Do you like my blog?

Saturday, March 3, 2012

nostalgia bola sepak Perak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, March 03, 2012
sekitar tahun 1998 sampai awal 2000, pasukan bola sepak Perak agak selalu ke Final Piala Malaysia. aku yang masih sekolah rendah, bukannya faham sangat apa itu lawan bola. aku tak tahu siapa Chelsea, siapa Man U, siapa Liverpool. fikiran aku masih ber'IQ borderline bagi orang dewasa. paling ketara aku tak tahu YNWA. dan aku tau kawan-kawan aku pun sekarang pun masih tak tahu. 


aku cuma kenal Selangor, Kedah, Terengganu dan negeri-negeri lain dalam Malaysia. dan mestilah Perak, negeri aku sendiri. 


masa itu, perasaan menyokong itu tak tahulah berapa ikhlas. tapi aku lah ratu mengekor abah aku pergi stadium masa lawan bola. orang menjerit aku menjerit, orang melompat aku melompat, orang tepuk tangan aku pun tepuk. yang aku tahu jersi kuning itu selalunya Perak.fikiran yang primitif terhadap bola sepak.


jadi bila Perak dapat ke final, aku gembira. bukan sebab apa, tapi sebab seronok naik kereta on the way ke KL. 


memandangkan perlawanan final akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, maka pada tengahari atau petang perlawanan, ramailah penyokong Perak yang berpusu-pusu ke KL. masing-masing mengibarkan bendera PUTIH,KUNING,HITAM milik Perak di kenderaan masing-masing. meriah! penuh lebuhraya dengan kereta penyokong dengan bendera Perak berkibar megah. 


bila bertemu di atas jalan, saling hon-meng'hon dan melambai-lambai tangan tanda 'YO, KITA GENG!!KEJOR YOB KEJOR! PERAK PASTI MENANG!'.


aku lah salah sorang budak kecik yang mengeluarkan kepala ikut tingkap sambil melambai-lambai orang ramai dan menjerit 'PERAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!', sebelum mak aku pula yang menjerit 'WOI, MASUK KEPALA DALAM. KANG PUTUS KENA LANGGAR LORI KANG!!'.


sepanjang perjalanan 2 jam setengah nak ke KL tu tak penat pun aku menjerit dan melambai-lambai.haha.


aku kalau boleh nak ulang balik saat-saat tu, sebab aku rasa best. walaupun antara penyokong ni tak mengenali pun, tapi kita berkomunikasi dengan cara yang unik. tak perlu ayat bunga-bunga, kita dah pun bersatu padu jerit-jerit kat stadium bagi sokongan.


ni adalah fakta menarik tentang pasukan Perak kesayangan aku,(sekarang dah tak kenal) :



  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama pada tahun 1967.

  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala F.A yang pertama pada tahun 1990.(masa aku lahir!)

  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama kali dipertandingkan di Stadium Bukit Jalil pada 1998.
    1998
  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia pada Alaf baru tahun 2000.

  • Chan Kok Heng tidak pernah bermain dengan pasukan lain, selain dari Perak sejak 1988 dan memegang No Lesen: FAMP002PK. Beliau sememangnya layak mendapat sedikit ganjaran dari Kerajaan negeri atas kesetiaan yang ada pada dirinya.
    Belakang: Roslan Hamid [4], Lazslo Repasi [19], Raja Azlan Shah [2], Zamri Mat Ariff [22], Noel Dodo Kipre, János Krecska & Khairul Anuar Baharom [5]
    Depan: R. Nanthakumar, Chan Kok Heng [3], Lim Seng Kong [17] & Abu Bakar Fadzim
  • Laszlo Repasi yang mewakili Perak selama 1/2 pusingan liga 1999, berjaya memiliki anugerah kasut emas kerana menjadi penjaring terbanyak liga, Bayangkan jika beliau bermain dari awal liga. 

  • Perbicaraan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang, dihukum gantung sehingga hari terakhir musim 1999. Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga mesyuarat yang memakan masa hampir 10 jam, termasuk dua penangguhan, bermula dengan mesyuarat pertama pada 28 Oktober 1999. (weigang ni jurulatih yg aku suka, dia hebat!)
    weigang
  • 3/11/99 - RISIKO yang diambil pengendali Perak, Karl Heinz Weigang dengan hadir di Stadium Perak nyata berbaloi apabila anak buahnya mengukir kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Ipoh. Weigang yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mengingkari arahan doktor supaya berehat kerana sedar kehadirannya di tepi padang amat diperlukan.

  • Nov 1999 - Langkah menurunkan pemain muda seperti Indra Putra Mahayuddin dan K Nanthakumar dalam saingan bola sepak Piala Malaysia musim ini terutama ketika menentang Selangor bertujuan `membunuh dua burung dengan satu batu'. Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang berkata tindakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.

  • Oct 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menuntut corak agresif dan bukan perlakuan kasar daripada anak buahnya apabila turun menentang Selangor dalam saingan bola sepak Piala Malaysia. "Saya berharap pemain Perak memahami istilah agresif yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan bertindak kasar terhadap lawan," katanya.

  • Oct. 1999 -Tuntutan Karl Heinz Weigang mengenai bayaran khidmatnya yang masih terhutang ketika menjadi jurulatih negara, 18 tahun lalu, enggan dilayan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendirian itu dinyatakan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang tampak tersinggung dengan cara Weigang mengemukakan tuntutan itu menerusi media massa.

  • Oct. 1999 - Pengendali pasukan bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang, semalam membuat laporan polis terhadap dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya oleh pegawai perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disiarkan media massa tempatan. Pengendali dan jurulatih Perak itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 2.45 petang berikutan dakwaan pegawai perlawanan dan FAM, kononnya dia menawarkan RM25,000 setiap seorang kepada pegawai perlawanan Perak menentang Pulau Pinang, selain melemparkan kata-kata kecaman terhadap mereka sebaik tamat perlawanan.

  • Oct. 1999 - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah dan bekas setiausahanya, Datuk Paul Murugasu diminta menjawab kesahihan dakwaan bahawa badan berkenaan masih berhutang dengan bekas jurulatihnya, Karl Heinz Weigang. Weigang yang kini jurulatih Perak, berkata badan itu tidak menunaikan janjinya selepas memimpin pasukan kebangsaan lewat 70-an dan awal tahun 80-an.

  • 25 Oct. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang mempertikai langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menugaskan empat pegawai dari Selangor bagi mengendalikan perlawanannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. "Bagaimana mereka boleh menghantar empat pegawai dari Selangor untuk mengadili perlawanan ini sedangkan Selangor juga berada dalam kumpulan yang sama dengan kami.

  • 25 Oct. 1999 - Kemarahan jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang terhadap pegawai perlawanan tidak dapat dibendung hingga mendorongnya menegur mereka selepas perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. Weigang yang masuk ke padang selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah kepada anak buahnya berikutan persembahan `menakjubkan' menegur dua pengadil, S Selarajan dan Azmi Abdullah serta dua penjaga garisan, Mohd Rodzali Yacob dan Danny Ong Kim Heng - kesemuanya dari Selangor - dengan berkata - "Tidak malukah anda dengan apa yang anda lakukan, malam ini."

  • Sept. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama dianugerahkan denda tertinggi oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Weigang diarah membayar denda berjumlah RM8,000 selepas didapati bersalah dalam kedua-dua kes disiplin membabitkannya yang diadili oleh lembaga itu, semalam.

  • 9/10/2000 ...tetapi apa sahaja bentuk bantuan dan kelebihan yang diberikan kepada Selangor oleh pegawai perlawanan, saya percaya mereka tidak akan menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,'' dakwa Weigang lagi.
    Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu juga, Weigang menyifatkan pemain-pemain Selangor, termasuk pemain kebangsaan, sebagai ''pelakon terbaik''----> Kenyataan Weigang selepas perlawanan Perak Selangor di Shah Alam.


  • 13/04/1999 Hukum saya bukan Perak.'Jika FAM berasa tidak puas hati dengan saya, hukumlah saya tetapi jangan babitkan pasukan Perak,'' kata Weigang. Perak, juara Piala Malaysia musim lalu, tumpas buat pertama kali di gelanggang sendiri dalam aksi Perdana Satu, tumpas 2-3 kepada Brunei, Sabtu lalu. Perak bermain 10 orang pada minit ke-73 selepas penjaga golnya, Razmi Razuan dibuang padang kerana mengasari pemain Brunei, Ali Momin yang dikatakan membangkitkan kemarahan Weigang.Tindakan pengadil perlawanan, B. Pandian memerintahkan penjaga gol itu keluar padang menyaksikan Weigang melutut dan menyembah Pandian dan penjaga garisan, Mohd. Sukri Mat Amin sebagai tanda tidak puas hati seolah-olah tindakan pengadil itu sengaja menganiaya beliau''Saya tidak tahu sama ada tindakan itu ditujukan kepada saya atau Perak tetapi jika saya tidak disukai di Malaysia, saya boleh pergi,'' ujar Weigang yang menafikan tindakannya bukan kerana pasukannya tewas kepada Brunei.

  • 10/12/98 Ibarat gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup, begitu jugalah rahsia yang selama ini cuba ditutup oleh pengurusan pasukan Perak, akhirnya terbongkar jua. Hakikatnya, ketegangan hubungan antara jurulatih Karl Weigang dan penyerang import, Laszlo Repasi sampai ke kemuncaknya petang kelmarin apabila mereka terbabit dalam satu pergaduhan. Difahamkan, punca Weigang benci kepada Repasi bermula apabila pemain itu dikatakan sengaja memberi alasan cedera agar tidak diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang lalu. Berikutan itu, Repasi tidak pernah diturunkan dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam perlawanan separuh akhir menentang Negeri Sembilan.

  • 02/06/98 Weigang akan berlepas ke Paris hari ini untuk menerima anugerah khas dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana jasa-jasanya dalam meningkatkan mutu bola sepak. Selepas itu, jurulatih dari Jerman tersebut akan melaksanakan beberapa tugas yang diberikan oleh FIFA di Pyongyang, Korea Utara.

  • 24/10/2000 Weigang dikatakan tidak mempunyai kontrak langsung dengan PAFA tetapi menawarkan khidmatnya atas dasar hubungan baiknya dengan pasukan negeri ini. Dia yang menggantikan Tornstern Spittler secara mengejut di pertengahan musim berjaya meletakkan Perak kembali ke landasan sebenar selepas Perak terumbang-ambing di bawah kendalian Spittler

  • 2001 membawa sejarah untuk Noizam Ali Hasan bersama Perak. Beliau yang memenagi anugerah kasut emas Primier 1 tetapi malangnya sikap sambil lewa FAM dalam penyerahan kasut emas tersebut amat dikesali oleh peminat bola sepak Perak.

  • PASUKAN NEGERI PERAK JUGA TIDAK PERNAH TERCICIR DARI PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA SEJAK IANYA DIPERKENALKAN HINGGA HARI INI (2002.) - artikel lama

  • April 2002 - Perak meraih RM40,000 selaku juara liga pusingan pertama Liga M musim 2002. Ini adalah tahun yang berbeza dengan sebelum ini kerana Perak sebelum ini Perak di cap sebagai pasukan lambat panas.


    sumber


    itu lah sahaja.sekian.







0 C.O.M.M.E.N.T.S: