,KTSN1, untuk menyertai persatuan kami. dan bersama-sama kita meneruskan warisan silat ini kepada generasi akan datang.

boleh terus ke group FB kami untuk pertanyaan yang lebih banyak :) --> Gelanggang Gayong KTSN

demo silat di Taman Tasik Titiwangsa
Demo pemecahan di taman tasik titiwangsa
SUKEM silat
ujian kenaikan.


untuk aktiviti-aktiviti masa aku first year yang sempat aku update boleh ke sini.. -->HK's Gayong

bersama-sama lah meramaikan majlis. jazakallahu khairan.sekian.

gemuk vs hitam. siapa lagi seksi?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 26, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
cuti-cuti malaysia hari tu macam biasa aku selalu bergaduh dengan Ica (7), anak kakyong aku. well dia adalah cucu sulung dalam keluarga aku, makanya boleh lah anda expect kan sebagai manja terlebih.

sekarang dah kurang sikit, sebab dah ada adik-adik.

kadang-kadang aku rasa bersalah sikit. tapi rasa seronok banyak bila dia menangis.

selalunya kami mula bergaduh bila aku malas nak layan dia. perang mulut.

"eeeeeeeeeeee...." oleh Ica.
"wekkkkkk........" oleh aku.

"GEMUK!!cut GEMUK!!" kata Ica. aku gelak.

aku pun, "orang GEMUK boleh kurus , tapi kalo HITAM tak boleh buat apa. pakai fair & lovely muka je putih lain sama je..hahaha".

Ica menangis, pukul-pukul aku. dah kalah la tu kan.









err..aku tak kata hitam itu salah.(hitam itu sexy apa..) tapi sapa suruh Ica tu mula dulu, kan dah kena. haha. dan aku pun up sikit dari malam tanpa lampu.

they are sexy. errr..
wow..

ce aku mekap camni kan, bukan seksi, seksa adala.

sexy betul renungan mu....(oii...)

ini....kiut....haha

tapi gemuk pun seksi apa?

tengok, gemuk pun boleh berenang. jadi kurus pakai bikini seksi-seksi tapi pakai pelampung buat apa.
kah kah kah.

##harap maaf.

Saturday, September 24, 2011

status sekarang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, September 24, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bila boleh mendengar bila hati asyik fikir benda lain. haaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh keluhan panjang.







dengar lagu yang sama banyak kali. sekarang.

Friday, September 23, 2011

barang yang tak berguna

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, September 23, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pernah tak korang rasa macam mana pergi membeli dengan duit yang hampir habis tapi barang yang dibeli tak berguna dan merugikan.

contohnya ;
beli nail clipper kemain mahal dan cantik tapi tumpul.
beli motor cantik tapi brek dengan nak start susah.
beli kasut comel mahal tapi sakitkan kaki.
beli mousepad mahal kemain tapi tak mesra mouse.
beli penyapu mahal seminggu lepas tu dah terbarai.
beli laptop cantik mahal up to date tapi seminggu lepas tu laptop kita dah label outdated.
beli botol air jenama mahal tapi isi air melekat rasa plastik.
beli baju bergaya sangat tapi pakai macam badut sarkas.

aku memang tak pandai membeli barang. grrrrr..

Thursday, September 22, 2011

"Jom Sertai Bloglist Wanblur".

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, September 22, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
klik untuk ke blog wanblur
melalui invitation wanblur sendiri, aku mahu menjoinkan diri walaupun hari ni kedemaman. (sambil baring pegang kepala bentuk nonagon).

jadi mahu masuk kategori KAMI HENSEM...boleh takkkk weiiiiii..hahaha...(ko masukkan je mana layak).

aku mengetag 2 orang :

Blog Revolusi Kepetakan
Blog Cerita Tentang Aku

Monday, September 19, 2011

ucapan buat mu di hari jadi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 19, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
simple, tapi bermakna.

selamat hari jadi, selamat ulang tahun, happy birthday.
tapi di facebook ramai-ramai ucapkan happy birthday dan ada yang rajin sikit postkan ucapan panjang dan bergambar. that's a lot of meaning, even we take them as simple.

.kadang-kadang aku tak suka menaip dalam bahasa inggeris. macam lame je, maksud aku, style aku tulis. bila aku baca balik aku rasa menyampah. okey ini iklan.

aku suka ucapan 'selamat hari jadi. semoga dikurniakan kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki dan hidup yang bahagia di dunia dan akhirat akhirat'.

kenapa? it's an everlasting wishes for the hereafter also. kan kan. *tengok aku type english lagi*.

lagi, it's a reminder that we are approaching our death. semakin dekat.

dan lagi, ucapan semoga dipanjangkan umur mungkin tak berapa sesuai sebab setakat mana umur kita telah pun ditentukan di lauhul mahfuz. ada 4 perkara sebenarnya; hari mati, rezeki, hidup dan jodoh. tapi kenapa aku masih nak ucapan dimurahkan rezeki?

entahlah, otak aku ni celaru sikit.

Sunday, September 18, 2011

Kita Harus Mula Rasa Cantik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, September 18, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
nania the raksasa sejak semalam asyik membebel pasal persepsi cantik orang Malaysia. ini disambung dari bebelan dia tahun lepas bila tengok orang cantik. dia cakap "aku benci laa orang cakap, asal putih je cantik, asal putih je cantik. asal hitam je takk cantik !".
nania the raksasa

gadis melayu, cantik ?


tapi bila tengok aku, dia tak membebel, jadi aku fahamlah yang dia memaksudkannya secara tak langsung dan aku akur.

berdasarkan entri nama nami dari TTGB, betullah orang Malaysia ni rasa yang putih,cerah, bibir merah, mixed, mata bulat, hidung mancung, rambut karat(punca kenapa orang suka dye rambut), kurus dan sebagainya itu cantik. manakala yang hitam, kedu, gigi berterabur, hidung kembang, ada black head white head, rambut bercabang dan sebagainya itu "kurang menarik".


from my amethyst blog
http://www.myamethyst-shea.com/
fatin liyana  http://honeykoyuki.blogspot.com/

walau macam mana pun aku tak merasakan diri aku mengejar semua yang dilabel cantik di Malaysia, kecuali menguruskan diri dan mengecilkan saiz gigi. ada negara sebalik sana yang rasa hitam, gemuk, hidung kembang dan gigi berterabur serta rambut bercabang itu hot. kita tak tahu, sampai-sampai sana semua lelaki gilakan aku, nak buat macam mana dah diorang rasa aku hot. jadi aku kena akur walaupun culture shock yaa amat kerana di Malaysia susah orang nak gila kat aku, aku je gila kat orang. contohnya aku gila kat Noh Hujan tapi Noh Hujan tak gila kat aku langsung.

akhirnya ada lah yang sudi 'gila' kat aku*mungkin terpaksa,aku yang ugut dia!!*.hehe. mohamad ridwan jugak yang baik.

okay sambung balik. seeloknya orang Malaysia bersyukur lah dengan apa yang ada, asalkan cantik di mata Ilahi. bila cantik di mata manusia ni tak semestinya janjikan syurga. kalau mata manusia kata pakai legging itu cantik dan hot, di mata Ilahi kata pakai legging itu azab dan heat.*contoh*. ehh aku bukan review pasal pakaian kan,aku cakap aspek fizikal.

di malaysia kurus itu cantik, tapi kesianlah orang yang memang ada gene gemuk dalam dirinya walaupun dia tak makan banyak, tak tidur banyak dan rajin bersenam.tapi manusia di sekeliling tak boleh berhenti buat spekulasi yang orang gemuk itu makan banyak, suka tidur dan malas bersukan semua, yang paling nyata tak cntik alaaa macam lah aku tak tau differences perempuan selalu tengok pada pesaing dia "hee...dah la gemuk". boleh jugak guna pada unwanted guys yang fall in love with the lovely vibrant lady

jadi setiap hari orang gemuk menangisi aspek fizikal tubuh dia dan orang lain terus-terus bagi pandangan yang slack bila tengok dia.

yang kurus dijulang-julang,dipuji-puji walaupun dia makan banyak, suka tidur dan malas bersukan semua. dan every time jumpa manusia memuji "awak mesti best kan boleh makan banyak tapi tak gemuk-gemuk". dan dia boleh berbangga yang metabolism dia tinggi dan dia boleh makan segunung ayam KFC setiap hari tapi berat maintain 40 kg, tapi kehidupan kita berputar seperti roda bulat mana tahu Allah nak musnahkan kadar metabolism dia sekelip mata makan nasik sesudu sehari pun berat bertambah 1 kg setiap hari.jadi hentikan mengata gemuk atau kurus kerana semua kita diciptakan oleh Allah yang satu. tak ada TUHAN lain yang menciptakan kita selain Allah kerana Allah Maha Satu yang Maha Besar.

back to the point, cantik. cantik itu banyak. tapi semua orang(perempuan) harus rasakan dirinya cantik. walaupun lelaki cakap aku tak cantik tapi mestilah yakin diri walaupun sakit menipu diri sendiri di depan cermin yang jujur walaupun tak bercakap sendiri. cukuplah seorang saja yang di hati cakap kita cantik, kita mestilah berpuas hati. dalam buruk-buruk kita(aku), masih ada yang boleh mencari nilai kecantikannya, itu yang harus kita hargai, kalau banyak yang cakap jangan bongkak.
muka letih.

dulu-dulu aku pun selalu kecil hati bila cikgu-cikgi prefer kawan-kawan aku yang manis macam gula melaka instead of aku untuk apa-apa event yang best. but then aku mula merasakan bahagianya hidup ini bila hanya orang tertentu yang tahu erti cantik yang kita sembunyikan bukannya bila aku berjalan tepi pantai atau shopping complex orang curi-curi snap gambar aku sebab aku cantik. tapi bukan salah orang tu pun. takde sape-sape salah.

kulit aku tak licin macam supermodel. tak gelap, tak cerah tapi boleh lah menjadikan aku seorang Melayu. gigi aku besar-besar tapi aku syukur barisannya nampak elok lah jugak. bibir aku tak mungil macam yang diidamkan perempuan lain, tapi senyuman aku mungkin boleh jadi penawar kerisauan sesiapa, mungkin, walaupun untuk sekejap. mata aku tak redup, bulu mata aku tak tebal, bawah mata aku gelap, pipi aku banyak taik lalat, gemuk, aku bukan kategori cun dan aku tak menawan.

tapi terus terang aku masih berpuas hati dengan tubuh yang dipinjamkan ini. kadang-kadang nak yakin diri aku jerit "aku cantikk!!!!". dari situ lah mula rasa cantik.

cantik untuk semua.

Cantik tak kami?
suka buat muka pelik-pelik,itu la encik bf saya.


saya pun mahu jadi cantik.

aku suka, cantik!











Thursday, September 15, 2011

aku pun jumpa fatin liyana..hahaha (nak tiru CKB)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, September 15, 2011 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ni dah genap hari ke 5 balik ke kampus UKM kuala lumpur. hari first balik macam biasalah rasa homesick sebab dah lama sangat duduk rumah *rindu anak kucing, kucing-kucing remaja,mak kucing,bapak kucing dan etc kat rumah* lagi pulak hari tu raya kan. aku rindu bau raya, bau rumah aku di hari raya.(bukan bau ketiak di hari raya). jadi weekend ni boleh lah beraya *makan kuih raya* dengan incik boipren. muahaha.(moment yang mahal, mesti tangkap gambar sampai habis bateri ! oo yeah bebeh!).

*by the way kelmarin Nania The Raksasa dah habiskan biskut feveret aku. jadi aku ingat aku nak makan biskut yang dikhaskan untuk incik boipren.. hee hee..note that aku suka makan kuih raya!*

so just nak cakap about this semester. AKU DAH 3RD YEAR SEKARANG!! rasa tua sangat je. tapi rasa tak lah sematang (makin matang dan makin bulat) yang Encik Wafi cakapkan, second sem second year dulu pun kena tipu jugak hidup-hidup dengan pakcik bungkus plastik kat kaki. (aku tak boleh lupa moment ditipu tu, rasa loser habiss). kadang-kadang rasa nak nangis dalam shower bila ingat.<-crybaby.

sem ni every wednesday tak de wordless wednesday lah kat kelas, sebab kena cakap jugak. karang tak pasal-pasal aku kena hantar kat speech rehab sebab bisu tiba-tiba. setiap rabu kena pergi PPUKM(pusat perubatan ukm),

ada CPC(konferens doktor-doktor kat sana dan ada speaker OT di awal pagi, di mana YEAHH itulah yang aku nak dengar, tapi "bertuah" punya Idati, boleh terlelap pulak, nasib baik ramai yang amik point penting boleh cakap balik kat aku.*tak lah lama sangat tido, tapi segar jugak lah jadi nya..). minggu seterusnya janji tak tido.

lepas tu baru pergi ward neurologi, dermatologi dan penyakit berjangkit. rotate dengan another group untuk pergi ward psikiatrik, klinik dan library. rasa cam nak duduk wad psikiatrik je sebab tenang je tempat tu. aku boleh lah bergelak ketawa kat situ tanpa ada orang kisah.*idea yang hodoh*.

jadi semasa saat paling tak boleh blahh yang berputar-putar dalam kepala aku *aku dan CKB menggelupur kat dalam library PPUKM*, sebab kami jumpa Fatin Liyana tengah study. he he he. kira bangga habis laa aku dengan CKB. kembang-kempis hidung, tapi tak pergi tegur pun, lagipun dia tengah study, nanti distraction pulak kann. haha.

mula-mula aku dah nampak FL, tapi aku rasa macam tak percaya, dan aku terlupa dia ada kat PPUKM sekarang. dan YAAAA, Ter jakun aku di situ. muahaha. jadi kepada FL, kami lah yang menggelupur masa tu.

ok stop.

jadi minggu-minggu depan akan berpraktikal di PPUKM setiap rabu lah. dan aku takkan bawak Tasya seperti yang dia request kat aku semalam *semata-mata nak jumpa FL* aku rasa dia bukan takat jadi distraction pada FL je, tapi untuk aku sekali. kann. :P

dan nanti aku praktikal di hospital seremban, negeri sembilan. wish me luck semua bebeh!

Wednesday, September 7, 2011

Eid Mubarak 2011

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, September 07, 2011 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hepi eid mubarak kepada semua yang mengenali aku dan umat islam sedunia.

tak nak banyak bunyi, here are the pix.
macam ada unsur hip hop di sini.

3 anak buah yang menjadi rama-rama biru

dalam kebun getah pun bolehh!

ni kes tak penah jumpa pokok getah

'

aku suka!

aku slack,


tahun ni wan tak datang. :'(

nevermind, boleh beraya bersama di KL. (sekurang-kurangnya aku ada alasan kenapa excited nak balik KL kan?).

haha.selamat hari raya Idati.