Do you like my blog?

Thursday, September 6, 2012

lelaki ideal di masa lampau

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, September 06, 2012

Tengah kerisauan membuat proposal dan segala macam jadah, aku pun pasang lagu. Kata orang dengar lagu adalah terapi muzik yang baik. Kata orang, bukan kata aku.

Kala keserabutan yang bukan saja terpancar di desktop laptop, di atas katil di wallpaper handphone, laptop mainkan lagu Change The World, OST anime Inuyasha. Tiba-tiba aku teringat zaman sekolah. Rasa macam nak balik ke zaman sekolah. Waktu yang aku masih mempunyai perkara paling aku risau cuma ;bila nak tengok cerita Inuyasha. Apa jadi, apa jadi?

Tapi kalau diberi pilihan, aku nak jadi budak kecik balik. Masa di mana aku bukanlah terburu-buru untuk menjadi dewasa.

Masa di mana inuyasha adalah lelaki paling ideal untuk aku. Hahahaha.

Masa kecik yang gemilang kini ditampar oleh masa depan yang horrible. Akibat proses pembodohan yang melampau , makanya…otak dimakan semut.