Do you like my blog?

Friday, March 16, 2012

hari yang lewat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, March 16, 2012
tadi petang aku masih dalam bilik pressure garment - satu bilik khas dengan kelengkapan menjahit - occupational therapist menjahit pakaian tekanan (pressure garment) untuk patient yang ada keloid(parut timbul) akibat burn dan surgeri. sampai maghrib aku ada kat situ, hanya buat sebelah glove, bukan sepasang okey, sebelah sahaja. dan tolong kawan-kawan kendalikan raksasa mesin jahit yang liar.
kawan-kawan aku

ah pei yg tekun

glove PG buatan aku, first ever made.hoho!

hujan renyai di luar. mafia hantar mesej mahu makan malam bersama dan aku balas "hujan lah!nanti demam!".

takdir, hujan tak lagi renyai, tapi hilang. maka rm28 melayang sebab mafia terpacak kat bus stop depan bangunan kelas, dengan baju belang-belang, muka tersengih-sengih tanda kemenangan *tak lupa tanda men'troll aku sebab belum mandi lagi*.
muka troll
lepas makan sampai gemuk, aku baru ingat makanan si buchuk-buchuk aku (ikan) dah nak habis, pergi kedai akuarium dekat jalan ke Setapak. boleh pulak melopong tengok arnab dengan hamster comel-comel. kiut gila nak mampus tengok hamster bergolek-golek, serius aku rasa nak picit-picit macam plastisin. aku rela terjun bangunan dari bedah binatang ni buat experiment; sama je, dah pun bunuh perasaan aku. tak ada beza aku hidup ke mati. tengok arnab pulak, aku fikir, macam mana orang boleh makan arnab, nak sembelih dia....berjurai-jurai air mata aku macam sungai Kinabatangan *macam la pernah sampai*. ahh memang tak boleh la.

 tapi walau macam mana aku suka pun, aku memang tak boleh beli. kalau hamster, selamat kena korban dengan kucing(s) aku kat rumah. sedar-sedar hamster aku tinggal muncung je,yang lain dah kena baham *macam tak bagi makan nasik je kucing-kucing nii!!*.

 kalau bela kura-kura, dah besar nanti kena lepaskan.buatnya ada plak **** bukit yang spesis makan kura-kura, sian nya kura-kura kesayangan aku.
tak boleh, tak boleh!

setakat ni aku hanya boleh afford bela kucing dan ikan.*itu pun Ateh (si kucing) dah nak menangguk si buchuk2 aku hari tu. pandai betul timing dia masa aku tengah drooling baca komik*.<--aku sangat suka komik.
ateh the cat
buchuk the fishie


oh ya lupa - buchuk2 tak suka makanan rm4.90 yang aku beli untuk dia tadi. dia suka yang Rm3 punya. *sama macam tuan dia, suka benda murah*haha!!


*oh ya,semalam aku demam tak pergi kelas pagi..hehe.

2 C.O.M.M.E.N.T.S: