Do you like my blog?

Thursday, August 9, 2012

Recently, aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 09, 2012

Tahun 90. Dilahirkan biasa. Dilahirkan tak ada kuasa.
Umpama kain putih, tak ada cacat cela di mana-mana.
Bagaimana hati kita boleh jadi lain-lain. Macam mana wujud orang baik, macam mana wujud si pengganas.
Orang lain aku tak pasti, aku pasti tentang aku sendiri.

Penakut.
Kenapa aku penakut? Sebab waktu kecik dulu aku selalu ditakut-takutkan dengan cerita hantu, cerita bunian, things under the bed, pantang larang mak nenek dan sebagainya.

Tak makan pedas.
Perkara pertama orang tanya bila aku atau kawan-kawan yang tau pasal aku bagitahu pada someone yang tak tahu, “Apa?Tak makan pedas?”. Dengan mimik muka terkejut!
Dan soalan, rungutan, rengekan, bebelan, komenan, dan sebagainya juga turut diterima. ‘orang rawa bukan suka makan pedas ke?’, ‘Susah la weh kawin dengan orang johor nanti, orang johor makan pedas tau!’, ‘Tak best hidup tak makan pedas tau!’, ‘Tak boleh la masak pedas-pedas kalau duk ngan ko’, ‘ko ni Melayu ke tak?’ dan paling baik sekali ‘Bagus la, lagipun makan pedas banyak-banyak pun tak elok’.

Setiap kali aku nak state jugak, tak payah la risau sangat dengan taste aku. Kalau nak masak pedas or beli yang pedas, just go on. The most thing I hate when I became a burden. Masak lah sepedas mungkin, pandai-pandai lah aku nak hidup contohnya sediakan air satu baldi kat sebelah masa makan atau makan makanan lain.  Jangan bimbang sangat pasal aku, bimbangkan selera sendiri kerana aku boleh hidup walau cuma makan nasi putih dengan ikan masin dan tempe. Tak ada hal langsung. Walaubagaimanapun, aku appreciate yang memikirkan untuk aku.

Malas
Bukan semua benda aku malas. Tapi bila sampai tahap rajin aku, tak tidur 2,3 malam pun tak ada hal. Perkara paling malas adalah bila ramai yang tunjuk pandai pada kerja secoit, jadi aku malas. Aku rajin pun tak guna, siapa nak idea dari manusia pasif macam aku.

Suka membazir
Untuk pengetahuan semua, aku paling suka membazir duit pada makanan.  Sebab dari zaman sekolah lagi, mak aku kata, duit habis kat makanan takpe, jangan kat benda lain.  So aku beli kek secret recipe, nasi kukus ayam goreng berempah, makan nasik lauk walau orang lain makan megi dan order jus buah atau ice-blended walau orang lain order air kosong.  Aku jarang sekali beli baju dan jadahnya lagi. Sebab tu aku tak kurus. So kalau aku macam snobbish suka hati beli2 makanan banyak2 or mahal, sila jangan kisah sangat lah. Tu yang mak aku ajarkan aku. Tak ada erti kedekut dalam hidup aku bila makanan yang dibeli tu untuk diri sendiri. Kalau makanan sendiri pun berkira, sila jangan ada hati untuk pow makanan orang lain untuk tujuan jimat. Itu adalah perkara yang keji dalam pemikiran aku. Kalau tak mampu lain cerita, kalau buat-buat tak mampu,sila berambus laju-laju.

Tapi mak aku tak cakap pun boleh bazir kat benda lain. Sebagai hobi, aku beli komik sebulan sekali. Handphone bukan senarai barang yang perlu ditukar dengan kerap. Jika mengada-ngada lebih, sila lah berikan penampar yang ikhlas lagi tawaduk.

Banyak cakap
Tak cakap karang kena label bisu. Cakap pulak salah. Bagi aku banyak cakap ni satu anugerah. Bila aku diam, orang ingat aku marah. What the hell people.

Suka troll orang
Lebih baik men’troll dari melihat orang yang di’troll terus buat dirinya nampak bangang. Sekurang2nya ada nada bergurau. karang aku cakap sarka lagi naya. sarcasm, the body's natural defense mechanism against stupid.

Kedekut
Aku kedekut hanya pada yang kedekut.

Tak matang
Siapa yang boleh kategorikan orang lain matang ke tak.

Suka buat benda tak berfaedah
Itulah namanya hobi.

Tak ada inisiatif
Biarlah aku dengan dunia aku. Apa salahnya.

Jahat
Masa sekolah dulu aku penat menanggung kesalahan yang aku tak buat. Aku dilabel the blame, antara budak yang bermasalah. Korang apa tahu perasaan aku. Berdiri di depan semua orang di assembly dengan kesalahan yang bagai dicop di dahi, walaupun aku tak bersalah. Tak punyai peluang untuk bela diri sendiri. Aku tak kenal erti rebel.

So sekarang, apa salahnya aku jadi jahat dan mulut lantang untuk backup diri sendiri. Sekurang2nya aku tak rasa terkilan sebab tak tunduk. Tapi aku masih rasa aku bukan the blame. Kebanyakan perkara buruk yang terjadi pada aku sejak akhir-akhir ini adalah berpunca dari cerita atas angin.  Cerita dari firestone.

Jahat sangat muka aku agaknya.
Apalah masalah manusia semua ni.

Hati yang kecewa siapa tahu.
Apa kah rasanya bila kita percaya pada orang tertentu, dialah dalang yang buat kita makan hati. Apa dia perasaannya? Sedih?
.






2 C.O.M.M.E.N.T.S:

:: Mrs.Eady :: said... [Reply]

why?

just be ur self dah cukup kann :)

Anum said... [Reply]

kedekut.. ermmmmmmmm