Do you like my blog?

Wednesday, June 6, 2012

Resume yang layak diberikan pelempang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 06, 2012

Idati Malek @ Dati
Lot 98THREE7, Field Door Village,
3i6Oo Gopeng, Pay-rock.


OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYAku~

Membina kerjaya dalam pelbagai bidang yang halal, selagi ianya tak memerlukan komitmen untuk tidur selewat 2 pagi dan bangun seawal 6 pagi ke atas. 6.30 pagi paling awal. Rehat wajib, tak boleh lewat. punch kad on time! masa kerja, kerja; masa makan, makan!; bukan masa kerja pergi makan, masa makan buat kerja.

Berhasrat untuk menjadikan semua orang tak workaholic sangat, bekerja macam mesin. saya juga tak mahu jadi pekerja yang diperkudakan. kalau nak memperkudakan pekerja, sila hired kuda, bukan manusia.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh:Sila rujuk IC yang telah difotostat dengan harga RM 0.10 sehelai
Umur: 21 tahun masa tahun lepas
Tarikh lahir: 17 Okt 1990 (bagi hadiah taw!)
Bangsa: Melayu
No. K/P: 90xxdd-08-PIZZAHUT
Warganegara: Malaysia la...tok saya pun orang malaysia.

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur
Bidang Pengajian : Ijazah Sarjana Muda dan Tua, aromaterapi
Kelulusan :Kelas Pertama Kepujian
Tamat: tahun depan kalau tak repeat apa-apa

Institusi:KMPP
Bidang Pengajian:Matrix
Kelulusan:Lulus dengan bergaya sekali, kawan saya pun.
Tamat: lepas setahun kat situ

Institusi:Bainun High School
Bidang Pengajian:Sijil 'Pengajaran' Malaysia (SPM)
Kelulusan : Menangis air mata penyesalan
Tamat:2007

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

-saya terlibat dalam sukan-sukan berikut - bola sepak, bola jaring, bola baling, tenis, bola keranjang, ragbi, boling, hoki, renang, olahraga dan pelbagai lagi ; sebagai penonton.
- menjadi pengerusi penonton acara sukan tahunan
- memberikan khidmat nasihat cara kitar semula piala sukan tahunan kepada AJK Piala.
- memberikan pandangan yang menakutkan terhadap rumah sukan lawan supaya mereka rasa ahli rumah sukan saya garang belaka.

KEMAHIRAN

•Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, saya juga pandai pura-pura pandai bertutur dalam bahasa cina. pernah sekali orang cina ingat saya pandai cakap sehingga melabel saya sebagai high-language, sebab tu dia tak faham sangat. sampai sekarang saya tak pernah berterus terang yang bahasa tu adalah bahasa rekaan saya yang diilhamkan pada masa itu juga.
•Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word,
Excel dan Power Point). saya juga pandai main game angry bird. game feveret saya adalah barbie doll.
•tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik. cikgu kata tulisan saya boleh dibaca, tetapi akan menimbulkan kemarahan jika dibaca terlalu lama. (buruk kot)
-saya pandai cilok2 guna skuter masa jam teruk kat KL

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Anum said... [Reply]

hahaha
layak2

Idati Malek said... [Reply]

try buat 1....hahahahaha

cik fara said... [Reply]

hahahah. tang angry bird tu tak tahan tuh.hehe