- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf What's A Big Deal - Penang II (War Museum, Batu Ferringgi & Fort Cornwallis) | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, June 15, 2012

What's A Big Deal - Penang II (War Museum, Batu Ferringgi & Fort Cornwallis)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, June 15, 2012
Last posting di Hospital Pulau Pinang, mood aku dalam OT telah dinaikkan kembali. Alhamdulillah. walaupun aku tak perform dengan cemerlang, tapi aku gembira di sana. biarpun jauh dari rumah, jauh dari KL, aku rasa boleh survive walaupun awal-awal di sana aku macam ayam berak kapur; termenung sana-sini.

kami ada 5 minggu kat sana, dalam bahagian Ortopedik dan Surgeri & Pediatrik.kena buat 2 case study. pheww.berpinar mata. bak kata encik hanif better buat 1 sahaja case study sebab yang selebihnya akan berbentuk penipuan. aku setuju 120%, sebab ya aku buat. aku yakin kawan-kawan aku pun sama.

iya, aku penipu. sedikit sebanyak. tak perlu tanya bahagian mana aku tipu, tak affect hidup pun.

Minggu 1 : Ortopedik Out-patient
Minggu 2 : Surgical
Minggu 3 : Pediatrik In-patient
Minggu 4 : Pediatrik Out-patient
Minggu 5 : Ortopedik In-patient

forgive me for the 'skemaan' entri ini. ini bertujuan aku catat milestone aku dalam OT. *ceh!*

jadi masa minggu 1st tu aku masih terigau-igau betapa seronoknya duduk dalam kelas sambil makan-makan seolah-olah lecture adalah panggung wayang. rasa lebih tua dan berkerjaya bila kena pakai overall putih dengan nametag dan senyuman original fake yang aku tak berapa mahir. kalau ada pelekat senyuman jual tepi jalan, aku sanggup beli. mungkin muka kesedihan aku yang terlalu obvious menyebabkan 2,3,4 orang OT bertanyakan soalan yang sama "Awak okey ke kat sini?saya nampak awak macam tak berminat je. awak ada apa-apa masalah?".

soalan ni banyak betul orang tanya. macam terpancar je kat dahi aku "aku tak minat praktikal!!" kan?

jadi untuk menghiburkan hati lara, kami ada lah jalan-jalan area penang.so aku just paste the pix tanpa watermark. tolong yakinkan aku bahawa tak ada siapa-siapa teringin nak mengapa-apakan gambar kami.

1) War Museum, Batu Maung, Penang.
biar aku paste sikit cerita pasal muzium perang ni.

Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.


Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.

Berbeza dengan muzium lain, pengunjung berpeluang merasa pengalaman melalui satu daripada tiga terowong keselamatan rahsia yang pernah digunakan tentera British dan Jepun.Bagaimanapun, untuk memasuki terowong keselamatan pertama yang panjang, gelap, sempit, berbelok-belok dan pasti amat menyeramkan itu, pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.Satu terowong lain pula menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang ramai, tetapi pernah digunakan sebagai terowong rahsia askar British meninggalkan Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura ketika Jepun menyerang.


Pengunjung juga berpeluang melawat dalam kubu yang terbahagi kepada tiga bangunan utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk kubu yang menjadi tempat perlindungan askar apabila mendengar semboyan kecemasan dibina dengan teliti.Mengikut sejarah, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu menyebabkan ramai tentera British mati dan cedera di tangan tentera Jepun.

Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat mereka.Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.

Dengan lokasi ketinggian 75 meter dari aras laut, kubu usang yang dikelilingi rimbunan pokok itu masih berada dalam keadaan yang baik walaupun banyak kesan peluru dan bom di setiap bangunannya.Ketika itu, kubu berkenaan dijadikan pusat mengawal keselamatan tiga perempat daripada keseluruhan Pulau Pinang daripada serangan musuh dan ia dipamerkan kepada pengunjung dalam keadaan seperti lebih 60 tahun lalu.Malah, laluan pejalan kaki dan cat hijau suram di sesetengah bangunan terutama di berek askar, masih dikekalkan warna asalnya selepas terbiar apabila negara merdeka.

Berhampiran bangunan pertama terletak sebuah perigi sedalam 30.5 meter (100 kaki) iaitu laluan menghantar barang seperti senjata api dan sebagai laluan kecemasan.Dalam bangunan kedua pula banyak dipamerkan gambar koleksi peribadi dirakamkan tahanan perang ketika penjajahan Jepun, James Tait sekitar 1941 dan 1942.Untuk keluar dari bangunan berkenaan, pengunjung boleh memilih sama ada merangkak dalam terowong yang lebih kecil dan sempit sebelum terpaksa memanjat tangga besi menuju ke pintu keluar rahsia atau hanya melalui jalan biasa saja.

Muzium itu mempunyai 29 lokasi perlu dikunjungi antaranya bilik teater terbuka, menara tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, penjana elektrik dan bilik rehat pegawai yang turut dijadikan bilik hukuman dan seksaan ketika zaman Jepun.Di bahagian belakang menara pemerhati yang terletak betul-betul di puncak Bukit Batu Maung pula, didirikan 12 berek berasingan untuk askar British, Melayu dan Gurkha mengikut pangkat masing-masing.Terdapat juga penjara, dapur, klinik, stor menyimpan barang dan bilik tukang masak.Malah, kebanyakan peralatan yang dipamerkan pula adalah artifak asal yang dijumpai ditapak berkenaan seperti kuali, peralatan untuk menyeksa tahanan dan serpihan pinggan mangkuk.




actually, ada jugak cerita-cerita misteri yang kami rasa, tapi malas nak taip.haha.



tempat hukum gantung

tempat hukum pancung

















war museum ni ada bukak waktu malam, khas untuk orang yang gemarkan perkara-perkara mistik.


selepas itu kami pergi drive-thru McD sebelum makan dengan hebat dekat tepi pantai.

2) Batu Ferringgi




















3) Fort Cornwallis, Padang Kota



















gambar masa praktikal nanti la add.


0 C.O.M.M.E.N.T.S: