- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf ilusi oversea dan kaki troll diri sendiri | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, March 17, 2012

ilusi oversea dan kaki troll diri sendiri

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 17, 2012
sebelum jam pukul 12, hari ini masih Jumaat, penghulu segala hari; hanya orang Muslim tak berapa cerdik je yang ingat hari Ahad adalah penghulu segala hari - boleh berjimba-jimba dengan gembira macam IQ tak lepas 70. kesian.
macam IQ tak lepas tujuh 0.

Hari ini, maksud aku, Jumaat tadi, aku ada kelas dekat bilik super sejuk (SuJuk). dia macam ilusi kami semua tengah belajar kat oversea, walaupun tengah KL ni tak ada laut melainkan longkang-longkang dan terowong SMART.
ilusi sejuk *budak2 chinese kata aku pakai macam Najwa Latif*..haah ye sngt..*mentang2 aku jarang pakai selendang*
sememeh je muka.

nania the raksasa dan aku yang rajin berpura-pura rajin*pipi mcm kena pam*

jadi, pagi ini ada kumpulan yang menjadikan anak lecturer kami ,umur 3 tahun, sebagai subjek untuk test assessment. akhirnya mereka ambil keputusan untuk bermain-main dalam bilik peads yang meriah. apa yang aku tau masa aku masuk dalam bilik peads, aku nampak Diya tengah main buai laju-laju ala-ala citer Bawang Putih Bawang Merah.*aku syak dia tengah berangan*. Siti pulak hanya nampak kepala je, dengan mata berkelip-kelip, tak ada ekspresi muka, *sebab dia dalam kolam bebola*.- menghayati terapi kolam bebola.

dan kanak-kanak menjadi subjek nya tak tahu ke mana. selepas aku rasa 15 min, baru makcik Diya kelam kabut "afia mana afia??!!AFIAA!!". baru gelabah subjek dah hilang.
gambar kejadian yg menyebabkan aku gelak berguling2

*salam takziah buat classmate ku Siti Norehan dan keluarga atas pemergian ayahnya ke Rahmatullah hari ini.*

hari ni jugak aku tiba-tiba ditipu oleh keyboard. keyboard yang buat aku perasan yang aku boleh main dengan baik. aku dah rasa macam "perghh gifted rupanya aku..main bape minit je dah pro!!".

setelah 3 minit baru aku tau yang keyboard tu mainkan auto. dan note2 yang ditekan oleh aku diperlahankan bunyinya supaya kurang sumbang. letih aku perasan.
di belakang Pikatak tu adalah keyboard yang menipu aku.

dan untuk lebih  mencacatkan hari, kami ada camwhoring banyak-banyak. okey sila jangan bayangkan camwhoring muka mulut itik yang hot dan sebagainya; sebab camwhoring kami bermaksud = retardedkan gambar sendiri.

gambar normal seperti ini memang kekurangan dalam HP aku. okey?

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

kurtjagung said... [Reply]

mmg seakan najwa latif.tahniah=)

Idati Malek said... [Reply]

mana dia najwa latif//xde langsung..hahahaha