- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Filem Bunohan | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, March 9, 2012

Filem Bunohan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 09, 2012
semalam aku pergi KL Festival City semata-mata cerita Bunohan release semalam.


sungguh-sungguh aku nak pergi.


aku malas nak tulis sinopsis, jadi boleh baca kat link ni.
untuk membaca sinopsis Bunohan.



"Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.Filem ini dibintangi oleh pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor, model Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang."

Review aku tentang Bunohan :
cerita ni memang 99% guna bahasa Kelantan. tapi jangan risau ada subtitle bagi yang loser bahasa Kelantan macam aku. jangan nak menangis sangat.


bagi aku, cerita ni macam cerita di balik tabir. cerita yang banyak ajak kita berfikir. sebelum sesuatu perkara terjadi, mesti ada sesuatu yang lain ikut jadi. macam dalam Bunohan, sebab duit, kuasa dan kemewahan, manusia sanggup buat apa saja. sebelum dapat tanah untuk tapak projek, ada lagi kisah yang tersembunyi di sebaliknya.




 tapi kalau nak lagi faham, boleh la pergi tengok sendiri.


sesekali filem ni memaparkan scene yang buat kita konfius, dan mula berfikir dengan cara masing-masing. kita akan tertanya-tanya. kalau nak tau sapa yang malas berfikir atau fikiran terhad, masa dalam movie tu dengar la suara dia bertanya "ehh? ni sapa pulakkk dia nii?apehal dia kat sini??"...itu pendapat aku.


disebabkan budak-budak sebelah aku, di mana awek-awek mereka bising-bising macam ni di akhir filem, aku dapat rasakan mereka bergantung harap kepada pakwe-pakwe mereka untuk berfikir. jadi bila encik mafia cakap "apa lah ending macam ni, tak faham langsung", aku pun jawab "Only simple-minded people would not understand this film".


dan seorang pakwe kepada awek di sebelah aku terdengar. 


aku harap dia dah ada idea apa nak cakap pada awek dia.


Rate film : 4.5/5









2 C.O.M.M.E.N.T.S:

Kakiwayang said... [Reply]

aha...cite ni cam abstrak2 gitu...ala2 filem arwah Yasmin Ahmad...mungkin ramai orang masuk ingatkan nak tengok kickboxing ke ape...haha

anyway, jemput baca review di Kakiwayang.com juga..=)

Fadzmie Mohamad said... [Reply]

Nak pergi tengok sebab ada Zahiril Adzim. Haha. Mantap!