Do you like my blog?

Friday, May 4, 2012

what's a big deal - Penang I

THE TYPEWRITER : idati on Friday, May 04, 2012
hai, aku idati malek. sekarang belajar dalam course Occupational Therapy di UKM.
eh buang masa sangat ni.

hari ni baru boleh update sebab aku agak-agak homesick lah.

aku sekarang tengah posting kat hospital pulau pinang dalam tempoh 5 minggu. jadi sekarang dah seminggu aku kat bahagian ortopedik out-patient. fuh. memang terpancar lah akibat kemalasan dan ketidakambilpedulian aku ketika practikal. pengajaran sangat tau. nanti citer.

The day after the LAST EVER class of OT/3, aku stay sampai sabtu. aku panggil mafia datang jumpa aku sabtu, sebab nak mintak dia tolong aku bawak beg besar yang gila berat. ye lah, kau nak posting pakai seluar dalam je ke, boleh isi dalam beg sandang kecik je. pastu pakai overall. (nak mampus sungguh).

dan ya, aku terlupa hari sabtu yang aku pilih nak balik tu ada perhimpunan Bersih 3.0. abah aku ada call cakap kalau bas semua tak gerak, balik je hari ahad. tapi aku taw sure penat gila tahap gaban nanti, gila ke kau KL-Gopeng..then rehat dua saat terus pi penang. perghh carik pasal sungguh. esoknya posting pegi pukul 6.30 pagi lagi dah gerak. naya tau tak.
di Jalan Pudu

see, they all just waving, no vandalisme happen

so, selepas membabai2 mafia dengan muka yang sememeh kesedihan, bas pun gerak ke Gopeng. nasib baik aku dapat gak bas tau, tak payah naik kat bandar tasik selatan, amik kat pudu je. aku gerak area 2.15pm camtu lah. peserta bersih masa tu aman je, dorang duk berzanji lah, berzikir ramai-ramai lah. ramai budak-budak perempuan baya aku yang berpurdah semua. semua okay je, polis pun okay. dorang siap babai2 lagi kat bas kami dengan happy gila.

then we drove to Penang around 12.30 pm dari Gopeng,Perak. pergi ke Hospital Lam Wah Ee dulu melawat pakcik aku dulu di situ. baru lah pergi rumah kawan aku Aimi yang sudi memberikan tempat berteduh sepanjang di Penang ni.actually, kami akan duduk dengan nenek dia. (sekarang)
mencari dengan GPS - Guna Pun Sesat





poyo macam tak penah naik feri

hari first pergi posting, aku doa-doa, "jangan lah buat ortho dulu, jangan lah buat ortho dulu!!". namun tak terkabul pulak permintaan aku, memang nama aku terpampang Ortho dulu. rasa nak hentak kepala laju2 kat dinding. tapi Allah itu Maha Mengetahui, warga-warga OT di Ortho tak adalah bagi aku pressure ke apa, malah teguran yang membina. memang tersentuh lah hati aku yang jahil ni. *tiba-tiba teringat kenangan pahit dekat......*...kah3 teka la kat mana.

hari selasa cuti, selamat..boleh gak berfikir. sebab minggu last before posting sangat sangat sangattt lah busy, aku macam tak tentu arah memikirkan posting yang ini. actually masa first jadual keluar, aku dapat kat Melaka, tapi sebab pikatak dah nangis2(kah kah kah) nak balik Melaka, aku pun relahati bertukar dengan beliau.

dan ya, di sinilah aku sekarang. di Penang yang aku dah tinggalkan 3 tahun sejak habis matrik dulu. kalau penang ni ada mata, mesti dia cakap "dulu hang datang kuruih, awat laa ni macam kena pam??". memang patut aku terjun jambatan panjang nun.



oh ya, hari ni punya cerita , aku boleh dengan selambanya tak ingat cara guna goniometer dengan betul. nasibbbb baikkk sangat lah big boss tak nampak. rasa nak lempang diri sendiri dengan kesalahan yang dilakukan.

famili aku akan ke bahau N9 minggu ni, aku ingat nak lah ikut. tapi bila fikirkan aku perlu rehat dari sakit mental yang acute + kronik ni, aku terpaksa batalkan niat aku. hahaha. jadi aku text mafia "awak balik kg je lah minggu ni sebab sy tak jadi balik KL, sy stay penang".

tuuu diaa...aku gelap sket kompem jadi anak mami tanjung.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

eh2... mcm ada yang kenai la..
selamat berkursus yea..
semoga mendapat manfaat dari kursus ni :-)