Do you like my blog?

Thursday, August 9, 2012

Storyline yang terdapat aku di dalamnya

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 09, 2012

Porak-perandaan sebuah kisah. Terbawa-bawa oleh cerita yang lain. Yang menjadi penambah perasa, pencukup perasa, peng’iniate rasa dan tukang rasa. Semuanya bagaikan satu bulatan yang men’completekan sebuah storyline macam dalam windows movie maker dan video maker yang lain.

Aku tak ingat bagaimana kisah kita bermula satu ketika. Kita cuma somebody yang berpandangan antara satu sama lain dengan fikiran hati yang berbeza.  Kau,kau..aku,aku. Tak ada persamaan. Ada jarak.

Sekarang jarak dalam hati.  Entah berapa kilometer. Tapi masih rasa. Pahit, masin, kelat. Semuanya
kerana aniaya somebody.  Berapa banyak terluka? Empunya badan sendiri tak mampu menjawab.

Biarlah timbangan akhirat menjadi jawapan.  Berat kah, ringan kah.

Teka-teki yang sudah terjawab.

Tak ada siapa yang boleh dipercayai.