- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Team Sidang Redaksi UKM ke Langkawi | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, May 1, 2012

Team Sidang Redaksi UKM ke Langkawi

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, May 01, 2012

Entri ni dah ditulis berminggu-minggu tapi akibat hilang kesedaran diri yang melampau a.k.a tak sedar diri, maka aku tak publish-publish hinggalah saat anda mengklik link ini. - aku pun dah kat Penang ni.

Pengalaman ke Langkawi kali ini lain dari yang sebelumnya kecuali aku naik feri dan borong coklat sampai lebih RM100 bagi tujuan menggemukkan warga rumah di Gopeng.  Haha itu biasa.
pqa & nani di Jeti Kuala Perlis ...weehoooo

Tapi sampai-sampai di Jeti Kuah, Langkawi, aku sudah punya dugaan. Xperia kesayangan yang baru bersama aku 8 bulan telah terkorban; tak tahu salah aku atau salah orang lain. Aku perasan masa nak turun feri bersesak-sesak, macam tak sedap hati. Beg aku macam terbukak sikit masa tengah nak keluar sesak-sesak tu.
last time tengah sumbat earphone b4 kehilangan hp..woo...

Aku cek semua tempat masih tak ada. Aku syak tertinggal dalam feri. Tapi lepas tu aku rasa ini orang memang berniat nak ambil, sebab sekejap je perkara tu berlaku, nombor handphone aku dah di’off kan. Nampak sangat. Dah sampai hotel pun aku patah balik pergi feri, cari macam orang gila. Abang-abang feri pulak sibuk mintak nombor; konon kalau jumpa fon aku boleh bagi balik. Aku nak cakap bangang karang marah; mintak nombor dari orang yang hilang handphone. Nasib baik jugak aku ada second phone yang masih setia dengan aku. Mungkin menyedari muka aku macam nak penyepak semua orang, Nania The Raksasa Gorgon pun memberikan nombornya di planet Marikh; dengan harapan bertemu kembali dengan handphone kesayangan aku.

Malangnya sampai saat ini masih tak ketemu. Aku redha apa yang berlaku, tapi kepada si pengambil handphone tu, susah untuk aku halalkan sebab aku bukan orang senang yang boleh beli handphone setiap sem.  Aku tak kisah sangat pun dia nak ambil, aku lagi tak kisah dia nak makan duit haram ke apa jadah yang dia suka, sebab yang susah di akhirat nanti dia jugak.  Entah macam mana dia nak cari aku di Padang Mahsyar nanti nak bagitahu dia mintak maaf.  Terpulang kat dia, selagi aku dan dia masih hidup atas muka bumi ini, dia masih ada peluang untuk minta maaf pada aku. (dan pulangkan hp aku balik!)

Dua rangkap cerita pasal hp hilang je. -..-"

Okay lupa nak cakap, aku pergi ke Langkawi kali ni atas tujuan Bengkel Penerbitan Majalah Sidang Redaksi UKM ke 35. Kali ni aku tak pergi lagi ke tempat-tempat macam sebelum ni like Makam Mahsuri, beras terbakar, cable car, pusat Gamat dan etc.
bengkel kat sini

Team Sidang Redaksi kali ni berikan aku pengalaman ke Kilim Geoforest Park di mana kau akan naik bot laju bergerak ke pulau-pulau kecil lain sekitar Langkawi.  Kami bergerak ke sangkar ikan, lalu dekat restoran terapung, pergi gua kelawar, gua buaya, berkelah dan melihat pemandangan cantik. Subhanallah. Kemudian pergi ke wildlife park di mana pekerja-pekerjanya sangat mesra dengan semua yang datang. Oh ya lupa, yang bawakkan bot laju kami pun sangat mesra. Boleh lah nampak bot yang filem ombak rindu datang shooting tu.




Dah nama pun ikut Team Sidang Redaksi, kau mestilah dikelilingi orang-orang yang kendong DSLR sampai 2,3 seorang. Aku pulak tak ada apa-apa, yang tinggal cuma Sony Ericson 2MP, tak sanggup pun aku nak tangkap gambar sendiri. Jadi tumpang kamera gorgon-gorgon yang lain. Itu pun dah cukup beratus  gambar masing-masing. Memang suka bergambar walau tak fotogenik, apa aku nak buat kan.

So, aku rasa; let the pictures do the talking.

kiri : aku bersama xperia kesayangan sebelum ianya lenyap buat selamanya , kanan : aku yang sedang mendengar lagu dari xperia kesayangan sebelum ia diam dari telinga.














buaya besar gila..hehehe









okey lah. abeh dah..aku ngantuk.

sumber gambar : Farid, Pikatak

Kalau korang plan nak ke sini, boleh jenguklah senarai tempat-tempat best kat Langkawi dari JomJalan ni.

1 C.O.M.M.E.N.T.S: