- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf pencari atensi yang serba kurang | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, April 21, 2012

pencari atensi yang serba kurang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 21, 2012
semalam lepas aktiviti pusing keliling KLCC naik skuter, sandang backpack merah, aku balik. aku tahu lepas Isyak aku terbaring. masa tu pukul 10.30 malam.
aku sedar-sedar ayam, aku dengar bunyi burung "cip, cip, cip..". hari dah terang benderang; walaupun bilik aku turut terang dengan lampu pendafluor  yang tak tutup selama 9 jam.
Jam pukul 7:48 pagi. what the fishmonger. aku dah pengsan dan mimpi pasal K-Pop Malaysia.

aku text salah satu raksasa gorgon UKM, "weh nak join O&M". O&M = orientasi dan mobiliti (O&M) untuk Low vision and blind. sebab aku teringat ujian drop-off lagi beberapa hari. aku memang manusia tak pernah ada komitmen untuk bangun pagi. tapi hari ini boleh.

aku ke tasik titiwangsa lepas breakfast Kopi-O yang aku bikin. abang guard tengah tahan-tahan kereta, hari ni ada masterchef dalam kolej ; which is aku memang tak patut kisah - aku yang tak berbakat. (sebelum ada dapur meletup). jadi dengan kasut hijau tali oren aku yang berharga RM10, aku memberikan komitmen untuk O&M. orang sekeliling jangan kisah lah, memang ramai pengacau. ala, kalau nak tau sangat kenapa kami kena jadi orang buta, why don't you come & ask. malu bertanya sesat jalan. ini buat-buat jalan dekat dengan kami lepas tu bising-bising buat distraction pada so-called-blind-people yang tengah praktis.

that's what we used to say in our class : attention seeker yang lonely. even kucing pun tak mahu menyayangi mereka. siput babi pun tak mahu.


1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

orientasi dan mobiliti (O&M) untuk Low vision and blind..
ni utk apa yea?
test jadi org buta ker?
Pokok Manggis Depan Rumah