Do you like my blog?

Wednesday, November 30, 2011

saat terindah yang tak demand

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 30, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku cuba encourage diri aku untuk suka.

tapi macam kena kahwin paksa pulak ni. adui.


semalam dan hari yang lepas sejak awal semester ni aku dah rasa yang something going wrong. tapi masih tak dpat beza ini perasaan ke pemberontakan hati. aku diam-diam supaya hati aku boleh stabil.

thank God semester ini aku lagi tahu banyak untuk bersabar, tapi muka kerut-kerut aku memang tak boleh bantu. who cares pun kan.

saat terindah dalam masa ini adalah bila pukul 5pm weekdays, dan fulltime weekend and public holiday.
hobi yang tidak bagus adalah tidur tapi tak lena. letih macam tu.

realiti yang buat aku terpanar

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 30, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tak kira macam mana aku cuba buat semua ni seakan-akan mimpi indah,

aku akan lost di tempat yang sama. titik mimpi yang sama macam hari pertama.


mimpi ngeri dalam realiti.






hold my hand, and say to me. "you're all over it".

Monday, November 28, 2011

Seminggu praktikal dan berlari pulang untuk menangis

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, November 28, 2011 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seminggu di seremban; agak kekok pada hari mula. aku boleh lupa apa tu GCS dan muka bodoh bangga jawab "tak tahu..". wei apahal kau idati malek. rasa nak pijak diri sendiri guna kasut ada paku.

 dakwat pertama. haha.

aku memang kolot macam kanak-kanak homesick. *hostelsick*. rindu bilik aku yang tenang. rindu skuter biru putih aku. rindu taman tasik titiwangsa. walaupun KL sesak,sesak dengan manusia, sampah, dosa tapi pada memori aku ; aku masih jumpa sesuatu yang aku suka. *Encik Ridwan pun termasuk hahaha*.

setiap hari aku bangun pagi, macam biasa, tumit aku sakit*macam dah 2 bulan rasa*. kalau ikut hasil tangkapan google aku, aku mungkin ada apa yang di'diagnose sebagai Plantar Fasciitis. tapi aku tak pasti, tak mintak diagnose doktor pun. tu lah yang dinamakan tahi yang berlagak wangi. bila aku bangun pagi, aku berdiri mesti sakit macam celaka. masa tu tau pulak menyumpah tahi pada diri sendiri, lepas hilang sakit gembira menggelupur tak ingat dunia, apa lagi akhirat.

sejak mata masuk habuk ke apa benda entah aku rasa visual acuity mata kiri aku berkurang. dan tak lupa urat kaki warna hijau sudah timbul, aku rasa gagah *tak ada kaitan dengan habuk*. mungkin hasil aku berjalan dengan gagah ke HTJ atas bukit,dengan muka sombong terhadap free shuttle yang disediakan. rasakan akibat kerana mencabar endurance kaki yang tak dapat dinafikan kelemahannya.

aku harus akur. aku perempuan. limited endurance. tak boleh nak guna buah 'kalau'. macam "kalau lah aku lelaki".

encik mafia yg bercitarasa mewah tiba-tiba

pika model iklan red carnival n durex...woiii

pika dan Tuan Bennet...*hensem la,tinggiii...~

pika bergegar atas dasar excited

chupa chups oleh Tuan Bennet..cool kan.haha

ni la hasil tangkapan pada fiesta gempakstarz hari ni..ehh smalam...~

Saturday, November 19, 2011

away for a month :P

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 19, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
i'm going to Hospital Tuanku Jaafar,Seremban untuk berpraktikal as an occupational therapist for a month.

bye KL. wish me luck. will miss taman tasik titiwangsa, TS & Lowyat (nampak sangat tak suka pi tempat lain selain yang ni walaupun kat KL).. hehe :D

breakdown the laziness

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 19, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku belum ada masa lagi untuk update pasal Program Stress-less oleh Occupational Therapy/3 UKM yang sangat berjaya minggu ini; atas sokongan kawan-kawan yang baik hati. walau masa yang suntuk, publisti yang lambat, program kami tetap happening apa! tak perlu jaja nama merit disediakan sangat, well aku agak berbangga pasal itu. walaupun aku buat tak tahu malu paksa kawan-kawan datang program. HAHA.

okey nanti aku update lain *aku malas nak upload gamba sebenarnya*.

sekarang mood tengah break down. T.T akupun taktau kenapa ni.

Thursday, November 17, 2011

Aidiladha 2011

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 17, 2011 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari raya aidiladha pada tahun ini aku pergi Night Safari Taiping. entah lah, ramai kot orang, semua orang tak super kelam kabut macam hari raya aidilfitri. pergi semayang raya pun pakai baju kurung kelas. cuma tolak kad matriks, kang aku pakai orang kampung cakap aku berlagak pulak, susah kan. *lagipun tak ada pakcik guard nak saman kalau tak pakai matrix card*.

sebelum itu pada siang hari dengan muka tak mandi, buat photoshoot dengan tasya dan muhammad kat taman bunga mini rumah mak ngah, aceceh mengada ahh aku taman bunga mini bagai. malam raya juga ada buat tiramisu untuk sesi 'menyihatkan' badan. usaha gigih tak nak makan malam berkecai-kecai bila masuk fasa raya. memang objektif hidup aku tak cukup bold. tapi raya tak jumpa kawan-kawan pun, encik ridwan pun tak jumpa. aku jumpa famili-famili aku je. itu sudah cukup hebat, sebab aku jarang balik rumah lepas zaman sekolah di bainun.







and the last day of my holiday sebelum balik ke KL yang indah ini, aku attentd dua kenduri. well satu sedara, satu lagi sedara jugak, atau lebih tepat, cousin aku lah yang berkahwin.tahniah buat abg wan. semoga berkekalan hingga ke akhirat.














Tuesday, November 15, 2011

Student's Request 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 15, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku ada pelbagai saranan untuk kebajikan students. tapi highlight aku untuk saranan yang pertama ni adalah :

TOLONG JANGAN LAYAN KAMI MACAM PENJENAYAH, dan TOLONG JANGAN LAYAN KAMI MACAM ORANG BODOH.

aku rasa bila orang dewasa, atau pangkat-pangkat, atau sapa-sapa yang rasa dapat mandat turun dari langit belah mana entah nak soal-soal kami macam penjenayah, aku sedih. rasa macam bercakap dengan retarded wild ****. faham tak.

jadi, jangan jadi retarded wild ****. (apa itu ****? binatang kaki empat adik beradik jokut). lu pk la sendiri.

mana datang respek kalau bukan dari keikhlasan. respek dari ketakutan dan kebencian adalah respek paling FUUUUUUU sialan dalam dunia. tq.

Thursday, November 10, 2011

adakah rebel itu hebat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 10, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
jiwa kita-kita yang baru kenal apa itu alam dewasa; alam remaja atau yang dah tua bangka tapi rasa macam remaja lagi, memang akan impress dengan blog-blog yang banyak unsur rebel ni. Ini sama macam monyet yang impress bila kau turut lompat2 sambil tepuk tangan macam dia.

Sedikit sebanyak memang lah aku pun terpengaruh, tapi nasiblah hati aku rebel kepada si rebel yang itu.

Bab agama janganlah nak buat bahan untuk buat orang lain impressive dengan tajuk rebel kita.jangan buat al-Quran macam buku rujukan zaman sekolah yang kau boleh compare kehebatannya dengan buku rujukan terbitan syarikat berlainan. Jangan cuba-cuba cabar al-Quran.

Aku tahu writing orang yang rebel ini sangat FUUUUU BOMBASTIC. Dorang hebat bab cabar dan pengaruh orang tapi sampai masa depan Allah nanti tak ter'rebel' kau.

Come on rebellicious sekalian, kata banyak fakta dalam kotak memori masing-masing. Bukak mindq luasluas dan tengok alam ini siapa cipta.

Kalau kau mati kelak, kt mana kau nak dikuburkan?

Masih mampu rebel dengan malaikat maut bila sampai masa kau?

...

Wednesday, November 9, 2011

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 09, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tempoh hari masa balik aku pening dalam kereta sebab kl jam teruk.sukar nak percaya yang aku ulang habit motion-sickness aku yg dulu,dan proceed dengan throw out everything.

Ada 3kali aku bersengkang mulut baru tak rasa nak muntah dah.masuk kereta ada kfc,ada orang belanja,tapi aku masih tak faham sampai lusanya.

Orang kat rumah memang suka bagi aku pending tentang the latest update.

Tapi abah aku terserlah gembira tak sempat-sempat nak tayang henfon baru dia nokia n8, maxis bagi free sekarang ni.

Aku sekarang tengah update dan on9 pun guna hp abah aku la.ouh lupa,syarat dapat hp free kena guna data plan maxis selama 2 tahun.

Sekarang tengah banyak benda nak fikir tapi otak aku mengada-ngada tahap mintak penyepak.

Friday, November 4, 2011

[Video] Promo Program STRESS-LESS oleh OT UKM 3rd Year

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, November 04, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
UKM KKL KTSN STUDENTS : sesiapa yg berminat *tak sempat nak hantar borang* dengan program 


STRESS-LESS anjuran OT/3, sila sms Nama, no matrik, no fon, course/tahun kepada no Idati Malek .
















Thursday, November 3, 2011

STRESS-LESS PROGRAMME BY OCCUPATIONAL THERAPY UKM- 14 NOV & 17 NOV 2011

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 03, 2011 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

SAPA CEPAT DIA DAPAT YE.*OPEN TO UKM KL STUDENTS ONLY.

DIUTAMAKAN KEPADA 1ST YEAR STUDENTS & SESIAPA YANG STRESS.*BORANG ADA PADA BOARD JAKSA DEKAT KAFE KTSN1.

Wednesday, November 2, 2011

datin bumi atiqah dalam kenangan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 02, 2011 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
di kesempatan ini saya mahu mendedikasi ucapan entri birthday yang ke 21 buat ex-rumet aku masa zaman hingusan di matrix penang.*ini bukan entri kesedihan di atas kematian*.

di bilik A1.4.13 di mana kita sama-sama menghayati pemandangan kuda, kambing dan lembu berlari-lari girang pada waktu pagi dan petang. tak urang itik dan ayam turut sama ketawa. di bilik tu jugak aku asyik cerita pasal mohamad ridwan non-stop dan kau tetap menjadi pendengar setia walaupun kau tak kenal ridwan tu siapa sebenarnya. aku sibuk cari frame gambar nak letak gambar ridwan dan tiap kali kau pergi kedai nampak frame gambar, kau mesti ingat aku. terima kasih atas ingatan itu.

tiap kali kita baru cucuk duit, kita mesti pergi kesis(kedai runcit glemer KMPP) beli cornetto atau apa-apa yang mahal. malam-malam kau suka ajak aku jalan-jalan. kau memang suka jalan. aku pun suka. tapi aku segan sebab aku rasa tiap kali berselisih dengan orang lain, aku rasa comot dan gemuk. tapi kau gembira je. mungkin sebab kau pun comot macam aku.

aku pernah kunci kau luar pintu sebab tak perasan bila kau keluar waktu malam. bila kau ketuk-ketuk aku takut nak bukak sebab aku ingat hantu ju-on atau hantu ruby masa zaman sekolah dulu dah datang. aku rasa sangat haunted masa tu. selepas setengah jam macam nak pecah pintu tu kena ketuk baru aku percaya kau bukan hantu. muka kau merah gila masa aku bukak pintu tu. HAHAHA.

kadang-kadang aku tunjuk kau sapa budak aku selalu stalk masa nak masuk kuliah dan kau pun pilih budak kuliah aku jugak untuk di stalk. bukan sorang, tapi dua. haha malas aku nak ingat balik sapa dua orang tu.biarlah jadi kenangan.

makanan kegemaran kau kat kafe adalah nasi putih, ayam goreng dan kuah gulai. lepas tu beli teh ais. kau dengan syer tak suka makan begedil. syer suka makan char kue teow ayam. bila kita order tak sedap pun, rasa macam ayam goreng hangit.. char kue teow udang lagi best lah.

tiap-tiap malam kau dengan syer kena tadah telinga sebab aku buat karaoke dalam bilik. sekarang aku dah takde habit nyanyi macam tu lagi. sumpah aku malu gila bila ingat apa aku buat.muahaha.

banyak lagi yang aku tak taip.

haha.

kepada noratiqah shaharin @ Datin Bumi Atiqah.
by the way, selamat hari jadi yang ke 21. semoga hidup dengan bahagia dan sihat belaka. jangan sakit-sakit. nak kahwin cakap kat aku awal sikit boleh lah aku datang tolong-tolong. *mungkin la.