- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf cerita cinta yang mati | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, January 10, 2012

cerita cinta yang mati

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, January 10, 2012
dengar title macam lagu Bliz-mimpi yang mati, tapi bukan pun.

ni kali kedua aku buat entri pasal lelaki ni. lelaki ni dah pun membunuh rasa cinta aku dulu.
walaupun ada lagi saki-baki rasa sayang pada kenangan lalu, aku mesti tabah. bukan sekali dia buat aku macam ni, pengakhiran cerita kami, dia memilih orang lain.

aku akur dengan pilihan dia. satu persatu gambar dia dalam telefon aku, aku delete. wallpaper aku pun, dah tak ada lagi gambar dia. tapi sekali sekala aku stalk FB dia, twitter. tumblr dia pun. akhirnya aku yang menyesal.
selalu sangat dia update pasal dia dan perempuan pilihan dia sekarang. aku rindu jugak dia sebenarnya. bertahun-tahun jugak aku habiskan masa menyukai dia. nak recover bukan perkara mudah.

betapa lost nya hidup aku masa tu, hanya Tuhan yang tahu.


satu hari, selepas dia declare dengan perempuan pilihan dia, aku mention dia dekat twitter. aku tunggu lama. satu minit, dua minit . membawa berjam-jam. berhari-hari. dan sekarang dah berbulan-bulan lamanya. tak pernah dia reply tweet aku lagi, BBM apatah lagi. FB aku, dia dah block. aku tahu dia tak suka dipaksa, jadi aku sukai dia senyap-senyap.
tapi aku tak pernah menyesal menyukai dia selama beberapa tahun ni.

dalam pada aku cari rasa cinta yang baru, aku ketemu seseorang. orangnya segak. pertama kali jumpa, aku tahu dia kontra dengan kau. kalau kau rambut panjang macam strawberry, dia pulak botak macam mafia. haha. cinta ni pelik. tapi dia punya sesuatu yang istimewa.
jadi aku dah mula stalk dia senyap-senyap, aku add FB dia, twitter. tapi aku belum pernah suarakan isi hati aku pada dia. aku simpan gambar-gambar dia yang aku ambil dari FB kawan-kawan dia. aku rasa macam orang gila menyukai dia.

tapi entah berapa lama rasa ini akan bertahan.




















selamat tinggal Noh Hujan, aku suka Johan Asari sekarang :D
semoga berbahagia dengan pilihanmu
Johan Asari
baju kaler krim tu Johan...hihi


#haha..aku memain je, aku nak study psikiatrik ni. *dah psiko*

0 C.O.M.M.E.N.T.S: