Do you like my blog?

Saturday, December 29, 2012

burung kuang kuit

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, December 29, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari tu lepak-lepak dengan kekasih coklat siapa lagi kalau bukan ridwan sarudin  (hehehehe) dan nania the raksasa makanan dekat kedai open-air favourite, bercerita tentang kisah-kisah mistik. maybe. haha.

so aku nak share pasal burung yang aku tak tau nama, tapi aku panggil burung kuang kuit sebab bunyi dia 'kuang, kuang, kuit'.

apa yang misteri pasal burung ni?
dulu-dulu masa kecik, selalu dengar burung ni berbunyi malam-malam. (aku duk kampung). yang misterinya, dia berbunyi masa malam dah semakin sunyi, orang lain senyap. lepas tu mula-mula bunyinya sayup je 'kuang, kuang ,kuit'. tapi makin lama makin kuat,bunyinya makin dekat. sudahnya dengar macam dekat sebelah bilik je. sampai sekarang aku tak tau kenapa macam tu. yang pasti bunyi nya memang jelas dan mendekat.

lagi satu aku teringat arwah opah aku pernah la cerita masa dulu-dulu dia pergi jaga durian kat kebun dia atas gunung. dia bawak la 2 orang budak lelaki kampung aku tu teman dia jaga. (kot la aku tak ingat dah citer). tengah-tengah larut malam menjaga durian tengah hutan, mestilah sunyi. tiba-tiba ada bunyi burung kuang kuit. macam yang aku cakap tadi la,bunyi dia akan makin kuat.

tapi yang lagi bijak 2 orang budak laki tadi pergi ajuk pulak bunyi 'kuang, kuang kuit' tu. arwah opah aku tegur la 'korang jangan bawak main bunyi tu," tapi dah tak dengar cakap masing-masing sibuk terkuang2 kuit sambil gelak-gelak.

nak buat citer bila tido dorang berdua tadi mimpi balik masa dorang sibuk mengajuk bunyi kuang kuit tu, rupa2nya ada sorang perempuan cantik rambut panjang tengah bertenggek atas pokok tengok dorang panggil-panggil dia. sebab tu dia datang.

lepas je mimpi tu, aku rasa deman teruk la dua orang tu.

kalau orang tua tegur tu,terima la. jangan lawan, kan dah terkena. hehehe.

macam mana dengan korang, pernah dengar bunyi burung kuang kuit tak?

kedai murah kedai 1 malaysia :)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 29, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sebelum aku tulis lagi lanjut atau mengecop aku apa-apa,lebih baik aku clear minda semua manusia yang membaca ni, aku cuma promote kedai murah. bukan kerana minda politik.

dekat UTC KL (of course aku tak tahu UTC stand untuk apa), a.k.a Pudu Sentral, ada macam-macam kedai 1 Malaysia. and aku punya highlight semuanya MUURAHH SIOT!

apa yang aku nampak; kedai rakyat 1 Malaysia, Kedai kain 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan my favourite Kedai Buku 1 Malaysia. hihihi.  so eager aku nak membeli pelbagai buku. they've got many series of Buku Lat, dan aku sangat eager nak beli. malangnya aku pun cukup-cukup makan di hujung sem ini. jadi aku kena tunggu duit yang akan datang.

semalam aku dah tak tahan aku beli jugak buku Ridhwan Saidi, Amerika. which aku memang dah lama nak beli. instead of RM25 harga biasa, aku beli dengan harga RM22!! dan perkara pertama yang wan cakap bila aku kata kat wan "Kte dah tak tahan lagi tengok buku tu semua!!!kite beli jugak satuu!!!!rawwrrrr"..of course rawwr tu aku cuma tambah, hehe, dan wan replies "Cik nurul dah gila.hehe". manja betul nama cik nurul, which is aku takkan toleh kalau orang lain panggil. dalam hati "sapa nurul? aku dati lah".


 yey. neway hari tu encik ridwan pun beli buku sirah nabi dengan harga RM55 sedangkan harga asal RM65. tengok kat situ, berbaloi-baloi. kalau boleh aku nak berdiri atas KL tower dan menjerit "MUUUURAAAHHH WOIII!!!!!".

and of course people won't notice.

the most surprising part adalah hari khamis aku tengok harga beras sekilo RM3+ but semalam aku beli beras 1kg RM2.50. aku rasa nak mengamuk, murah nya! benefit untuk student yang sengkek macam aku tapi masih mahu gemukkan badan dengan mewah.hihi.

nah kau nilai la sendiri.yang cash 5k tu cashier tu tersilap.aku bayar rm20 je..hahahahaha

the book! yey.

yang ini aku belum jumpa lagi

Friday, December 28, 2012

to people who find me annoying

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, December 28, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
look into yourself.
what makes you feel annoyed to me?

the fact said that people get annoyed or jealous because they want to be like the person they annoyed or jealous of.

so you want to be me?
HAHA.

get a life,
LOSER.

Friday, December 14, 2012

diari uzai 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, December 14, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini bermula dengan teh o panas lagi, tapi biskut meri aku sudah habis dibaham Lola malam tadi ketika aku tak sedarkan diri.

memang celaka lah kerja ni, buat aku tidur mati. sedar-sedar Lola dah pergi kerja muka kenyang.
mesti dia bangga kerana berjaya menjumpai simpanan meri aku.

oh semalam aku ada kutip anak kucing dalam longkang dengan harapan dapat mencurahkan kasih sayang.
sedar-sedar pagi ni dia dah mati keras.
apa kesalahan aku?


Oleh,
Uzai.

Thursday, December 13, 2012

4th year in love

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, December 13, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam 12 12 12 adelah birthday my beloved armour and shining star, ridwan kesayangan. jutaan ucapan kasih sayang aku tuju untuk diri mu. hoho malu plak ai.selamat hari lahir ke 22 my sayang kui kui kui. pang.

and today, another special day. can u imagine 2 special day come after another. huhu. ia adalah hari di mana tahun ke 4 kita made statement that we are really falling for each other. aww. *syok sendiri*

i know i'm a bit show off (a bit sangat?). don't mind me, okay.

sory disebabkan awek mu yang tak berduit buat masa ini tak mampu berikan apa2. even not being the first to wish (aku tido plak). betapa sakitnya hati ini bukan sebab tak dapat jadi pertama yang wish, even second pun tak dapat. apa yang aku buat jasad aku tido mati. huish huish..

lebih mentragikkan lagi, i can;t even afford to buy you dinner. i don't give u card this year. i don;t wrap the present for you, because i have nothing by this time. instead, you give me ring. a precious one, written our names with your birthday on. supposedly i'm the one who give you something. i'm sory. *tearsburst*.


may our relationship sail forever.

Sunday, December 9, 2012

balasan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, December 09, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini breakfast bukan bisket meri lagi, tapi roti gardenia bersama cheese. inilah yang dikatakan mengada.

hari ahad hari ini. KL cuti. tapi dari atas apartment aku, aku masih nampak kereta bergerak. tak banyak. rakyat KL masih dibuai mimpi. aku? dah gendut dengan breakfast sahaja.

ada banyak nak disiapkan memandangkan semalam aku dah bermalas2. rasakan balasan kau idati

Saturday, December 8, 2012

watak Lola

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 08, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kalau awak rasa saya sesuai berkawan, marilah.

nama saya ramlah. lagi manja Lola. umur saya 20 tahun. lagi 5 tahun saya mahu jadi perempuan sebenar atas kad pengenalan.

mak bapak saya salah bagi nama Ramli.
mungkin terlalu suka makan burger ramlee.
atau tengok cerita P.Ramlee.

saya belajar business.
di LHT.

bisnes cap ayam namanya.

watak moja

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 08, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selamat petang semua. nama aku moja. aku lelaki tulen. masa kecik dulu mak aku dah set masa depan aku jadi doktor pakar bedah.

sekarang aku di KL, bukan menjadi doktor pakar bedah, tapi jadi doktor cermin kereta.

masa depan aku masih panjang, umur aku 22 tahun.

hobi aku melipat baju dan mengutip kucing di tepi jalan. separuh dari rumah aku didedikasi utk welfare kucing.


watak uzai

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 08, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hai nama aku uzai. sejak dari kecik aku suka makan biskut meri cicah air teh o panas. bercakap tentang teh o panas, dulu aku tak tau apa beza teh dan teh o. sehingga la umur aku 18 tahun.

sehingga kini aku masih teringat dua perkara yang boleh menggagalkan PMR aku, pasal teh dan reaction kimia terhadap lime juice yang aku tak pernah hafal.

selamat berkenalan, namaku uzai. aku seorang lelaki, terperangkap di dalam badan seorang perempuan.

orang panggil aku Jay.
panjang lagi, Jaybon.

sebab lagu aku tersenyum.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 08, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tersenyum pulak aku nyanyi lagu ni sorang-sorang.
flashback balik. hahaha.











Hey, I just met you,
And this is crazy,
But here's my number,
So call me, maybe?


Sunday, December 2, 2012

i request to relax

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, December 02, 2012 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
masa kecik kita expect bila dewasa kita akan jadi lagi bebas, bebas dari suruhan buat benda2 kita x suka macam kena bangun pagi mandi air sejuk then pergi sekolah. aku ingat lepas habis sekolah, we all be FREE to play anything. like in childhood.tapi masa berubah,so as diri kita.physically n mentally. kak yong bukan kak yong yang suka tibai aku guna bulu ayam lagi,dan tasya takkan sama besar dengan zaman yang aku stil boleh dukung dia. itu dalam fikiran aku, in short. time has changed. dan sekarang pun dalam sibling cuma aku yang tak kawin lagi. masa kecik dulu aku tak pernah bayangkan pun kakak aku dukung anak sendiri macam mana. bagi aku, hanya mak aku dan yang setaraf dengannya yang layak dukung anak sendiri. mungkin masa tu aku fikir kami akan kekal macam tu. i'd never rushed to grow up. tapi masa mencemburui kita. besides of taking my childhood away, it also takes our beloved, you know. mereka pergi untuk memberi ruang pada generasi baru. who? our grand,grand,grand nanny/pa. so, should i hate the new generation? generasi yang suka main game gune touch screen hp. generasi yang umur 3 tahun dah ada facebook. should i?

and now i grown up, i merely can't think what it looks like to be me once, did i ever did something to compliment myself. i'm tired now.

i'm doing the things i don't like. dan setiap hari people will come dan cakap "macam mana awak nak kerja nanti?". shit i hate that. rezeki itu di mana2, bukan ketentuan manusia nak bagi aku makan. sedangkan ulat dalam batu boleh hidup.

it;s not like i'm not being grateful but this is the limit. i endure it for too long. i'm doing things in misery. i hate what i'm doing now. okay. okay faham?

i want to relax.

teaser wedding nana

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, December 02, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kerana tidak ada masa lapang yang terlalu banyak untuk dibazirkan, yang ada hanyalah masa-masa sempit besar kuman (telahpun digunakan untuk menggelapkan pemandangan duniawi, baca:tido), aku hanya mampu buat short update eventhough so many things to type. so here's a teaser, from the unofficial photographer. that's me.


Thursday, November 29, 2012

aku serius, kau?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 29, 2012 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kadang-kadang aku rasa lagu terkini macam tak cukup lirik.asyik ulang benda yang sama.
tak boleh nak feel. penyanyi tak cukup educated nak hafal lirik sendiri ke?eh lupa penyanyi kita tak ramai yang tulis lagu sendiri. kalau kat japan dah kena cop ghost writer.eh yeke term tu?

lagu melayu mendayu2, asyik putus cinta, sweet2, ngada2.
lagu indon asyik kekasih gelap, orang ketiga, mati entah ke mana.
lagu omputih menjerit2 entah apa dia mencarut aku tak faham.

dengar nasyid, mula la ada orang tanya "serius kau?".

Thursday, November 15, 2012

manusia kurang sense

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 15, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
biar buta mata,

jangan buta hati.


masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
masuk tempat yang bajet bagus?

kena buat diri dorang macam bagus. kena jugak buat.

sebab kalau tak buat, nanti kau kena tepek kat dahi 'aku budak loser'.

whatever aku malas nak kisah sangat. aku juz holding on to memories. to hopes.

apa orang tu cakap aku malas nak ambik port. bukan dia bayar gaji aku. bukan dia biaya study aku. bukan dia yang tanggung makan pakai aku.

dan paling penting, bukan dia yang tentukan semuanya. tapi Dia. perkara yang sebenar akan terbongkar satu hari nanti. tunggu je. sampai masa kau tahu la langit tu tinggi ke rendah.

masa tu, kau nak tau aku buat apa?

ha?

gelak?

tak tak. aku tak kejam macam kau. aku takkan malukan kau depan semua orang.


aku tangkap gambar kau dan blog kan. biar satu dunia tahu siapa kau. yang sekarang di ambang kebagusan.


semoga kau..rasai apa yang aku rasa. sebab kau kurang sense.

Wednesday, November 14, 2012

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 14, 2012 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak boleh ingat hari yang kau tiada dalam senarai orang terpenting bagi aku.

betul-betul tak boleh ingat apa aku rasa.
apa aku fikir.
apa aku nak.
apa aku ragui.
apa aku kisahkan.

sekarang aku meragui apa aku akan end up jika hari aku tiada kau.

bagaimana?

Saturday, November 10, 2012

cerita pencuci muka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 10, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bila cerita tentang pencuci muka, pertama sekali aku ingat adalah bau epal. itu sebab masa aku umo dalam 8 tahun cmtu mak dan kakak aku berkongsi pencuci muka Avon yang berbau epal, jadah namanya aku tak ingat. aku ingat satu hari dulu masa umur 7,8 tahun, aku pernah jadikan ia sebagai sabun badan sbb suka bau tu. tapi muka aku pedih.so as satu badan aku; menggelupur.
pengajaran

sejak tu aku tak buat dah benda separa keji macam tu.

perkara kedua yang aku teringat tentang pencuci muka adalah pasal kakak aku nana. masa tu dia mungkin umur 12-14 tahun. satu hari dia terlibat dengan kem apa tah yang tido sana 2,3 hari. aku tak amik port sangat.

yang aku tau selama tempoh dia pergi, singa betina a.k.a kak yong aku macam tak senang duduk dalam rumah. aku fikir, mungkin dia rindu nana. tapi possibility untuk itu berlaku adalah setinggi 0.0000000001%.

hari Nana balik, dia riuh bercerita. aku tak faham. ingatan aku paling ingat lepas tu ada peperangan kat bilik air.
kak yong : apahal bawak aku punya pencuci muka???!!!! (note that dlm bahasa rawa)


nana       : (menangis2)..ala orang lain bawak, aku pun nak bawakk!!



kak yong : dah tau tak ada tak payah la bawak !!!  (melempang2...)



VIctory.

sengal.

tahun 2002 masa akhir tahun darjah 6, masa aku tau je aku nak masuk sekolah berasrama, aku excited gilos. aku nak beli pencuci muka walaupun aku tak pernah guna. mungkin semua makhluk asyik ingatkan umur 13 adalah awal remaja. jadi aku fikir pakai pencuci muka adalah gaya hidup remaja. jadi aku mesti memiliki pencuci muka sebagaimana remaja zaman sekarang eager nak memiliki DSLR.

aku beli pencuci muka Fair & Lovely beserta krim pencerah. ini adalah pendedahan awal dari kakak aku tanpa aku ketahui side effect nya. aku pakai tak okey. lepas habis aku tak beli dah. tiba2 ada cikgu praktikal suggest kami yang muda belia pakai lah hazeline snow macam dia ( sambil tunjuk kulit muka nya yang cantik). jadi aku pun terpengaruh,aku pun laju2 beli. pun muka aku tak jadi cantik. plus ada macam pedih sikit. aku biar je pencuci muka tu.

yang paling hot diperkatakan oleh kawan rapat aku syah (sekarang sya), pakailah Dove! kul-kecoh ceriit tangan pun makin lembut. oh. aku pun pakai. and aku find out Dove memang serasi dengan aku. aku pakai Dove sahaja sampai form 5. aku rasa kulit muka aku okey saja. cuma nampak pucat. aku memang pucat pun. sampai akhir tahun form 5, kecoh cerita Dove tak halal. aku habis sekolah, Dove aku pun tamat riwayat nya. sejak tu aku tak pakai pencuci muka. kalau kat rumah tiba2 muka rasa gatal, aku pakai sabun penyamak Taharah tu je. hahaha. sukahati aku je belasah.

then aku masuk matriks, aku still tak ada pencuci muka. sampai nak masuk 2nd sem, tiba2 pakar kecantikan dalam bilik aku bernama syer berkata  "EHHH...DATTTT!!!HG XLEH X PAKAI PENCUCI MUKA. NANTI MUKA HG LG TERUK, PORI2 MAI TERSUMBAT KLO HG DX GUNAA...HG KENA LAA PAKAI HAT YANG SESUAII NAA..." entah lah macam mana dia cakap, tapi macam tu lah lebih kurang.
masa matrix.sebelum sambung guna pencuci muka :'(

masa itu hari sabtu aku ingat. sebelum pergi beli lunch, aku kelam-kabut beli pencuci muka. Aku beli Safi. aku ingat mak datin dalam bilik aku ada cakap kawan dia pakai Safi sampai sekarang elok. aku amik je. terus balik cuci muka. aku rasa muka aku tegang macam dicucuk botox. aku terselamat dari pori2 tersumbat bak tauhu sumbat, aku rasa la.

satu lagi masalah adalah aku sangat lah mundur bab penjagaan muka. muka aku asyik mengelupas, aku malu nak berhadapan dengan orang. konon la. *bajet iklan kecantikan* terima kasih kepada datin seri atiqah kerana men'suggestkan aku dengan krim pelembap safi gamat yang aku gunakan sehingga sekarang.

dan muka aku sampai sekarang sama je, cuma dulu comel sikit. sekarang comel banyak. kah kah kah.
1st year.


mmg tak penah flawless dengan kehadiran taik lalat berbentuk segi tiga bermuda 2nd year muka cm org tua.
recent banyak flaw.yang paling kanan tu effect flash jd putih plak. n nampak dongga.hahaha


untuk mengatasi habuk2 di KL, aku juga turut beli skrub. tapi watch out, scrub tak boleh pakai selalu. dan tak sesuai untuk kulit berjerawat.



baru2 ini aku perasan muka wan macam penuh bintik2 hitam dan putih. aku tak sangka dia menggelupur bila aku bagi tau "eh macam mana nak buat ni? tak hensem la macam ni!". aku selaku beauty consultant yang jelas tak beauty, men'suggestkan dia memakai pencuci dan skrub.
beberapa hari sebelum mencuci muka.
Guardian telah menyelamatkan muka wan. aku suggest dia beli pencuci skrub SG Men dan turbo light Garnier for Men.  esok pagi aku jumpa dia bintik hitam dah kurang sangat-sangat. aku tanya dia skrub macam mana, dia kata dia skrub satu badan.  adoi bijak sangat bf aku. ahhahaha. takpelah janji hensem. tapi betul weh aku cakap, hilang bintik2 hitam tu. mungkin sesuai dengan muka dia. hee.




sehari selepas mencuci muka, aku dapati muka wan telah semakin hensem dan berseri2.lihat saja gambar di bawah. :D


wan yang sekarang.



#kalo rasa2 wan makin hensem tu, terima kasih pada SG Men dan Garnier :)

hahaha :P

Tuesday, November 6, 2012

35th Ed of MA UKM dah keluar..finally

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 06, 2012 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
after all we going through, here we go...our officially 35th student magazine of UKM. enjoy people.

read read.enjoy i said.

thank you all friends :'P panjang umur ada jodoh, kite jumpa lagi, insyaAllah. (meet ukm bangi  & ukm kl)
the cutest cover girl ever :D

us.

my dearly friends :')

i miss US.

Monday, November 5, 2012

aktiviti memandang dinding

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, November 05, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
bukan kerana aku menganggur atau menyetrawberry mahupun mendurian. tapi aku terlalu eager nak baca buku ni.


di  mana bila aku dah start baca, HKL kena bom kat sebelah ni pun aku tak sedar.

Saturday, November 3, 2012

Food Hunting : Burger Bakar Abang Burn

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 03, 2012 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semalam pagi aku mengerekot sakit perut dan asyik berlumba lari seorang diri ke toilet. setelah beberapa jam menyatakan ketidakhadiran aku guna sms, perut aku semakin baik bak tuannya. keh3.

aku telan ubat. lama jugak baru reda. tengahari dah better, boleh lah aku berkemas2 rumah dan bilik yang macam sarang ular.

slack badan je panas. adus. sudah nak demam pulak. tapi kalau aku layankan makin menjadi.

so, untuk melengkapkan list food hunting aku 2 hari lepas, aku ajak si buah hati sapa lagi (kui kui kui) wan tersayang. hahaha. pergi dagang avenue kat ampang. dari tempat aku (jln raja abdullah)ke sana dalam 10-15 min je.

peta untuk memudahkan pencarian.

kalau kat Dagang Avenue ni, korang boleh lah paksa sesapa je untuk teman korang makan kat situ. sebab kalau dorang takmau makan burger bakar, ada macam2 lagi makanan yang boleh dimakan. ala-ala food court.(mmg food court). ada western,nasik lemak, nasi ala kampung, nasi goreng2, otak-otak (aku dengan wan selalu guna dialog ni bila makan 'ni otak aku,tu otak ko..makan la'..tak aku gurau je hahaha sebenarnya tiap kali makan aku akan berdialog 'otaakkk..ootaakkkk' ala2 citer zombi kg pisang dan wan akan buat muka tak amik port sambil geleng2), tako yaki(aku nak makan ni, tapi dah terkenyang makan burger) dan tak lupa, air untuk mengelakkan tercekik. nak amik air sembahyang pun boleh.

apa? semua tak berkenan? makan je la batu tepi jalan. tiang letrik pun ada.

nak menangis kena paksa makan

muka demam macam orang tua


burger yang telah dikecah2 oleh aku

wan tengah mengkecah2 burger nya

rating : 4/5

1 -  sangat kesian. jangan jual lagi
2 - agak kesian.fikir2kan.
3 - boleh tahan. boleh upgrade lagi
4 - sedap. tahniah.
5 - sangat sedap.tahniah! will come back for more

Wednesday, October 31, 2012

MotoGP di Sepang 2012

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, October 31, 2012 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

















































salam.

hai tahun ni first time aku pergi tengok MotoGP live, in fact, aku first time pun pergi Sepang International Circuit(SIC) ni. hoho. selalu tengok kat tv je. macam pelik je aku letak perkataan 'selalu' kat situ.

so memandangkan aku pun study area kl boleh lah afford nak pergi sepang. tak jauh sangat dah. on the way ke sana, pergh, penuh superbike je. takat cam skuter aku orang nampak cam semut je. tapi memang best lahh kan. kalau peminat superbike mau teleng tengok.

so aku beli tiket untuk sabtu & ahad kat main grandstand. sebenarnya aku jadah pun tak faham sangat, aku cuma follow Wan. plus aku memang nak sangat tengok macam mana rider Malaysia perform, selama ni aku kenal Valentino Rossi je. and yang terkenal tahun lepas sebab terkorban kat Sic, the Super SIC, Marco Simoncelli yang hensem. T.T

hari sabtu aku bangun penuh bersemangat (kekonon la). ini la hari yang ditunggu-tunggu Wan sejak hari pertama kami beli tiket lebih kurang 3-4 minggu lepas kat Kl Sentral. dia sangat excited nak pergi, dan oleh itu aku jua turut excited. haha. aku ni flexible, apa jua boleh in. motorsports boleh, bungee jumping boleh, menggubah hantaran boleh, menjahit boleh, cilok2 tengah jam boleh, buat benda remeh pun boleh. tapi aku paling tak boleh main chess. haha jangan tanya kenapa. tapi tak apa aku jawab, aku tak sabar main chess. aku nak kuda tu berlari dulu sebab pendapat aku kuda lah laju, tapi 'fatwa' chess aku tak pernah tepat. aku main chess macam main dam haji.(dam umrah takde).

berbalik pada motoGP, disebabkan Wan overexcited, makanya aku pun excited. setiap hari pergi praktikal asyik membayangkan macam mana lahh rupanya motoGP tu nanti. (punya teruk berangan).  lepas tu bz jugak memikirkan pasal gadis litar yang cantik2 bak diperkatakan dines si classmate aku yg bak tiang letrik (aku bukan homo, aku cuma curious okay).

hari jumaat yakni pada 19/10/2012, Sic ada bukak pit-lane walk khas untuk Main Grandstand ticket holder.  aku ingat nak pergi tapi praktikal habis ikut ofis hour. aku sampai sepang pukul berapa la tuu kan. tapi malam tu aku baca kat facebook ramai yang tak dapat masuk pit-lane walk tu. sebab hujan lah, apa lah. ntah la aku tak tau apa-apa.

ni lah kot pilt-lane walk.hoho.

and hari khamis 18/10/2012 tu dorang ada buat pit-walk tribute to super sic, marco simoncelli. ada dorang letak tanda dekat Turn 11 (tempat crash tahun lepas yang berakhir tragedi). kesian kan.
tribute to #58 rider. Marco :')


Sabtu, 20/10/2012.
Hari ni adalah ujian kelayakan masa untuk tentukan petak mana nak bermula nanti masa final hari Ahad. advantage goes to the fastest rider that day lah yang akan own petak pertama nanti.  so untuk Moto3,our hero Zulfahmi Khairuddin lah yang dapat petak pertama.*aku sedang membayangkan muka si Wan masa zulfahmi dapat 1st place sabtu tu..gila excited sampai "ehh, nak pinjam hp dia nak call jeri,kan free call" untuk bgtau zulfahmi dah dapat petak 1st untuk final. dah la instead of zulfahmi, dia panggil Khairul Fahmi. then aku "bukan ke khairul fahmi tu goalkeeper malaysia?". then dia cakap "azizul fahmi". aku iyakan tapi..."azizul?pelumba basikal kan?.."

ini khairul fahmi...pemain bola sepak

ini azizulhasni awang, pelumba basikal


ini baru betul zulfahmi...hehehe

lupakan.

aku ada tengok jugak part Full Practice untuk Moto2, lagipun aku sampai sana around 10 o'clock, mana ada perkara lain untuk dibuat.  then aku tengok sorang lagi rider kebanggaan kita, Hafizh Syahrin yang ride memang laju gila-gila esp bila track basah (dalam web tulis 'litar basah adalah kegemarannya'). i don't know why; sebab tu aku cakap dia special. instead of Wan yang label budak tu 'otak gila sikit'. haha. wan penjahat. tapi masa dia buat full practice, aku dah recognize logo Petronas on his superbike. then Wan cakap dia malay. aku excited lahh kan. boleh tahan jugak. masa kelayakan masa, dia tak lah dapat petak pertama macam zulfahmi.  dia dapat petak belakang-belakang.memang belakang habisss lah. tapi aku tetap support dia, we are Malaysians what. haha.
Hafizh Syahrin kesayangan..hahahaha


part MotoGP, fuh. enjin macam lori hantu dah, except sangat laju dan kuat.(wan pandai tiru bunyi moto tu guna suara sendiri..haha)

lama jugak eardrum aku nak adapt. memang laju lah. aku memang buat ujian kelajuan bebola mata nak menangkap kedudukan dorang. hehe. aku dah tengok live Rossi yang hangat diperkatakan. legend kan. ohohoho~

Ahad, 21/10/2012.
tibalah hari final. malam tadi wan desak aku Google pasal Hafizh Syahrin, sebab semalam tak nampak no moto dia#86 tu. hehe. dah cakap kan dia laju.  tapi aku pergi Google pasal Marco Simoncelli dan membawa aku kepada previous rider MotoGP yang terkorban sebelum2 tu macam Shoya Tomizawa & Daijiro Kato. aku ada tengok video crash Shoya. memang sangat mengerikan. sebab dia dilanggar berkali2. video Marco dah tengk dulu, pun aku masih takut jugak. so bila masa MotoGP kali ni ramai gak rider terbabas (sebab hujan,licin lah track), aku pun cuak sekali. nyawa wehh...

berbalik pada hari final. haha.

so, first race adalah utk Moto3. berebut-rebut aku ngan si Wan nak duk depan tempat Start. hihi. berdebar2 aku. aku nak amik video tapi apakan daya hp tak secanggih hp yang suka mengupdate kat FB bertuis 'update via....', tapi ade lah jugak video. hihi. kalau adrenalin juice aku dah dipam2 dengan dahsyat, ape lagi adrenalin juice Zulfahmi yang nak race ni. ramai ooo reporter nak amik gambar dia. wan cakap ramai jugak mat2salleh yang berminat nak tau perkembangan zulfahmi sebab dia rider yang sedang meningkat naik kan. boleh katakan ramai yang baru first time datang sepang hari ni semata2 nak sokong zulfahmi kat moto3. dorang taktau pun ada wakil malaysia utk moto2. *generally lahh*.

masa enjin dah berderum2 macam mintak ditendang laju-laju supaya terbang, aku pun turut merasa kalut. perut boroi orang belakang seakan-akan memaksa aku melompat ke depan akibat inertia dari tolakan perut beliau. hoho!  tapi kalau aku lompat ke depan, tak terjadinya crowd surfing sebab orang semua membelakangkan aku. 

kemungkinan besar memalukan diri sendiri.

kemungkinan besar zulfahmi akan teringat ada cubaan buat crowd-surfing.

*patah tangan rakyat malaysia nak buat crowd-surfing utk aku*.

then,then..balik pada topik asal.

beberapa saat race bermula, tet...tettt...zulfahmi dipintas ke tempat ke 2. then beberapa lap dia kejar mengejar...tempat pertama milik dia. tapi bukan rezeki kita, last lap, masa pintas memintas...dia end-up in 2nd place. tapi aku tetap rasa terbaik! sebab dia orang baru dalam motoGP ni. dan dia aim untuk podium. :D so proud of him.

bila sampai masa untuk Moto2, hujan turun. kemungkinan besar Hafizh Syahrin berdoa untuk trek basah *joking*. hehe. masa dia lap kat Grand Tower before bermula, dia ada lambai-lambai kat penonton, and surprisingly(atau lebih tepat,"perasan"), aku n wan je yang lambai-lambai dia. cuz we recognize the petronas logo,dan Wan sbg peminat Motorsports, mestilah tau pasal dia. tapi kat situ maybe orang tak bajet dia adalah hafizh syahrin. masa dia bermula kat petak belakang-belakang je. makin ke belakang, makin tak ramai reporter. tapi aku cakap dalam hati "takpe, boleh punya! duduk belakang  tak semestinya kalah. semoga dipermudahkan semuanya".

aku bet dengan wan, yang hafizh syahrin boleh dapat top 5. dan tak mustahil untuk naik podium. :D
then, when the race starts, aku lari pergi cari port sendiri sementara wan memilih untuk berlari-lari umpama orang buat saie haji kat grand tower.

mata aku mengekor je ke mana pergi hafizh. *aceceh* dari tempat ke 27, dia potong2 semua...sampai 14. then 11..then 10...then 7...aku gembira!! then 6...5...4...3....2...1....woW!!!! our Hafizh Syahrin is leading 1st place in Moto2 race lebih kurang dlm 3,4 laps. sangat COOL okay!! masa tu hujan mencurah2. masa mula2 lap ada ramai yang  terbabas. thank God Hafizh okay saja. masa aku jerit melompat2 happy, ada pakcik pandang aku slack. mungkin ke muka aku tak menampakkan aku minat.

aku berdoa semoga dia stay. and our prediction menjadi betul. dia dapat 4th place dari 30+ rider Moto2. kagum kan? aku bangga dengan dia.  masa dah tengah2 race baru rakyat Malaysia tau dia Hafizh Syahrin. aku macam nak cakap.. ya!!!dia lah The Hafizh Syahrin..! dia orang malaysia.orang melayu.umo 17..kot.*ceh poyo lak aku ni* hihi.

aku sangat-sangatlah puas hati dengan achievement riders malaysia hari ni. semoga air-asia pun nak sponsor hafizh syahrin mcm zulfahmi. hehehe. ke sponsor yang lain..pun bolehh.

masa on the way balik, masa makan, masa nak cakap bye2 pun, wan dengan aku tak habis lagi sembang pasal dua rider negara ni. haha. mungkin terlalu bangga.

so inilah keputusan hari ahad tu :


Keputusan Moto3

1. Sandro Cortese (GER) Red Bull KTM Ajo 40 minit 54.123 saat
2. ZULFAHMI KHAIRUDDIN(MAL) AirAsia-Sic-Ajo 40’54.151s
3. Jonas Folger (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 40’54.370s
4. Luis Salom (SPA) RW Racing GP 41’02.626s
5. Miguel Oliveira (POR) Estrella Galicia 0,0 41’02.797s
6. Danny Kent (GBR) Red Bull KTM Ajo 41’03.458s
7. Alex Rins (SPA) Estrella Galicia 0,0 41’13.096s
8. Efren Vazquez (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41’19.542s
9. Niklas Ajo (FIN) TT Motion Events Racing 41’24.837s
10. Adrian Martin (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41’24.886s
11. Arthur Sissis (AUS) Red Bull KTM Ajo 41’25.009s
12. Brad Binder (RSA) RW Racing GP 41’25.142s
13. Jack Miller (AUS) Caretta Technology 41’25.348s
14. Alex Marquez (SPA) Ambrogio Next Racing 41’25.436s
15. Niccolo Antonelli (ITA) San Carlo Gresini Moto3 41’25.772s
16. Jakub Kornfeil (CZE) Redox-Ongetta-Centro Seta 41’25.838s
17. Alessandro Tonucci (ITA) Team Italia FMI 41’25.913s
18. Alberto Moncayo (SPA) Andalucia JHK t-shirt Laglisse 41’26.270s
19. Isaac Vinales (SPA) Ongetta-Centro Seta 41’33.487s
20. Romano Fenati (ITA) Team Italia FMI 41’39.947s
21. Alan Techer (FRA) Technomag-CIP-TSR 41’40.745s
22. John McPhee (GBR) Caretta Technology KRP 41’40.795s
23. Toni Finsterbusch (GER) Racing Team Germany 41’40.913s
24. Luca Amato (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 42’03.209s
25. Josep Rodriguez (SPA) Moto FGR 42’09.857s
26. Giulian Pedone (SWI) Ambrogio Next Racing 42’27.840s
27. Kenta Fujii (JPN) Technomag-CIP-TSR 42’27.934s
28. Armando Pontone (ITA) Ioda Team Italia 42’48.237s
29. Danny Webb (GBR) Mahindra Racing 19’36.752s
30. Louis Rossi (FRA) Racing Team Germany FTR 11’24.542s
31. Riccardo Moretti (ITA) Mahindra Racing 2’30.073s


Keputusan Moto2

1. Alex De Angelis RSM (FTR) 36m 57.793s
2. Anthony West AUS (Speed Up) 36m 58.503s
3. Gino Rea GBR (Suter) 36m 59.156s
4. Hafizh Syahrin MAL (FTR) 37m 0.734s
5. Julian Simon SPA (Suter) 37m 5.376s
6. Andrea Iannone ITA (Speed Up) 37m 7.855s
7. Mika Kallio FIN (Kalex) 37m 20.871s
8. Bradley Smith GBR (Tech 3) 37m 24.750s
9. Dominique Aegerter SWI (Suter) 37m 27.856s
10. Esteve Rabat SPA (Kalex) 37m 29.307s
11. Pol Espargaro SPA (Kalex) 37m 29.539s
12. Scott Redding GBR (Kalex) 37m 34.901s
13. Toni Elias SPA (Kalex) 37m 36.420s
14. Axel Pons SPA (Kalex) 37m 36.888s
15. Ricard Cardus SPA (AJR) 37m 38.479s
16. Yuki Takahashi JPN (FTR) 37m 38.550s
17. Tomoyoshi Koyama JPN (Suter) 37m 39.652s
18. Marcel Schrotter GER (Bimota) 37m 44.553s
19. Jesko Raffin SWI (Kalex) 38m 8.505s
20. Elena Rosell SPA (Speed Up) 38m 15.600s
21. Marco Colandrea SWI (FTR) 38m 17.113s
22. Ratthapark Wilairot THA (Suter) 38m 25.074s
23. Simone Corsi ITA (FTR) 38m 39.658s



Keputusan MotoGP (1000cc)


1-Pedrosa .Repsol Honda Team 1:31.807
2-Stoner .Repsol Honda Team +0.161
3-Spies .Yamaha Factory Racing +0.531
4-Crutchlow .Monster Yamaha Tech 3 +0.743
5-Dovizioso .Monster Yamaha Tech3 +1.449
6-Rossi .Ducati Team +1.525
7-Abraham .Cardion AB Motoracing +1.626
8-Barbera .Pramac Racing Team +1.841
9-Bautista .San Carlo Honda Gresini +2.007
10-Bradl .LCR Honda MotoGP +2.335
11-Akiyoshi .Repsol Honda Team +2.739
12-Battaini .Ducati Team +3.033